Showing posts with label crit pelbagai. Show all posts
Showing posts with label crit pelbagai. Show all posts

Saturday, March 8, 2014

CUKUP, CUKUP SUDAH....

Ralat.... 

1.    Tien Chua janji bagi kita kerajaan baru dalam masa 5 bulan...
2.    Saya tau pasal EXXON dalam subjek komunikasi, bukan pengurusan.

Jumaat malam Sabtu yang lepas saya terkejut juga bila buka-buka Internet cerita pasal Anwar kena hukum 5 tahun penjara. Memang tak sangka dan terkejut giler. Yang saya dok slalu bayang-bayang Selangor bakal dapat Menteri Besar yang baru. Memang terkejut sangat-sangat. Terus call kawan yang berkerja di Istana kehakiman, nak tau betul ka idak dan yang paling penting sekali nak tau keadaan penyokong Anwar macam mana. Ramai tak, adakah bilangannya boleh membawa gelombang Arab Spring Melayu.

Kawan saya kata situasi terkawal, walau memang biasala penyokong Anwar, macamlah kita tau tak akhak mereka,kan. Menang pun terjerit-jerit kesukaan, apatah lagi kalau kalah. Emotional. Samalah macam saya, jadi saya memang cukup paham pembawakan orang-orang emotional nih. Bezanya saya dan mereka, darjah Emosi saya sudah banyak terkembiri oleh berkat bimbingan dan panduan orang-orang alim dan juga doa ibu saya yang sentiasa mahu saya bahagia, gembira dan bebas dari umpat-keji orang sekeliling yang sangat berjuruh, lemah-lembut, sopan-santun,  lagi terkawal emosi mereka.

Kawan saya kata lagi, polis awal-awal dah blok jalan, jadi idaklah bule mereka ramai-ramai masuk Putrajaya. Kalau kat KL mungkin jugalah boleh jadi banjir. Apa kita tunggu aje dalam dekat seminggu dua ni, baru boleh tengok sama ada Anwar punya kekuatan membawa Arab Spring ke Malaysia. Apakah janji Tien Chua untuk bagi kita sebuah kerajaan baru dalam masa seminggu akan terlaksana? Tengokkan ajelah eh…

Sedang sibuk-sibuk nak ber Arab-arab Spring, keluar pula cerita pesawat MAS hilang. Dah hilang tu, dah nampak pun kesan minyak dilaut, memang sah lah tu terhempas di laut. Memang sedih. Saya anggap itu semua perancangan dari yang Maha Kuasa, walau ada juga cubaan mengatakan itu konspirasi untuk mengalih perhatian rakyat dari turun beramai-ramai ke jalanan untuk Arab Spring versi Melayu.

Kamu merancang, Allah juga merancang, dan perancangan Allah itu adalah lagi baik.

Jadi cerita liwat, pun tenggelam, timbul pula cerita MAS, memang game changer betullah Jumaat yang lepas nih.

MAS ni memanglah macam-macam, kesian kita menengokkan nasib MAS. Memang sedih. Pihak pengurusan MAS memang di uji kaw-kaw kali ini. Sebagai orang kewangan dan perakaunan, kita tak nak cakap banyak, kita cuma mau tengok bagaimana team MAS menguruskan krisisnya.

Bagi mereka yang mengambil subjek pengurusan memang sudah arif dengan kes EXXON dan Johnson & Johnson. Kes Exxon adalah contoh petaka pengurusan krisis yang buruk dan lembab yang kemudiannya menyebabkan Exxon yang gah jadi sangat kerdil. Manakala Johnson & Johnson pula ada contoh sebaliknya.

Kita duduk diam-diam kita tengok aje

‘***
Ramai juga orang kata EXXON gagal dalam aspek pengurusan krisis bukan pasal tak cerdik, malas, leka dengan tarikan kebendaan/materi duniawi,  ingkar suruhan dan larangan tuhan Jesus, dalam erti-kata lain tak punya standard operational procedure in handling a crisis, tak tapi sebab kesombongan dan keegoan pihak pengurusan EXXON.

MAS macam mana pula ye…. Rugi macam nak rak, dengan isu nasi lemak telanjangnyalah, ntah macam-macamlah, pilot guling-guling dengan pramugari dalam bilik hotel sampai doktor kena sambung balik puting susu pramugarilah, kalau nak dengar cerita-cerita kelaku tak baik orang di awan biru ni memang kalau dibikin novel buleh jadi novel semi-porno yang kalau tak di gam KDN,pun boleh kena bom kuat dengan Cik Siti JARUM.

Apakah krisis kali ni, verdict ALLAH “hai MAS, cukup-cukuplah buli pembayar cukai dan rakyat Malaysia into indirectly (through KHAZANAH) bailing out the such entity which its going concern in the aviation industry, sepatutnya dah lama dah irrelevant dah!”. Harapnya tak gitu. Harapnya petaka yang melanda ini peringatan buat semua untuk memperbaiki diri dan mutu kerja. Sedarlah diri tu sikit, jangan sampai membina kesenangan diri atas kesusahan, keperitan dan air mata orang lain.

Monday, December 6, 2010

Kalau tak suka bunuh aje

Saya terpanggil menulis pada hari ini selepas say abaca satu blog tu. Pasal Ku Li yang dah ditarik darjah kebesarannya oleh Sultannya sendiri. Sultan mana satu ahaks, you alls patut tau la ni Kelantan ada 2 Sultan. Yup si Sultan tua itu indeed sudah minta federal court masuk campur dan indeed keputusan Federal Court is in favor of Sultan tua.

Hmm tak kisahlah tu, ini pasal Ku Li yang ditebak2 sebagai kunun-kunun tengah marah pasal bintang darjah kebesarannya ditarik Sultan. Ya ya ya juak-juak UMNO mesti sedang menari kegirangan sebab mengharapkan Ku Li akan naik minyak. Buatnya Ku Li ambil contoh Pak Lah, buat malu jah sapa yang meramal Ku Li akan hangin satu badan dan mengamuk.

Memang ramai kata Abdullah Ahmad Badawi itu penidur dan bodoh, namun saya rasa ntah saya rasalah Pak Lah ikut sunnah nabi, tak melawan dan dia bila Tun M murka dan menghukum Pak Lah kerana join Team ntah A ka B kah. Tak sama team dengan Tunlah tu. Dari jawatan Menteri Pak Lah tak diberi apa-apa pun. Pak Lah tak membantah, berdecit pun tidak. Mungkin kamu kata macam itu sebab kamu rasa Pak Lah diam sebab Pak Lah tak punya kemapuan berfikir yang tinggi untuk membalas dendam.

Mungkin. Tapi katalah Pak Lah itu pembesar/pemimpin PAS, pasti sudah ada buku yang menyanjung dan memuji-muji beliau, mengangkat taraf beliau sebagai pemimpin anugerah, pilihan langit. Beliau akan dipuji sebagai lelaki yang penyabar dan pandai menguruskan kemarahan. Lelaki yang apa ek, lelaki yang ada kuasa, daya dan upaya tapi lebih suka memaaf…macam-macamlah kan. Tak cukup dengan itu pasti ada yang menyelongkar salasilah keturunan Pak Lah, silap hari bulan tak kalau tak dikaitkan dengan keturunan Iskandar Zulkarnain pun, keturunan Katurah, isteri no 3 Nabi Ibrahim. Ish, keturunan Fatema Zahra’ tak mungkinlah kut sebab nama Pak Lah tak Syeid, Syeikh, Nik, atau Wan. Tapi sebab Pak Lah orang UMNO, kita kata Pak Lah pondan lagi bodoh.

Apa yang saya merapik meraban nih. Saya cuma nak tulis, woth it ka kalau Ku Li nak mengamuk. Pada saya Ku Li hanya merendahkan kredibiliti beliau kalau nak berlawan dengan anak Sultan yang jahat dan derhaka lagi gila pangkat itu.

Kenapa eh Sultan yang ada hari ini sanggup mendera bapanya sendiri sebab nak jadi Sultan. Tak buleh ka tunggu Ayah dia mangkat dulu? Ala orang macam tu Ku Li, jahat dan busuk macam itu, akan jatuh dengan sendirinya. Tak payahlah Ku Li nak sibuk-sibuk mengamuk. Biar orang lain yang mengamuk. Biar Allah aje yang ajar anak kurang ajar macam Anak Sultan Kelantan yang jahat itu. Tok sah Ku Li tercucuk dengan budak-budak politik yang memang suka tengok orang bergaduh ini. Yang bergaduhnya Melayu, India dengan Cina tepuk tangan.

Perlembagaan kita pun ada, bagi menjamin Sultan dan Raja-raja tidak boleh dijatuhkan dengan sesuka hati. Have faith in it. Ku Li pi solat hajat aje betulkanlah hati mika-mika yang duduk kat kerusi Judiciary dan Legislative tu.. Ku Li nak ngamuk, (take the matter in his own hands) nak wat pe, macam le Negara ni Negara tak ada undang-undang. Tak lama lagi nyahlah Sultan Budak yang, tak sabar tunggu bapak sendiri mati, awat tak bunuh aje bapak tu. Macam dalam felem Ceaser tu. Bunuh bapak sendiri pastu pura-puralah apa-apa yang patut dipura-purakan.

Tuesday, September 28, 2010

Tanda kecil Kiamat

Hujung hari minggu yang lepas saya dah niat mau beli ayam di Maiden sebab nak gulaikan soto segera yang saya beli di Kedai Mesra Petronas Bemban. Tapi ntah macam mana tah leka dok dengar DJ Track FM berceloteh, saya terlepas simpang nak masuk Maiden.

Alamak!!!! tak dapatlah makan soto, eh tak pe, kedai runcit kat rumah pun ada jual ayam, tapi kedai runcit taklah semurah Maiden dan rakan2nya, lagi pun saya sebenarnya bukan nak beli ayam sangat pu tapi lebih nak window2 shopping dapat juga releasekan demam stress final exam nih. Eh tak pe terlepas Maiden, depan sikit lagi ada TESCO ya…

Wah macam gitulah perjalan saya tiap-tiap hari, kalau ikut MITC, terlepas Maiden ada Tesco, kalu ikut Sungai Putat pula terlepas Family Store depan lagi depan ada Bintang, ada Cowboy, lepas tu jumpa Tesco juga. Pendek kata, kalu terlepas satu, tak usah nak reverse-reverselah, jalan terus, ada lain lagi pasar raya.

Saya teringat artikel Majalah Al-Islam yang baru saya baca. Pasal kiamat. Salah satu dari tanda kecil kiamat ialah jarak antara pasar dengan satu pasar yang sangat dekat. Dari Maiden ke Tesco, tak sampai 20 minit pun, bergantung pada kemahiran anda memandulah. Average rate saya ialah 60km/jam, kalu tidak tergesa-gesa kejar kuliah pukul 8am, tapi keluar rumah pukul 7.30am.

Memang tanda kiamat kecil sudah banyak, tapi bagai mana respond kita terhadap tanda-tanda ini, itu yang lebih penting. Ada diantara kita berusaha memulihara dunia agar proses ini dapat diperlahankan, ada pula yang menyeru agar kita semua solat malam banyak2 minta tuhan lambatkan kiamat, macam-macamlahkan. Ada pula yang join Al Qaedah nak pergi bunuh Yahudi. Tapi satu Yahudi tak mati, yang mati ialah orang awam, wanita dan kanak-kanak (mengambil konteks kita di Nusantara inilah. Mana ada Yahudi kat sini, bukan) Kita tak bolehlah nak kata mana satu yang terbetul dan terbaik pada pandangan Allah. Nabi pun tak ada cakap apa-apa. Ada nabi sebut Al Qedah, Osama bin Laden, Hitler?

Anologinya kita sendiri, kita akan tua, bila dah tua akan mati. Bagaimana kita mengisi hari-hari tua kita adalah pilihan kita. Ada orang yang mengisikannya dengan bersunyi-sunyian di tempat ibadat, ada orang pula yang memilih untuk dibius dan dipadam garis2 tanda mati itu di bawah pancaran leser atau bilah pisau tajam sang pakar bedah kosmetik.

Pendek kata, mati tetap sampai. Tak payahlah nak minta segera apa yang memang dah pasti, dan kita juga tak payahlah nak minta lambat, atau nak minta tak mati-mati terus, atau hidup dalam penipuan yang kita masih muda lagi, dunia ini tak ada penghujung, tiada penamat. Pesan Saidina Abu Bakar ialah beribadatlah kamu seolah kamu mati esok, berkerjalah kamu seolah kamu hidup 1,000 tahun lagi.

Buat macam biasa aje. kalau kita memang orang biasa. Tapi kalu kita orang luar biasa, (luar biasa maksud, nama Islam tapi tak macam Islam) berbaliklah semula, berperangailah semula macam orang biasa-biasa, ikut contoh nabi dan sahabat-sahabat. Kalau yang masih belajar tu, pergilah belajar betul-betul, kalau yang dah berkerja tu kerja elok-elok. Kalau memang yang dah berperang tu, perang baik-baik. Yang tengah belajar dok berenti blajar nak berperang tu apa ke halnya? Yang, kerja kerani, yang gemuk gedempol nak lari pun tak larat nak pergi join bala tentera Osama Bin Laden itu suicaidal namanya.

Friday, August 27, 2010

Marah betul dia dengan Tuhan ye

Beberapa hari lepas, ada juga baca pasal kekecohan terbaru yang ditimbulkan oleh artis Lady Gaga. Minah ni memang kontro hu hu hu. I suppose, I dunnu, when I look at Gaga, I looked at Ayu Utami, I guess I saw myself. Ops. Scary huh, yup yup memang mengerikan.

Apa pulak kecohnya minah ni kali ini? Ai video terbaru dialah berjudul Alejandro or orang belah sana sebut sebagai Elehendro. Alenjandro ini Alexandra kut, Iskandar Dzulkarnain. Panglima handal gagah perkasa, idaman semua perempuan. Idaman saya??? No, kan I kata I would rather to have a warm hero beside me then the cold on in the tomb he he he.

If you looked at the lyric alone, the song is quite harmless, biasa aje. Pasal pempuan gersang ditinggal kekasih yang ambik keputusan mengubah dunia dari &**&))**@&@) girlfriend dia yang wat to say? Don’t say la hoh, puasa…kurang pahala. Buat pendek kata pun “berahi ko, aku tak kongsi” Syiok sendiri punya keslah.

If you looked at the video, wah memang provocative bagi kita orang timur. Dan bagi kawan-kawan saya yang beragama kristien, pasti mereka terluka dengan beberapa adegan dan video tersebut yang menerbalikkan lambang salib dan meletakkan salib di tempat yang agak melampau dan kurang ajar. Saya yakin kita semua baik apa pun agama, tidak dapat terima provokasi-provokasi yang terdapat di dalam video tersebut walau di alas dengan lesen seni dan puitika.

Kenapa saya kata video tersebut hanya merupakan satu provokasi mengada-ngada bukan kerja seni, atau luahan seni parody yang bijak? Mula-mula tu memang nampak bijak, tapi bila diselangi dengan tarian-tarian ala-ala Madona yang mengada-ngada langsung saya menyampah. Gaga meniru Madona. Then the whole video jadi sangat murah, walau saya nampak ada beberapa gerak tari yang agak unik dan menarik.

Apa yang sebenarnya saya nak cakap ni? Ok gini, (saya melihat video tersebut dari sisi perempuan biasa yang buat kata Krisdianti, terkadang kuat, terkadang rapuh) Saya cuba berempati dengan perasaan keperempuanan yang direjek oleh orang yang dia percaya dan letakkan harapan untuk bersama mengharungi susah-senang, suka-duka menelusuri liku-liku hidup di dunia ini. Wah terlampau mengada-ngadalah pula ek.

Pastilah kita akan marah dan kecewa kalau boyfriend kita pilih nak jadi Alexandra the great dan meninggalkan kita. Atau bagi penganut kristien, bayangkan tetiba jah boyfriend kata “saya nak jadi paderi” sedangkan anda ialah seorang yang pemikir bebas yang tidak tunduk pada dogma agama yang bertentangan dengan logik akal. Anda juga percaya Jesus bukan anak tuhan dan anda percaya perbuatan mak ayah anda menyembah tuhan Jesus adalah sesuatu yang bodoh dan mengarut, tapi being a good kristien dalam lingkungan orang timur yang kaya dengan sopan santun dan ketinggian budi, anda diam saja.

Keputusan boyfriend anda nak jadi paderi sudah tentu bikin anda sangat marah. Gaga meluahkan marahnya dalam Alenjandro. Marahnya dia sehingga menelan tasbih, beautiful memang cantik. Meletakkan salib terbalik pada kemaluan pun memang superb, tapi dicacatkan dengan tarian-tarian Madona dan adengan-adengan kamasutra yang kaku lagi tak menjadi. Apa pun saya suka pada penghabisan video klip tersebut. Memang cantik.

Do I like Alenjandro? Bulelah…oklah kut, cuma saya rasa Lady Gaga boleh bikin yang lebih baik lagi kalau dia tak terlalu mengidolakan Madonna dan practice Pure Indian Spritual Ritual, kalau nak bikin kamasutra lain kali. Yalah zaman kita Madonna dan Micheal Jackson itulah Dewa dan Dewi, manakan dapat kita terlepas dari pengaruh mereka bila berkarya ek.

Saya nak cakap ini aje. Lady Gaga mempunyai keunikan dan kejujuran yang tersendiri. Saya memang nak lihat seniman first class dari kalangan perempuan. Pun saya fikir orang lain yang bersetuju dengan saya dah nampak kemampuan Lady Gaga sehingga ada cakap-cakap yang mengata-ngata beliau sebenarnya seorang lelaki yang telah mengubah jantina. . Sebut pasal ubah-ubah ni teringat pula Alahyarham Yasmin Ahmad. Al fatihah buat keluarga beliau.