Selain kami bercerita pasal pil kuda dan sumbang mahram,
kami juga bercerita, mengulas, menganalisa kes 1MDB yang sedang hangat ketika
diperkata orang pada masa ini. Kami bikin rumusan yang sangat funny, iaitu kami
kata “ala, bah, itu, bomoh Mahathir sedang berlawan dengan bomoh Rosmah”
Bila anda berkerja di bangunan yang dikata berhantu, kisah
hantu akan dimasukkan sama walau dalam perkara yang tak ada kaitan. Sebenarnya
hantu masuk bila tension, panggil hantu
untuk legakan tension, terapi minda gitu. Memang tensionlah, risau,
bimbang kali ini tak ada kambing hitam akan terpanggang dan tersembelih macam
dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC) tempoh hari. Dalam skandal
lepas, Ketua Wanita UMNO, berundur. Pengunduran tersebut menatijahkan yang system
kita OK.
Kali ini, kambing hitam yang cuba dipanggang adalah Presiden
UMNO sendiri. Adakah beliau akan mengundurkan dirinya? Kalau di Negara Barat,
ia mereka akan mengundur diri biarpun kadang itu baru sekadar desas-desus,
sahaja. Kadang itu bila disiasat, tak ada kes, pun. Di sini tak taulah kita.
Itu yang timbul joke, kalau bomoh Mahathir menang, PM akan
berundur, kalau kalah, PM kekal PM, dan natijahnya, amat membimbangkan sekali.
Tak usahlah saya nak cakap lebih-lebih, baca ajelah artikel ini. Betul Tun
Mahathir sendiri dalam kritikan beliau terhadap 1MBD ada mengatakan kes ini
sudah jadi kes forensic yang sepatutnya dijalankan oleh Polis, bukan Ketua
Audit Negara (KAN). Kami kata kalau skandal NCF, mereka begitu bangga dengan KAN,
KANlah segalanya, HERO. Kali ini kalau tak dak kambing, habislah, KAN.
No comments:
Post a Comment