“I tak boleh hidup di Negeri Roba-Roba itu, tak de entertainment,
matilah I” kata dia.
Saya terkenangkan kawan yang “nakal” buat seketika, apa
khabar dia, nak call, saya tak pernah simpan nombornya, lagi pun saya cumalah
pekerja sambilan, dan dia pegawai eksekutif yang keboringan, tika projek tak
jalan lagi.
Kalau saya simpan, pun saya fikir dia dah tukar nombor lain,
almaklum projek dah jalan. Sebelum saya bertukar dearah, saya sempat lalu,
tapak projek, memang dah naik, cantik. Lokasinya pun bagus, tak ada sebab projek
itu gagal. Tapi ia gagal juga. Bila projek dah jalan, tentulah kawanku sekarang
ini Puteri Cinderella yang sibuk menari di dewan-dewan tari yang indah.
“Jaga projek sakit ini memanglah sakit, semua serba sakit,
life sangat slow, seperti ko tak ada life” kata dia lagi.
“my buddie dah ada dua,
tiga projek dah, I for the last 3 years habuk pun ta dak” sambungnya
sugul.
“habis tu kenapa ko masih tunggu juga, is the money really that good?” Bagi saya, masa itu, sebagai pekerja part- time, Novaria memang bagi good money, RL4.00 sejam*, plus elaun Petrol, memang berbaloi-baloi. RL4.00 sejam macam kita kerja bungkus sayur kat hypermaket, tapi di Novaria kerja saya cuma buat filing, surat-menyurat dan keep in touch dengan list pelanggan yang dah syarikat lama tipu. Itu yang berat, berisiko, kena maki-kena-hamun, tak de masalah. Dia bukan maki ko, pun , dia maki syarikat lama yang dah paw duit dia.
Tapi bagi kawanku, mungkin tak gitu, minah ni kira minah high-maintenance punya kaki juga tu, dan persoalan terjawab bila dia bersuara sambil sengih-sengih macam kerang busuk begini “tak juga basic-basic cukup makan, tanpa komisyen, tanpa
nama. Ntahlah I ini superstitious agaknya”
“ya ya ya ya…. we Namuma, no matter apa bangsa, agama,
sikit-sikit memang kita percaya. ” gelak saya untuk coverline kebodohan kami berdua. Iya apa nak dimalu bila sesekali kita lari dari hukum lojik dan bersandar kepada sesuatu yang magis. Ala, lagipun bukan ada professor logik nak kejar dan tarik balik Mantik, logik yang dia dah bagi pass, tu. Bila dah dibagi pass dalam sijil passlah engkau sebagai seorang individu yang berfikiran baik, waras, logik, lagi boleh bantu sapa-sapa yang minat sama ko dalam membuat keputusan.
Dia Kros, saya pula Bulan. Bulan dan Kros ada sejarah hitam
yang panjang, tapi kami di Negeri Semanggol Lonjong, kami boleh hidup
bermuafakat. Cuma mutahir ini sahaja keadaan jadi agak tegang. Itula sebabnya
saya minta ubah angin, ke Wilayah Atonomi Negara Semanggol Lonjong yang mana
Kros dan Bulan tak ada masaalah. Mereka ada yang bersaudara dan punya pertalian
darah.
Di Wilayah ini memang aman. Dahulu kala, pegawai penguatkuasa berkeliaran, bawa gunting. Kerjanya, wanita yang memakai skirt pendek akan digunting kain pendeknya secara menegak. Ia dibuat untuk mencegah orang berpakaian menjolok mata atas dasar kesopanan. Agama langsung tidak disentuh, Kros dan Bulan memang melarang wanita berpakaian tidak senonoh.
Ok berbalik cerita kawan Kros saya. Apa khabar dia? Apa rasa
dia bila Bulan mau menguatkuasa undang-undang jenayah yang terkandung dalam
kitab Bulan. Saya asyik teringat percakapan kami pada satu pagi. Pagi selepas
cuti panjang hari perayaan Kros. Well cutinya satu hari saja, tapi jatuh
berapit dengan cuti hujung minggu, jadi keseluruhannya kami ada 3 hari cuti
rehat.
“you know wat, kami gamble naik teksi pergi Lalunting sana, four
of us all girls best wo… we came like peasants, minum-minum sampai
nakalapik…minum lagi sebab kami menang banyak, I think sebab kita datang macam
orang miskin, sebab itu operator judi tu kasi kita menang” terangnya panjang
lebar. Lalunting adalah tempat peranginan tanah tinggi yang
terkenal dengan aktiviti perjudian.
“Ke ko dah bagi “rahsuah” sama penjaga rumah judi tu” kata saya sambil mengenyit mata… bimbang kawan tersinggung cepat-cepat saya sambung, memuji dengan ayat-beli-jiwa yang macam pretentious lagi mengada-ngada, aje bunyi “but you don’t look like that you’re having a head ache at all, shinning like a sun, all way out, as always”
“I did, but I have a good remedies. I went there right after
we sembahyang dan makan gula manis, around 12 gitu, hari 6 kita dah turun, so
hari minggu memang melepeklah jugalah” tawanya riang.
note:
RL = RubaLira, mata wang Negeri Semanggol Lonjong, bersamaan macam RM Malaysia juga, yang disandarkan pada mata wang besar Negara Seriwangi
No comments:
Post a Comment