Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

Wednesday, April 2, 2014

PADAN MUKA SAYA


Orang alim ada kata sikit lebih kurang yang saya tuliskan dalam ayat saya (orang alim mana ada cakap macam itu, orang alim bahasanya lain) kalau kita bertegas maukan sesuatu tapi semua kawan kata baik ko jangan akan tiba masa tuhan akan begitau kat ko, seolah DIA bercakap kepada mu “Idea ko memang takkan berjaya”

Lalu saya teringat seorang kawan virtual yang masa tu tengah kebengang gile pasal anak-anak murid dia. Saya macam bagus kunun cuba nak mengata belakang parang kalau diasah pun boleh tajamlah gitu. Dia pengajar ok dia kena ada rasa macam itu. Saya jadi lorat macam itu sebab dalam family saya pun ada cikgu dan banyak menerima pelawaan mengajar tuisyen. Ahli keluarga saya ini lebih tepatnya ibu saudara saya, hanya akan menerima murid-murid cemerlang sahaja.

Abeh apa cerita pada murid yang bebal? Demi kesejahteraan minda dialah. Mula-mula saya kata beliau jahat tapi dah lama lah juga saya kata itu satu keputusan yang sesuailah pada dia. DIa punya diri, mana kita tau dia dan masalah serta kekangan/limitasi yang ada padanya.

Wah saya ni pula macam perasan bagus, sangat saya penyabar…hari ini saya memang rasa saya tak boleh…kesabaran yang memang benar-benar teruji…gi mampuslah engkau….eh saya bukan cikgu, saya hanya rakan sekerja aje. Tiba-tiba aje, untuk job yang saya tengah bikin ini, saya mau berkerja hanya dengan orang-orang capable.  Adoiaiiii ada ko masukkan aku dengan orang-orang nih, baiklah aku berundur. Ha ha ha….

For that specific joblah…Job lain ok. Saya bukan ada satu Job aje,ok. Tapi yang ini memang major, for the organisation, tapi peranan saya memang orang takakan nampak pun. Tak diiktiraf as part of the team. Aku bayar baucar jah. Aku penjahat, akulah anjing yang selalu menyalak kalau baucar ko macam sampah. AKu buang dalam tong sampah, bule????? But biasalah kerajaan orang yang bayar tu pulak akan jadi terbeban untuk iron-up things and paling menyakitkan kerja-kerja ini dilakukan the very the laaaassssst minutes gituh. 

Kerja ni memang ramai orang tergila-gila maukannya, tapi tak semua orang boleh. Saya tak tau nak cakap apalah…dahlah ko tak pandai ukur baju kat badan sendiri, bila ko kantul, ko dengan rasa nak bersalah menuding jari ke sana-ke sini, walhal kita semua tau benda tu jadi macam itu pasal engkaulah…Itu yang saya kalah tu. Saya memang tak boleh dengan orang-orang yang macam ini.

Dahlah aku serender…angkat bendera putih ok….Jumaat ni mau cuti, mau nagis-nagis minta tukar. Ahaks. Tak delah saya minta hakiki W22 jer. Memang Jumaat saya cuti, tak esok saya akan pos, by mail. Cuti tu orang nak pegi amik BRIM, nak antar mak gi hospital, nak servis kereta,lah.  Tu pun saya rasa the chances dapat hakiki tu sangat-sangat slim. Orang kat Putrajaya sana melobi bagai nak rak, FB, telefon, jumpa direct, kita ni jauh tercampak kat Melaka, dan tak pernah nak call-call orang bahagian naik pangkat sana, manalah orang nak kenal, kita,kan. Kalau ada serpih-serpih orang dah tolak-tak-mau insyaallah dapatlah kita. Jadi baik saya kumpulkan kekuatan memikir, merancana perancangan untuk kekal waras bila bersama dengan team yang saya tak suka bagi satu complete accounting cycle, dari melobi Putrajaya untuk mengeluarkan saya dari Mahkamah. I feel like as if today GOD is talking to me “hah Mardhiah ko pandailah sangat kunun semua orang boleh, nah ko ambil tugas ni, dan ko buatlah apa ko nak buat….doomed fail uhuks..uhuks”.Itu,lah rasa macam nak flat, rasa macam nak demam pun ada, idung dah mula rasa tersumbat dah nih. Esok macam nak MC jeh....

Mana ada, bila masanya saya ada berfikir gituh...kalau saya kata ko boleh means....memang ko boleh...ni memang aku dah awal-awal lagi nampak korang tak boleh eish..Bolehlah tapi nantinya serba kalut. Akulah nanti jadi tarzan gila terpekik terlolong marahkan kau, aku memang anak dara tua yang jahat. Tadi pun suara aku dah jadi full blast dah...benda kecik, pun aku nak explain kat ko...boleh, boleh saya boleh explain. Dah nak terberak baru nak cari Jamban, memanglah hawa dari neraka akan naik dalam badan, kan. Masa aku tergelek-gelek, senang hati menyanyi-nyanyi ko tak delah plak datang minta tanya itu ini. Masa aku tengah berkelam-kelibutlah nih ko tanya aku macam-macam! Ko nak suruh aku bagi tuisyen kat ko plak. Life is like that, UNFAIR! :)

Aaaahhhhh STRESSSnyer akuh, think positif, think positif…


Sunday, March 16, 2014

HAJAT



Bila kita terlalu maukan sesuatu, ada diantara kita yang tersasar dari landasan dengan meminta bantuan selain dari tuhan. Kalau setakat nak pergi interview, minta tolong kengkawan yang di SPA itu saya rasa apalah salahnya,kan. Itulah gunanya kawan.

Ini satu mau yang sangat mustahil dan kabel besar mana di SPA memang tak boleh tolong punya untuk kita nak dapatkan apa yang kita hajati itu…contoh kita nak hidupkan semula orang yang kita sayangi, ha ha ha….uish teruknya, contoh tu. Contoh sahajalah,kan. Kemauan yang melampau ini membuatkan kita meminta pertolongan dari sumber yang sesat. Dalam ertikata lain kita meminta pertolongan selain dari Allah.
Kadang-kadang permintaan kita memang Allah tidak akan makbulkan, contoh macam minta orang yang dah mati hidup semula,lah kan. Memang tak akan hidup punya. Atau Allah tahu sekiranya Dia makbulkan apa yang kita hajati itu akan membawa kita jauh dariNya atau membawa musibah atas diri kita sendiri. Atau Allah mau memberikanya pada tempoh masa yang Dia tahu paling sesuai untuk kita.

Apapun, kata ustaz pesan, kalau Allah tak makbulkan juga permintaan kita, Allah pasti akan makbulkannya juga satu hari nanti. Mungkin di kehidupan yang lebih abadi nanti. Jangan sesekali kita berburuk sangka sama tuhan, apatah lagi meminta pertolongan selain dariNYA.

Friday, December 20, 2013

Melukis Puteri

Marisa, anak yang akan berusia 2 tahun tanggal 23 Disember yang mak saya asuh mau Princess, kata ibunya. Sebenarnya saya sudah membayangkan imej hello Kitty, siap dengan hiasan marshmellow untuk dia. Tapi ibu kata, mau Princess sebab nama Marisa ialah Puteri Alia Marisa.


Apa-apalah ajekan. Ya Kek Princess memang banyak, tapi untuk Marisa susah. Adik sepupu saya ada juga minta kek Princess untuk anaknya pada tahun hadapan, dan saya langung tidak punyai kesukaran untuk membayangkan kek Princess Nurdania Qalisya..



Tapi Marisa…hah susah saya. Dengan esok saya ada kertas Finance lagi, otak saya merewang-rewang kepada Puteri. Saya mau puteri Melayu, saya google, semua puteri kita kainnya tak kembang-kembang. Saya tengok Che Siti Wan Kembang, ya bolehlah saya kembangkan kainnya menyerupai ala-ala princess Barbie…ntahlah malaslah nak fikir, nak makan dan nak buat finance dulu…nantilah tengoklah nanti ntah apa rupanya kek princess yang akan jadi untuk Marisa pada minggu hadapan,ya.

Tuesday, July 9, 2013

In between power of DIAm

Tau tau tau sudah mau Ramadhan, dah Ramadhan pun tak bule mengumpat. Tapi jahat nak mengumpat juga, atau bahasa glemernya bergossip. Ini pasal perempuan dan pilihan mereka. Pasal perempuan yang memilih. Memilih harta, dan akhirnya sunyi dan terus lagi terperangkap bercinta (digossip sebagai bercinta) dengan lelaki berkedudukan.

Orang alim, orang cerdik kata perempuan ini kalahnya dengan wang ringgit, pangkat dan kedudukan. Ada juga kawan perempuan kata “kau tak akan bahagia jika kau pilih wang ringgit” Saya tak setuju. Saya dapatkan second opinion dengan orang yang lebih sekepala dengan saya. Dia cakap pula, perempuan itu bijak. Dia berani meletakkan harga dirinya dengan hanya melayan lelaki berkedudukan setaraf dengan apa yang dia miliki.

Yang tak betulnya ialah, adalah tak betulnyalahkan. Tapi orang kata wanita sunyi ada yang kalah dengan kebaikan lelaki. Sukar bagi mereka menolak keperihatinan sang lelaki. Perempuan cantik, biasalahkan, kalau murung berduka, pasti ramai hati yang jatuh cair untuk datang memujuk. Di situlah letaknya ujian tuhan terhadap orang cantik rupawan agaknya. Maka terjebaklah dalam cinta tiga-segi. Ntah iya, ntahkan tidak, tak taulah kita ek.

Yang saya nak cakap bukanlah pasal cinta tiga-segi, tapi pilihan kita orang perempuan. Jika kita pilih lelaki yang berkedudukan tinggi, ketegori HEROlah,kan, sunyi itu adalah harga yang kita perlu bayar. Apatah lagi kita berkongsi HERO. He he heee…. HEROkan busy nak menyelamatkan dunia. Ko tengok ajelah cerita spiderman, superman tu hah….memanglah cerita tu cerita kartun, tapi memang dalam kehidupan seharian memang macam itu,lah,kan.  Kalau dah pasangannya Pengerusi itu ini, memang gitulah dia. Pulak like I said berkongsi pula tu. Memang macam itu. Tapi tengok pula yang ko dapat,kan. Kalau asyik tengok yang ko tak dapat, sampai lupa nak kenang apa yang ko dapat, masuk gaunglah alamatnya.


Kesimpulan saya, kalau kita rasa yang kita ni ada pakej harga yang tinggi di mata orang lelaki, maka pilihlah lelaki yang berkedudukan tinggi, sesuai dengan ketinggian kita, dan setiasa kenang apa yang kita ada. Memang ada orang alim sekarang kata lelaki yang punya kedudukan tinggi ini semua rahsuah, korup dan menjalankan aktiviti yang jahat. Kalau tak jahat tak kaya, namun, zaman sekarang ini kalau kita mau agama kita, bangsa kita dipandang tinggi, kita harus berharta dan berkedudukan tinggi. Kalau nak yang rendah-rendah, duduklah rendah-rendah, pilihlah yang rendah. Kalau kena herdik, kena maki, engkau kerja bagai nak rak, cari duit, dia duduk menangkang,  redha ajelahkan.

Friday, May 24, 2013

GASAR



Minggu sudah saya pergi ke kursus pengacaraan. Saya sebenarnya memang tak minat, menyampah pun ada pasal benda-benda macam ni. Pun begitu saya tak maulah dikata lorat oleh kawan. Biasalah manusia ni, kan memang macam itu. Kita tak suka, tapi kita ikut juga demi menjaga hati kawan. Atau in my case saya tidak mau dikata tak sporting, tak normal, gila he he he….

Kenapa saya benci sangat pasal kursus gini, sebab kat university pun kita ada belajar pasal komunikasi. Dan bagi saya nak jadi orang kewangan yang baik, lagi diam, lagi tak mempengaruhi lagi bagus, tak mau menpengaruh, bukan bererti langsung tak tau ilmu komunikasi. Dan kadang tak perlu rasa apologetic pun kalau terpaksa berperangai barbaric/gasar,  tak sekolah lagi tak tau ilmu psikologi, komunikasi bila berhadapan dengan manusia yang memang tak reti bahasa.

Falsafah hidup saya mudah, kalau tak mau terpengaruh, janganlah mempengaruhi orang. PERIOD. Saya mau kelihatan sebagai seorang yang bebas dan tidak mudah  dipengaruhi.

Maka, dua hari yang saya jalani adalah dua hari yang sungguh menjengkelkan lagi penuh dengan kepura-puraan. Pun begitu tidaklah saya langsung tak enjoy dengan aktiviti yang dijalankan. Kadang tu saya ketawa juga. Saya ceria dan ok sahaja sepanjang kursus. Orang suruh kita ketawa, kita ketawa, orang suruh kita menyanyi, kita menyanyi, suruh tepuk tangan, goyang-goyang tangan, bla bla bla, pendek kata semua saya ikut dan dalam mengikut tu saya idaklah rasa teruk, infact saya rasa terhibur juga.

Pun sikit-sikit hati ada berkata, “gila sungguh deme, demi PHATOS semua sanggup bikin. Termasuklah aku., Rasa aku ni dah serupa monyet dah nih he he hee”

Dan….at the end of the day saya katakan begini:-  

“kita memang memerlukan sekelompok manusia yang ghairah mau mempengaruhi orang terhadap kebaikkan”

Pun begitu ,


Janganlah kita “bunuh” sekelompok manusia gasar yang tidak mau mempengaruhi/mengajak orang lain untuk ke mana-mana.

Monday, January 14, 2013

Blood thirsty???


Masuk FB aje, baca puisi mamat jiwang yang jiwa-jiwa, tapi selalu nak memakai baju brutel berdendang dengan puisi brutel mengajak kita mengganyang berhala-berhala politik. Berhala ini harus diganyang sebab berhala inilah yang menyebabkan banyak masalah dan bakal menyebabkan lagi banyak masalah pada masa hadapan.

Dan sapa yang memberhalakan ahli-ahli politik ini? Orang kapitalis kata, tak ada de demand, tak ada supply. Dan bila bercakap pasal berhala ini bolehkan kita bandingkannya seperti scenario ini mana dulu, demand for Pelacur ka, supply for pelacur? Orang ekonomi mati-mati akan kata demand dulu dan Negara Scandinavia katanya bebas pelacur sebab sex is free, people don’t demand for paid sex. No demand, no supply. Kalu degil nak supply juga, ia akan jadi tak laku. Nak laku juga kena paksa, kena adakan undang-undang, contoh insurance third-party ha ha ha….still demand first…undang-undang yang demand.

 So back to the poem, the supply for vendetta who assigned to “kill” (berkias ya, bukan bunuh betul) the berhala come from a demand, if you asked me, yang background accounting/economiclah. Tak kisahlah demand tu datang dari good/persuasive marketing, or forced one (rule, sanction by punishment)…yeah, as a Muslim we can only worship Allah. Other god kenalah dinyahkan, mengambil konsep Al-bara’ wal walla’…. My lecturer say it should follow the sequence, mesti bara’ dulu, baru walla, even though, I was always want to argue tapi tak berani ( simultaneously??? pun tak bule ka). Ikut cakap pensyarah ye. Dalam bab akidah jangan kita berani2 nak creative-creative. Edward de Bono pun tak kasi kita apply lateral thinking dalam semua disiplin ilmu.  Pergh no wonderlah penganut agama lain kata kita muslim ni blood thirsty he he he….

Saturday, March 17, 2012

Wat old monkey don't tell young monkey

We all semua monkey, tapi itu hanya perasaan saya. Wat I mean is bila u duduk kewangan, u nothing but monkey he he he...sarcastic, ada orang marah, tak kisahla itu hanya perasaan saya, emosi dan imaginasi saya sahajalah tu. okey no hard feeling eh. I kata Ilah monyet, bukan anda okey.

Apa monkey, monkey ni? Inilah pasal kawan yang bersungut kunun tak dihargai. Ceritanya macam ini, dalam mesyuarat, bos umum itu ini, itu tak boleh, ini tak boleh, bila berlaku sesuatu pelanggaran aturan, bila dirayu, bos kata bulehlah pula. Budi-bicara mydear, budi-bicara.

Akta Acara kewangan, peraturan, pekeliling, surat pekeliling kewangan, memo, minit, ketetapan dalam sesuatu mesyuarat pengurusan, kewangan umpama bible, ko langgar ko jahanam. Itu pandangan idealis-idealis kewangan dan perakaunan. Namun bila dah berjaman kerja, kita akan lalui pengalaman-pengalaman budi-bicara. Mula-mula kita lawan, tapi kalau asyik budi-bicara sahaja yang menang, mula-mula kita frust juga dan rasa segala pengetahuan dan ilmu kita tidak dihargai langsung.

Lama-lama kita pujuk hati kita dan redha. Macam cerita monyet dalam zoo yang pensyarah Management saya pernah cerita. Monyet yang baru dikurung akan rasa nak melepaskan diri dengan memanjat pagar sangkar mereka, tapi pagar itu ada renjatan elektrik, panjat tinggi sikit, terpelantinglah monyet itu ke tanah. Monyet tua memang tau pasal ini, tapi monyet tua mana boleh cakap, kalau bule berkomunikasi cara monyet pun, monyet tua tidak akan halang monyet baru, dari melepaskan dirinya. Bila monyet muda terpelanting jatuh ke tanah, monyet tua senyum-senyum sumbing ajelah agaknya kut. ha ha ha...cerita ini cerita betul ka, tidak, idak saya mau siasat kebenaran cerita ini. Kalau rekaan, anggap saja ianya sebagai sebuah analogi kepada cerita saya pada hari ini.

Harapan saya hanya satu, jangan sampai kita pun melanggar peraturan dan mencari budi-bicara, sudahlah. Yang melanggar itu dia memang mungkin tak tahu pasal peraturan, tapi kita yang dah tau jangan pula cari-cari lubang budi, untuk membuat perkara-perkara yang tak berbudi langsung.

Memang bila dirasuk rasa tak dihargai, membakul sampahkan semua peraturan dan membudi-bicarakan setiap apa yang bersalahan dengan peraturan akan jadi semacam satu godaan maha dahsyat. Kalau nak ikut budi, kami ini lebih pandai, lebih besar putar-alam budi kami dari mereka. Namun kami boleh bersabar dengan segala kekangan peraturan. dan berharap akan kekal sabarnya kami ini sehingga hari terakhir kami berkhidmat dalam perkhidmatan awam ini.

Friday, March 2, 2012

Ajaran Filsuf SESAT


One of my lecturer give-up her first job and because she told us that she like to talk a lot. Oh not because you like to talk a lot you’ll be a perfect lecturer, not that. It was because she’s worked for the administration in a company, and she found a lot of juicy gossip to talk about and she doesn’t feel good about it. Any religious women don’t like to talk bad things about other because in the back of our mind, we are haunted with the pepatah Melayu “Paku, dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”. But off course, dear, the temptation always overweight the fear making it hard for us to keep our mouth shut!

Imagine this ok… all of the sudden a representative/an administration from a bank call you asking if so and so still working in your organization and asked for his/her latest phone numbers and bla…bla..bla which at the end of the conversation, you feel the urged to gossiping that the most respectable staff/officer in you work place has a financial problem!!!???

Thank God this is not happening in my office. But being in finance and administration can make you feel bad, the soonest you feel good.  You have the opportunity to see “the rotten part” of a respectable people. Unsangkarable kinda situation/story that have the value of being a very hot juicy gossip, ranging from forbidden love to finance. What really makes us feel bad is, we feel the urge to tell stories, which if we were caught in the same situation, we want to keep it as a secret.

The more I think of so many bad rotten story that we kept, the more I like finance and administration. It’s offer a challenge for us to keep a secret. My lecturer feel bad every time she gossiping around, or people came to her to verify certain gossip, and left her old job, but I will continue working in this sector as I am confident that now I can control myself from telling story. Off course I still talk a lot, but I teach myself to talk only positive thing lah.

True, true, true, positive story for you doesn’t mean positive to the other party, examplelah eh, your friend has second love, or in a romantic relationship/courting another woman (Muslim Men are allow to marry 4 women of his choice). Good for girlfriend, may not be good to the wife. If you are happy for the girlfriend, chances that you “kena hantam” with the relatives of the wife are big.  In the respectable ring of society, which I work as their KULI, the wife or what they normally call a “victim” will stay dormant and act like a prim and proper hopeless MADONA. It is the supporters who will do the job for her.

So, the best solution, is don’t talk, talk only about artist like Aaron Aziz, Natasya Hudson,(& the list will go on and on and on…) as I got the impression that my cikgu told us like this.. “talk/gossip ria about artist is ok as they already sold their ‘emansipasi diri mereka‘  to the public.” Memang sesatkan, cikgu saya itu? Takpelah sesat pu tak apa, yang penting dia HENSEM. Cikgu ko yang sesat ka, ko yang silap faham? apa pun kalu rasa diri tu dah mengumpat, tu istigfar banyak-banyaklah eh...next entri kita cerita pasal macam mana nak taubat dosa mengumpat yang saya baca dari tulisan Yusuf Qardhawi.

Thursday, November 24, 2011

Klise Cinta


Sekarang ini tengah mabuk novel diangkat jadi bahan lakunan agaknya, Lagenda budak Setan, Nora Elena, Badak semalam, dan terbaru Ombak Rindu. Orang intelek ada yang bimbang akan fenomena ini, asyik-asyik cerita cinta yang tak bawa faedah kepada ketamadunan manusia yang mereka impikan.

Tapi bagi kami, rata-rata cerita macam ini, best. Kami memang rasanya tak ada masa nak membaca kut, kecualilah saya yang sememangnya orang kata dah tak ada benda nak bikin, jadi bacalah. Itu pun mutahir saya sudah tidak lagi membaca novel. Paling-paling baca blog, baca surat khabar, atau majalah. Pun kalau baca pun lagi suka baca nasihat pasal cinta dari ulamak terkemuka Negara macam Mufti Perlis Juanda Jaya yang menulis di Mingguan Wanita. He he he…

Orang kata, ada orang katalah novel cinta sangat laku sebab rakyat Malaysia kurang cinta. Kalau penuh cinta, apa gunanya kita nak terhegeh-hegeh tahu pasal cintakan, itu hujah sokongan kepada pernyataan pasangan Malaysia tandus cinta. Iya tak iya juga, fikir balik, kadang itu couple nikah sebab aturan keluarga, lepas kawen masing-masing komited dengan tugas memang tak ada masa nak berkemelut dengan permasalahan cinta. Jadi tu kalau dalam TV keluar cerita yang orang intelek kata klise, ianya tidak klise bagi kami. Iyanya satu kelainan bagi mereka-mereka ini.

Ok contoh, sekarang ini kat opis tu semua kawan perempuan saya, pakat-pakat tengok cerita Kamardiah. Tentang Dia. Mereka kata jalan ceritanya menarik. Oh ya kawan saya ini yang minat benda-benda macam ini 2 orang itu sahajalah. Ini kerana macam saya kata mereka ini typical Malay yang memang bebas dari kemelut cinta. Ko pandang aku, aku pandang ko, bawa tunjuk kat parents, ok PASSS, jalan. Lepas itu dah dah la. Memang cerita derita cinta yang ditanggung oleh watak Kamardia, Nora Elena, memang mereka tak pernah lalui dan mereka sanggup beremosi bersama-sama watak yang mereka tonton, baca, atau bakal tonton.

Jadi bila orang sibuk-sibuk kata cerita cinta yang laris di pasaran itu klise, ia tidak klise bagi mereka. Sebab cerita cinta mereka sangat simple. Berkenalan tak lama, terus sah jadi pasangan, dan bila dah sah, tidak ada yang datang mengganggu. Teratur dengan elok dan tertib. Gaduh-gaduh kecil, merajuk, tarik muka pasal pembahagian tugasan, pembahagian masa, perhatian  yang tidak seimbang itu biasa, tapi tidaklah sampai timbul rasa tidak puas hati yang membusung, bernanah pecah yang melaharkan lafaz talak. Itulah dia aturan cinta Melayu Islam yang simple dan cantik.  

Justeru, mediocre lagi tidak releventkah kawan-kawan saya kepada pembinaan tamadun negara jika kawan-kawan saya ralit menonton cerita-cerita cinta yang membuai-buai emosi  tika hati disapa rasa bosan menunggu panggilan che abang?

Orang intelek sastera kata kita patut tulis pasal perempuan yang komited dengan kerja, beban kerja, saintis perempuan, ahli politik perempuan, akauntan perempuan, professional perempuan. Memang kami bukan saintis, bukan akauntan, bukan ahli politik, tapi sikit-sikit itu bolehlah berpencak silat, menepis politik pejabat, bukan professional, tapi kerja kami di opis membantu professional, iaitu guru-guru. Tolong bayar itu bayar ini, kejar itu kejar ini, buat laporan itu, laporan ini. Hari-hari kami tengok pegawai kami terkejar-kejar, tertekan, kadang itu menekan dek kerenah pelanggan, kerenah menteri, press dan macam-macam. STREEESSS, dan sudah tentulah kami tidak mau baca, tonton, cerita pasal dunia pengurusan dan pentadbiran lagi selepas waktu pejabat.

Jadi, jika kami dihidangkan lagi dengan STRESS dan SIKSA orang berkerja, pastinya kami akan rasa lebih tertekan lagi, maka, kami hanya mau tengok STRESS dan SIKSA orang bercinta, untuk beri kesan, “aku rasa aku kerja stress, orang bercinta lagi stress, alhamdullillah stress aku tidaklah sehebat stress dak Kamardiah dalam cerita Tentang Dhia tuh” tak bule ka?

Wednesday, November 23, 2011

Ini Tidak Adil, tidak Adil...



Saya rasa upset bila dengo cerita, baca cerita yang kemenangan lagu Penakut Yuna dibatalkan dan diganti dengan lagu Sedetik lebih oleh Edry KRu. Secara emosinya, dua-dua lagu memang ada kekuatan tersendiri, tapi dari segi susunan music, lirik dan lantunan suara saya rasa Lagu Penakut oleh Yuna tidak ada apa yang tak kenanya jika dinobatkan sebagai lagu terbaik untuk tahun ini.  Memang saya sedih giler nih, mehlah sama-sama menagis yeah dengar lagu yang sungguh menyayat hati ini ok....