Tuesday, April 29, 2014

WILD and BLACK


Dah 2, 3 kali gak saya lihat update-update dari kawan FB wanita saya yang bercakap pasal wild and the longing to be wild till the end of their life???

Yang menulis tu bukanlah dia wild, atau saya tak kira yang dia tulis itu untuk kawan dia yang wild, tapi untuk dirinya sendiri yang dia rasa ada “sisi gelap” nya yang tersendiri. Oh don’t get me wrong, maksud saya gelap ialah gelap itu gelap, gelap, sebanarnya tak gelap, tapi menjadi cemuhan pada masyarakat kita yang terkenal dengan budaya sopan santun ini.

Contoh kawan saya yang mula mengupdate status sebegitu ialah seorang yang suka berbasikal. Ha berbasikal itulah yang pada dia yang dia rasa kita kata dia wild, walau kita tak kata, tapi mesti kita tau ada yang mak joyah terover concerned yang akan kata…"gelinya mak tengok anak dara berbasikal-berbasikal iniiiiiiii. Nanti tak ada lelaki yang nak masuk meminang anak mak ini tau!"….Gitu-gitulah. Tapi berita baik kawan saya sudahpun mendirikan rumah tangga, 5 bulan yang lalu. Wah Mardhiah bagusnya kamu siap ingat lagi bila dia kawen…Mana buleh saya lupa sebab dia baru upload gambar dia potong kek kata 5 bulan berlalu sudaaaaa…

Semalam bila ada seorang yang somebody dalam dunia tulis-menulis kita (seorang pemikir, iya pemikir aje yang layak menulis di penerbitan milik Negara Malaysia, tau) tulis benda yang agak-agak sikit lebih kuranglah, macma tu ehmmmm…ehmmm…..ehmmmm…. itu satu plea pada jejaka bujangan di luar sana tau!

Bukan mereka wild, (sewild pelantun idea asal, iaitu sebuah kerekter fiksyen dalam sitcom HBO....btw, kerekter fiksyen tu wild ka...nantilah eh, kita tulis panjang-panjang pasal dia) tapi tolong faham, “please terima kami seadanya”

Tapi harus juga diingat ada orang yang merasakan dirinya bukanlah dijadikan untuk run wild, tapi to adore and obey.  Betapa, pun kadang itu kita rasa dia sangat plastic. Kita seram-sejuk dengannya…eh dia ni bukan boleh caya sangat, depan ko dia kata ok, belakang ko dia kata ko not so ok, infact dia kata dia merana kerana ko…haaaaa, kan gitu,kan takuuuuuutttt sayeeeehhhh. Infact dia heboh bersiaran yang ko Perempuan Psiko kuat berangang!!!! 

I do have this bahaya kinda of friend, perempuanlah, takkan la lelaki, kut. Tapi kalau ko jujur, ko tak pernah ada menyimpan hidden agenda. There’s nothing to be worry about this kinda of people. Sometimes, yeah you do feel that he or she macam menikam ko dari belakang, (he or she sama naik memburuk-burukkan ko di hadapan ko punya haters) tapi percayalah, yang di dalam hatinya dia tau ko seorang yang tak pernah pandai berblack-hidden agenda.

Apa jadahnya black hidden agenda pun ntah….baru sejak dua menjak kenal dengan budak-budak blogger inilah saya dapat perkataan black hidden agenda. Jika betul ada, seeloknya jika kita rasa ada macam itu, as long as dia Islam, tak kisah lah dia gay ka, kalau dia tak berbangga menunjuk ke “gay” an dia. Menguar-uarkan ke"gay"an dia  dengan mengupload video dalam youtube “I'm gay I OK”,  I think ayat Quran yang menyeru kita untuk saling kenal mengenal dan buang sangka-sangka buruk itu masih applicable pada dia…

Eh kakak ko pekak buta ke hapa…? Ko tak Nampak buku-buku dia sapa yang publish? Ka ko dah jatuh angau pada dia? Gasak kolah adik ku sayang yeah…kalau dia ada black-hidden agenda pun atas ko,lah…akak kerani kecik, apa barang dia mau berblack agenda dengan akak,kan.

Thursday, April 24, 2014

GEMBIRA


Buka-buka FB jah semalam, lepas pulang dari kerja dan rehat sebentar, rasa macam nak melompat pun ada, ha ha ha….ai, ai, ai, ai betul ka tuuuu. Kalau betul memang saya suka yang teramat.

Apa yang suka sangat tu. Kawan FB saya umumkan yang mereka telah menubuhkan satu persatuan. Biar benar. SUKA, SUKA, SUKA. Suka sangat-sangat. Yang teramat. Ntah apa nature pun tak tau. Tak kisahlah apa naturenya pun,kan. Yang penting mereka dah ada Pengerusi, Setiausaha Kehormat dan bendahari. Setakat itulah buat masa ini jumlah keahliannya.

Tuan Pengerusi yang mengumumkan penubuhan persatuan tersebut macam ragu-ragukah, test market ala reverse psychology ka berkata bule,ka ahli takat ni aje???? Dan saya tak maulah mengada-ngada, nimbul kemarahan pada sesiapa dalam FB, jadi saya tulis kat sini ajelah. Berpesatuan setakat 3 orang aje. Ntah orang gilalah tu…

Itu persatuan, tapi kalau nak tubuh biz, tak ada masalah. Saya memang tak tahu pasal penubuhan organisasi yang selain dari profit oriented organization. Tapi pernah dulu saya tanya kawan yang ingin menubuhkan sebuah persatuan, tapi tak tertubuh-tubuh dan saya tanya kenapa. Dia kata stuck dekat Perlembagaan. Saya memang tak arif, apa masalahnya dengan Perlembagaan ini. Cut & Paste tak boleh ka?

Sebab tak bolehlah tu persatuan itu masih tak wujud lagi. Dia pun tak nak cerita lebih, saya pun malaslah nak tanya-tanya sangat-sangat.

Oh ya berbalik pasal kenakmelompatan saya tadi. Tak jadi lompat sebab saya tau dalam FB ko boleh tulis apa-apa aje yang ko mau. Tapi cer semak kat pendaftar pertubuhan, ada tak persatuan yang menyenaraikan 3 orang penama yang alahai hensem-hensem lagi jadi kegilaan Malaya dan Borneo ini ditubuhkan semalam. Iya dia kata semalam. Ha ha…

Apa pun saya suka dengan percubaan 3 lelaki hensem ini untuk berpesatuan dengan persatuan yang saya memang suka dan berkenan sangat nak jadi ahli, Ahli biasa jerrrr walau saya tau awal-awal lagi mereka akan reject sebab saya tak cantik, lagi tak BIMBO….

Wednesday, April 23, 2014

CUKAI OH CUKAI

Sedih saya pasal temuduga semalam masih tak habis. Saya tak sempat mengadu pada manusia. Balik-balik aje, kami bersibuk gotong royong. Salin pakaian terus turun-naik-turun-naik mahkamah buat apa yang patut dibuatlah. Tak boleh cerita, sulit he he he…

Lepas waktu pejabat, sibuk memilih bahan-bahan untuk hantaran adik dua pupu yang majlisnya akan berlangsung pada 4 Mei nanti. Penat, terus tidur, pagi barulah dapat mengadu dengan kawan sepejabat. Dia tebak “sure interview ok”

Saya kata tak…penemuduga tu mengeluh dengar jawaban saya….dan saya mula berceritakan cerita yang saya telah tulis semalam,. Ntahlah saya bermula dengan bidang percukaian. Seawal usia 20 an saya telah disogok dengan idea GST yang pada pandangan para sarjana merupakan satu sistem percukaian yang lebih adil.

Saya malas nak ingat nak lebih…tapi saya telah menyogokkan diri sendiri dengan idea yang sebegini siyal tapi saya suka. Fikirkan begini, suami anda seorang  dikenakan cukai tertinggi dalam jadual cukai pendapatan. Katalah dia membayar 30% dari jumlah taxable incomenya. Iyaitu, take home pay dia yang telah ditolak itu ini begitu begini, (malas nak buka buka teks dan tulis)…dan anda berdua merupakan orang yang sangat kedekut lagi berkira. Dek kerana GST, cukai ini akan berkurangan let say sebanyak 6%. Kamu pula akan berhabis-habisan meneliti list barang-barang yang ada GST, yang tak ada GST penyudahnya kamu jadi fobia untuk ke pasar-pasar raya besar dan malas nak bershopping-shopping lagi. Aktiviti shopping kamu gantikan dengan marhaban dan berzanji, yaeh bolehlah juga ber Ya ha nana.

Penemuduga saya mesti kata saya pandai berlakun sebab saya jawab soalannya dengan begitu ceria sekali. Semua orang suka berbelanja, dan akan marah jika belanja lebih, bayar cukai lebih, seolah macam dendalah pula. Tapi bagi kami bila ada semacam denda. Lebih tinggi kami belanja, lebih banyak kami terpaksa bagi wang kami sama kerajaan, kami sudah tentu fikir 2, 3, 4 kali bila mau berbelanja.  

Oh ya sedih saya dah habis bila sudah mengadu bahkan saya dapat suntikan semangat baru yang saya rasa macam lepas degree ni saya nak ambil exam professional in taxation. Jadi bila saya ceria cukai, orang akan kata “ah dah memang itu bidang dia, tak patutlah kalau dia tak suka” Adakah orang yang berkecimpung dalam bidang percukaian itu penjahat, penolong thaghut?  

Tuesday, April 22, 2014

Semalam, Adalah Hari Sedih Saya


Semalam, balik interview kawan dan sorak-sorak, macam mereka sure sangat that I’ll get the job. Apa masalah,kan, saya punya CGPA saya bagus, prestasi pun bagus dan saya adalah calon KPSL. Pun begitu saya tak 100% sure. Infact saya rasa saya dah gagal.

The interviewer just don’t like me I suppose. Perasaan saya. As if like he was saying I am a liar. Soalan insyaallah mudah dan boleh dijawab, tapi saya rasa dia tak suka jawaban saya. Dia tanya adakah saya tak kisah dihantar ke mana-mana. Saya jawab. Saya seolah terdengar suara mengatakan ini sah membohong ni. Last sekali dia suruh saya, ceritakan apa yang kamu tahu pasal GST. Saya jawab. Saya rasa dia kata dalam hati “alamak plastiknya minah ni, ini mesti kaki bodek nih”.

Dia buat muka boring dan infact, dia mengeluh, pun. Mesti dalam hati dia kata…”pembohongnya minah ni. Ko pakai tudung labuh, ko mesti penyokong kuat PAS, sanggup ko tengok iklan kartun TV1  dan hafal segalanya sebab parti dan family ko miskin tak mampu bagi ko kerja. Kesianya  ko terpaksa berbohong sebab nak dapat kerja. Kat opis ni mesti ko lah paling kuat bantai GST.”

Antara soalan favourite ialah adakah kamu sanggup saya hantar ke Sabah, Sarawak. Tapi hari ini mereka akan kata ke mana-mana. Dan sudah tentu jawabannya ialah….iya saya sanggup. Lepas tu merengek minta tukar.

Kawan saya pernah ditanya soalan yang sama. Dia cakap dia sanggup, dan penemuduga akan tanya, lagi dan lagi dan lagi. Tadi pun saya jawab dari hati, memang saya tak kisah, still dia tak percaya dan kata bila ko fikirkan kos mungkin ko tak mau pergi, dia tak adalah cakap macam tu. Ini saya rephrase baliklah …saya terdiam. Orang bujang apa ada masalah kos pun, kan. Kita boleh sewa bilik. Kita tak perlu rumah. Dan adat orang kewangan 5 tahun mesti kena bergerak. Apa perlunya seorang yang bujang senang macam saya menyewa rumah yang mahal-mahal,kan. Saya terdiam tak terkata…bulehkan saya hantar emel dan bagi jawab yang baru saya terfikir ini?

Pemenuduga adalah orang yang totally different dari saya. Dia soft spoken…saya pula aggrasif. Saya rasa mesti dia pilih orang yang macam dia juga,kan. So bila kawan-kawan saya rasa konfiden yang saya boleh dapat, saya rasa sedih sangat…

Saturday, April 19, 2014

MEMANG SAYA KAKI GADUH

Hari ini saya tegas rasa memang saya tak perlu minta maaf, tak perlu lagi ada rasa kancheong atas N3 yang lalu sebab orang kata kalau ko dah pial telinga orang, lepas tu orang tu pial telinga ko balik, dah kira fair and squre...

Kami cubit peha kiri dia, dia cubit ntah kiri-kanan-depan belakang habis dia libas dengan mata penanya yang tajam sungguh itu dalam tulisanya di sini. Adoi saya rasa sakit teruk. Sebab saya kira sakit saya teruk, saya nak menyeimbangkan sedikit rasa teruk tu. Saya nak kata sebenarnya eh...orang yang macam ko sanjung tu memang banyak mencubit kami masa hayat dia. Perbuatan menangguh-nangguh kes adalah menyusahkan. Iya dia dah mati.

Haraplah faham jua andai ada yang merasa lega diatas pemergian dia walau saya sedia maklum satu pergi akan ada lagi pengganti, insyaallah.

Kes Mahkamah Sesyen, dibawanya ke Mahkamah Tinggi. Nak sangat mahkamah tinggi bagi penal code death penalty, bule??? tak nak pula...nak penalty Mahkamah Sesyen tapi nak pakai court Mahkamah Tinggi. Kalau kerani kecil macam saya dah lama kena terajang dah. Membazir duit rakyat tu. May be they are clueless, tak ada idea akan implikasi kewangan bila satu-satu kes yang sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Rendah, naik ke Mahkamah Tinggi. Tak apalah sistem perakaunan kita pun belum begitu canggih sampai boleh amal Cost based Acconting pun. Bila dah dapat apa dimau, dilengah sana, dilengah sini. Kata ada alibi, sampai masa satu habuk alibi pun tak muncul.

Iya betul orang lain lagi banyak membazir juga, tapi ini cerita orang yang selalu bisingkan orang lain, membazir, bila tiba dia membazir bolehlah pula.

Memang dia seorang peguam yang handal, tapi bila dia pilih anak guam yang memiliki attitude orang lain buat tak boleh, dia buat boleh, jadinya, mau tak mau kena terima hakikatlah jika saya susah nak rasa simpati atas pemergiannya. Bukan juga bermakna, ketidak hadiran rasa simpati ini, tanda adab dan akal saya sudah mati.

Sekian.

Friday, April 18, 2014

HUDUD


Kawan FB saya tak ramai mana pun, tak sampai 300 orang pun. Dalam ramai-ramai tu ada sorang ajelah pakcik tu yang dok rajin pung-pang-pung-pang pasal hudud. Lain-lain yang saya sangka Islamis, langsung saya tak boleh teka pendirian mereka pasal hudud. Cinta hudud yang mekar dalam hati tak boleh dizahir demi menyubur baja pada perdu reformasi yang kian membesar. Dan hudud itu umpana racun. Ini cuma sangkaan aje. Sebelum ini kenampakan sangat akan kesungguhan memelihara kesucian diri dari memfrinjan, karya-karya pop peluk sana, peluk sini bunga zina, bab hudud tak pernah ternampak kezahirannya. Itulah membuat saya merumuskan yang mereka pun suka hudud, tapi antara hudud dan survival kesatuan, kesepaduan hubungan yang baru demi menumbang rejim rahsuah dan kronisme, itu lebih utama Adus malankoliknya… saya sungguh memahami perasaan itu sambil menyenandungkan pantun ini:-

Kiri jalan, kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan, pesan pun jangan
Sama-samalah menanggung rindu

Pak cik itu yang dah pencen itu kira somebody jugala dia masa dia tak pencen dulu. Orang rumah dia orang politik besar dan keluarga politik elit. Kalau di Semenanjung ini sama bagai macam family elit Najib-Rosmah, Tun Razak, Tun Hussien Onn, Onn Jaafar gitu.

Dari Pak Cik inilah saya tau di Berunai sana, pengamal homoseks akan di rejam sampai mati dan saya dapat tau ahli parlimen bukan Islam akan tentang hudud. Eh ada mau bentang hudud di Parlimen ka, lalu saya google ia ada dan kununnya akan dilaksana tahun depan jika urusan pembentangan tersebut berjalan lancar pada tahun ini. Bukan satu Malaysia, tapi di Kelantan sahaja. Yang akan diperbentangkan ialah enekmen untuk kegunaan Kelantan.

Saya macam tak percaya aje update-update Pak Cik ni, too good to be truelah… Saya takut gak tak jadi. Tapi dengan matinya Karpal Singh, dan juga dengan kebakalan berangkatannya Raja Liwat Malaya ke penjara Kajang…rasanya kita sudah tak ada batu penghalang lagi. Tak taulah kalau UMNO cuma acah-acah Mak Enon, melacur hudud untuk bikin porak hubungan PAS-PKR-DAP.

Pun saya gembira, saya ucap syukur sama Allah. Kita tunggu ajelah, sambil berdoa yang ia akan jadi kenyataan sebab ada orang kata sebenarnya kita tak perlukan 2/3 untuk enekmen itu ditegakkan. Jadinya kalau kali ini tak jadi juga hudud Kelantan, memang sahlah UMNO Mak ENON jahat yang suka mengacah lagi ada black-hidden agenda.

GILA

In between kesibukan harian, saya menyempat juga tu, membaca benda-benda alah yang tak sepatutnya orang macam saya baca. Saya ni ko, pakaian aje macam orang alim, tapi tak alim pun. Tersalah pakai? Ntahlah. Itu pakaian Mak Miah isteri ayah (Pak Long) saya pakai. Saya ikut dia, saya nampak dia pakai comel dan saya harap kalau saya pakai macam dia saya pun boleh jadi comel macam dia juga.

Saya baca buku indie… lepas tu saya baca pula cerita pendek berbahasa Inggeris.

Mak Miahkah yang kata tak boleh baca indie dan short story creative by an English/American/Canadian writer? Tak pernah tanya, tak pernah discuss benda ini. Seingat saya mak kata masa muda, mak kata mak pun rajin gak tulis kreatif dan mak ada nama penanya sendiri…apa ek. Mawar Desa, gitu-gitulah. Mak saya? Bukankah saya pernah cerita, masa mak mengandungkan saya dia baca Hamka! :)

Jadi sapa pula yang mengada-ngada kata tak boleh baca tu… suara-suara gila. Kan saya pernah kena tahan hospital sebab sakit mental, nak kata kena sihir? Sapalah nak nyihirkan saya ni. Nak kata jahat, taklah jahat, nak kata orang dengki, idaklah saya ini bagus atau lawa sampai ada yang iri. Saya student yang biasa-biasa, yang langsung tak out-standing. Saya belajar pun sebab itu yang kawan-kawan buat, niat saya satu je, saya nak tackle one of them, then kawin, jadi suri-rumah sepenuh masa.

Jadinya saya stress sebab banyak membaca, mencari apa yang benar dari buku-buku tanpa bimbingan guru dan bercampur rasa bersalah yang teramat. Teramat-amatlah bersalahnya. Saya rasa saya bersalah sama mak (ibu kandung saya). Dia memang tak nak saya pergi oversea, tapi dah itu je yang saya dapat. Dia kata saya patut ambil STPM macam sepupu saya. Saya dah pergi, dah, tapi ntah susah sangat, satu haram benda cikgu ajar saya tak faham. Tapi salah paling besar yang paling menghantui ialah rasa bersalah dan tak diampunkan sama pensyarah saya.

Saya stress dia asyik “pick” me. Dia emo-emo. dan jerit-jerit  “don’t test my patient, don’t test my patient” Saya tak tumpu perhatian. Saya main cak-cak, saya borak bisik-bisik pasal Anne of the Green Gable, Gaban yang saya tonton di TV RTM dengan kawan sebelah saya, semasa dia mengajar. Saya pergi mengadu sama head of the program yang saya hilang tumpuan kerana pensyarah saya tak best. Lepas tu kami ramai-ramai tulis partition, kami nak pensyarah lain, yang semua kata best sangat-sangat. Lepas tu dia sedih dan dia pun berhenti kerja. Kami dapat pensyarah yang best itu. Ntah saya tak kenal, tapi kawan kata dia best, dan bubuh nama dia. Memang dia best giller….langsung saya dah tak ingat Gaban lagi dah….balik hostel pun baring-baring ingat National Income…National Income, chancellor of the exchequer. Kawan-kawan saya semua suka, mereka lantik saya jadi Rep, sebagai tanda terima kasih mereka pada saya. Tapi saya sejak itu tak pernah tenang.

Bila saya sakit, sikit saya lega juga. Moga dengan kesakitan itu dosa saya boleh menyusut. Nak cari pensyarah tu, nak minta maaf, mana nak cekau. Tak pernah terfikir nak cari dia pun. Saya memang budak jahat lagi berani. Bukan pensyarah itu sahaja yang “kena” dengan saya,, infact masa saya sekolah rendah lagi saya sudah pandai dan berani berpasalan dengan ustazah. Ustazah ini memang ada banyak kali ter”doze” off semasa mengajar.


Ntahlah saya tak ingat apa cerita tah…kami dulu sekolah agama, tak de bangunan sendiri, macam hari ini. Kami tumpang sekolah kebangsaan. Pasal apa tah…sampah kut. Guru besar sekolah kebangsaan tanya “apa pasal kelas jadi macam ini? Apa ustazah kamu buat?” Saya jawab “ustazah tidur” masa tu saya umur 9 tahun.  Ustazah dan Guru Besar gaduh besar… saya kena rotan. Dia doze off, dia fatigue. Dia bukannya tidur. Dalam bahasa Melayunya tidur-tidur ayam.   Tidur ayam dengan tidur, mana ada sama,kan. Dek kerana kekurangan perbendaharaan kata, saya sudah buat cerita yang sama sekali tidak benar.

Itulah kisah saya dengan suara-suara dan masalah masa lampau saya. Tidak, saya tak sakit mental pasal rasa berdosa sebab berzina, songlap duit kelab ka hapa ka, saya sakit sebab rasa berdosa kerana menyakiti hati guru saya. Hari ini suara-suara itu seperti sudah beransur pergi, seolah guru-guru ku sudah forgive and forget atau lebih tepat lagi saya sudah tak lagi too hard on myself and moving on with life.

Thursday, April 17, 2014

PUTUS LUPUS



Saya bangun tidur terus buka FB saja nak negok apa lagi chit-chat pasal cerita orang pergi interview Penolong Akauntan lagi. Iya satu dua minggu ini, itulah aje cerita kami. Saya terkejut dapat tau pasal kematian Karpal. Saya rasa tak tau apa nak rasa. Memang seronok habislah….syukur, mau sujud syukur saya uzur, dan saya ragu bolehkah orang yang tak boleh sembahyang, sujud syukur. Itulah perasaan saya. Kenapa pula saya nak rasa malu kerana musibah orang lain. Itu perasaan saya. Saya gembira. Kenapa saya nak pura-pura berduka, bagi menunjuk yang saya seorang muslim yang berpekerti mulia, sedangkan saya ini orang biasa-biasa aje,kan.

Kemudian saya memblog dan menekan butang send. Saya suka. Saya sampai office, semua kami suka. Tapi saya diam tak nak suka sebab saya takut ada orang sedih sebab nanti suami Dewa Dr Wan dah tak ada peguam bela. Jadi saya simpan suka saya. Saya buat kerja, selang-selang saya intai sikit-sikit internet.


Saya agak terkejut rupanya tulisan seakan tulisan yang semacam-macam yang saya tulis itu jahat. Saya panggil kawan saya yang kebetulan melintasi work station saya. Saya tanya tak ok ka tulis macam ini. Saya tunjukan tweet Zul Noordin (seperti dalam rajah di bawah) bahagian tweet balas YB Khairy tak saya tunjuk. Tulisan saya tak pula saya tunjuk. Malu. Kawan saya tak tau saya ada blog. Kawan kata “suka, memang suka” saya buka pula responnya dari YB Encik Khairy Jamaludin. Kawan saya kata, pergi mampuslah menantu Pak Lah tu. Tak cakap banyak. Terus beredar pergi



Rajah 


Saya tanya kawan lain lelaki, respon dia “iysh, memang nak cari nahaslah kalau tulis macam ini” Saya rasa sikit kancheong. Saya rasa risau pun ada. eh nak minta maaf ka, nak delete ka enteri yang saya buat pagi tadi? Ah, kerja banyak, saya tak berapa fikir sangat. Suka hati akulah, tadi ko jua yang macam nak bertandak dengar berita Karpal sudah RIP.

Balik petang saya buka FB, iya kalau kita tulis macam yang saya tulis dan YB Zul tulis, kita jahat. Kita tidak dianugerahkan Allah akan belas kasihan dan perasaan malu. Status kewarganegaraan kita juga dipertikaikan. Kalau macam tu, nak kata hampir seluruhlah kawan-kawan saya patut dilucut kewarganegaraan kami.

Mengucap RIP pada bukan Islam juga satu kesalahan. Saya dapat ini dari orang yang sama. Bukan dia tulis, tapi dia share benda yang orang lain tulis. Bayangkanlah orang itu suami saya.

Saya tersenyum-senyum sumbing, lalu tergelak sorang-sorang bila teringatkan seseorang dan cubaan dia yang langsung saya tak pernah jumpa di alam nyata untuk menyatukan kami berdua, iaitu saya dan dia yang mengongsi bahawa mengucap RIP itu muslimah jahat, bergembira atas kematian Karpal juga jahat.  Macam manalah kawan saya boleh terfikir nak kawenkan teman seperjuangan dia tinggi ilmu lagi yang baik budi pekerti akhlaknya itu dengan seorang perempuan jahat,kan.  Iya saya ketawa, dan ketawa dan semasa saya menulis ini saya masih tersenyum-senyum seorang diri.


Rasa kancheong saya pun berlalu begitu sahaja. Sometimes you don't need to be so apologetic sangat.