Wednesday, January 30, 2019

Isu Hangat 2

Saya gelarkan mereka ustaz-ustaz baru nak up....

Once upon a time kenalan cyber kata one of them is penjahatlah. Wahabi kata dia. Wahabi ini jahat dan akan buat kejahatan yang akan menghancurkan keturunan kenalan cyber saya inilah. Kenalan saya ini mendakwa darinya keturunan Nabi Muhammad + Raja Acheh. Dia kata Wahabi dan Rothchild bercita-cita jahat untuk menghancurkan mereka. Jadi di Malaysia ini wakil Wahabi adalah salah sorang dari yang saya gelar ustaz-ustaz baru nak up ini.

Saya takla kenal ustaz jahat ini. Tapi sebab sepupu satu sekolah dengan yang didakwa penjahat, saya tanyalah sepupu, betul ka so and so jahat. Sepupu kata tak jahat. Tapi sangat popular. Cuma bila dah besar-besar ini mungkinlah orang tak suka dan kata dia jahat sebab dia suka hentam orang sana-hentam orang sini. Ada aje yang tak kena di matanya dan kengkadang hentamannya sangat menyakitkan hati orang yang kena hentam. Sakit sampai ada seketika ada orang gelarkan dia ustaz me"neraka"kan orang. Ramai yang sentap dan kata-kata jahatnya itu. Tapi saya idaklah, sebab Rabiah tul adawiyah yang wara' tu pun ngaku syurga tak layak baginya, apa tah lagi saya yang apa-apa tah ini,kan? Bagus la ada ustaz bermulut jahat macam dia tu, sekurang-kurangnya kita boleh nyanyi-nasyid-Rabiah. Orang nak masuk syurga beramal, saya nyanyi nasyid??? gile apa? he he

Jadi saya putuskan yang kenalan saya ini paranoid, kut. Eish takkanlah ada Melayu agen Wahabi + RothChild. Kawan saya sangat taksub dengan black hidden agenda Rothchild. Kalau betul ada melayu Rothchild pun takkanlah ustaz? Kalau macam Sultan Johor yang ada skandal dengan perempuan joget Omputeh tu, masuk akal lah juga,kan? Ini Ustaz? Impossible!!!! Lagi pun kalau ia betul, saya bukan keturunan Nabi Muhammad pun. Jadi saya tak dapat berempati dengan kenalan tersebut.

Lagi pun saya ini didik oleh seorang wanita yang kuat. Dia tak suka saya ngadu-ngadu orang dengki-dengki kat saya. Ada orang dengki kat saya ka? Seingat saya, tak  ada. Tapi dulu masa kekecik saya paling besar, paling gemuk kat sekolah. Budak kampung suka ejek saya gemuk. Mak kata "kalau derang ejek jangan layan, buat pekak je". Mak cakap lagi "dah tau gemuk, kurangkanlah makan. Tapi kalau tak reti juga nak kurang-kurang makan, sila pekakkan telinga". Marah emak. Itu pasallah bila budak tu kata dia ada orang berblack hidden agendakan dia, saya tengok dia atas bawah, atas bawah...saya baca apa dia tulis di media sosial. Dalam hati saya bercakap, apa barang ini semua? Paranoid, la tuuuuu... Bukan ka engkau sendiri kalau jika menulis tak beringat yang ada banyak perkataanmu itu sangat longkang dan jahat, memang patutpun orang sakit hati. Bila sakit hati memang patut pun mereka balas balik.  Isunya kenalan saya bukanlah disakiti. Saya tak nampak ada haters menyakitinya, yang saya nampak dia je beriya-iya menyerang orang yang dia benci.

Gitu... hari berlalu bulan berganti dan pertuduhan kenalan yang saya bakul sampahkan sahaja itu macam nampak macam nak betul pun ada. Idak lah ia ngacau Nabi. Tidaklah begitu. Tapi bila ustaz2 baru nak up ganti ustaz koservatif, kita nampak macam mana lenggang-lenggok merekakan?  Macam-macam, satu-satu derang serang. Tabung Haji, Felda, Yadim. Satu-satu pula derang bela, pesta arak, tangkap basah, pening kita. Terbaru ni duit makan budak asrama potong sampai RM100juta. Lepas tu awek Timbalan buleh plak pecah tanah buat SJKC baru.

FB kita dulu tak pernah nampak pun tulisan mandrin, hari ini, rasa dah banyak kali nampak dah. Wah sejak-dua menjak ni heboh nak sebar Islam sebenar pada orang Cina. Aik Islam yang selama ni tak benar, ka? Setau saya Islam sebenar pada pandangan orang Cina Islam makan babi, minum arak, berzina, macam Islam yang disukai oleh mendiang Lee Kwan Yew. Islam yang begitukah yang nak di bawanya dalam YADIM? Ni hah kawan sebelah yang dok taksub dengan one of them, memekak plak bukak ntah apa dah pempuan cakap-cakap cina. Kau nak cakap Cina kau pegile kelas mandrin sana. Kat sini toksahlah kau belagak sangat kau cinta-cina, kan? Kita idaklah anti-Cina, cuma menyampah je tengok Melayu  gegedik tak de angin tak de guruh tetiba rajin plak pepagi memekak pasang video ceramah Cina. Melayu Ultra kiasu macam saya ni stress tau tengok gelagat ustaz-ustazah baru nak-up ni!!!

Apalah jahatnya ustaz-ustazah baru nak up ni? Idak la jahat mana derang tu. Cuma annoying aje. Lagi saty bila dia masuk sistem kita, dia mengandai andaian kita ni tak betul. Dia mulalah buat benda yang pelik-pelik, contoh yang macam semalam tu lah bagi duit ciput, suruh kita duduk opis tulis case-study. Tapi tu tak kisahlah saya pujuk hati dengan berkata "mungkin jua mereka itu benar LELAKI-LELAKI & PEREMPUAN-PEREMPUAN KIRIMAN TUHAN untuk menCinta-CINAkan ops membetulkan MELAYU yang tak betul ni. Baru 9 bulan, kut iya pun  tunggula 5 tahun, kan? Cepat nau menghukum orang, kan? Bagus apa jadi CINA? CINA kan rajin? Bagus apa Melayu makan babi, minum arak, berzina, macam yang LKY suka tu? Wallhuallam. Saya nak pencen dan nak cepat-cepat balik kampung tanam sayur dan mandikan kucing je...

Mungkin derang tu Maverick, macam TUN M yang orang gelar TUNmanitor... main redah aje, tak de orang buat cara dia, He did it his way, tapi menjadi. Ustaz-ustazah baru nak up pun macam gitula gamaknya ya.

Lagi pun omputeh kata if can't beat them, join them.... ala derang suruh duduk opis tulis case-study je, apalah yang berat sangat tu? Saya ni bukan Menteri, atau pegawai Turus yang nak diajaknya bersosial, makan babi, minum arak bagai, pun! Besok case-study dah siap, ekonomi pun dah pulih, duit pun dah banyak,  pegi le kuar ngodit macam biasa. Itu pun nak sesungut, sampai nak tuduh-tuduh orang tikus,kan. Tulah baca sangat troll ex-boss-kurr...

WHAT if ex-boss-kurr betul?

Kau ni banyak sangat what-if, dari berwhat-if apa kata, baca-baca balik nota on fraud preventive measure, ka? Baca case-case study yang orang dah buat, ka? Besok Bos suruh tulis dah ada benda nak tulis, tak lah stuck macam penulis gila.














Tuesday, January 29, 2019

Isu Hangat...

Pasal budak makan budak sekolah, semua pakat panas-panas, macam semua orang ada hantar anak sekolah asrama. Untung leerrrr budak. Kita orang dulu tak de sapa pun peduli apa kita makan kat sekolah.

Statement saya ni bukan nak mengata budak-budak sekarang ngada-ngada. Idak. Nak ngata ex-bosskurr sejak jadi ex ni kemain hot lagi dia ya. Boss kurr sekarang? Macam itulah dari suam-suam kuku, lepas ni bole jadi HOT, bukan dia yang HOT, tapi "his will-be-in the hot-soup-soon".

Bekalan Makanan Bermasak ni, pun bukan kali ini aje dikaji, dah banyak kali kaji sebab skim ni dah lama, sejak dari zaman 70'an dulu sudah ada. Cuma untung leerr Audit Negara, ini kali isu BMB memang hot. Ada yang masuk TV jugak team BMB ni nanti. Seronok, kan?

Rezeki orang. Patut terima kasih kat ex-boss-kuurrr yang memviralkan isu ini.

Di lain hal pula, ada orang share

"One of the biggest regrets you'll have is, if you walk away from the people who stood by your side no matter what"

Saya rasa machai yang saya dok bawang-bawang semalam, dia is a good person. Dia cuba stood by his boss no matter what. Bila bos dapat kuasa, boss kau biasa-biasa je, ko nak buat apa? Terpaksalah kau buat apa sahaja demi nak menampakkan bos kau LELAKI KIRIMAN TUHAN juga, bukan lelaki biasa-biasa walau akhirnya kau yang nampak sangat teruk sebab nak juga meLELAKI-KIRIMAN-TUHANkan bos engkau tu walau sah-sah boss-kau-current-boss-kurr biasa-biasa je macam ex-boss-kurr juga.

Lain le macam saya, boss-kur, jadi ex-boss, naik bos kau, ada saya nak stood by him? Boss kau menang bos kau jadi current-boss-kur, boss-kur jadi ex-boss-kurr. Ex-boss-kur ka, Current-boss-kurr kalau orang marah, aku tak perlu meLELAKI-KIRIMAN-TUHANkan dia pun. Itu kerja kau bukan kerja aku. Kerja aku kalau orang ngadu dah kena kencing dengan LELAKI-KIRIMAN-TUHAN itu, aku kena check la betul ka tidak? Aku kena report betul ka idak, kalau betul dah berapa ramai dah kena kencing ni?

Then come statement kata

"jangan bukak aib orang"

Pulok doh, ni ramai dah kena kencing, ni. Dah bau hancing dah. Nak upah duit orang bersihkan kawasan kasi wangi balik banyak sangat duit ka? Ni ada karang derang piket-piket beratur kat luar pejabat kencingkan pejabat kita ramai-ramai, lagi hancing lagi opis kite ni.

Monday, January 28, 2019

Machai oh Machai...

Si machai marah sungguh dia bila DSN kata KPM potong bajet makan budak sekolah Asrama Penuh dari RM18.00 ke RM14.50. Saya tak tau if DSN ada cakap macam itu atau tidak. Tapi yang saya tau hari tu TKSU ada cakap MoF tak bagi cukup duit kat KPM untuk nak bayar kontrak dia.

Hasil lawatan fizikal bagi Bekalan Makanan Bermasak yang saya pernah buat di dua buah KV di negeri Sabah pada tahun 2015,  KV ambil insiatif menyuruh anak-anak asrama pulang ke rumah pada hujung minggu sebab nak bajet-bajet duit makan. Duit KPM bagi KV memang tak cukup. Itu KV, bukan asrama penuh pun. Atas kertas memang cantek semua cukup, tapi Penyelia Asrama sering sesak nafas-berdebar-debar nunggu "real-duit- masuk-akaun-sekolah". Pendek cerita, kisah tak cukup duit zaman DSN pun dan berlaku.

Ingat bila wali langit datang semua jadi ok. Tapi tu dah 9 bulan memerintah kita pun dah tau dah, bukan wali yang datang pun. Manusia biasa je mereka-mereka tu. Yang paling tak best dengan pemimpin-pemimpin yang biasa ini memang biasa pun tapi diangkat oleh macai-machainya dengan penuh perasaan sebagai pemimpin kiriman dari langit. Bila dah perasan luar biasa, mulalah demand benda-benda yang luarbiasa juga. Sangat, teramatlah luarbiasanya permintaan lelaki angkatan machai ini.

Mana tak luar biasanya, ada ke kita pulak dah nak kena jadi wali. Macam mana boleh jadi begitu? Kita ni memang iblis-tanah-merahlah, tapi kalau dalam keadaan bagi duit ciput, potong sana-potong-sini, dapat 15% je dari yang diminta, tapi dapat hasilkan kualiti setara Steve Job, Mark Zuckerberg, memang dapat naik taraf walilah tu gamaknya kan? Dah la kasi bajet ciput, tambah pulak kena tulis kes study.

Doa-doalah ya tak de yang terbarai meletup, semua selamat dan findings audit kami dapat mengubah polisi kerajaan dicampur lagi satu dapat pulak menghasilkan case study bertaraf jurnal internasional. Manalah tau ada dalam kalangan pembaca tulisan saya ini ada yang makbul doanya terus sampai ke Langit, tanpa hijabkan? Kalau tahun 2019 ditutupi dengan 2 kejayaan ni, sah kamilah yang wali bukan menteri yang walinya ha ha..

* btw, bukan kije audit pun nulis bahan training, kau tulis audit semak. Kita tulis audit report, audit findings. Tapi tak apalah dah KSU nak macam itu, kita cuba tulis ya. he he.

Thursday, January 24, 2019

Kawan Saya 2

Antara benda yang kalau kawan ngadu saya malas nak dengar ialah pasal harta. Orang curi, orang tipu dia pasal harta, both harta intelek dan harta pusaka. Kebetulan kawan saya ini orang yang berharta. Dua-dua dia ada. Tapi malangnya dia macam saya juga. Tapi sebab saya single, jadi to a certain extend I am better-off dari dia walau sepatutnya jika saya rasa dia ambil kursus estate management ka, intellect property management, pasti dia kaya.

Tapi dia pergi ambil kursus sastera. Jadi dia ni sikit sebanyak tak berapa pandailah menjaga dan mengekspoitkan asset yang dia ada. Harta pusaka tak payah cerita panjanglah itu suami dia punya. ngok-ngek-ngok-ngek.... gitu. Adik-iparlah, gitu gini-kan? Penghabisannya harta itu terbiar tidak dapat diuruskan dengan sempurna. Dia, suami dan adik ipar, tak serupa adik-abang-kakak lagi. You know what I mean?

Kisah intelek dia plak, dia underpaidlah. Orang proof read je satu perkataan 40sen, dia mengedit tu rate 30sen seperkataan. Ikut rate gomen. Off-courselah dia tak de masa nak mengedit langsung sebab tugas hakiki dia melambak-lambak. Selalu pulang pejabat lewat. Kerja tak habis-habis. Memang dia tak de masa nak ambil job 30 sen tu. Baguslah dia tak ambil kalau dia ambil, ada juga yang dia kena tipu tu.

Kalu dok ambik job dari kawan baik, main cakap mulut, lepas sebulan, dua bulan kawan buat-buat lupa.... hah ambik kau!!! tak mengapa kalau kau kata sedekah---amal jariah? Tapi kalau sedekah, tangan kanan memberi-tangan kiri pun tak tahu. Ini kalau lepas memberi, riuh berkicau di alam-maya--kena--pau, sedekah apalah namanya itu?

Saya bukan marah sama dia cuma nak ingatkan, jangan jadi macam kawan-kawan dia yang dah kena tipu tu. Memang Islam suruh baik sangka, tapi zaman mellenia ni jangan ko main borong je semua baik-baik. Ada kawan kata, bab duit tak de kawan baik. Kena treat kawan macam kau treat your business partner. Kena ada sikit sikap skeptikal. Bukan melulu tapi spektikal yang professional. 

Dia gitu. Kita bukan apa, ini bagi mengelak kita sendiri meroyan di media sosial tapi satu habuk pun tak dapat, cuma dapat kontroversi je. Kalau kita ada sikap spektikal, kita ambil langkah berjaga-jaga, hah kau tipulah aku, siap kau, nanti aku hantar kau masuk jel. Hah gitu. Negara ini ada undang-undang. Tapi kena tau cara bagaimana undang-undang itu boleh menyebelahi kita, bukan membaham kita balik. 

Prof risk saya cakap, orang kita ni baik sangat, cepat mengalah. Bila dah mengalah tuduh undang-undang thaghutlah itu lah inilah. Tapi ko ada pasang lawyer nak tegakkan undang-undang? Kita kata macam orang tak reti agamalah tak reti jaga hubungan silaturrahimlah pula kalau nak pasang-pasang lawyer, ni. Tapi itulah kita. Dan Prof saya kata, nasib baik suami dia ada DKK (Darah Keturunan Keling). Dia  happy dan sangat bangga dengan suami DKK dia sebab janganlah kau cuba nak berdispute dengan Prof, nanti Che Abang DKK dia naik darah, nahas kau. 

Saya suruh adik-adik manis semua cari Calon suami DKK ka? 

Bukan begitu maksud saya, maksud saya tak kira, Melayu Cina, India, kita sekarang ini kalau dalam bab harta kenalah mempunyai sikap skpetikal yang professional. Jangan kau main borang baik sangka sahaja ya, adik abang semua. Kalau dah berjaga, masih terkena, jangan pulak buat-buat, apa nak kata, dah nasib, tapi jari-jemari ligat meroyan di media social, itu ini---kena-kuda-lah-mengudalah-kuda-kudalah, kapitalis hanat,lah, puaka-celaka, sila-meninggallah, apa-apalah, kan?

Kawan-kawan memanglah simpati, nasib baik kau tak pernah buat peragai begitu lagi. Nasib baik kawan kau je yang bikin dan nasib baik juga saya bukan kawan kepada kawan kau. Jika ya, harus kau dapat baca komen begini di status kawan kau itu:- ....

"hah padanlah muka kau. Agaknya nenek moyang kau dulu pun macam kau juga. Patutlah kerajaan kau dulu pupus. Dah bagus duduk sini pun tak reti-reti nak berjaga-jaga. Yang kau tahu jaja cerita keturunan kau, keturunan terinya. Semua orang ada black hidden agenda nak menginaya engkau"

Ini saya cakap sarkastik, tak sampai ke hati. Iya padan muka. Tapi saya masi kasihan. Kalau orang yang sampai hati, memang dia cari orang yang macam kawan kau untuk dilanyak-lanyak dan dikuda-kuda,kan.  hihi...

Bye. Selamat berhujung minggu.

Tuesday, January 22, 2019

Kawan Saya

Saya mula sembang isu hak-cipta-hak-harta-intelek dengan kawan yang ini, dah lama juga. Dah dekat nak sebulan. Puncanya saya pergi kekedai buku indie tu. Ada kawan saya yang memang "jangan kau sebut nama indie yang tu!!!", ouuiii macam gitulah marahnya bila tersebut nama itu. Tapi tu, kawan yang ni, dia jenis semua dia masuk. As long as dia tak sakit hati, dia ok jak.

Itu pasal sampai hari ni saya kawan dengan dia. Dia pernah cakap, dulu dia pun jenis-anti-meng-anti-juga... jenis berkelompok dengan "kawan-kawan yang kita suka aje". Tapi bila dia baca / follow Puan Ainon, dia dah tak macam tu lagi. Suami dia pun selalu nasihat, berkawan jangan pilih-pilih, kawan dengan semua.

Ok berbalik pasal sembang kami. Dia memang ok. Tapi kawan dia tak ok. Kena tipu. Kawan dah berumur. Selalu baik sangka dan tak sangka kawan sanggup tipu kawan. Biasalah tu. Bukan dalam harta-intelek je orang kita sambil-lewa, harta fizikal, tanah-pusaka-pun begitu, sampai bila dah mati, isu harta tak selesai-selesai, anak-anak bergaduh, bermusuhan sesama sendiri.

Harta intelek ni lagilah pula kompleks,kan? Sikap kita yang sangka-baik sudah bikin sakit hati dan up-cerita-dalam-med-soc-sampai saya yang tak terlibat pun kena bacalah cerita yang malas saya nak hadam. Kau takkan menangnya lah tu. Saya tak suka cerita orang kalah sebab tak pandai ambil tindakan "berjaga-jaga sebelum terkena".  Kes macam tu memang kawan tak boleh nak tolong. Sekadar baca dan simpati ajelah. Buang masa, buang emosi je layan orang yang tak pandai berjaga-jaga ni. Saya tak tau awak macam mana? Tapi saya akan mengalami keletihan emosi bila melayan cerita orang kalah dan terinaya.

Itulah, seru-saya-kalau-rasa diri tu berharta-intelek, kenalah tau sikit-sikit cara menjaganya. Nak menjaga harta ni kena bermodal juga. Harta intelek sama dengan harta-fizikal, nak harta terjaga, kena keluar modal, dulu.  Bukan setakat ilmu, wang ringgit kena juga dipersiapkan. Kalau tak bermodal nak jaga, anggap ajelah sedekah, iya dop? Gitu, tak yah nak sakit-sakit hati,kan?

Yang menipu tu pun buat-buat insaf dirilah, tak berkat buat orang macam gitu. Aku tau kau ada "fund" besar jaga kau, dan kau takkan gulung tikar, kau pembayar cukai yang taat. Dari kau tunjuk kat bos tetiap tahun profit kau naik-naik-naik pastu kena bayar income tax baik kau bayar upah orang yang sudah sumbang intelek pada kau, walau dengan berbuat demikian prestasi untung-rugi kau jadi tak cantik. Sekurang-kurangnya, cukai yang kau bayar kat LHDN berkurangan. Buat apalah cantik atas air-mata orang? Kau je perasan kau cantik, tapi ada orang dah tengok muka kau serupa Mak Lampir dah tu.

ok chow chee chow..

Monday, January 21, 2019

Mak Lampir2

Saya tetiba fefeeling nak cuba nasib jadi trooper Mak Lampir geng Kartel. Saya tanyalah kawan saya. Dia kata dari join Mak Lampir, lebih baik join dia. Dia geng PAS. Dia tak tau, tak percaya ka saya ini ABP (Asal Bukan PAS)?

Tak kisahlah dia dengan ke PASan dia. Ramai kawan-kawan saya yang PAS forever dan percaya Negara ini akan betul bila PAS memerintah. Tapi tu bila ya nak jadi betul ni. Kawan kofiden giler PRU akan datang, jadi juga tu nanti mereka memerintah. Tahun berapa ya... 2018, 2019, 2020, 2021, 2022. Kawan saya cakap PAS bekerjasama dengan BN. Dengan populariti Najib, mesti mereka akan menang.

Ini antara gossip tentang usaha dan harapan "PAS, BN bergabung meletopsss"
Tapi saya tak bolehlah join, walau saya tak ada masalah dengan BN. Kan sekarang ni kita kerajaan PH. Risiko tu jika penjawat awam macam saya ni ada hubungan dengan Pakatan Pembangkang. Kawan saya tu lainlah dia kije swasta.

Patutnya BN dan PAS ni dari dulu lagi dah berkerjasama. Semua kalut, semua masalah ni, bukan berpunca dari musuh luar, pun. Apa kau kata black hidden agenda? Jadi black black ni semua salah kaulah tu, kau bergaduh dua, heret penyokong sana, sini, Melayu pun berpecah. Dah nak masuk 9 bulan PH memerintah, apa ada benda baru untuk Melayu??? Atau kau rasa siok tak Melaysia baru. Saya ok je dengan Malaysia baru, ni. Liberal. Malaysia lama pun saya ok juga walau ada sikit rimaslah. Ala, ko nak masuk syurgakan kenalah berimas-rimasan di sini dulu. Dunia ini kan penjara. Mana ada penjara yang "cool".

Kena tunggu next PRU untuk dapat semula kuasa? Tak kisahlah apa yang baik untuk Melayu, Islam kita doa berjaya. Jangan besok naik, jadi macam Pakatan udahlah ya. Saya tak nak put high hope dengan gabungan baru ini. Takut nanti kecewa. Gitu.

Ok balik pula semula cerita berangan nak jadi trooper Mak Lampir ni tadi. Kawan saya ada kije KPKT. Saya tanya bule tak saya nak photo bomb dengan YB Zuraidah? Tak jawab. Gitula, macam saya meluatkan Maszlee kasut hitam, kawan income tax stress dengan Lim Guan Eng, agaknya dia pun sikit lebih kuranglah rasa tak siok sama itu YB dia.

Jadi saya pun berhentilah berangan nak photo bomb dengan YB. Kunun ni berangan nak berfoto sama YB dan tulis caption, Mak Lampir & Sang Gedembai bergabung, MALATOPPPSS!!! hihi.

Sapalah Sang Gedembai tu. Sayalah, tu. Macam mana saya dapat gelaran tu. Hurrmmm itu ada satu penulis bermukjizat, keturunan Raja Acheh + Nabi bagi sama saya. Iya tu kut dia ada mimpi agaknya saya bertuna-foto dengan YB Zuraida. Keturunan Nabi-nabi inikan mimpinya bersifat petunjuk lagi futuristik macam orang sekular punya Nostradamus sana.

ok pen-off dulu.

Saya dapat photo bomb cenggini pun jadi leerrr ya he he


Thursday, January 17, 2019

Mak Lampir

Semalam punya analisa secara surface je. Sepintas lalu, baca artikel terus buat kesimpulan. Iya Mak Lampir jalan ceritanya sama macam kisah cerita cinta Kak Wan yang menyedihkan. Harap lepas ni Kak dan Abang banyak-banyak le tunjuk gambar ciom-molot kat internet ya bagi menghapuskan persepsi saya ini. Iya sedih tauuu... kak Wan berhempas pulas keluarkan Abang Non dari penjara. Apa hadiah Abang untuk kakak? Hurrmmmm... tak yah citerlah. I feel u kakak. I turut nangis tengok gambar Abang tanpa seurat benang di Muka depan Akhbar.

Please take note yang italic tu drama jak tuuuh...janganla percaya sangat dengan drama ya. hi hi...

Cerita cinta Kak Wan sama tragis dengan cerita Cinta Mak Lampir. Owh rupanya tidak. Bukan kak Wan yang dimaksukan Si Gemuk Syed Badlishah tu, Rupanya si Gemuk sokong Kak Wan, Suami dan Anak. Jadi Lampir berada di Kem lagi satu. Kem Kartel nama diberi. Tidak pernah ku tahun rupanya PKR dan lama berpecah dua. Ingat jadi pecah sebab Tun lebih suka Azmin Ali dari Nuar. Tak memang Jemin ni memang ambitious rupanya. Nampak hensem, senyap, pijak semut pun tak mati, tapi dalam senyap rupanya menyimpan hasrat untuk jadi Perdana Menteri Malaysia. Hah! Menteri Besar Selangor dah dapat, tinggal nak jadi PM jak ni.... hah.

Jadi tu yang si Gemuk tu meroyan marah tu. Eh tapi kenapa Mak Lampir pulak, bukan Pak Lampir? Hah dia ni kan penyenyap, jadi dia ada loud speaker untuk cakap bagi pihak dia. Itulah tu YB Zuraidah tu yang mereka gelar Mak Lampir tu. YB dapat gelaran tu masa PKR pembangkang lagi. Trooper-trooper UMNOlah bagi gelaran itu. YB ini sebelum jadi menteri persekutuan memang orang kata rakuslah, sekejap lepas jadi menteri terus kaya-raya. Katanya. Ala dia orang business, dia pandailah,kan. Bisness dia pun potong-rumput, lepas tu agaknya le bila dah potong rumput sana sini, selalulah tu nampak "tanah-untuk-dijual" dia beli,lah. Itu yang dia jadi kaya-raya.

Dah Allah nak bagi dia senang. Dulu dia jual buah, orang PKR semua tak suka dan kutuk bau badannya masam. Orang yang mengutuk tu bila orang tanya sapa ni nak jadi calon, semua tak mau. Sipenjual buah masam nilah offer diri bertanding. Habis tu menang! hah. ambik kau. Lepas menang kaya pulak tu. Itu yang dia dapat gelaran Mak Lampir.

Sekarang ini YB jadi naib presiden PKR, hah kauuu... tak hebat tu? Dia dapat sokongan akar-umbi. Abeh tu, tetiba ada plak orang yang kalah dilantik jadi orang besar parti. Jadi si YB ni pun berbunyilah, menyuarakan rasa tak puas hati dia. Terus si Gemuk ni bantai YB kata YB Mak Lampir. Teruslah keluar cerita Kartel-Kartel ni. Dikait-kaitkan YB dengan Jemin Kartel. Dihasut-hasutnya Presiden agar membuat Team Kartel ini.

Ko ingat Abang Non tu bodoh. Dari buang Kartel, baik buang kau yang gemuk-gemuk tu tapi suka membuat cerita yang menakut-nakutkan orang. Saya tak rasa pun YB itu sejahat Mak Lampir. Takkanlah dia sendiri nak jadi PM wanita Pertama Malaysia. Itulah dia bila dah gemuk, tak dapat sokongan akar umbi, mulalah caranya nak mengampu bos dengan menyembelih orang yang memang dapat kepercayaan akar umbi. Saya percaya YB disenangi oleh akar umbi sebab beliau selalu "ada". Bukan macam engkau asyik tidur aje, bangun tidur pegi ampu bodek bos. YB "jaga" akar umbi yang ramai, kau jaga bos sorang je. Itu pasal badan kau gemuk. Kalau kau sentiasa ada bersama akar umbi, lemak pun tak dan nak melekat kat badan kau tau.


hurmmm...

ok enuf membebel.

Mari bayangkan diri kita ini Illuminasi jahat yang ada black hidden agenda nak hancurkan Islam...

Kau rasa? Sapalah kita nak bagi duit ni, YB Jemin Ka? Abang Non? Susah juga, kan? Kristal Ball ini dah asyik kelabu jak. Nak kena cari darah anak dara ka teruna ka kasi sembelih lepas tu simbah kat Kristal Ball ni,kan baru clear, kut?

Wednesday, January 16, 2019

Mak Lampir, Satu Anlisis Ringkas

Politik Malaysia ni memang best. Yang paling best ialah perang cyber, perang bunuh-bunuh karekter. Hari ini ada sorang mamat keyboard warrior ni come out with watak Mak Lampir. Saya tak tahula pada sapa dia tuju. Dia pasal benda alah ni dia tak kisah, dia main hantam saja, ada ka idak Mak Lampirnya tu. Dulu YB Zuraida digelar sebagai Mak Lampir oleh siapa? ntah. YB memang tak berpendidikan tinggi, tapi nak kata YB berbomoh bagai sebab nak jadi YB itu satu kerja yang sangat keji lagi jahat.

Jika kita nak menyelidik kepada siapakah gerangan Mak Lampir ditujukan, kita tengok sapa di belakang penulis. Penerbitan mana yang menyiarkan tulisan dia. Power juga penulis ni sebab tulisannya masuk dalam Malaysiakini.

Kita tau Malaysiakini adalah lidah DAP. Jadi kita tahu, ia sama ada dituju kepada PKR, sebab kita tau Bunga tak de bunga. Yang ada cuma gegediks macam Syed Saddik dan Dr Maszlee selebriti. Kepada siapakah gerangannya Mak Lampir ini ditujukan?

Kita juga nampak ada macam berebut PM selepas Mahathir. Ada orang kata antara Azmin dan Anwar. Ok DAP lagi selesa dengan yang mana? atau soal sekarang DAP lagi tak suka, tak percaya sapa? Antara Azmin dan Anwar mana yang lebih "deeply religious and conservative". Mak Lampir ini perempuan. Jadi perempuan Azmin atau Anwarkah yang lebih mirip kepada Mak Lampir?

Bagi anda yang belum membaca kalam jahat panglima papan kekunci ini boleh klik sini.

ok siapa pula yang menulis naratif Mak Lampir ni? Dia adalah Naib Ketua Pemuda PKR. Hurm...musuh datang dari dalam, disokong oleh musuh dari luar. Ko agak? Mati tak Abang Non, ini kali? Cat has Nine Lives, tak tau ini Nyawa Bang Non yang keberapa tah. Ada lagi nyawanya idok?...Saya pun tak boleh nak mengagak apa-apa, dah. Kelam kelabu dah "kristal ball" saya.

Tapi tak kisahlah, kelam ka, kelabu ka, tapi Penulis itu memang jahat. Saya tak suka, tau doa-doa celaka ni, tapi hari ini saya pun nak buat perangai macam TSUB 1 saya, saya nak cakap macam ini

"eeiiihhhh, Syed Badlishah Syed Osman ni. Memang! Semoga CELAKA sahajalah yang menemani dirinya"

Saya marah bukan pasal cerita tu sangat tapi sebab dia tu gemuk. Bila gemuk, Abang Non boleh cakap macam ini "ala ko tu jeles lah, aku ni dah tua-tua, pun Jambu Amoi tak renti ngendeng aku. Itulah dia tu, tak reti-reti nak kuruskan badan, dah tak de life / Life dia pathetic, mulalah berdelusikan yang bukan-bukan"

Orang kita ni suka buat hasty generalisation, nanti habis digeneralised kan orang gemuk semua suka meracau melaga-lagakan orang. The Onar Maker, tak kau rasa tulisan dia sangat beracun bikin orang meneka dalam gelap, teraba-raba sapalah Mak Lampir yang nak aku tikam ni? Kalu Hannah Yeoh pun bule jadi Mak Lampir juga dia, kan? Theresa Kok pun boleh juga. Tapi so far Kak Wan la yang paling sipi-sipi macam Mak Lampir. Penat-penat hidupkan Abang Non, Abang cari Jambu Amoi gak.

Eh tak buleh ka kau tirulah cara mengelemerkan diri macam Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ka? Macam Syed Azmi peluk anjing ka?... Idaklah menjengkelkan, sangatkan? Ni buat cerita ngajak kita berperang dengan Mak Lampir, apa kau sudah gila? Zaman ni mana ada orang kuat berspritual ada masa nak berspritual-spritual sangat nak melawan Mak Lampir? Jika ada pun, dari dia lawan Mak Lampir baik dia pegi join Syed Azmi mandikan kucing, mandikan Anjing!!!

Memalukan orang gemuk macam saya je. Nanti orang kata si Gemuk, memangla, life derang tak sudah-sudah berdelusikan yang bukan-bukan.

Monday, January 14, 2019

Malaysia Baru

Baru lapan bulan sahaja kita mengecap Malaysia baru. Apa ekspektasi kamu? Saya ekspek Malaysia makin liberal dari dulu. Espektasi saya tak tinggi sebab kawan baik saya pesan, jangan tinggi-tinggi nanti kamu kecewa, bila tak sampai. Jadi saya ekspek Majid-Masjid, surau-surau kita akan tetap lengang macam biasa walau sudah ada Salib Besar terpampang di Penang sana. BN tetap kalah di Cameron Highland nanti walau di sokong oleh PAS.

Bagi puak-puak liberal mereka pun kecewa juga sebenarnya. Mereka kecewa sebab ekspektasi mereka terlalu tinggi. Mereka harap naik je Malaysia baru semua terus bertukar, Malaysia terus dah tak deeply religious dan conservative lagi. Memetik kata wartawan bernama Briget Welsh, orang Melayulah yang paling ramai ni 60%-70% yang masih tak baru-baru, masih lama macam dulu juga.

Orang macam Welsh ni dia nak tengok kita macam mana tah, saya tak berani nak membayangkan apa-apalah. Malaysia baru bagaimalah tu ya yang dia nak tengok. Tapi tulisan beliau jelas menampakkan Malaysia baru ni kalau boleh SPRM, PDRM sana yang top-top sana tu biarlah bagi kat bangsa selain Melayu. Dari situ kita nampak, dia rasa negara ini bermasalah sebab Melayu yang pegang jawatan-jawatan utama di sektor awam terutama yang berkait rapat dengan penguatkuasaan.

Rakyat ramai sakit hati tengok pembesar Melayu dari pemerintahan terdahulu kaya raya pasal rahsuah, jadi Welsh telah buat analisa dan hasil analisanya jika cepat-cepat tukar bos SPRM dan PDRM cepat sikit pembesar-pembesar jahat ini masuk jel, agaknya kut. Dia juga tak suka sebab dalam Bunga, dalam PKR waima dalam PAS sana semua sudah tertanam benih genetik UMNO. Begitulah dia menulis. Perempuan kalau menulis, biasalah terasa emosi tak sukanya itu ngilu menusuk sampai ke tulang sum-sum sana. Di situlah agaknya kekuatan penulis wanita yang tidak ada pada penulis lelaki. Nak rasa emosi Welsh, jom ketik sini. Ada rasa ngilu tak macam saya rasa, tak?

Di sudut lain saya berfikir, adakah dengan menukar bos-bos besar SPRM, PDRM nanti rahsuah akan berkurangan. Ini satu topik menarik untuk kita kaji. Saya nak tunjuklah tulisan Welsh ni kat bakal SV PhD saya.... gurau sahaja. beranilah saya nak sokong si Welsh ni, harus dikerat-kerat dan dilabel sebagai pengkhianat bangsa.

Persoalannya sekarang macam mana Welsh nak kata dia betul? Adakah dia betul, teori apakah yang dia pakai, Fraud Triangle, Diamond? Dalam politik ada teori ka?.... sapa berkuasa dia boleh bikin apa saja. So far yang berkuasa masih koservertif, deeply religious? Ntah, ala, asal anti Yahudi, Islam lah tu. Kalau Islam religiouslah tu walau bini tak pakai tudung, menantu-cucu kalu bergaya ada yang serupa nak telanjang. Asal bini kau sesikit menyeru "ITTAKULLAH, ITTAKULLAH, walau video telanjang kau dengan Amoi dan bersepah merata-rata, kira deeply religious dan konservatiflah tu. Sini nak bina imej yang kau tu religious bukan la susah sangat, pun,kan?

Tapi tu, kan, besok lusa kita tak tau. Lagi pulak orang perempuan ni, perlukah kami nak validate / nak sandarkan apa-apa analisa kami dengan dengan penemuan-penemuan yang terdahulu? Perempuan kan kalau nak apa benda senang, (sila, baca dengan nada sarkastik ya) merengek ajelah pada lelaki yang tepat, hah dapatlah apa yang kami hajati, kan? Apa barang nak botak-botak kepala nak literature-literature review, teori bagai?

My personal view? Perlukah tukar Malay-SPRM dan PDRM-Bos kepada Non-Malay-Bos ? Adakah Malay-Bosses ini punca kepada si penjahat masih lagi bebas berkeliaran dan terkini, boleh pulak si penjahat ni merembeskan benih jahat dia dalam BUNGA dan PKR?

Persoalan-persoalan ini, tak boleh kita main teka-teka sahaja. Memang kena study banyak-banyak. Pendek cerita kena buat PhDla gamaknya ini kalau saya nak tahu. Tapi lagi best, apa kata trial and error tukar saja Malay to Non-Malay?  Lepas kita dah ada  banyak data-data Corruption Perception Index post-Non-Malay-Bos and pre-Non-Malay-Bos. Kita proses dan analisa. Barulah kita tau si Welsh betul ka tidak, kan?


Sunday, January 13, 2019

Salib Besar

Minggu ini kecoh pasal salib besar pulak. Memasing susah-hati. Tengok salib besar pun marah. Dah nampak salib tecacak atas bukit, apa lagi? Nak menang, pegila bangkit solat subuh berjemaah sana. Ini tidak dok pi marah-marah di media social, padamkan, padamkan, apa barang kau? Kalau macam tu sampai bila pun takkan menang.

Ko nak bangkit penuhkan masjid waktu subuh pun susah, nahhh meroyan, ajelah yang kau mampu.  Marah menteri, tak tahu jaga agama,  marah Mufti. Besok sapa lagi kau mau marah? Marah Abang Non, kalau besok anak cucu hanya reti cari makan dengan buat video viral China Doll Abang?

Masing-masing yang suka marah, dan salahkan orang lain tu tak baca kitabka? Saya memang tak baca kitablah, tapi guru agama saya baca. Dia cakap nak menang penuhkan saf. Tak pernah pula dia cerita kalau nak menang meroyanlah sana-sini, di media social, di kedai kopi walau di mana-mana suruh padam salib, padam salib atau petition sana, petition sini, kutip tanda tangan suruh padam salib.

Nak menang cara meroyan dan kutip tandatangan? Aish!! Aish!! Aish!! tok guru manalah dok ngajo tu ye?

Eh tak de orang nak pakat-pakat tulis dalam media sosial cenggeni...?

"ayuh sahabat-sahabat, solat subuh berjemaah kita. Salib besar sudah kelihatan, petanda kemenangan di pihak kita tak lama lagi. Mari-mari, yuk yuk kita penuhkan masjid, juga surau di subuh hari"

Saya heranlah, lain yang dipelajari di kelas agama, lain masa kekecik dulu, lain yang kita buat masa dah tua-tua bangka ni. Dah lupa agaknyalah tu.

Friday, January 11, 2019

Mid-life-crisis

Saya fikir balik, tak baik tau buruk sangka sama kawan sendiri. Mungkin kawan kesunyian walau dah bersuami. Saya ini pun nasib baikla walau teruk, mulut laser, ada juga yang sudi berkawan. Pastu masuk sambung belajar, jadi nampak macam bagus je life saya.

Sebenarnya biasa-biasa macam dia juga. Itulah ada pakar kata, FB, media sosial ni boleh bikin manusia moden makin murung dan sunyi. Orang tunjuk dalam media sosial yang bagus-bagus sahaja. Yang buruk, tak kanlah orang nak tunjuk.

Semalam saya baca sepintas lalu, bapa viral negara tulis ada orang tu, pangkat dan tinggi, duit dah banyak, tapi dia nak jadi macam bapa viral. Dia mau like yang banyak, pengikut online yang ramai. Dahsyatnya. Adooiii... macam itu. Itulah yang saya selalu bebel-bebel. Nak capai Maslow's self-actualisation. Bule tau dengan bela kucing, mandi kucing, tanam sayur bule capai benda ini. Tapi kena percaya dan yakin dirilah.

Tak yakin, susahlah. Tapi saya ni tak boleh juga sembarang bebel, sebab saya ni hermit. Hermit ni dia tak kisah, ada serupa tak ada pun sama sahaja. Tapi orang yang egalitarian dia tak boleh, seboleh-boleh dia nak jadi influencer. Dia nak seru orang ke arah kebaikkan. Saya tak nak lah kutuk orang selain dari hermit, nak bertekak kata hermit juga terbaik. Tak boleh macam itu, dah tuhan jadi kan manusia ni berbagai-bagai. Tapi macam mana nak happy tu, hermit lebih mudah happylah as long as dia sedar dia tu hermit.

Atau pun puncak pada kegembiraan ialah kenal diri. Kalau tak kenal diri, tengok orang buat ni happy, buat tu happy, semua kau nak ikut tak buleh juga. Yang penting dalam hidup ni perati apa yang kita ada. Jangan perati apa yang orang ada. Honestly saya nak ajak kau jalan-jalan pun seriau tau. Kau tahu tak kenapa orang tak nak bawak kau jalan-jalan sama-sama. Orang lebih rela berjalan dengan saya dari kau?

Let me tell you why. Kau tu kedekut. Kalau pergi rumah kau, air kosong pun tak kau jamu, kau ajak kawan pergi kedai kopi, kedai mamak, kawan belanja. Tapi sebelum tu, kau juga yang beriya ajak kawan ziarah kau.

Hey, aku nak pegi berjimba ria kat rumah Bonda Rozita tau. Aku memang baik ati nak ajak kau. Tapi bila aku ingat balik pasal air kosong, tu, aku kensel. Aku harap kau faham ya kenapa kami tinggalkan engkau.

sori.


Wednesday, January 9, 2019

Udang balik Batu?

Minat seni yang tetetiba terbit, pada kawan saya yang ditulis semalam mengingatkan saya pada cerita Ibu mertua ku.

"Siapa Kassim Selamat? Loyar, majistrate, doktor?"

"Apa? Ahlil Music?!!!!"

Teng...teng... teng....teng

Begitula zaman itu, betapa orang memandang rendah pemusik, seniman.

Hari ini saya rasa kalu dengar boyfriend anak kita tu artis, lebih-lebih lagi recording artis ka, yang dah keluar movie, ka mesti mak ayah rasa seronok. Terutama yang ada business kecil-kecilan, jual jamu, ka belacan ka, katering, ka... kan? boleh tumpang glemer, tingkatkan sales, bagai. Kalau dulu Nonya Mansur dapat menantu Lawyer, hari ini mungkin menantu lawyer fikir it is such good idea dapat menantu retis supaya boleh tolong promote firma guaman mentuanya secara indirect. Iyalah sekarang saingan makin banyak. Nak iklan besar-besar mana boleh. Kebetulan pulak kawan saya tu seorang Peguam

***

Tapi kalau kau nak tau, mak saya bukan macam Nyonya Mansur, pembenci seni. Mak peminat seni, terutamanya seni sastera. Zaman kecik-kecik dulu, budak-budak sebaya saya akan dinobat sebagai mempunyai kepintaran berfikir secara kristis, kalau pandai mengutuk retis. Jika sikecil mengutuk mencarut, mak ayah, abang kakak turut mencarut berjemaah. Saya cuba bikin benda yang sama tapi saya dapat satu cubitan di peha dan kata-kata marahan begini. "kau dah kenapa? orang tu masuk TV dapat duit, kau duduk mengutuk, TV pun kau tak muat nak masuk, kau dapat apa"

Hari ini saya tunjuk lukisan kawan saya kat mak. Mak cakap, "apa lukis macam hantu tu, nanti besok dapat anak kenan macam lukisan dia"

"Picasso la mak"

"owh Picasso. Abstrak? Laku la tu?"

(see... mak saya kenal Picasso, tau, mak kau ada?)

"Sikit-sikit je. Tapi tu, dia gigih betullah jaja lukisan hantu dia ni walau tak laku"

"Biarlah. Contohi kegigihan dia tu"

Terakhir saya cakap "mak dia nak upah profesional plak lelong lukisan dia, lepas ni boleh jadi kaya macam ayah Emma Mak Embong"

"hurmmm iya la tu kaya. P Ramlee pun kaya dan orang ingat lepas dah mati"

Saya pulak terkejut "eh mak ni, doakan ajelah dia kaya dan orang ingat sebelum dia mati lagi. Dah mati nak buat apa?"

"iya lah"

Apa yang saya tulis panjang-panjang ini ialah bukti aprisiasi seni dan sastera yang genuine, turun dari mak ayah. Bukan nak menempel kat retis sebab nak tingkatkan jualan periuk belanga atau pinggan mangkuk, atau apa-apalah perkhidmatan kita yang suam-suam kuku tu jak.

Tuesday, January 8, 2019

Self-actualisation...

Ramai orang percaya perkahwinan boleh menyelesaikan kemelut kejiwaan, walau kini makin ramai orang pilih untuk menyendiri sahaja. Apa guna berpasangan tapi jadi seperti orang asing. Itu lebih menyakitkan, mungkin itu kata mereka yang memilih untuk membujang.

Tak kisahlah ini bukan cerita pasal orang bujang, tapi orang dah kawen. Pelik saya dengan kawan yang ini. Saya heran kenapa dia masih terhegeh-hegehkan saya. Kami bukan ada persamaan pun. Rasa nak pelempang dia selalu-selalu ada, lah. Hey ko pegi usrahlah, pergi ngaji belajar taranum sana. Apa ni, nak ikut orang pegi melukis. Sikit hari orang pergi belajar main Kord keybord ni, nak ikut jugak! Nanti Naqibah marahlah, macamlah kita pulak yang buat kau lupa baca quran, nyanyi marhaban, lupa dah nak masuk 5-series, rumah kata pergi, kubur kata mari.

Eish!!! apa pasal kau tiba-tiba berminat pasal seni-menyeni ni? Betul ka dia minat seni penyokong tegar seni untuk seni / seni sebagai ekspresi diri atau saja-saja nak hips? Nak capai self-actualisation dengan memburu-retis-macam yang dia boleh nampak saya buat melalui timeline FB saya?

Saya buru retis? Mana ada!  Kebetulan kawan saya tu retis, saya bagi support jak. Tiba masa pencen, besok, saya akan mandikan kucing dan tanam sayur saja. Ikut-ikut retis sementara di bandar ini. Itu tu pun sementara lukisan kawan saya masih murah lagi, ni. Dia cakap tahun depan dia nak buat pameran solo dan harap lepas itu lukisannya jadi sangat mahal, semahal lukisan Picasso dan ntah apa tah lagi sorang pelukis tu. Besok dah mahal, tak mampu kita nak ikut dah. Yang mengikut tu besok orang kaya-kaya, kerabat-kerabat di Raja atau tokey money launderer. Kau mampu?

Saya skeptikal. Saya tak rasa kawan saya ini peminat seni. Tapi jaman sekarang macam the highest hierarchy of Maslow itu, bukan sahaja jutawan dermawan tapi art/seni/lukisan. Menteri pun beli lukisan Picasso nak up diri yang dia itu lelaki budiman setanding Raja Arab yang menderma RM2.6 billion untuk kempen politik parti lawan.  Jadi adakah kawan saya fikir dia boleh dapat self-actualisation kelas menteri dengan minum kopi hispter, ikut sembang-diskusi intelek dengan seniman, intelek genius? Atau dunia kita dah terbalik, orang timur sibuk nak jadi orang barat? Kenapa tidak lagi Tuhan berada di hierarchy teratas? Kenapa tidak marhaban, zikir, berzanji, bermunajat. Kenapa lukisan, puisi, nyanyian yang dah jadi macam sessi usrah kecil, yang diketuai oleh retis (artist) yang dieja tanpa huruf "s" dibelakangnya?


Perlukah saya bawa kawan saya ke usrah jenis baru ini? Hah! Saya akan bawa dengan syarat dia kena beli lukisan kawan saya. Aboden?....

'***

Monday, January 7, 2019

NOPEN 11

Dulu, masa saya feeling-feeling retis, saya ada menulis nopen. Sampai Nopen 10, saya tamatkan. Tapi saya lebih suka angka ganjil. Juga Nopen sepuluh closure yang macam tak jelas. jadi saya tulis cuma mantapkan sedikit closurenya:-


CINTA dan JODOH

Perkara yang paling saya benci ialah terpaksa melukakan hati seseorang, dengan berkata benar. Saya tahu sepatah perkataan tidak yang jadi jawaban kepada soalannya tadi akan mengguris hati dia. Tapi saya tak mampu berbohong dan perlahan-lahan saya jawab

“tidak”

Yurpt seperti yang saya jangka bukan mengguris sahaja, tapi dia histerical, berkata yang ntah saya tak dengar sebab di balik penutup kepala ini sudah ada ear phone. Saya on saja lagu kegemaran saya sebaik dia buka mulut….

Sedar-sedar dia sudah memegang bahu  saya dan cepat saya off kan lagu dan dengar dia bercakap dalam nada yang rendah, tapi mengancam:

“answer me!”

“Answer what? Come again?”

“anak-anak kau besok macam mana?”

“macam mana, apa?”

“Agama apa mereka?”

“Ikut suka merekalah. Eh janganla kau tak tahu adat di sini. Berlainan agama tidak menghalang seseorang itu dari hidup sebagai pasangan suami isteri dan berkeluarga”

Lalu dia angkat kedua tangannya dan berkata

“saya tak sepatutnya histerical terhadap kamu. Saya minta maaf”

Dia minta diri untuk ke ladies. Lepas itu kami pergi jalan-jalan, shopping sikit-sikit, beli pakaian baru sikit, apa-apalah barang penjagaan diri perempuan yang patut-patut.

Pun begitu setelah seminggu saya bernikah, ikut cara adat keluarga saya setelah mendaftarkan pernikahan di Jabatan Pendaftaran, saya tanya juga encik suami. Ada tak kawan saya datang marah-marah pasal perkahwinan ini?

Suami jawab tidak ada.

Syukurlah… itu tanda Maddie memang sudah betul-betul sembuh dan dapat menghayati ayat besar dari scroll besar yang mereka imani sebagai kalam TUHAN dari langit yang mengatakan

Untukmu Agamamu, Untukku Agamaku.



----SEKIAN, TAMAT----


Tuesday, January 1, 2019

Cerita Hujung Minggu Lalu

Saya pergi event kawan baik saya kat KL. Kawan ini unik, rare??? kita jumpa online, pastu dia boleh open up to me yang dia kata mid life crisis tapi sebenarnya quarter-life crisis (masa itu lah quarter, kalau hari ini dah jadi mid-kalau dia masi rasa lost the sense of purpose in life). Biasalah tu, kadang ada orang lebih open-up to strangers.

Pada saya lost the sense of purpose in life bukan isu pun. Dah lost, carilah baru. Tak sangka pula dalam culture dia, benda ini bermasalah. No way you boleh ada masalah ni. Jadi cerita macam saya pula mengada-ada cerita bila saya suggest dia makan cendawan bagai. he he... not makan cendawan lah  tapi psychedelic theraphy. Macam saya pulak buat fitna bukan-bukan. Ada black hidden agenda nak jual pil cendawan, pau cendawan, begedil tahu cendawan...semua barang bubuh label cendawan, pasti laku macam pisang goreng. Makcik kaya-rayaa HA HA HA... (ketawa setan besar)

Teruk juga saya kena marah. Kata mereka kawan saya ini alim, dulu kat sekolah dia imam, mustahil dia dapat sakit orang-orang jahil macam macam saya.

Saya malas nak lawanlah cakap orang-orang alim ni. Jadi saya pun pergi le sekolah. Dah kau kata aku jahil aku gi sekolahlah.

Pendek cerita hujung minggu lalu dia bercerita dikhalayak kelompok manusia-manusia yang betul-betul sukakan dia dan tak kisah kalau ada "tak kena" dengan diri dia. Memang dia cakap dia sunyi, dia sepi, bla-bla-bla...dia kata antara yang saya ingat-ingat lupa

"saya ni pendiam, saya bahasa Melayu pun tak pandai. Duduk kampung dalam hutan Sabah sana. Orang hantar pergi Kedah. Derang cakap Siam, jadi saya diam"

hurm sebab dia diamla orang fikir dia alim dan lantik jadi imam. he he he....

Macam mana bule jadi macam gitu? Ntah kita pun tak taulah.

Tak kisahlah apa dia nak cakap, tapi isu mid-or-quarter life crisis dah tak ada kut sebab dia cakap dia nak advocate kemahiran visual di kalangan rakyat Malaysia. Usaha advocakasi ni baru je dia jumpa lepas dia dilantik menganggotai majlis apatah ntah didik-mendidik Negara?? ntah. I tak ingat nama Majlisnya.

Pasal sunyi-sepi- dia kata dia nak manja. Ewah, kau ni nak manja pulak dah. Biasalah orang dah berumur. Kesian dia mak ayah dia dah lama mati. Mak angkat pun baru mati. Balik kampung jumpa abang kakak pun malas ke, takut kena gesa kawen dengan minah kampung, tak tahulah. Macam gitulah dia selesa bercerita pada strangers seperti kami.

Apalah yang kami boleh buat, melainkan doa dia cepat temu-jodoh agar dia boleh dibelai dan dimanja seada dan  secukupnya.

on the other hand, saya rasa lucky sangat, sebab mak saya walau orang kampung dia sangat "open" dengan ubat-ubat hospital. Lucky juga sebab sepupu ayah antara anak kampung pertama masuk U dan kawan dengan Dr Pakar Sakit orang Malanium ini.

I was diagnoss with mental issue in mid 90's. Ada juga mulut-mulut jahat yang mengata ntah apa-apa tah. Tapi mak lebih percaya sains. Bukan mak tak percaya rukyah, quran bagai, dua-dua pun dia bawak berubat. Tapi dia tau anak dia ni pelik sikit. Belum pergi UK dah perasan mat-salleh dari mat-salleh. Jadi dia bawa saya berubat cara orang barat. too badnya sampai hari ni pun saya tak jejak kaki ke UK.

Saya nak ke sana sebab nak belajar sahaja. Tapi hari ini setakat nak belajar accounting, auditing, ni di sini pun dah ramai pakar yang kita boleh tagih ilmu mereka. Kalau betul nak mendalami ilmu ini sungguh-sungguh, lah.

berbalik pada kelompok orang-orang yang selalu mengaitkan masalah kesepian, mid-life, quarter life-crisis ini sebagai tanda rosak iman, atau rosaknya hubungan dengan Tuhan.... kalau betul pun itu sebabnya simpan-simpanlah komen-komen yang sedemikian, ya.

Islam ini agama yang cantik. Janganlah dicacatkan dengan komen-komen yang mengguris rasa hati orang yang sedang sepi dan kehilangan. Patut kita bantu dia cari rasa hilang dan hiburkan sepinya dengan perkataan baik-baik sahaja.