Friday, October 1, 2010

Pepatih Bertatih

(kini baru ku tahu)




What do you really expect if you come a cross fictional work carried out such title? PERPATIH BERTATIH. First thing that came to you mind is adat Perpatih right? When did we learned about this adat? Off course in history lesson. Since I live in Alor Gajah, even though it is in the state of Melaka, in regard of inherit property division, some of us exercising the Perpatih customary law. (Read, Inherit property) not acquired one… Faraid law did allow you to create will. All you have to do is work hard getting enough property to achieve certain percentage so that 100% the said property can be passed to the next generation by way of will. Wasiat.

That is to say if you come across this title you’ll be expecting something about law or at least about land division and is 1001 conflicts. Or since it said bertatih, more precisely you are expecting, it will touched on the difficulties exercising/ mendukung Adat Perpatih yang memang kurang popular di Semanjung. What it feels for a young women to be unpopular, or label as feminist (to a certain extent because) because of her interest/passion wanting to know/ to explore the whole system.

Saya tak nak cerita pasal perasaan terguris, terluka, remuk redam seorang wanita muda yang sedang mencari jati diri, sebab saya memang adat-adat ni ntah 50-50 jah, nak terima/tak nak terima. Kita dah masuk Islam apa nak megah-megah sangatkan adat-adat ni, kita ikut adat orang arab ajelah, kita masuk arab 100%. Saya cuma nak cerita pasal kisah kebengongan saya menjawab soalan paper Business Law hari ini. Susah, taklah susah, alah law untuk orang ciput-ciput macam accountant ni sikit-sikit, idaklah in sedetail mana pun. Nak score entahlah. Kalau lecturer kesian bulelah kut…sapa tak mau A, sapa tak mau 4flat. Cuba cakap dengan saya, ada tak orang masuk university aim saja-saja nak dapat gred sipi-sipi, sebab main focus nak cari bed opps business partner?

Berbalik pasal saya menjawab soalan ni tadi, actually ada jugalah soalan yang saya main baling buah dadu jah, ikut-ikut rasa, naluri, selawat doa-doa berkat baginda Ali, pastu “tembak”. Ada satu soalan yang memang saya really orang kata put a deep thought into it. Sangat bermegnet hingga, tergeletek perasaan anda nak tau lebih lagi, nak tau benar apa jawapan dia. You just can't get it out of your mind. Soalan pasal Adat Temenggong. Soalan tu tanya Adat Temenggong ni ikut sistem apa, dan apa sifatnya.

Memanglah saya tau Adat Temenggong memang ikut lelaki, atau dalam bahasa lawyernya Patrilineality system, tapi adakah ia autokratik atau demokrasi? Tapi sebab dia guna bahasa lawyerkan jadi saya terkedu gak dengan perkataan Patrilinelity tu. Saya tau perkataan itu wujud, tapi saya tak tau mana satu perempuan, mana satu lelaki. Tembak jelah Matri – Mama, Patri- Papa. Buleh-buleh tanya sama lecturer minta bahasa Melayunya apa. Lecturer pun biasa mereka akan bagi tau, sebab mereka tak uji kepandaian kita berbahasa Inggeris, mereka uji kefahaman kita, alah kalu bule tembak-tembak ajelah dulu, kan.

Malulah nak tanyakan, orang dah pepandai jah macam-macam perasan bagus mengondem-ngondem ex MASB punya artikel yang dah keluar dalam the business starlah pulak, masa tutorial itu hari kan. Macamlah dia pulak lagi pandai dari pakar yang sememangnya dah pakar tu. eh malulah, kalu lecturer tau Patri dengan Matri pun tak tau apa makna. Malu bertanya sesat jalan. Tapi bagus gak tak tanya sebab jawaban saya memang salah pun.

Mana nak betulnya saya padankan dengan Patri-papa dengan demokrasi. Ko nak tau kenapa saya padankan macam itu sebab saya fikir Papa bule kawen 4, Mama tak buleh. Mama autokratik, papa demokrasi. Kembang dada, konfiden gila jawaban tu betul, dan terhabis cunlah tu, akulah yang paling pandai dalam dewan periksa ni. Gila punya kepala hotak. Hujah saya yang seterusnya, yang agak cerdik sikit nak myedapkan hati(hujah ni dapat lepas exam, dalam perjalanan pulang ke rumah, sebab naluri mengigit-gigit kata "berk, jawaban ko tak betul"). Counter naluri pun cakaplah "Adat Temenggong berasaskan Islam mestilah ia bercorak demokrasi", ceh, masih tak moh kalah dengan tuntun naluri tuh. Jadi, untuk berlaku adil kepada naluri yang tegar mendesak tanpa henti, balik rumah makcik pun bukak lah nota, makcik google lagi, sebab mak cik tak puas hati. Jawapannya tetap Adat Temenggong is autocratic in nature. Kira makcik dah silaplah tu.


Apa pulak cerita pasal Adat Temenggong tapi tulis Perpatih Bertatih. Bila kita bercakap pasal customary law ini kita mestilah tak boleh tinggal kawan dia yang lagi satu tuh, iaitu Adat Perpatih. Adat Perpatih berlawanan dengan Adat Temenggong kerana dia menggunakan Matrilineal system. Bermakna perwarisan harta pusaka adalah mengikut nasab ibu.

Dalam saya mengoogle-google dan membelek2 nota itu saya sangat terperanjat bila saya dapati bahawa kedua-dua adat ini berasal dari Minangkabau. Lebih memeranjatkan saya ialah pengamal atau champion kepada kedua-duanya itu adik beradik. Adat Temenggong di asaskan oleh Datuk Ketemenggongan manakala Datuk Perpatih Nan Sebatang yang merupakan saudara tirinya mencatat pula kegemilangan dalam mengusahakan adat Perpatih.

Tidak ada apa-apa yang perlu kita kisahkan sangat pasal adik beradik ni, cuma saya pelik macam mana selama ini saya sangat percaya yang dua adat ini berasal dari tempat yang lain, asing sama sekali. Yang kelakarnya tu macam mana saya boleh sangat percaya ianya berasal dari Perak. Sapa bagitau fakta yang sesat ini kepada saya eh?

Cerpen Perpatih Bertatih tu ka bagi idea yang macam itu? Eish tidak, cerpen tu tak sebut apa-apa pasal adat pun cuma cerita-cerita cintan-cintun Ana-anti, antuma,antum yang mengada-ngada saja sifatnya. Saya kata mengada-ngada, bidaah. Tak taulah bidaah hasah ka, bidaah tak hasanah, sebab yang saya baca dalam Quran tak de cinta-cinta, rindu-rindu pendam-pendam sebelum nikah ni. Suruh tundukkan pandangan bila hati dah berkocak adalah. Ntah ada kut source of reference lain yang bilang buleh kita intai-intai antara nampak, esok jangan rindu-rinduan dek kerana peredaran zaman, complexity of our society yang menuntut kita mengangguhkan dulu hasrat yang membuak-buak itu sehingga mencapai had-had tertentu.

Saya melihat Islam sebagai aturan hidup yang bertunjangkan demokrasi yang prograsif lagi dinamik maka ia terbuka terhadap other source of reference selagi ia tidak bercanggah dengan Quran dan hadis and in the case of lacuna in two main sources. Like I said, saya seorang yang jahil undang-undang. Undang-undang ni kadang-kadang sekali pandang, macam ada yang tak masuk akal, sebab ia meliputi wilayah jangkauan yang melepasi sempadan akal logic kita yang tahap makcik-makcik jual karipap tapi ada ati nak jadi Akauntan nih. Just follow ajelah apa yang lawyer, ustaz syariah, peguam syarie bagi tau, don’t ever banyak tanya-tanya, sangatlah.

Lepas tu cerpen tu adalah sikit-sikit cerita pasal masak lemak cili padi. Ntahlah itu saja yang saya ingat. Atau mungkin ada sentuh pasal law, tapi bila dicampur aduk dengan cinta budak university, cinta ajelah yang kekal dalam ingatan. Pepatih yang bertatih nak kenal alam dewasalah tu, nak jadi mak, nak jadi bapak. Apa sebenarnya yang terpacul di minda anda bila sistem deria anda menerima perkataan bertatih? Bertatih nak main-main cinta, asmaradana? Bergantung pada umurlah kut...saya bukannya budak baru lepas SPM pun. Masa asmara-asmaradana ni dah lama berlalu.

No comments: