Dulu masa kecil-kecil kita sering dimomokkan dengan lelaki. Budak
lelaki jahat. Dan kita akan jadi jahat kalau baik dengan budak lelaki. Itu
cerita zaman 80’an dulu. Bukan kita tak ada dengar ungkapan “musuh wanita
adalah wanita” ada, tapi kita kira lebih baik, lebih mulia jika kita kelihatan “membunuh”
budak-budak lelaki dari mem”debik” budak perempuan.
Hari ini bila usia dah nak masuk 40 memang saya rasa, memang
benarlah “musuh wanita adalah wanita”. Sementalah saya memang banyak membaca
naskah, peringatan agar manusia berhati-hati dengan tipu-daya wanita. Namun
tidaklah sampai saya paranoia dengan perempuan yang saya label sebagai “bitching
her way up to the TOP” ini. Kita kena pandai tackle mereka agar tak dianggap
pesaing.
Itu sahaja petuanya. Mengalah, bagi dia menang, walau kalau
dah menang perangai dia mengalahkan MERAK??? Ha ha ha, bila dia meMERAK, dia
meMERAK kat tempat lain, dah naik pangkat dah mana buleh duduk tempat sama,
kan, dah tak semak lagi mata kita. Dan bila sudah senior begini, orang macam
saya tidak lagi boleh dijadikan pesaing, sebab naluri mereka pun pandai nak
minta nyawa, “NO WAY orang lalu mau ’makan’
fitna terhadap senior.
Saya kira wanita sebegini menjadikan persaingan itu satu
cara untuk “hidup” dan “bernafas”. Orang kata manusia yang bijak itu belajar dari musuhnya. Tak ada benda
konstruktif pun yang boleh kita ambil contoh dari orang macam ini, namun
sekurang-kurangnya kita boleh mencontohi sikap mereka yang sentiasa ‘berani’
tampil kehadapan dan melobi. Bukan nak
suruh lawan lobi, tetapi bila kita turut tampil, dan berdiri di “sebelah” si
getek ini, bos lebih percayakan kita dari si getek ini. Tapi kalu ko dah
menyorok, duduk diam, mengasing diri, bos tak ada pilihan lain melainkan
terpaksa memandang si getek ini juga.
Last-last getek tu juga yang glemer. Korang juga yang rasa
korang disingkirkan. Lepas tu korang tuduh
“ah, bos ini makin dah nak masuk kubur makin miang, pandang staff yang suka
mengetek aje kerjanya” Co on la weh Bos itu lelaki dan fitrahnya mereka pun
lemah, immune dan memang hauskan rasa “feel good, factor”. Cinta yang tak
bertanda yang bikin rasa tak pernah tua?sentiasa ada pengaruhnya yang
tersendiri dalam diri seorang lelaki
yang berpangkat BOS. Lebih-lebih lagi kalu ‘mem’ kat rumah berjawatan lebih
tinggi dari bos sendiri, agak-agaknyalah tu. Pepandai je aku bikin analisa psiko tak bertauliah
ini. Analisa nak sedapkan hati agar kita
tak benci dan tayang muka kelat terhadap bos sendiri.
Itulah dia sedikit
corat-coret cerita pejabat. Bukan nak mengaibkan sesiapa, tapi sebagai motivasi
diri dan nasihat kepada diri, jangan sampai hati jadi kering macam asam boi
kecut dan muka pun asyik mencuka, suara pun asyik jadi tinggi sahaja.
Mana tak kecut, menjeruk, memang dah macam jeruk tangkai
hati itu. Awak yang kerja bagai nak rak, tapi disebut-sebut dalam meeting dia
juga. Dahlah awak kerja macam lipas kudung dan si dia, merayap, melobi,
menggetek aje kerjanya, tapi bos tu BUTA, dalam meeting announce “saya
bersyukur sebab semua yang ada kat sini semua jenis, mau berkerja” hakikatnya
dia goyang kaki, ko terkangkang terkiap ke hulu ke hilir kejar deadline, apa
maknanya??? Kolah bodoh, tak ada daya kepimpinan, tak ada sikap team-work, tak
reti berkerja secara berkumpulan. Sakit tak rasa hati?
Ahhh, saya hanya mengingatkan diri sendiri, agar sindrom
jeruk ini tidak menjangkit dan memakan tangkai jantung hati saya. Saya tak mau
jadi anak dara tua jeruk, atau omputeh kata perempuan cuka. Jika sudah mencuka,
satu sen sudah tak ada guna.
Saya ini lemahnya saya tak boleh dengar cerita-cerita
negetif, saya cepat terpengaruh. Saya cepat benci. Orang lain cerita mulut
tersenget-senget, kunun benci sangatlah tuh, tapi bila berhadapan mereka masih
boleh tersenyum. Saya ni kurangnya bila dah ada kes, walau bukan ber’kes’
dengan saya, muka saya akan jadi kelat.
Kena banyakkan senyum. Saya tak ada hal dengan dia, kenapa saya pula nak tunjuk
muka cuka dengannya, kan. Orang lain sakit hati muka masih boleh manis lagi, yang haku ini, jadi kekiwi/kekwat/nasik tambah, muka ketat apa hal pulanya
ya?
Itulah orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak
kata menyesal tak sudah. Dia juga yang gatal promo kawen dua, macamlah Malaysia ini sedang mengalami masalah kepupusan lelaki, perempuan dah lebih sangat dari lelaki. Dia tak tau
ka perkataan kawen lebih itu cuka jahat yang menyakitkan hati orang perempuan?
No comments:
Post a Comment