Kalau orang marah kita, saya, (orang lain saya tak tau) saya
akan fikir balik kenapa. Terutama bila yang marah-marah itu dilihat sebagai
pejuang, penyelamat umat, bangsa, bahasa, budaya, dan tamadun Melayu. Kenapa mereka marah, sebab kesalahan bahasa
yang saya gunakan semasa berinterksi dengan cikgu sayalah, sapa lagi di dalam internet. Luar internet tak apa, nak tertonggeng-terbalik-berpusing-pusing tidak ada masalah.
Saya memang tak reti pakai bahasa-bahasa tinggi, sebab SPM
dulu BM pun C4 sahaja. Masuk MMU pun, tidaklah ada Bahasa Melayu, tetapi
Englishnya setakat B sahaja. Namun orang-orang intelek ini tidak faham, mungkin
tak mau tau, bahawa zaman materialistic ini, orang yang mereka pandang perosak
macam kami ada sumbangan terhadap pembinaan sesuatu tamadun itu, kami bayar
cukai, zakat dan macam-macam bayaran yang kami bayar, kalau tak bayarpun kami
tolong kerajaan bayarkan untuk kamu dan anak-anak kamu.
Kenapa saya cakap begitu. Ok kita ambil contoh, let say tak
mohlah…begini sahajalah saya ringkaskan. Saya lihat macam segala aktiviti-program
orang-orang intelek ini dibiayai oleh kerajaan. Waima satu ketika dulu baju
dalam dan seluar dalam, rambut palsu pun mereka “perincikan & claim”,
sehinggalah ada orang cerdik yang malu maka diberikan sahaja jumlah “lump-sump”
sebagai Elaun baju panas, tak perlu detail-detail nanti dijaja-jaja & diketawakan
kerani cabuk macam saya, worst kalu di “ scan & upload” kan dalam FB.
Kecuali penceramah agama berstatus selebriti, itu orang datang cari dan sanggup
bayar.
Namun kalau aktiviti sang intelek ini tidak dibiayai oleh
peminat-peminat mereka. Dalam ertikata lain orang tak sanggup membayar untuk
tengok mereka, jadi siapakah yang membiayai kos-kos seperti, utility, elaun
penceramah, sewa tempat dan macam-macam lagi perbelanjaan itu ketika mereka
menyampaikan kuliah ilmu?
Saya pun sebenarnya tak berapa tau. Kalau saya tahu nanti,
saya akan tuliskan di sini, biar kita sama-sama tahu, dan tak perlulah kita
sibuk-sibuk nak tulis-tulis, “oh bahasa ku rosak di tangan bangsa ku sendiri”
Kamu semua patut lebih kreatif memikir bagaimanakah kamu mau memujuk bangsamu
berhenti dari merosakkan bahasa mereka sendiri. Adakah kami bayar kamu untuk berkeluh-kesah
dan menyalahkan balik kami yang bayar kamu itu?
Lagi satu perkara kamu harus ingat orang tinggi-tinggi macam
kamu hanyalah terdiri dari 20% jumlah jadinya manusia. Nabi sendiri berkata, “berbahasalah
dengan bahasa yang difahami” Nabi sebenarnya bila baginda berjumpa dengan penternak,
petani, peniaga, nabi akan berbahasa seperti petani dan peniaga, penternak. Belum
lagi saya berjumpa hadis yang mengatakan bahasa sebegitu adalah racun kepada
bahasa Arab. Dalam pada itu Bahasa Arab menjadi sangat perkasa pada zaman
kegemilangan Islam. Adakah pada zaman itu petani, peniaga, suri-tani,
suri-gembala Arab bercakap dalam bahasa Arab tinggi?
No comments:
Post a Comment