Lagi 5 tahun sahaja lagi mau sampai 2020. Wawasannya
bagaimana. Negeri Melaka. Apa khabar? ke
laut????, ke bintang??? Ada yang kondem Melaka mungkin satu hari nanti terlalu
mahal untuk dihuni. Ada bangunan tinggi, shopping kompleks canggih, tapi orang
Singapore yang punya. Orang Melaka? Anak Melaka? Pindah pergi Lombok, Bangla? Melaka is too much/expensive for them, tak mampu, papa kedana. Ada orang bising-bising, ada orang senyap saja. KIASU Singaporean is too much....ntahlah dah ada orang Melaka sakit jiwa dengan Singporean yang singgah Sabtu Ahad, ,melancong dan menyesakkan bandar Melaka? Setakat saya di Melaka tak pernah dengar lagi kita jiwa kacau berkongsi hidup bukan sahaja dengan the not so rich Singaporean but act like the rich & Famous bila di Melaka, mau pun kita rimas dengan pendatang Bangla, Myanmar, Nepal yang berkerja buruh di sini. Itulah cerita Melaka....bandar cantik, tapi anak Melaka sendiri hanya mampu lihat dari jauh (Lombok/Bangladesh) sahaja, katanya/ramalnyalah.
Agaknya dalam Malaysia ini Terengganu sahajalah yang bakal
dari Negari Contoh Wawasan 2020. Jadi kalau ko tak dapat lihat dan rasa roh
wawasan 2020 di Melaka atau di Putrajaya, bolehlah kita melawat Terengganu. Kerajaan
Negeri Terengganu bakal banyak menguatkuasakan perkara-perkara agar ia selaras
dengan budaya Melayu Islam kita. Contohnya pelajar berpeleseran, berbuat onar
berpeluk-peluk dengan pasangan tanpa nikah akan didenda, dimalukan. Cara mana
mau dimalukan mereka ntahlah kita lihat saja nanti. Menteri Besar sendiri yang
sangat komited tak mau Negerinya jadi tempat sarang maksiat, remaja berendut
sesuka hati mereka. Khabarnya juga hudud akan dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat di sana.
Melaka apa khabar? Khabar gitulah dia, bahkan ada fitna
timbul yang Ketua Menteri Melaka membenarkan pesta bir diadakan untuk menarik
pelancung. Dalam ertikata lain, janganlah mimpi, lagi 5 tahun kamu ke Melaka,
perempuannya semua sudah berpurdah litup yang lelakinya berjubah meleret. Lelaki perempuan sudah tak
campur-campur, semua berasingan. Semuanya Ber Yaha Na Na, makan nasi arab, nasi kambing, kebab kambing.... psst psst Melaka
ada Hard Rock Café tau…..
Pendek cerita kalau kamu mimpi yang itu, saya risau kamu
masuk Melaka 5 tahun akan datang, kamu boleh jadi sasau. Saya sangat setuju
dengan pandangan seorang rakan maya yang kata (saya rephrase) kita ini, bukanlah kita disedihkan,
dikecewakan oleh orang lain, tapi sebenarnya penyebab sedih atau kecewa yang
paling kuat ialah datang dari dalam. Dari ekspektasi kita yang tinggi
menggunung, tapi cukup masa tak tertunai, tak terlaksana, tak kesampaian.
Contoh? Contoh macam sayalah yang berangan kawen sama HERO/Poet,
ala-ala Aku (Chairil Anwar) plus lagi
satu seksi 18-sx. Sedangkan boifren pun saya masih tidak punya. Pada 2020 nanti
saya obsess berekspektasikan saya punya bilangan anak cukup untuk satu team
bola sepak. Dengar tu bola sepak, FUTSAL tak main,lah ! J Tak kisahlah lelaki
perempuan, sekarang ini perempuan pun boleh main bola, apa. Anak betul eh bukan
anak angkat, juga bukan anak dia dari perkahwinan terdahulunya. Anda boleh jangka yang tepat tanggal 2020 saya
pasti akan jatuh kesasauan..
No comments:
Post a Comment