“sekarang ini apa yang perlu saya lakukan” tanya dia….
Dekat setengah jam juga dia mengayat. Ayat-ayat penuh
kemesraan lagi kekeluargaan. Biasalah tu ayat beli jiwa. Seluruh hidup saya
memang sudah masak dengan ayat-ayat beli jiwa bila tersepit, meraung-raung minta
kasihan, minta dilepaskan, minta ditolongi. Saya bosan. Saya rasa macam nak
terajang aje mamat tu hahaha…Tapi itulah dia lelaki, walau berkali-kali (tahap
infiniti) dibohongi, kita dikencingi, kita tetap, orang kata berbudi-bicara. Ko
lepas bukan sebab kita bodoh, cuma bangsa kita saja yang tinggi nilai sabar dan
kaya budi-bicaranya. Kadang-kadang tu terlintas jua difikiran, biar orang Cina
& India aje jaga Negara ni, baru ko tau langit ini tinggi atau rendah.
Ok tak adil saya kata lelaki, let’s kata perempuan pula,
kalau lelaki banyak kencingnya, banyak lakunnya, berguling-guling macam HERO HINDUSTANI, Perempuan pula, yang paling mak tak tahan ada yang guna tektik manja,
menggoda…. “nasib baiklah mak tak lesbian”
Saya ini bukanlah poker face atau pelakun, saya tak reti
berlakun, saya bosan, bosanlah saya. Bila soalan itu diajukan, bos pula macam
malas nak jawab, jadi saya jawab bagi pihak “lengkapkanlah apa yang patut”
“perlu didenda, ka apa itu”
Pergh maak aiii, ini lagi satu beli jiwa tahap gaban nih….apa ko fikir
aku tak boleh fikir apa ko fikir…ko sedang ketawakan aku, ko tahu, bajet aku ciput, macam semut kecil, jika dibanding ko yang menggunung, lalu ko pura-pura innocent kunun. Kenapa ko tak
cakap aje macam ini
“puan jangan nak banyak songehlah, tercheck keseluruhannya?
puan ada cukup bajet? puan ada cukup man-power?”
Sangka-sangka jahat saya mula menyerang….
Berbaik sangka-baik sangka, baik sangkalah yang dia hanyalah
seorang lelaki biasa, iya lelaki biasa yang dilukiskan cantik seperti ayat
dalam surah Al-Azhab[33:72], bukan lelaki opportunist..
Saya balik rumah, saya siapkan tugasan. Saya fikir Ahad saya
mau ke tamu, nak juga tengok apa itu apa, bagaimana rupanya yang dikata-kata
buluh perindu itu, disamping nak beli buah mahkota dewa dan beli durian
belanda. Come, Sabtu, saya dapat selsema, saya rasa lemah. Lagi tambah lemah
bila terfikir ayat-ayat dan lakunan lelaki pembeli jiwa itu, jadi pagi ini saya
nak baring-baring dan bermalas-malas saja….sambil berbaik-baik sangka, bahawa
sesungguhnya, lelaki naïve memang masih wujud dalam dunia kompleks, serba serabut,
menipu, lagi menjerat ini.
No comments:
Post a Comment