Saya akui Melaka memang semakin hari, semakin tak best untuk
dihuni. Kesesakan lalulintas. Sebab itu aje. Pada sayalah. Tapi pada orang lain
mungkin ada sebab lain sehingga dia tinggalkan Melaka dan pergi ke Syria. Di
sana dia ambil gambar orang pancung orang. Lepas pancung-pancung mereka jerit “allahuakbar”
Kita kat sini ada yang sahut “masyaallah”, “astagfirullah”
atau mungkin ada yang “alhamdullillah????” Orang Melaka ini kita memang
kahau/brutel, tapi rasa tak sampai hati nak pancung orang kut. Mulut aje lebih.
Pada budak Melaka yang terlibat dalam aktiviti sadis ini
hatinya sudah bulat itulah dia jalan untuk mendapat redha tuhannya. Pada saya
pula caranya dengan kerja baik-baik, belajar rajin-rajin dapat gaji baik, boleh
tonjol imej Islam yang Berjaya, kemas dan teratur. Saya orang Melaka, dia pun
orang Melaka juga. Sejarah Melaka menulis, Sultan Melaka terima Islam kerana
kagum dengan kekemasan, keteraturan pedangan Arab yang datang berniaga di
Melaka. Dari situ Islam berkembang….
Saya terfikir mana agaknya budak tu belajar yang Islam ini
tersebar luas melalui pancung
memancung ini ye. Adakah movie barat seperti “Lawrence of Arabia”
dan yang sewaktu dengannya mempengaruhi tingkah-lakunya? Saya ni memang hantu
TV masa kecil-kecil dulu, tapi kalau cerita Combat yang paling disukai
sepupu-sepupu lelaki, saya tak minat. Apa-apa cerita perang, memang saya tak
suka tengok. Tapi masa dah tua-tua ni ada juga temankan kawan tengok ada satu
cerita tu. Ntah cerita apa tah…sadis betul. Memang dia pancung kepala orang
terus tepat termasuk dalam kotak. Perrggghhhhh. Sampai hari ini saya tak boleh
lupa adengan itu.
Antara dia dan saya,banyak berbeda, bahkan boleh berperang barangkali, ya. Andai satu hari
dia menang, lepas tu balik Melaka kasi pancung semua orang Melaka yang secular tak
sedar diri ini. Saya ok aje. My personal opinion orang macam ini lebih baiklah
dia pancung kita, dari dia me”Latta-Uzzakan” kita. Mati itu pasti datang, lebih baik mati
hina, dicatat petualang dari hidup disanjungan puji sang pencinta sadis, mati, nanti
dijadikan pula patung berhala.
No comments:
Post a Comment