Friday, November 25, 2011

Senyum, senyum kambing di hari Sabtu


Bila saya baca aritkel kickdefella ini, saya teringat field trip semasa di university dulu. Dulu saya pernah belajar seni bina selama setahun di NCUK/PPP/ITM, satu twinning program yang agak besar dimana university-university terkemuka di UK membentuk satu konsortium yang diberi nama "Northern Consortium United Kingdom" berkerja sama dengan ITM atau kini dikenali dengan UiTM. Tapi program itu sudah tidak wujud lagi. How sad.

Let’s cerita pasal my field trip tersebut. Kami sepatutnya ke Bangkok, tapi katanya sebab kekangan kewangan, kami ke Singapura sahaja. Kumpulan saya ditugaskan mengkaji sebuah Gereja kecil di tengah kota Singa tersebut. Kami berada di sana selama seminggu.

Sedang kami sibuk ambil foto, macam-macamlah dah lupa dah apa yang perlu kami buat, saya sempat berkenalan dengan seorang pemuda berketurunan India yang baru menganut kristian dan bertugas sebagai "helper” di situ. Budak tu memang sangat peramah dan saya anggap sebagai budak yang sedang teruja kerana menjumpai “tuhan”.

Saya tidak sama sekali menyanggah cerita beliau, sebab mak ajarkan, menyanggah, menyampuk, mengkomen orang bercerita, sedang dia belum habis bercerita adalah sesuatu yang sangat biadap. Biasalah manusiakan, kalau ceritanya tak ada yang ganggu, dia jadi lebih bersemangat bercerita. Sesekali saya menangguk-angguk dan tersenyum, kadang ketawa juga apabila ada yang kelakar.

Saya tidak sangka gelagat saya diperhati oleh rakan yang sekumpulan dengan rasa jengkel ka, risau ka, jeles ka, (tak mungkin jeles, sebab kawan sudah ada teman wanita yang jauh lebih cantik, menarik dan bijak dari saya) tak taulah saya

Perbualan kami (saya dan jejaka India kristian) jadi terbantut tanpa dapat kami bertukar alamat, waima siapa nama jejaka tersebut, sampai hari ini pun saya tak tahu. Tak sempat. Kawan segera menarik tangan saya dan mengajak saya pulang ke asrama penginapan, dengan alasan kami harus segera pulang untuk solat Jumaat seolah rakan sembang saya tidak wujud.

Sepanjang perjalanan pulang menaiki MRT, saya dimarahi kawan dengan tuduhan-tuduhan yang saya kira agak keterlaluan. Saya diam sahaja. Saya tahu niat baik kawan. Dan saya fikir biarlah dia.  Lagi pun mamat kat gereja tu tak hensem pun. Kalau hensem macam Brad Pit, harus saya terkedek-kedek marah balik kawan saya kerana menganggu perbualan kami. “hey aku tak sembayang Jemaatlah, ko baliklah dulu, nanti sapa ni, nama??? Black eh, Brad antar aku balik asrama, kan Brad, kan”

Bila baca artikel Kickdefella, saya teringat balik akan perbuatan rakan sekuliah saya yang agak keterlaluan dan mungkin bikin kawan India tadi fikir “eish, orang Islam memang extream, orang nak berborak pun dia dah angin, nasib baik aku tak ditembaknya”. Kawan saya sepatutnya bercakap dengan lembut dan baik dengan lawan saya berbicara yang kunun kami harus segera beredar dari gereja tersebut kerana ada tugasan lain bagi mengambarkan alangkah indahnya Islam, alangkah tingginya budi seorang Melayu.

Kalau melihat tingkah-laku kita, orang lain kata, orang Islam ini macam tak ada adab, tak patut ka itu? Jadi kalau umat akhir zaman semakin menjauhi Islam adakah ianya 100% kerana dakwah umat kristian yang bersungguh-sungguh, licik, canggih lagi lebih sistematik? Bagaimana pula tingkah-laku kita sebagai umat Islam, adakah kita sudah cukup lemah-lembut, berbudi-bahasa bila kita berhadapan dengan masyarakat yang berlainan bangsa dan agama ini?

No comments: