Monday, March 23, 2015

NOVARIA

Pada hari pertama saya melapor diri sebagai pembantu Am sambilan di Novaria, Aloysious isteri kepada pemilik Novaria kata ; “You sound like foreigner when I talk to you, the other day. I don’t expect that you are local.” Sebab itulah dia ambil saya berkerja dengannya. Aloysious jarang ada di site, dia di ibu kota. Yang tinggal di Novaria, saya, Mimi, si Kross nakal itu dan juga Sasinga, yang merupakan pegawai keselamatan di pejabat kami.

Masa mula-mula masuk dulu Sasinga cuba juga menghasut-hasut agar saya benci Mimi. Dia kata Mimi bukan pengikut Kross yang taat, Mimi masih menyembah roh nenek moyang. Mimi superstitious, Mimi sukakan perkara tahyol yang merosakkan iman.

Sasinga cakap “ko ini penganut agama yang taat saya kira, ko juga seorang yang berakhlak mulia, datang dari keluarga baik-baik. Tapi ko juga macam aku, kemiskinan membawa kita jadi kuli di sini”

Di satu hari yang lain Sasinga kata lagi “ko lihat itu….”

 Jari telunjuknya yang kurus meleding itu mengarah pada Ratu Lilaratna, salah satu dari 12 Ratu dan Dewa dalam agama Kayatpapan yang Aloysious sembah. Lila mengikut lagendanya adalah ratu rahmat pembawa rezeki. Saya tengok Ratu tanpa rasa apa-apa. Iya kesayangan Aloysious. Nenek Bi ajar agar saya agar jangan mencemuh kepercayaan orang. Nenek Bi pengasuh saya dulunya seorang bidan yang terkenal di Kampung Rambiruai. Bila Nenek peluk Bulan, nenek tinggal segala amalan khurafat. Nenek tak baca mentera, tapi nenek tukar mentera dengan ayat-ayat dalam kitab Bulan. Melihatkan saya yang seperti acuh tidak acuh…Sasinga berkata lagi…

“ko lihatlah pada colok ratu, ko fikir sapa yang nyalakan. Aku tanya ko, sebagai Bulan apakah hukum ko menyalakan colok ratu?”Saya hanya tunduk diam, dan Sasinga pun berlalu pergi.

Sepertinya Mimi dan Sasinga bermusuhan gitu. Sasinga penganut Kros yang taat, Mimi pula nakal. Barangkali di mata Sasinga Mimi itu sudah murtad yang halal darahnya atau kalau tak murtad pun bila nyalakan colok ratu Mimi dah jadi pengikut/pembantu pemuja iblis, ahli sihir. Dalam sejarah silam kross orang yang begini akan mereka bakar hidup-hidup. Sasinga tak suka Mimi, Mimi buat muka sposen, ada aku kisah, aku ketua kat sini, so you can go to hell lah dengan ceramah agama ko.

Pun begitu saya menghormati Sasinga dan falsafahnya. Dia seorang Kros yang taat, sangat patuhi masa. Saya walau tak senakal Mimi, tapi tidaklah sedisiplin Sasinga. Saya tau sejarah hitam kami, Kros sentiasa mau mengalahkan Bulan, saya lihat Sasinga, saya lihat diri ini, saya jadi insaf. Banyak saya contohi kelaku dia. Serius bekerja tak main-main, tak suka buang masa.

Tapi tu kadang Mimi datang mengganggu, “eh marilah kita pergi shopping, facial sikit, aku belanja”. Saya lihat Mimi bukanlah seorang yang sepanjang masa mau suka-suka. She work hard, she play hard. Dia tidak kisah berkerja hingga lewat malam untuk menjayakan projek sakit ini. Ada waktu memang dia seperti kena buli, kena ejek, diperlekeh, tapi dia buat tak tau. Dia pergi pejabat kerajaan, pejabat Ketua Menteri, semua pejabat dia panjat, tak ada pejabat lawyer, pejabat yang berkait dengan hartanah dan pembangunan yang dia tak teroka, semua dia sapu untuk dapat kelulusan itu dan ini. Kadang-kadang dia terpaksa pulang hampa. Temujanji yang diatur tak menjadi. Masanya banyak dihabiskan dengan menunggu dan menunggu. Tapi dia kuat semangat dia yakin projek ini boleh dipulihkan.

 Mulanya saya agak rimas dengan Sasinga yang seperti risaukan saya bertukar jadi Mimi pergi menyalakan colok ratu, dengan harapan satu hari boleh jadi seanggun dan seberkuasa Aloysious itu. Kekayaan Aloysious, kejayaan demi kejayaan yang dia catat bersama suaminya memang mengkagumkan. Aloysious itu sendiri pun, saya lihat seperti jelmaan Ratu Laliratna. Jadi Sasinga pada mulanya selalu juga menakut-nakutkan saya dengan Ratu Lila yang suka minta darah. Dia cerita pasal bot karam, tebing runtuh, bangunan runtuh, yang ada kaitan dengan pemuja Ratu Lila, kira orang dan pekerja-pekerja marhaen ini sengaja dikaramkan, ditimbus, untuk santapan Ratu. Sedikit-sedikit dia percaya Aloysious makan darah. Tapi dia akan sentiasa mengatakan “kemiskinan bawa kita jadi kuli dia” untuk menjustifikasikan dirinya untuk terus terima makan gaji dengan Aloysious.

Agama 12 Ratu Dewa makan darah itu cerita biasa saya dengar. Nenek Bi pengasuh saya, sebelum peluk Bulan, pun menyembah 12 Dewa-Dewi bahkan Nenek dihormati orang kerana boleh terus berhubung dengan salah satu dari mereka. Tapi Nenek tak hisap darah, darah orang, mau pun darah binatang. Nenek selalu cakap, jiwa yang polos dan suci, semua pun suka nak dekat… “Tapi nenek kini dah tak kawan dengan Dewa-Dewi lagi,kan” tanya saya innocent pada satu hari. Nenek kata “nenek tak pernah berkawan, nenek cuma berkomunikasi sahaja”

Kadang-kadang saya rasa, mau….tak taulah mau apa pada si Sasinga itu,kan. Tapi saya angguk senyum-senyum sahaja. Mimi seorang yang pandai menceriakan keadaan. Kamu tak boleh tolak dia ketepi, kamu tak boleh nak benci dia, sebab dia itu dia. Dia Mimi yang ceria dan menggembirakan. Seperti apa ya, ntahlah, tak tau nak cakap apa. Sasinga pula, pada saya tiap bilah kata dia, seperti bilahan pisau yang mengiris jantung saya. Tajam menikam. Penuh dengan prasangka yang apa-apatah itu.

Saya cerita semua sama abah, sama nenek. Patut ka saya turut benci Mimi, demi jaga hati Sasinga yang kuat beribadat itu? Mereka kata ada dikalangan orang abid/ahli ibadat tak punya kemampuan untuk beza mana iblis, mana malaikat, tapi ahli fikir, walau sefasik manapun dia boleh. “Kalau kamu mau bercanda dengan seseorang, orang itu tarik muka, atau larikan diri dari kamu, apa rasa kamu?” tanya nenek. Kedua mereka yang sudah bertemu dengan Mimi, tika dia tumpangkan saya pergi-balik kerja. Kebetulan kereta saya buat hal pada hari-ke tiga saya mula kerja, Waktu pulang, saya ajak dia lepak-lepak dulu di rumah. Dalam masa yang singkat Mimi bukan saja sempat berborak bahkan dapat dia kacau kucing nenek dan rembat rambutan abah yang baru mencelah. Mimi mudah mesra. Abah dan Nenek senang dengannya. Pendek kata, semua orang senang dengannya. Pun begitu mereka berpesan, “tapi haruslah ingat, bercanda dan mengolok itu biarlah berpada-pada. Kamu berdua dan Sasinga dari generasi berbeza, harus hormat macam kamu hormatkan kami”

Minggu, bulan seterusnya seperti Mimi pun macam sudah mengerti, kami pun tidaklah berlebih-lebih sangat mengolok antara satu sama-lain. Kalau tak ada fail, surat, mau pun pelanggan untuk diuruskan, saya akan ulangkaji pelajaran. Itupun yang dipesan Aloysious ketika hari pertama saya mula bekerja.

Kata dia, berseloroh, tapi seloroh ada makna yang tak taulah lebih ditujukan pada Mimi atau Sasinga. “Most of the time, you will find that you don’t have much to do, so better if you bring along your text book, notes, assignment here, so that Mimi or Sasinga, won’t racun you.” 

No comments: