Sekarang ini tengah mabuk novel diangkat jadi bahan lakunan
agaknya, Lagenda budak Setan, Nora Elena, Badak semalam, dan terbaru Ombak
Rindu. Orang intelek ada yang bimbang akan fenomena ini, asyik-asyik cerita
cinta yang tak bawa faedah kepada ketamadunan manusia yang mereka impikan.
Tapi bagi kami, rata-rata cerita macam ini, best. Kami
memang rasanya tak ada masa nak membaca kut, kecualilah saya yang sememangnya
orang kata dah tak ada benda nak bikin, jadi bacalah. Itu pun mutahir saya
sudah tidak lagi membaca novel. Paling-paling baca blog, baca surat khabar,
atau majalah. Pun kalau baca pun lagi suka baca nasihat pasal cinta dari ulamak
terkemuka Negara macam Mufti Perlis Juanda Jaya yang menulis di Mingguan Wanita.
He he he…
Orang kata, ada orang katalah novel cinta sangat laku sebab
rakyat Malaysia kurang cinta. Kalau penuh cinta, apa gunanya kita nak
terhegeh-hegeh tahu pasal cintakan, itu hujah sokongan kepada pernyataan
pasangan Malaysia tandus cinta. Iya tak iya juga, fikir balik, kadang itu couple
nikah sebab aturan keluarga, lepas kawen masing-masing komited dengan tugas
memang tak ada masa nak berkemelut dengan permasalahan cinta. Jadi tu kalau
dalam TV keluar cerita yang orang intelek kata klise, ianya tidak klise bagi
kami. Iyanya satu kelainan bagi mereka-mereka ini.
Ok contoh, sekarang ini kat opis tu semua kawan perempuan
saya, pakat-pakat tengok cerita Kamardiah. Tentang Dia. Mereka kata jalan
ceritanya menarik. Oh ya kawan saya ini yang minat benda-benda macam ini 2
orang itu sahajalah. Ini kerana macam saya kata mereka ini typical Malay yang
memang bebas dari kemelut cinta. Ko pandang aku, aku pandang ko, bawa tunjuk
kat parents, ok PASSS, jalan. Lepas itu dah dah la. Memang cerita derita cinta yang
ditanggung oleh watak Kamardia, Nora Elena, memang mereka tak pernah lalui dan mereka
sanggup beremosi bersama-sama watak yang mereka tonton, baca, atau bakal
tonton.
Jadi bila orang sibuk-sibuk kata cerita cinta yang laris di
pasaran itu klise, ia tidak klise bagi mereka. Sebab cerita cinta mereka sangat
simple. Berkenalan tak lama, terus sah jadi pasangan, dan bila dah sah, tidak
ada yang datang mengganggu. Teratur dengan elok dan tertib. Gaduh-gaduh kecil,
merajuk, tarik muka pasal pembahagian tugasan, pembahagian masa, perhatian yang tidak seimbang itu biasa, tapi tidaklah
sampai timbul rasa tidak puas hati yang membusung, bernanah pecah yang
melaharkan lafaz talak. Itulah dia aturan cinta Melayu Islam yang simple dan
cantik.
Justeru, mediocre lagi tidak releventkah kawan-kawan saya
kepada pembinaan tamadun negara jika kawan-kawan saya ralit menonton
cerita-cerita cinta yang membuai-buai emosi tika hati disapa rasa bosan menunggu panggilan
che abang?
Orang intelek sastera kata kita patut tulis pasal perempuan
yang komited dengan kerja, beban kerja, saintis perempuan, ahli politik
perempuan, akauntan perempuan, professional perempuan. Memang kami bukan
saintis, bukan akauntan, bukan ahli politik, tapi sikit-sikit itu bolehlah
berpencak silat, menepis politik pejabat, bukan professional, tapi kerja kami
di opis membantu professional, iaitu guru-guru. Tolong bayar itu bayar ini,
kejar itu kejar ini, buat laporan itu, laporan ini. Hari-hari kami tengok
pegawai kami terkejar-kejar, tertekan, kadang itu menekan dek kerenah
pelanggan, kerenah menteri, press dan macam-macam. STREEESSS, dan sudah
tentulah kami tidak mau baca, tonton, cerita pasal dunia pengurusan dan
pentadbiran lagi selepas waktu pejabat.
Jadi, jika kami dihidangkan lagi dengan STRESS dan SIKSA
orang berkerja, pastinya kami akan rasa lebih tertekan lagi, maka, kami hanya mau
tengok STRESS dan SIKSA orang bercinta, untuk beri kesan, “aku rasa aku kerja
stress, orang bercinta lagi stress, alhamdullillah stress aku tidaklah sehebat
stress dak Kamardiah dalam cerita Tentang Dhia tuh” tak bule ka?
No comments:
Post a Comment