Showing posts with label Culture setempat. Show all posts
Showing posts with label Culture setempat. Show all posts

Sunday, March 15, 2015

Habislah, KAN.

Selain kami bercerita pasal pil kuda dan sumbang mahram, kami juga bercerita, mengulas, menganalisa kes 1MDB yang sedang hangat ketika diperkata orang pada masa ini. Kami bikin rumusan yang sangat funny, iaitu kami kata “ala, bah, itu, bomoh Mahathir sedang berlawan dengan bomoh Rosmah”

Bila anda berkerja di bangunan yang dikata berhantu, kisah hantu akan dimasukkan sama walau dalam perkara yang tak ada kaitan. Sebenarnya hantu masuk bila tension, panggil hantu  untuk legakan tension, terapi minda gitu. Memang tensionlah, risau, bimbang kali ini tak ada kambing hitam akan terpanggang dan tersembelih macam dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC) tempoh hari. Dalam skandal lepas, Ketua Wanita UMNO, berundur. Pengunduran tersebut menatijahkan yang system kita OK.

Kali ini, kambing hitam yang cuba dipanggang adalah Presiden UMNO sendiri. Adakah beliau akan mengundurkan dirinya? Kalau di Negara Barat, ia mereka akan mengundur diri biarpun kadang itu baru sekadar desas-desus, sahaja. Kadang itu bila disiasat, tak ada kes, pun. Di sini tak taulah kita.

Itu yang timbul joke, kalau bomoh Mahathir menang, PM akan berundur, kalau kalah, PM kekal PM, dan natijahnya, amat membimbangkan sekali. Tak usahlah saya nak cakap lebih-lebih, baca ajelah artikel ini. Betul Tun Mahathir sendiri dalam kritikan beliau terhadap 1MBD ada mengatakan kes ini sudah jadi kes forensic yang sepatutnya dijalankan oleh Polis, bukan Ketua Audit Negara (KAN). Kami kata kalau skandal NCF, mereka begitu bangga dengan KAN, KANlah segalanya, HERO. Kali ini kalau tak dak kambing, habislah, KAN.

Sunday, March 30, 2014

KATA-KATA PUJI-PUJIAN III

oklah sambungan dari semalam dan kelmarin...

Inilah dia gambar-gambarnya...

Yang mana satu tu...cluenya mata dialah yang paling bersinar (tak terhalang)...







KATA-KATA PUJI-PUJIAN II

Sungguh pun saya lama tertarik dengan cara kawan saya, tak semudah itu saya mengikut. Lokek puji-pujian??? Saya ini air muka garang. Pula dengan berkerudung labuh, saya lebih kepada guru disiplin yang garang giler yang sanggup menghalau anaknya keluar rumah jika tidak solat. Terrorist??? Iyalah, nak kata  terroristpun terroristlah. Saya tak ada masalah.

Cuma beberapa tahun kebelakangan ini saya sudah sikit-sikit pandai jadi macam kawan saya itu. Mungkin juga dengan memuji dan bertukar-tukar hadiah itu cara saya mengenangnya. Dengan berbuat demikian begitu, meringankan kerinduan saya terhadap dia. Oh…nak tengok gambar…sekejap eh saya selongkar sikit album lama.

Satu hari kawan yang baru berkerudung saya sapa begini “tahniah, wah cantiknya dia” dia memang seorang yang sangat cantik,pun dan dia jenis yang bila berkerudung lagi tambah terserlah keayuan dia. Dia balas apa???…sikit kuciwalah juganya “akak jual tak kek, nanti nak tempah bule?”

Ada,ka… I puji dia ikhlas, dia kata saya nak jual kek!!!????....

Apa-apalah,kan. Betapalah kiranya puji-pujian itu bukan satu yang menjadi kelaziman, macam itulah dia pengakhiranya. Orang puji ikhlas, kita sangkakan orang itu maukan sesuatu dari kita. Wah…

“ *****
Kawan saya cakap mak dia tak pernah puji dia. Dia rasa macam mak dia tak pernah sedar, pun akan kebolehan dia, tapi asyik-asyik mak dia puji sepupunya yang tak sama langsung dengan dia. Namun dia tahu di belakang mak dia selalu puji dia. Dia anak yang baik dan taat lagi penyabar.

Respond saya, “samalah kita.” Agaknya kut orang Asia macam tu kut. Memuji anak itu satu amalan yang tidak berapa elok. Tanpa pujian pun kita tahu ayah ibu sangat sayangkan kita. Itulah yang lebih bermakna.  Seringkali juga kita tengok kawan-kawan kita kata “aahhh lihat lah dia, what a pitty kurang kasih, sayang” just because showering us with flowery words and gift is not our culture.

Di tempat kerja bila bos garang dan marah, itu tanda sayang. Dululah. Kita tak kisah,pun kena marah. Tapi hari ini ntahlah ahli psikologi mana tah dah kata perlu kata manis dan kata bujuk untuk bikin semua kerja menjadi. Dulu orang kata, kalau CC iya (saya sekarang KUP CC dan sedang berusaha menjadikannya hakiki), memang semua orang tunduk. Sekarang he he he…kalau Mardhiahlah berjaya akhirnya dapat hakiki nanti, ntahlah.

Saya memang bertekad tak nak garang-garang. Budak dulu lain, budak sekarang lain. Ada wats app, ada facebook, ada tweeter, selalu niat baik penyelia dan bos disalah erti. Dulu pun macam tu jua, tapi idaklah kesalah-ertian itu tersebar besar. Kalau kita bengang dengan bos atau penyelia, kita-kita ajelah yang tau…hari ni lain gahnya-rekayasanya, boleh merebak jauh bergantung kepada keglemeran orang yang kita tegur/marah itu.

Saturday, March 29, 2014

KATA-KATA PUJI-PUJIAN

Seorang perempuan cantik dan cerdas didakwa oleh seorang lelaki berbakat kununnya perempuan cantik dan cerdas itu memuji-muji hasil kerja beliau. Kawan yang lain mengejek..semacam tak percaya akan perkara itu.

Sekilas pandang macamlah lelaki yang mempertikaikan perkara itu jeles, namun fikir-fikir semula ada kemungkinan lelaki itu tak percaya sebab memang tak pernah mengalami atau berjumpa dengan manusia-manusia yang murah puji-pujian.

Perbualan yang saya come across di Muka Buku ini membawa ingatan saya kepada seseorang yang amat saya rindui. Kawan saya perempuanlah. Eish…lesbian? Hey dia dah nikah dengan lelaki warga Britishlah. Saya kenal dia semasa Kursus A-Level. Dia budak Assunta, PJ. She’s very different. Saya yang ketika itu memang kampung dan tak pandai berbahasa Inggeris. Kawan saya inilah yang banyak mengajar saya. Dia bukan sahaja mengajar bahasa, tapi budaya juga. Dia pernah bersekolah di United Kingdom tika ibunya bikin Masters di sana.

Antara benda penting yang diajar dan lekat hingga kini ialah kata-kata puji-pujian. Memang puji-pujian pada kita orang Melayu kampung adalah satu benda yang agak pelik. Ditambah pula di sekolah agama, cikgu kata, nabi tak suka dipuji dan kata nabi akan leparkan dengan pasir pada orang yang memuji baginda…ia ka? Orang yang suka memuji itu adalah kawan setan. Ntahlah gasaklah…

Mungkinlah saya sudah deviate dari nabi, bila kawan yang satu ini sangat mempengaruhi jiwa dan perasaan saya. Juga cara saya bertindak. Melalui kawan yang satu ini juga bawa saya kembara kepada mereka-mereka yang tak sama dengan kita. Mereka yang kita panggil sekular. Pun kami berpisah kerana kawan mengikuti kursus lain dari saya, dan sewaktu perpisahan itu, saya berkawan baik pula dengan seorang rakan yang berdarah campuran Melayu-Inggeris atau lebih tepat lagi Irish.

Lagilah saya telajak British dari British lagi…he he he.. Mereka lembut, langsung tidak kasar dan dipenuhi dengan warna-warna bunga-bunga cinta pada ayat-ayat mereka. Amalan yang paling digemari ialah bertukar-tukar hadiah. Mereka ajar pasal sex bebas? No…saya dapat kawan yang sangat romatik dan percayakan cinta sejati. Kadang-kadang kesejatian cinta yang mereka dambakan agak melampau.

Bayangkan dia seorang anak yang sangat mewah kata dia sanggup let go of everything for love..he he. Mungkinlah. Mungkin sebab udah terlalu mewah, dia tak kisah pada materi. Perasaan dia aje tu…ingin juga saya bawa dia pulang ke kampung halaman saya, pun kampung saya agak canggih juga, rasa kalau dibawa pulang memang dia suka dan tak mau pulang semula ke Bandar, susah juga saya nak menjawab pada ibu/bapanya nanti. Saya pernah berangan nak bawa ke tempat yang sangat remote…dan kata pada dia, “what if your cinta sejati, mau kamu tinggal di sini”. Toilet pun tak hada ha ha ha aha….

Oklah enuf about my kenangan indah…So berbalik kepada mamat yang terkejut ka, jeleska dengan puji-pujian yang kawan dia perolehi itu. Baik dia selalu pergilah tempat libur-libur, spa ka, apa-apalah tempat yang mana kata pujian amat murah, tapi sebelum tu ko kenalah bayar dulu. Mau pujian yang ikhlas, mau kawan yang macam 2 orang tadi??? Saya pun kehilangan mereka. Mereka sibuklah tu melayan kerenah suami dan anak-anak, barangkali.

Friday, October 1, 2010

Pepatih Bertatih

(kini baru ku tahu)




What do you really expect if you come a cross fictional work carried out such title? PERPATIH BERTATIH. First thing that came to you mind is adat Perpatih right? When did we learned about this adat? Off course in history lesson. Since I live in Alor Gajah, even though it is in the state of Melaka, in regard of inherit property division, some of us exercising the Perpatih customary law. (Read, Inherit property) not acquired one… Faraid law did allow you to create will. All you have to do is work hard getting enough property to achieve certain percentage so that 100% the said property can be passed to the next generation by way of will. Wasiat.

That is to say if you come across this title you’ll be expecting something about law or at least about land division and is 1001 conflicts. Or since it said bertatih, more precisely you are expecting, it will touched on the difficulties exercising/ mendukung Adat Perpatih yang memang kurang popular di Semanjung. What it feels for a young women to be unpopular, or label as feminist (to a certain extent because) because of her interest/passion wanting to know/ to explore the whole system.

Saya tak nak cerita pasal perasaan terguris, terluka, remuk redam seorang wanita muda yang sedang mencari jati diri, sebab saya memang adat-adat ni ntah 50-50 jah, nak terima/tak nak terima. Kita dah masuk Islam apa nak megah-megah sangatkan adat-adat ni, kita ikut adat orang arab ajelah, kita masuk arab 100%. Saya cuma nak cerita pasal kisah kebengongan saya menjawab soalan paper Business Law hari ini. Susah, taklah susah, alah law untuk orang ciput-ciput macam accountant ni sikit-sikit, idaklah in sedetail mana pun. Nak score entahlah. Kalau lecturer kesian bulelah kut…sapa tak mau A, sapa tak mau 4flat. Cuba cakap dengan saya, ada tak orang masuk university aim saja-saja nak dapat gred sipi-sipi, sebab main focus nak cari bed opps business partner?

Berbalik pasal saya menjawab soalan ni tadi, actually ada jugalah soalan yang saya main baling buah dadu jah, ikut-ikut rasa, naluri, selawat doa-doa berkat baginda Ali, pastu “tembak”. Ada satu soalan yang memang saya really orang kata put a deep thought into it. Sangat bermegnet hingga, tergeletek perasaan anda nak tau lebih lagi, nak tau benar apa jawapan dia. You just can't get it out of your mind. Soalan pasal Adat Temenggong. Soalan tu tanya Adat Temenggong ni ikut sistem apa, dan apa sifatnya.

Memanglah saya tau Adat Temenggong memang ikut lelaki, atau dalam bahasa lawyernya Patrilineality system, tapi adakah ia autokratik atau demokrasi? Tapi sebab dia guna bahasa lawyerkan jadi saya terkedu gak dengan perkataan Patrilinelity tu. Saya tau perkataan itu wujud, tapi saya tak tau mana satu perempuan, mana satu lelaki. Tembak jelah Matri – Mama, Patri- Papa. Buleh-buleh tanya sama lecturer minta bahasa Melayunya apa. Lecturer pun biasa mereka akan bagi tau, sebab mereka tak uji kepandaian kita berbahasa Inggeris, mereka uji kefahaman kita, alah kalu bule tembak-tembak ajelah dulu, kan.

Malulah nak tanyakan, orang dah pepandai jah macam-macam perasan bagus mengondem-ngondem ex MASB punya artikel yang dah keluar dalam the business starlah pulak, masa tutorial itu hari kan. Macamlah dia pulak lagi pandai dari pakar yang sememangnya dah pakar tu. eh malulah, kalu lecturer tau Patri dengan Matri pun tak tau apa makna. Malu bertanya sesat jalan. Tapi bagus gak tak tanya sebab jawaban saya memang salah pun.

Mana nak betulnya saya padankan dengan Patri-papa dengan demokrasi. Ko nak tau kenapa saya padankan macam itu sebab saya fikir Papa bule kawen 4, Mama tak buleh. Mama autokratik, papa demokrasi. Kembang dada, konfiden gila jawaban tu betul, dan terhabis cunlah tu, akulah yang paling pandai dalam dewan periksa ni. Gila punya kepala hotak. Hujah saya yang seterusnya, yang agak cerdik sikit nak myedapkan hati(hujah ni dapat lepas exam, dalam perjalanan pulang ke rumah, sebab naluri mengigit-gigit kata "berk, jawaban ko tak betul"). Counter naluri pun cakaplah "Adat Temenggong berasaskan Islam mestilah ia bercorak demokrasi", ceh, masih tak moh kalah dengan tuntun naluri tuh. Jadi, untuk berlaku adil kepada naluri yang tegar mendesak tanpa henti, balik rumah makcik pun bukak lah nota, makcik google lagi, sebab mak cik tak puas hati. Jawapannya tetap Adat Temenggong is autocratic in nature. Kira makcik dah silaplah tu.


Apa pulak cerita pasal Adat Temenggong tapi tulis Perpatih Bertatih. Bila kita bercakap pasal customary law ini kita mestilah tak boleh tinggal kawan dia yang lagi satu tuh, iaitu Adat Perpatih. Adat Perpatih berlawanan dengan Adat Temenggong kerana dia menggunakan Matrilineal system. Bermakna perwarisan harta pusaka adalah mengikut nasab ibu.

Dalam saya mengoogle-google dan membelek2 nota itu saya sangat terperanjat bila saya dapati bahawa kedua-dua adat ini berasal dari Minangkabau. Lebih memeranjatkan saya ialah pengamal atau champion kepada kedua-duanya itu adik beradik. Adat Temenggong di asaskan oleh Datuk Ketemenggongan manakala Datuk Perpatih Nan Sebatang yang merupakan saudara tirinya mencatat pula kegemilangan dalam mengusahakan adat Perpatih.

Tidak ada apa-apa yang perlu kita kisahkan sangat pasal adik beradik ni, cuma saya pelik macam mana selama ini saya sangat percaya yang dua adat ini berasal dari tempat yang lain, asing sama sekali. Yang kelakarnya tu macam mana saya boleh sangat percaya ianya berasal dari Perak. Sapa bagitau fakta yang sesat ini kepada saya eh?

Cerpen Perpatih Bertatih tu ka bagi idea yang macam itu? Eish tidak, cerpen tu tak sebut apa-apa pasal adat pun cuma cerita-cerita cintan-cintun Ana-anti, antuma,antum yang mengada-ngada saja sifatnya. Saya kata mengada-ngada, bidaah. Tak taulah bidaah hasah ka, bidaah tak hasanah, sebab yang saya baca dalam Quran tak de cinta-cinta, rindu-rindu pendam-pendam sebelum nikah ni. Suruh tundukkan pandangan bila hati dah berkocak adalah. Ntah ada kut source of reference lain yang bilang buleh kita intai-intai antara nampak, esok jangan rindu-rinduan dek kerana peredaran zaman, complexity of our society yang menuntut kita mengangguhkan dulu hasrat yang membuak-buak itu sehingga mencapai had-had tertentu.

Saya melihat Islam sebagai aturan hidup yang bertunjangkan demokrasi yang prograsif lagi dinamik maka ia terbuka terhadap other source of reference selagi ia tidak bercanggah dengan Quran dan hadis and in the case of lacuna in two main sources. Like I said, saya seorang yang jahil undang-undang. Undang-undang ni kadang-kadang sekali pandang, macam ada yang tak masuk akal, sebab ia meliputi wilayah jangkauan yang melepasi sempadan akal logic kita yang tahap makcik-makcik jual karipap tapi ada ati nak jadi Akauntan nih. Just follow ajelah apa yang lawyer, ustaz syariah, peguam syarie bagi tau, don’t ever banyak tanya-tanya, sangatlah.

Lepas tu cerpen tu adalah sikit-sikit cerita pasal masak lemak cili padi. Ntahlah itu saja yang saya ingat. Atau mungkin ada sentuh pasal law, tapi bila dicampur aduk dengan cinta budak university, cinta ajelah yang kekal dalam ingatan. Pepatih yang bertatih nak kenal alam dewasalah tu, nak jadi mak, nak jadi bapak. Apa sebenarnya yang terpacul di minda anda bila sistem deria anda menerima perkataan bertatih? Bertatih nak main-main cinta, asmaradana? Bergantung pada umurlah kut...saya bukannya budak baru lepas SPM pun. Masa asmara-asmaradana ni dah lama berlalu.