Monday, March 31, 2014

Bila Nasi dah Jadi Bubur


Kitta suka tengok orang berbaik-baik dan bermaaf-maafan. Ada sorang minta maaf, yang lain maafkan, atau bagaimana mereka menyakiti kita, pun kita maafkan ajelah.

Apalah benda yang orang tu dah buat dekat dia, dan kena direct pada, dia pun kan yang dia mau suruh listkan apa salah orang itu? Ni apa cite ni? Pepasal orang politik kita dan pencacai merekalah ni. Saya ni selalu nampak orang politik kita baik PAS, UMNO, DAP mereka ni professional dan baik antara satu sama lain, sampai kadang saya selalu mengejek, yang bukan-bukan “eh ntah mereka kat luar Negara bercuti anak beranak, bikin family day lagi….yang kita dok begaduh pasal deme apa ke halnya?”

Kadang-kadang pencacai/pengikut merumitkan keadaan. Benda baik boleh jadi tak baik. Sedih betul. Orang dah minta maaf ko terima ajelah, apalah. Yang meminta tu bukan calang-calang orang, yang banyak songeh pertikai tu dah beso sangat ka? Dalam ko duk mengata si anu, si ani pemecah belah ummat, bila ada ruang orang nak bersatu, tengoklah apa pula reaksi engkau.

KEJI SUNGGUH???! Ntahlah. Tak lah duka cita, sampai rasa nak menangis aje.

Itulah mak pesan jangan lukakan hati orang, jaga lidah. I ni memang mak I bimbang sesangat sebab jahat mulut. Jahat mulut tapi baik hati…hati baik pun tak guna, lidah itu perlu jaga. Itu kebimbangan mak. Dan sudah tentu mak lebih dulu makan garam dan dia tahu. Saya tak berapa tahu.

Kita,kan kawan dengan orang-orang yang sama macam kita, aje. Ropenya manusia ada macam-macam, ada pendendam, ada cepat sentap, ada sejarah silam dan masalah dalaman. Jangan anggap semua kita walau Islam telah didik, dilatih sehabis baik untuk berlapang dada dan berbaik-sangka…oleh itu lidah penting dijaga. Pesan mak.

Pesan ajelah mak. I guess macam nasi dah jadi bubur jah, puak tu dah macam sentap dan tak mau beri maaf jah. Hey… ya Allah risaunya saya. Kekuatan dan kelebihan yang dimiliki tidak digunakan untuk saling bersatu, tapi saling mengungkitlah pula.

Sunday, March 30, 2014

KATA-KATA PUJI-PUJIAN III

oklah sambungan dari semalam dan kelmarin...

Inilah dia gambar-gambarnya...

Yang mana satu tu...cluenya mata dialah yang paling bersinar (tak terhalang)...







KATA-KATA PUJI-PUJIAN II

Sungguh pun saya lama tertarik dengan cara kawan saya, tak semudah itu saya mengikut. Lokek puji-pujian??? Saya ini air muka garang. Pula dengan berkerudung labuh, saya lebih kepada guru disiplin yang garang giler yang sanggup menghalau anaknya keluar rumah jika tidak solat. Terrorist??? Iyalah, nak kata  terroristpun terroristlah. Saya tak ada masalah.

Cuma beberapa tahun kebelakangan ini saya sudah sikit-sikit pandai jadi macam kawan saya itu. Mungkin juga dengan memuji dan bertukar-tukar hadiah itu cara saya mengenangnya. Dengan berbuat demikian begitu, meringankan kerinduan saya terhadap dia. Oh…nak tengok gambar…sekejap eh saya selongkar sikit album lama.

Satu hari kawan yang baru berkerudung saya sapa begini “tahniah, wah cantiknya dia” dia memang seorang yang sangat cantik,pun dan dia jenis yang bila berkerudung lagi tambah terserlah keayuan dia. Dia balas apa???…sikit kuciwalah juganya “akak jual tak kek, nanti nak tempah bule?”

Ada,ka… I puji dia ikhlas, dia kata saya nak jual kek!!!????....

Apa-apalah,kan. Betapalah kiranya puji-pujian itu bukan satu yang menjadi kelaziman, macam itulah dia pengakhiranya. Orang puji ikhlas, kita sangkakan orang itu maukan sesuatu dari kita. Wah…

“ *****
Kawan saya cakap mak dia tak pernah puji dia. Dia rasa macam mak dia tak pernah sedar, pun akan kebolehan dia, tapi asyik-asyik mak dia puji sepupunya yang tak sama langsung dengan dia. Namun dia tahu di belakang mak dia selalu puji dia. Dia anak yang baik dan taat lagi penyabar.

Respond saya, “samalah kita.” Agaknya kut orang Asia macam tu kut. Memuji anak itu satu amalan yang tidak berapa elok. Tanpa pujian pun kita tahu ayah ibu sangat sayangkan kita. Itulah yang lebih bermakna.  Seringkali juga kita tengok kawan-kawan kita kata “aahhh lihat lah dia, what a pitty kurang kasih, sayang” just because showering us with flowery words and gift is not our culture.

Di tempat kerja bila bos garang dan marah, itu tanda sayang. Dululah. Kita tak kisah,pun kena marah. Tapi hari ini ntahlah ahli psikologi mana tah dah kata perlu kata manis dan kata bujuk untuk bikin semua kerja menjadi. Dulu orang kata, kalau CC iya (saya sekarang KUP CC dan sedang berusaha menjadikannya hakiki), memang semua orang tunduk. Sekarang he he he…kalau Mardhiahlah berjaya akhirnya dapat hakiki nanti, ntahlah.

Saya memang bertekad tak nak garang-garang. Budak dulu lain, budak sekarang lain. Ada wats app, ada facebook, ada tweeter, selalu niat baik penyelia dan bos disalah erti. Dulu pun macam tu jua, tapi idaklah kesalah-ertian itu tersebar besar. Kalau kita bengang dengan bos atau penyelia, kita-kita ajelah yang tau…hari ni lain gahnya-rekayasanya, boleh merebak jauh bergantung kepada keglemeran orang yang kita tegur/marah itu.

Saturday, March 29, 2014

KATA-KATA PUJI-PUJIAN

Seorang perempuan cantik dan cerdas didakwa oleh seorang lelaki berbakat kununnya perempuan cantik dan cerdas itu memuji-muji hasil kerja beliau. Kawan yang lain mengejek..semacam tak percaya akan perkara itu.

Sekilas pandang macamlah lelaki yang mempertikaikan perkara itu jeles, namun fikir-fikir semula ada kemungkinan lelaki itu tak percaya sebab memang tak pernah mengalami atau berjumpa dengan manusia-manusia yang murah puji-pujian.

Perbualan yang saya come across di Muka Buku ini membawa ingatan saya kepada seseorang yang amat saya rindui. Kawan saya perempuanlah. Eish…lesbian? Hey dia dah nikah dengan lelaki warga Britishlah. Saya kenal dia semasa Kursus A-Level. Dia budak Assunta, PJ. She’s very different. Saya yang ketika itu memang kampung dan tak pandai berbahasa Inggeris. Kawan saya inilah yang banyak mengajar saya. Dia bukan sahaja mengajar bahasa, tapi budaya juga. Dia pernah bersekolah di United Kingdom tika ibunya bikin Masters di sana.

Antara benda penting yang diajar dan lekat hingga kini ialah kata-kata puji-pujian. Memang puji-pujian pada kita orang Melayu kampung adalah satu benda yang agak pelik. Ditambah pula di sekolah agama, cikgu kata, nabi tak suka dipuji dan kata nabi akan leparkan dengan pasir pada orang yang memuji baginda…ia ka? Orang yang suka memuji itu adalah kawan setan. Ntahlah gasaklah…

Mungkinlah saya sudah deviate dari nabi, bila kawan yang satu ini sangat mempengaruhi jiwa dan perasaan saya. Juga cara saya bertindak. Melalui kawan yang satu ini juga bawa saya kembara kepada mereka-mereka yang tak sama dengan kita. Mereka yang kita panggil sekular. Pun kami berpisah kerana kawan mengikuti kursus lain dari saya, dan sewaktu perpisahan itu, saya berkawan baik pula dengan seorang rakan yang berdarah campuran Melayu-Inggeris atau lebih tepat lagi Irish.

Lagilah saya telajak British dari British lagi…he he he.. Mereka lembut, langsung tidak kasar dan dipenuhi dengan warna-warna bunga-bunga cinta pada ayat-ayat mereka. Amalan yang paling digemari ialah bertukar-tukar hadiah. Mereka ajar pasal sex bebas? No…saya dapat kawan yang sangat romatik dan percayakan cinta sejati. Kadang-kadang kesejatian cinta yang mereka dambakan agak melampau.

Bayangkan dia seorang anak yang sangat mewah kata dia sanggup let go of everything for love..he he. Mungkinlah. Mungkin sebab udah terlalu mewah, dia tak kisah pada materi. Perasaan dia aje tu…ingin juga saya bawa dia pulang ke kampung halaman saya, pun kampung saya agak canggih juga, rasa kalau dibawa pulang memang dia suka dan tak mau pulang semula ke Bandar, susah juga saya nak menjawab pada ibu/bapanya nanti. Saya pernah berangan nak bawa ke tempat yang sangat remote…dan kata pada dia, “what if your cinta sejati, mau kamu tinggal di sini”. Toilet pun tak hada ha ha ha aha….

Oklah enuf about my kenangan indah…So berbalik kepada mamat yang terkejut ka, jeleska dengan puji-pujian yang kawan dia perolehi itu. Baik dia selalu pergilah tempat libur-libur, spa ka, apa-apalah tempat yang mana kata pujian amat murah, tapi sebelum tu ko kenalah bayar dulu. Mau pujian yang ikhlas, mau kawan yang macam 2 orang tadi??? Saya pun kehilangan mereka. Mereka sibuklah tu melayan kerenah suami dan anak-anak, barangkali.

Wednesday, March 26, 2014

Perks of being a SPONGE III

(talam bermuka-mukakah aku?)

Biasa kita kawan dengan kawan yang serupa kita aje,kan. Iya ka, tak, saya kawan semua, sebenarnya. Mujur kawan-kawan saya tidak passionate pasal MH370. Bayangkan di pejabat tu ada satu puak sangat taksub dengan idea emosi Pilot, satu lagi pula sangat menentangnya.

Maka macam mana ya? Saya tidak akan berkata apa pada sang penentang, tapi menyabarkan kawan yang suka sangat baca surat khabar online dari barat itu he he he….wartawan UK sana, bukan manusia aje yang boleh psiko, haiwan pun psiko gak, macam-macam.

Saya akan kata begini:-,

“Buat masa ini ko diam dulu, dan ko harus ingat ilmu psikologi ini masih lagi muda, sedangkan ilmu sains lain pun dulu pada asalnya manusia susah nak terima. Ko ingat tak sejarah ilmu kimia dulu. Pengamal ilmu kimia disamakan dengan ahli sihir dan mereka dibakar hidup-hidup dan saya kira begitulah kiranya dengan apa yang sedang berlaku jika kita bertoya-toya mau juga menerapkan element psikologi dalam isu MH370 ini”

Pun begitu teruskanlah membaca. Tiba masa nanti saya positif, lambat laun orang akan boleh terima juga ilmu ini kerana ini adalah satu cabang ilmu yang baik, dan saya sendiri amat menyukai ilmu ini dan percaya pengetahuan yang sedikit yang saya belajar dari Pegawai Perubatan Hospital kerajaan tentang ilmu inilah yang membantu saya dekat dengan Tuhan,

Juga dapat menjadikan saya lebih mudah menyesuaikan diri dengan orang yang tak sama macam saya, bukan sahaja tak sama tapi well bukan se”kelas” dengan saya…well…well…mengeluh aje aku nih….well I saya sekolah sains, ok dan saya kena bercampur dengan most of science stream drop-out. Cubalah ko bayangkannya iya. It’s not easy tau. But Psychology has helped me a lot.

For those yang minat psychology bolehlah klik link ini, for those who don’t baik jangan he he he…..

Tuesday, March 25, 2014

Perk of being a SPONGE II

"Kan, dah kata semua mati syahid

“Eleh…fatwa tu kata penumpang jah, pilot tak” itu kata dia yang suka sangat dengan teori emosi pilot.

Lepas tu dia sibuk marah-marah, lah pula….

“eh kenapa susah benar mereka nak terima, eh kemungkinan pilot tu bunuh diri”  bila disuakan teori seperti di bawah yang saya kutip dari status FB kawan:-

“Kalau ada siapa2 nak percaya teori KONSPIRASI, teori yang saya kopipes di bawah ini PUN agak LOGIK, sebab USA memang sudah lama ada teknologi menerbangkan Kapalterbang secara REMOTE CONTROL atau PRE-PROGRAMMED. Maka ada kemungkinan MH370 bukan di HIJACKED, tapi DIHACKED dan penumpang serta anak kapal di racun dengan karbon monoksida sehingga pengsan / mati.”

Baca kat dinding saya, tak tak pernah aku wat kije menyestalk laki orang weh…orang bujangan tu adalah seskali dua saya visit. Visit means visit….ok. Setahun payah 2, 3 kali tak belum boleh diketegorikan sebagai stalking ok. Infact kalau ko memang betul-betul hebat, macam Papa GOMO yang dah inalillah tu, satu hari dua, 3 kali orang nak visit page ko, pun, ko tak boleh kata orang tu stalker. Orang katalah,kan. But so far SKMM belumlah lagi buat apa-apa ketetapan, panduan pasal stalk-menyestalk ni. Lembab,kan they alls tu.

Ok berbalik pasal kawan FB tadi….

“eh bukanka mamat ni yang berteori polis SB yang mengaykan Anwar….”

“hah, mengaykan Anwar?....bukanka hari tu ko juga cerita ada mamat berteori yang polis cipta air mani sintetik yang DNAnya sebijik-sebijan macam air mani Anwar dan kemudian masukkan dalam dubur Saiful, bukan mamat ni ka…eh berapa ramai mamat konspirasi yang ko simpan eh?”

“tak, tu lain tapi  yang ini kata, Polis SB cederakan kuda Anwar, Anwar jatuh terjelepuk. Tun M panggil SK urut Anwar, tapi pesan sama SK bagi pelacur urut, itu pasallah lepas jah kena urut dengan pelacur, Anwar jadi ….well you knoooowww….. Siap sampai hati kata Kak Wan Ikan Sepat Kering” sambil mengelap air mata…amboi sedihlah tu, sedih, sapa tak sayang Dr Wan weh, sayang, ntah dah berapa banyak dah air mata tumpah kerana Dr Wan yang suci lagi wali, lagi terinaya itu.

“Abeh tu kalau betul kering, lubung jubur bolehlah plak dia sapu KY Jelly…, kalau lubang taik manufacturer siap boleh cipta cream khas, lubang sepat kering, takkanlah tak ada….ngoklah apa ko nih”

Hah terdiam ko….pepandai ajekan kata Dewa Dr Wan tu Sepat Kering….

Punyalah gini manjanya couple ni, ko kata aihs...tak sampai hati I nak ulang u.......

Janganlah disaman orang-orang macam kawan-kawan saya ni. Mereka ni hanya bersendeloka menengokkan gelagat pemimpin yang kita sayangi semua. Merekalah penghibur kala dunia hiburan Malaya ini macam sampah….buat kata seorang kawan yang meluat dengan cerita cereka tempatan yang ada.

Saturday, March 22, 2014

PERKS OF BEING A SPONGE


Semalam, kisah panjangnya sebenarnya begini. Saya yang memang dah mai kije seawal 7.35 pagi, tetiba dikejutkan kawan yang baru sampai tanya saya pasal teori emosi pilot tu. DIa suka teori tu sebab dia pernah berkelakuan destructive (memecahkan cermin alas meja) tika dia marah. Dia adalah seorang yang lemah-lembut jadi bila cermin itu pecah dia sendiripun jadi terkejut.

Dia itulah yang sedang berdebat dengan rakannya yang menyebabkan dia pecahkan cermin, lalu pinta bantuan saya untuk terangkan di mana saya dapat sumber emosi pilot itu. Saya tak sempat nak cari, sebab kawannya yang sangat spektikal dengan idea emosi itu begitu mendesak-desak kami macam orang gila. “apa motif dia, apa motif dia?” Suara saya pun naik sama dan saya kata “nak masuk syurgalah, macam pengebom berani mati tu” 

“Pengebom tu dia pasang bom keliling pinggang, dia sorang-sorang, yang pilot ni bawa ramai penumpang, apa kehalnya, kalau nak mati, mati sorang-soranglah”

“eh, pengebom berani mati dia mati sorang-sorang ka? Macam kat Indon tu dia bom hotel, bukan sorang aje yang mati, tau, kanank-kanak pun mati sama”

“Itu tak pelah dia gila dia sangka semua dalam hotel tu pergi hotel buat kerja maksiat, dia nak bunuh ahli maksiat. Ini orang naik kapal terbang nak pergi kursus, nak pergi honeymoon, apa kes? Dalam kapal terbang ma, tak sempat/sempit, tak private, terbuka luas untuk romen-romen, buat maksiat, dia ketawa berdekah-dekah”

Saya senyum-senyum dalam hati, sah dia ni memang baik habis,lah. Langsung tak frinjan…

“Dia nak pergi bawa kesemua mereka masuk syurgalah”

Tika itula bos ajak kita tahlil, dan lepas tahlil itulah mereka makan, dan bos emo sebab kita berteorikan benda yang tak boleh bos terima pasal Kapten Zaharie.

Usai makan kawan yang ajak saya berdebat minta maaf, dan kata dia tak kisahpun kalau betul pilot to go “weng” gitu. Dan kami berpakat, ok sekarang kita tak payah salahkan kapten, kita salahkan aje teori konspirasi, sebiji macam kata bos. Tak kisahlah memang ada ajen dajjal yang masuk dalam kapal terbang, atau, kapten tu sendiri yang ajennya. Tak, tak tak… tak mungkin orang PKR jadi ajen illuminati,kan. Bukankah mereka itu dibawah lindungan Dr Wan yang punya mukjizat yang sangat besar dalam menangkis sebarang serangan dajjal?
Tapi kawan lain yang lebih sukakan teori rampasan kapal terbang dilakukan dalam kalangan warga MAS  sendiri (i.e. MOLE dalam MAS) kata, 

“kalau ko tengok felem science fiction, boleh, juga dajjal dah pukau pilot, pilot kena psiko, atau dajjal dan injeck worm yang bikin pilot tu weng”

Dan saya pula, kata, kalau dah ada yang tak nak sebiji macam bos, kita salahkan aje kapal terbang tu. Abih cerita. Buat apa gaduh-gaduh just because of this,kan. Faktor kapal terbang… see how kalau dalam berdebat-debat ini, seelah how sihat my syahawat is…. That’s why I really wish saintis ada alat measure syahawat hik hik hik…semua orang pakai satu, kalau bunyi…bib bib bip bip kuat sangat, kita disarankan saling bermaafan dan berpeluk-pelukan he he he…..Kalau ada alat tu, kompem saya punya tak akan pernah berbunyi, tak pasang bateri, apa?

Friday, March 21, 2014

PERKS OF BEING A FILTER

Sedari awal kehilangan pesawat MH370 saya dah sangat-sangat teruja dengan kebarangkalian faktor emosi pilotlah yang menjadi punca kepada kehilangan pesawat tersebut. Dek kerana teruja saya bercakap-cakap….suicidal pilot,lah, pilot terlalu asyik main game stimulator sampai jadi “weng”lah. Sempat saya marah-marah sikenit yang memang minatnya main game. Tak pasal-pasal si kenit tu dapat marah free he ehhe…. 

Dia lebih suka main game dari main-main out-door dengan kawan-kawan. Saya perhatikan dia macam perasan dia bagus (tak salah kalau dia nak perasan,pun sebab pada umur sekenit darjah 2, pun dan ada budak perempuan yang berani cakap kat abang dia yang “adik kamu itu hensem” Masyaallah) dan tak suka sangat berkawan. Marah saya “hah main game banyak-banyak nanti jadi macam pilot tu, boleh  gila tau !…” Kebetulan si kenit memang ada hati nak jadi pilot, nak jadi sebijik macam abang sepupu dia yang baru lepas habis kursus di Australia yang kini kerja dengan SIA.

Kejam,kan. Memang. Tapi tadi kekejaman saya mendapat balasan yang setimpal bila immediate bos saya yang merupakan membenci kuat PM kita, sort of like bagi warning besar. Kawan mengajak saya berlawan hujah dengan bos, tapi buat apa nak lawan,kan. So, saya diam aje. Silent is a golden.

Pun begitu saya masih mencucuk-cucuk, cuba mempengaruhi kawan yang semacam boleh saya cucuk dengan menununjukkan artikel ini. Kawan sarankan agar saya tunjuk balik pada bos, tapi saya kata bos dah tau saya baca uncle scribe, dan saya pernah dimarahi dia kerana baca uncle scribe aje tak baca yang lain. Saya tidak berfikiran terbuka, saya bias. Uncle scribe juga kena marah. Uncle sribe jahat, Uncle scribe dah rosakkan minda saya, Uncle scribe penulis tak berwibawa lagi berat sebelah, Uncle scribe pencacai Najib. Mana dia tau Uncle pencacai, sebab saya kata Uncle dulu kerja NST. Bos kata semua NST, Utusan itu semua penulis/wartawan jahat. Taklah dia kata macam tu, dia kata berbunga-bungalah dan saya tak ingat semua. Kalau dirakam ditulis semula bule jadi sepanjang esseilah,kan. Taklah muat satu perenggan nih.

Bos saya kata petaka MH370 adalah sandiwara politik atasan. Konspirasiiiii??? Dan Kapten Zaharie adalah kambing hitam, maka perbuatan menjaja teori “emosi pilot” sebagai sebab kepada petaka kehilangan MH370 adalah perbuatan songsang dan dia mau perbuatan itu dihentikan segara. Dia taklah bagi direct order serupa itu macam. Tapi ko faham-faham sendiri sudahlah,kan.

No freedom of speech huh, the death of freedom of speech. Whateverlah. 

Saya lagi suka mengenang fenomena yang sangat ekstream yang melanda  saya pada hari ini sebagai:-

Bos yang berkemahuan (bersyahawat..pun boleh jika mau frinjan) tinggi untuk  mengambil manafaat dari being a filter, while I am into a perk of being a sponge. 

Saya menghormati syahawatnya itu. Itu Anugerah tuhan yang patut diraikan, bukan ditekan-tekan. Kuatnya dia menapis apa-apa bentuk idea yang ada potensi mengoyahkan kepercayaan dan ketetapan yang sudah Tuhan condongkan hatinya untuk dia pilih, sangat mengujakan untuk dibaca. I wish saintis ada reka alat untuk mengukur syahawat manusia eh he he…. Dan saya tidak kisah, kalau dia tidak menghormati kecondongan hati saya dan mau menspsiko semua untuk bersama memiliki kecondongan serupa dia.

oh btw...

Ada juga kawan yang ikhlas bersimpati dengan saya, yang cakap "Mar hanya cerita apa yang dia baca, kenapa dia nak marah, sangat. Iya saya cuma berkongsi keterujaan saya, itu sahaja" Wat to do kengkadang keterujaan kita telah menjadi ancaman kepada yang lain, so kita diam ajelah,kan. Buat apa bising2,kan.

Tuesday, March 18, 2014

DAKWAH



Rajan Mathew ni dulu memang selalu antar emel secara berkala berpunca dari sebab kemungkinan saya ada terklik benda alah yang salah tika melayar internet. Memandangkan emel Si Rajan ni memang ada ruang untuk sort of like unsubscribe but not like normal unsubscribe yang biasa-biasa kita bikin. Saya pun dah buat benda alah tu, cuma semalam dapat emel di atas.

Saya sudahpun membalas emel ini dengan mengatakan saya akan buat report kalau dia teus berdakwah kepada saya. Berdakwahkan agama lain kepada penganut Islam adalah satu kesalahan di Malaysia ini.

Tapi sebab dia orang ni dah miang sangat nak berdakwah,kan, mari saya khabarkan sesuatu. Agama saya mengajar, salah satu tanda orang yang disayang tuhan adalah orang yang disayangi rakan dan taulan. Orang Islam yang menyendiri adalah orang Islam yang dicondongkan hatinya oleh Allah untuk menyendiri bukannya terpaksa menyendiri kerana kerana dibenci.

Andai anda merasakan dunia membenci anda, apa yang perlu anda buat ialah selidiki puncanya. Tanyakkan orang yang dekat dengan kamu kenapa. Ibu bapa kamu ialah orang yang mustahil membencimu walau macam mana teruk, pun kamu. Dan merekalah yang paling kenal kamu dan tau kenapa kamu dibenci/disisih. Jangan jadi gila membela-diri, menafi kekurangan, sekerasnya dengan percayakan yang kamu itu sudah diambil tuhan kerana kePERFECTan kamu setara nabi yang maksum. Takut nanti kamu dapat penyakit delusi grandeur.


Monday, March 17, 2014

Sayang, Tak Pernah Benci (abis)

Helah bela diri ialah proses psikologi yang bertujuan mengawal ketidakupayaan dan penderitaan ego dek kerana kutukan super ego dengan cara  memutarbelitkan kenyataan atau menyangkalnya.

Dalam ramai-ramai orang besar yang punya helah bela diri tahap dewa, yang paling saya suka ialah Dr Wan Azizah. Iya suka, betul-betul suka tahap dewa juga. Pada Wan Azizah suaminya adalah keramat, langsung tak ada cacat-celanya. Baru-baru ini, Dr Wan Azizah berkata suaminya tidak kenal Kapten yang terlibat dengan pesawat yang hilang, sedangkan di Parlimen suaminya telah mengaku yang beliau kenal juruterbang….kenapa dia jadi sangat teruk? 

Orang yang sependepat dengan saya akan kata dia jadi teruk sebab suami dia teruk, suami dia mentally abused her, tapi  saya pernah berteori bahawa Dr Wanlah yang abusive. Dia “drive her husband nuts” bukan suami dia aje, ex dia pun jadi “weng” juga. Ex dia, yang satu ketika dulu amat setia teman dia pergi balik kuliah, tapi dia boleh kawen lari kat Siam dengan suami yang sekarang ni, sampai dulu masa student jadi weng, sampai belajar sekerat jalan jer dan bila dah dewasa ada ramai pengikut, jadi pemimpin besar, lagi tambah weng, sampai keluar kenyataan “barang siapa melepas lelah (keperluan Seks) pemimpin yang sedang berjuang, dia dapat pahala berlipat kali ganda dari tuhan.

Ada orang kata Dr Wan Azizah patut berhenti membela suaminya, tapi saya pula rasa yang suami Dr Wan Azizahlah yang patut berhenti melayan cita-cita isterinya untuk membawa sinar harapan baru untuk warga Malaysia.

Ini satu lagi fitna saya yang jahat? Fitna saya tak pernah ada lagi, sebab, fitna saya satu inilah aje ok. Wah, sungguh hebatlah penderitaan saya dek dikutuk super ego. Aduh….betapa tersiksanya batin saya. Wait a second saya hanya berspekulasi/menganalisa psiko hasil dari kepercayaan kepada data, maklumat, fakta, auta yang disogok saban hari. Itu hujah-bela diri saya. Apakah hujah ini sudah jatuh jadi helah? Saya telah memilih maklumat yang songsang lantas analisa saya tak betul? Wah aduh-aduh---sakit, tolong super ego jangan pukul saya he he he…

Alamak tapi nampaknya kali ini super-ego saya dah jadi lemah, lah id pula telah bermaharaja-lela. Saya sudah sangat taksubkan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan yang lalu. Iyanya betul, 100% betul memang air mani suami Dr Wan berada dalam dubur pengadu. Bukankah Mahkamah unsur super-ego? 

Hey badigol, ko dah lupa ka parameter awalan kita, Ini Malaysia Boleh Land yang Mahkamahnya tak adil ok, Polis SB boleh extract air Mani suami Dr Wan dan masukkan dalam dubur si pengadu ok. YOU GOT ME NOW? Dah saya dah penat ni, nak rehatkan minda. Tak lama lagi nak exam. Nak tobat, dah tak moh main game analisa psiko ini lagi dah. :)

Sunday, March 16, 2014

Sayang Tak Pernah Benci (part I)

Iya saya sungguh kasihankan kawan-kawan yang mengantung harap kepada Anwar Ibrahim untuk bawa perubahan politik Negara. Sudahlah dia dijatuhi hukuman penjara 5 tahun, kini akhbar luar pula cuba mengkaitkan yang juruterbang pesawat MAS yang hilang itu adalah pengikut fanatic Anwar.

Saya cuba menenangkan kawan-kawan yang tak sikit juga peminat Anwar. Kawan-kawan saya yang terdiri dari UMNO’s hater, PKR’s untuk lebih tepat lagi pensimpati Anwar adalah lebih ramai. Rasa-rasa semua kut sayang Anwar. Saya pun sayang dia juga, sapa tak sayang Anwar, semua sayang. Saya tak pernah benci Anwar, saya cuma benci perangai dia yang suka bikin huru-hara.

Oklah untuk kengkawan, saya saja jeh bikin maha fitna absurd ini. Saya kata begini:-

“ala, pilot tu jadi ahli PKR pun pada 2013, boleh jadi dia orang upahan UMNO”

“dia buat dajal biar orang semua cerita pasal kapal, hilang cerita Kajang Move, hilang cerita pasal Anwar kena inaya lagi sekali. Kapten kapal di arah tukar haluan dan tentera Amerika di Laut Hindi”

“Abeh tu dia orang tak mati lagilah ye?”

“ntahlah ada orang kata kapal terbang ni dia tak sama macam kereta, kalau pandu pelan dan rendah, dia lagi banyak pakai minyak, kemungkinan kapal tu tak sempat sampai, tu besar”


Ceh perbualan ini lagak macam orang intelek-intelek aje, kan. Walhal kita perempuan biasa-biasa aje, yang sijil setakat SPM aje.

HAJAT



Bila kita terlalu maukan sesuatu, ada diantara kita yang tersasar dari landasan dengan meminta bantuan selain dari tuhan. Kalau setakat nak pergi interview, minta tolong kengkawan yang di SPA itu saya rasa apalah salahnya,kan. Itulah gunanya kawan.

Ini satu mau yang sangat mustahil dan kabel besar mana di SPA memang tak boleh tolong punya untuk kita nak dapatkan apa yang kita hajati itu…contoh kita nak hidupkan semula orang yang kita sayangi, ha ha ha….uish teruknya, contoh tu. Contoh sahajalah,kan. Kemauan yang melampau ini membuatkan kita meminta pertolongan dari sumber yang sesat. Dalam ertikata lain kita meminta pertolongan selain dari Allah.
Kadang-kadang permintaan kita memang Allah tidak akan makbulkan, contoh macam minta orang yang dah mati hidup semula,lah kan. Memang tak akan hidup punya. Atau Allah tahu sekiranya Dia makbulkan apa yang kita hajati itu akan membawa kita jauh dariNya atau membawa musibah atas diri kita sendiri. Atau Allah mau memberikanya pada tempoh masa yang Dia tahu paling sesuai untuk kita.

Apapun, kata ustaz pesan, kalau Allah tak makbulkan juga permintaan kita, Allah pasti akan makbulkannya juga satu hari nanti. Mungkin di kehidupan yang lebih abadi nanti. Jangan sesekali kita berburuk sangka sama tuhan, apatah lagi meminta pertolongan selain dariNYA.

Thursday, March 13, 2014

PRAY for MH370

Malas nak buka internet la ni, buka-buka asyik-asyik pray for MH370. Eish menyampah betul, sehingga saya tanya ada sorang kawan tu, “dia nak suruh kita doa apa ni? Kan dah jumpa tompok minyak, dah matilah tu!” Masa tu belum pula ada yang pengesahan yang tompokan minyak itu bukan dari pesawat malang itu.

Sehingga hari ini pun saya begitu sukar nak pray for them. Ntah menyampah betul. Tak tau kenapa boleh naik menyampah sakan. Mungkin sebab dalam kelas saya ada batu api. 1+1=3…synergy.  Mereka mengutuk habis pengstrukturan semula bailing out, pengstrukturan semula GLC-GLC yang hidup segan, mati tak mau itu walau taklah secara spesifiknya mereka mengata yang MASlah satu-satu petaka yang maha menggerunkan. Dalam pasaran yang 100% market driven, kalau tak kerana kerajaan BN yang diterajui UMNO, MAS dah lama boleh dikuburkan. 1+1 memang jadi 3 tapi sebahagian 3 yang terpaksa dibayar oleh jerit perih rakyat marhaen melalui khazanah dan macam-macam. Ada PNB, dan kalau PNB, adalah KWSP. Adoiiai.

For those yang Islamis, yang ada mencarum dengan KWSP, walau KWSP ada pegang saham sikit dalam MAS pun, hati dia rasa perih seolah 99.99% saham MAS, KWSP yang punya. Perih waima sumbangan mereka  walau sekecil zahrah ia ada diguna untuk sambung nyawa seekor gergasi untuk ia boleh terus serve arak pada gergasi yang lebih besar lagi. Saya sendiri yang baru sekali naik MAS, memang tak tau langsung dalam MAS ada hidang arak. Macam manalah nak berkat,kan. Idaman hati para pemuda-pemudi islamis ni satu jer. Alangkah bagus dekat logo MAS, ada logo kecik, logo halal JAKIM…he he he…

Lebih selesa untuk mengaktif kan helah-bela diri dengan mengata, gambar  tipu, perempuan tu bukan pramugari MAS, tapi ntah model mana tah yang di upah untuk mengaibkan MAS


Dah tu bila ada orang suruh tobat, marah-marah dan kata “Allah tak inaya orang lain sebab kealpaan/kekhilafan orang lain” peduli dia. Mujur saya tak kaya, kalau saya kaya dan ada saham bertimbun dalam PNB, ckit-ckit dapat serpih-serpih saham MAS, waima satu unit pun, mesti saya bertegak-tegak tak mau taubat, tak mau langsung ada cita-cita nak lihat logo kecil JAKIM pada badan MAS. Geliiii….aku negok bebudak kopiah putih budak pempuan tudung labuh yang baru nak idup, tapi semua benda nak ada cop logo JAKIM. Mujurlah saya ini orang marhean yang tak ada saham berkepuk-kepuk. Setakat ratus-ratus tu adalah. Mustahil orang Melayu tak sokong PNB,kan.RM10 hengget pun jadilah. Tanda kita orang Melayu.


So saya rasa itulah punca sakit hati saya pada kempen pray-pray ni. Pray pada entiti yang buat semak mata, kalau tak ada lagi bagus,kut. Pun betapa sakit hatinya,saya, saya orang Melayu. Orang Melayu memang baik hati lagi tak sampai hati. Sejahat-jahat orang Melayu mereka idaklah sampai hati mau lihat MAS lingkup, hilang dari sejarah aviation dunia. Buat kata pensyarah saya yang menggulung perbahasan hebat, hebat dok demalah…. Saya diam tak berbunyi. Zaman saya berdebat dah lama berlalu. Biar idealis-idealis tegar tu je yang berbahas,kan.  Ok buat kata pensyarah saya pun 1+1=3…MAS mesti terus hidup sebab itu maruh kita sebagai rakyat Malaysia…Rolls-Royce pun pernah melalui hari-hari sukar sehingga terpaksa di “nationalisasikan” sekurang-kurangnya MAS hanya di khazanahkan aje….ok sila bagi tepukan kepada Pensyarah saya yang sangat pandai itu. Pensyarah tu saya seorang perempuan muda tau, bukan lelaki.

Tuesday, March 11, 2014

JOM MASAK-MASAK

Sapa kata orang yang pandai buat kueh tak pandai masak-masak.... hah cer tengok gambar bawah ni, saya masak, sendiri tau! :)






Memasak juga merupakan terapi minda. Kalau kita ada rasa bengang dan nak kungfu seseorang ada baikknya kita cuba resipi ini. Nama diberi ialah kewtiau kungfu. Memang sedap, cuma lepas makan jangan lupa membakar apa-apa yang patut dibakar. Iya resipi ini memang tinggi kalori. Selain dari kuetiaw yang memang dah tinggi kalorie itu, cara memasaknya juga sangat menambah-naikkan nilai yang telah sedia tinggi itu.

Bayangkan anda terpaksa mengacau kewtiau dalam telur yang dicampur garam dan lada sulah, kalau nak sedap taruk mayonis, kasi gebu, kemudian menggoreng kewtiau tersebut untuk seketika. Habis semua minyak makcik diserapnya he he he.... tapi resipi ini memang sedap dan lebih sedap jika diguna daging sebagai perencah instead of ayam.

Saya tidak pula mau menggunakan sea-food sebab kata orang alim, pantang nabi mencampur makanan laut bersama makanan darat. Sebab kita dah goreng kewtiau dengan telur,kan...so saya abaikan sea-food yang ada dalam list resipi  asal yang saya cuplik di internet. Tapi tu,lah lepas makan hmmm, kalau terus tidur, alamat naik mencanaklah berat badan kita.....

Saturday, March 8, 2014

CUKUP, CUKUP SUDAH....

Ralat.... 

1.    Tien Chua janji bagi kita kerajaan baru dalam masa 5 bulan...
2.    Saya tau pasal EXXON dalam subjek komunikasi, bukan pengurusan.

Jumaat malam Sabtu yang lepas saya terkejut juga bila buka-buka Internet cerita pasal Anwar kena hukum 5 tahun penjara. Memang tak sangka dan terkejut giler. Yang saya dok slalu bayang-bayang Selangor bakal dapat Menteri Besar yang baru. Memang terkejut sangat-sangat. Terus call kawan yang berkerja di Istana kehakiman, nak tau betul ka idak dan yang paling penting sekali nak tau keadaan penyokong Anwar macam mana. Ramai tak, adakah bilangannya boleh membawa gelombang Arab Spring Melayu.

Kawan saya kata situasi terkawal, walau memang biasala penyokong Anwar, macamlah kita tau tak akhak mereka,kan. Menang pun terjerit-jerit kesukaan, apatah lagi kalau kalah. Emotional. Samalah macam saya, jadi saya memang cukup paham pembawakan orang-orang emotional nih. Bezanya saya dan mereka, darjah Emosi saya sudah banyak terkembiri oleh berkat bimbingan dan panduan orang-orang alim dan juga doa ibu saya yang sentiasa mahu saya bahagia, gembira dan bebas dari umpat-keji orang sekeliling yang sangat berjuruh, lemah-lembut, sopan-santun,  lagi terkawal emosi mereka.

Kawan saya kata lagi, polis awal-awal dah blok jalan, jadi idaklah bule mereka ramai-ramai masuk Putrajaya. Kalau kat KL mungkin jugalah boleh jadi banjir. Apa kita tunggu aje dalam dekat seminggu dua ni, baru boleh tengok sama ada Anwar punya kekuatan membawa Arab Spring ke Malaysia. Apakah janji Tien Chua untuk bagi kita sebuah kerajaan baru dalam masa seminggu akan terlaksana? Tengokkan ajelah eh…

Sedang sibuk-sibuk nak ber Arab-arab Spring, keluar pula cerita pesawat MAS hilang. Dah hilang tu, dah nampak pun kesan minyak dilaut, memang sah lah tu terhempas di laut. Memang sedih. Saya anggap itu semua perancangan dari yang Maha Kuasa, walau ada juga cubaan mengatakan itu konspirasi untuk mengalih perhatian rakyat dari turun beramai-ramai ke jalanan untuk Arab Spring versi Melayu.

Kamu merancang, Allah juga merancang, dan perancangan Allah itu adalah lagi baik.

Jadi cerita liwat, pun tenggelam, timbul pula cerita MAS, memang game changer betullah Jumaat yang lepas nih.

MAS ni memanglah macam-macam, kesian kita menengokkan nasib MAS. Memang sedih. Pihak pengurusan MAS memang di uji kaw-kaw kali ini. Sebagai orang kewangan dan perakaunan, kita tak nak cakap banyak, kita cuma mau tengok bagaimana team MAS menguruskan krisisnya.

Bagi mereka yang mengambil subjek pengurusan memang sudah arif dengan kes EXXON dan Johnson & Johnson. Kes Exxon adalah contoh petaka pengurusan krisis yang buruk dan lembab yang kemudiannya menyebabkan Exxon yang gah jadi sangat kerdil. Manakala Johnson & Johnson pula ada contoh sebaliknya.

Kita duduk diam-diam kita tengok aje

‘***
Ramai juga orang kata EXXON gagal dalam aspek pengurusan krisis bukan pasal tak cerdik, malas, leka dengan tarikan kebendaan/materi duniawi,  ingkar suruhan dan larangan tuhan Jesus, dalam erti-kata lain tak punya standard operational procedure in handling a crisis, tak tapi sebab kesombongan dan keegoan pihak pengurusan EXXON.

MAS macam mana pula ye…. Rugi macam nak rak, dengan isu nasi lemak telanjangnyalah, ntah macam-macamlah, pilot guling-guling dengan pramugari dalam bilik hotel sampai doktor kena sambung balik puting susu pramugarilah, kalau nak dengar cerita-cerita kelaku tak baik orang di awan biru ni memang kalau dibikin novel buleh jadi novel semi-porno yang kalau tak di gam KDN,pun boleh kena bom kuat dengan Cik Siti JARUM.

Apakah krisis kali ni, verdict ALLAH “hai MAS, cukup-cukuplah buli pembayar cukai dan rakyat Malaysia into indirectly (through KHAZANAH) bailing out the such entity which its going concern in the aviation industry, sepatutnya dah lama dah irrelevant dah!”. Harapnya tak gitu. Harapnya petaka yang melanda ini peringatan buat semua untuk memperbaiki diri dan mutu kerja. Sedarlah diri tu sikit, jangan sampai membina kesenangan diri atas kesusahan, keperitan dan air mata orang lain.