Saya rasa berdosa juga sejak dua menjak ini kerana berfikiran serong terhadap insan-insan, (sebenarnya 2 saja) yang beriya-iya mau saya berkarya kreatif. Aduh jahat sungguh fikiran hati dan perasaan saya terhadap 2 insan yang saya anggap dewa ini.
Sejujurnya saya melihat 2 insan ini saja mau melaga-lagakan saya dengan puak-puak tegarian yang mencorak dunia susastera kita muthahir ini. Kenapa saya berfikiran sangat jahat sebegini, saya pun tak tau. Dalam hati saya pernah terbit percakapan begini “dia orang suruh aku berlaga, biar nampak jahat aku nih, biar tenggelam sikit jahat dan keji diaorang tu” ha ha ha….
Jahat kat mereka? ntah saya rasa mereka tak jahat, walau saya ada dengar sok-sek yang dewa dan dewati saya ini memang orang kata kuranglah, kurang disukai, walau dah dapat pengiktirafan dari luar. Kat luar mereka memang diterima, tapi dalam sini memang kalau boleh baik tak ada ajelah orang macam mereka tu. Sungguhpun begitu saya rasa, sayalah yang jahat sebab berjahat sangka pada orang yang nak tengok saya berjaya, bermaruah dan berbahagia. Saya percaya mereka tak ada pun berfikiran jahat, nak tengok saya sengsara macam mereka kena umpat keji balik blakang. Ntah-ntah mereka tak tau pun ada mulut-mulut jahat mengata mereka sebab dalam susastera kita, kalau kita dah memang apa-apa award, mereka-mereka ini akan sangat mulut sangat manis depan kita. Balik blakang kita tak tau. Ada saya dengar tu bergayutan, berkonspirasi saling boikot menboikot pun ada. Ngeri. Ya to me they alls dahlah dunia mereka ciput dan sangat kecil, namun they alls tega berbuat onar sebegitu, bila hati sudah indak berkenan lagi. Buat kata budak-budak muda ini zaman pun, PLASTIC.
Saya melihat sastera sebagai seismorgraph dan saya tidak akan menolak jika ada Ayu Utami Malaya dalam dunia penulisan kita. Pada saya Ayu Utami adalah menifestasi kejujuran yang perlu ditelan walau pahit oleh khalayak kita. Ayu Utami tidaklah 24 jam ber Ayu. Cuma berAyu-Ayu ini perlu kita sedari akan kewujudan mereka agar kita tidak terkejut beruk dan memfitnah pula mereka yang jujur membawa cerita tentang kedapatan unsure-unsur Ayu dalam diri seseorang yang berpakaian seperti saya.
Saya fikir dalam keadaan mendesak (dharurat) jika seseorang yang berwajah ustazah berAyu-ayuan tidak haruslah kita hentam dan kritik bahawa semua yang berwajah ustazah itu hipokrit lagi plastic. Terus menyarankan mereka membuang tudung mereka. Orang kata terkadang itu manusia ini terlajak dibawa hasutan bisikan syaitan. Kita mungkin susah nak terima, bahkan kita mungkin lebih selesa berfikir bahawa video seks ustazah yang hangat diperkatakan hari ini adalah satu konspirasi menjatuhkan imej ustazah. Takkan ustazah bikin seks kut, kan. Abeh kalu dia tak bikin benda tu macam manalah pula dia beranak?
Kita pun agak terkejut macam mana seorang yang begitu, rela aksi sulitnya dirakamkan. Mesti dia lakukan benda yang tak munasabah itu dengan alasan dia yang tersendiri, misalnya kalu rindu nanti boleh siok-siok sendiri, tengok lakunan sendiri kut. Maklumlah kita, la ni kalu setakat ijazah, nak berfamily, sorang saja kerja mana cukup, barang semua dah mahal. Lagi pula dah belajar tinggi-tinggi, sia-sia sajalah mak bapak hantar belajar, jika akhirnya kita jadi suri-rumah sahaja, sedangkan Negara kekurangan tenaga pakar berkelas ijazah tak gitu? Dah keluar berkerja kena krusus ka hapa ka, tak ke rindu tu? Sekurang-kurangnya kalu ada video intim kurang sikit rindu ek? Ntahlakan Apa-apalah eh, sekadar mewajarkan tindakan merpati dua sejoli itu, dan juga memujuk diri agar tidak marah-marah dan benci dengan manusia yang buat tebiat ntah apa-apa tah ini. Bukannya apa, kalu mulut jahat-jahat mengkondem-kondem, tiba time kita, takut kita pun buat benda yang sama juga. Manalah tau, sebab hari ini banyak benar kejadian paku dulung paku serpih, jadi saya cuma mau mengajar diri agar tidak terlalu-lalu sangat nak berpersaan yang ntah apa-apa tah itu.
Saya cakap begini, juga bukanlah saya mau membela kejahatan, kebusukan dan kemaksiatan atau mewaraskan segala perlakuan yang jelas bercanggahan dengan jalan Islam. Cuma, perasaan saya terdetik, jika yang pakai tudung labuh pun lucah, saya segan nanti abang-abang idealis tegar macam calon YB PAS Galas, Dr Zul kita akan terus takut nak hidup berkelamin. Maka rugilah masyarakat kita kalu, calon YB YB muda PAS ini memutuskan untuk mengikut jejak langkah ilmuan ulung Al Ghazali.
No comments:
Post a Comment