Sunday, October 24, 2010

Nenek ASN/ASB



RM10,000 banyak tu, bagi orang berpendapatan rendah macam sayalah. Sebenarnya saya belumlah lagi buka akaun ASB pun. Cuma pinjaman ASB saya jah yang sudah diluluskan. Mengikut cerita budak yang promote pinjaman ASB tu, kalu saya tak pegi pejabat pos dan buka akaun ASB sampai hujung tahun ini, makanya pinjaman tadi akan terbatal.

Saya baca update dan komen kengkawan FB eish ramai gak yang marah-marah dengan projek mega PNB yang baru ini. Orang yang marah tu memang jenis suka marah pun. Jenis eish saya rasa kalu duduk serumah dengan dia, saya boleh jadi gila baliklah gitukan. Jenis pembenci. Semua dia benci, lebih-lebih lagi kita kakitangan gomen yang dikata kunun makan gaji bute tak reti buat kerja, banyak mengulau ni. Jenis manusia yang skeptikallah kalau ada orang senang dan kaya-raya, kunun orang tu jadi kaya sebab memeras, merampas hak dialah kunun gitu-gitu.

Lantaklah heh, orang macam itu memang ramai kat Malaysia, hatta mana-mana pun dalam dunia ni, sebab memanglah kut, sistem kapitalis yang kita guna pakai hari ini memang menekan dan menindas lagi tidak adillah agaknya tu. Penuh dengan tipu daya dan 1001 satu macam muslihat. Tapi kita ni orang kerdil, apalah kuderat kita nak melawan apatah lagi nak merubah keadaan. Kita buleh ubah diri kita ajelah. Syukur juga Allah berikan saya akal yang agak bagus, boleh jalanlah juga, dengan akal dan kelulusan yang ciput ni bolehlah juga tampung keperluan diri sendiri, tanpa meminta-minta walau akal inilah juga yang pernah rosak pada seketika dulu.

Nak fikirkan hal dan kebajikan orang lain memanglah saya tak mampu, lepas diri sendiri, dapat jaga mak saya pun dah cukup syukurlah tu. Tapi bagi orang-orang benci ini, saya tak taulah ye. Kesian pun ada. Orang beli ASB lepas tu dapat dividen banyak, dengan hasil dividen yang banyak tu orang suka-gembira-ria pergi shopping sana-sini pun mereka sakit hati, mereka benci dan harapkan petaka menimpa sipemilik-pemilik ASB/ ASN ini.

ASB ka ASN ka, telah diperkenalkan masa saya kecil-kecil lagi. Masa tu depa kempen beli RM10 dapat RM100. Masa tu kami (saya & mak ) ada deposit dalam tabung haji dan akaun pejabat pos yang kini kita kenali sebagai Bank Simpanan Nasional lebih kurang sebanyak RM3,000.00. Tapi sebab ramai yang kata macam-macam pada ASB/ASN, mak melabur RM10 aje. Lepas sepuluh tahun mak dapat RM100 seperti yang dijanjikan.

Mak semacam menyesal sebab tak labur lebih sedangkan kita memang ada wang yang memang tak akan kita gunakan langsung pun dalam masa 10 tahun itu. Maka pada tahun kesepuluh ramailah orang yang dulu melabur itu jadi senang dan gembira. Ada pergi naik ajilah, renovate rumahlah, buat kenduri kawen anak grand-grandlah, macam-macamlah. Kebetulan pada tahun-tahun gembira itu, ada petaka berlaku kepada jemaah haji kita di Mekah. Maka bertempik2lah mereka yang menghalang kita melabur itu mengatakan bahawa jadi macam itu sebab pakai duit haram pergi Mekah.

Some of us still believe that ASB/ASN duit haram sebab ada melabur dalam perniagaan judi, arak dan persundalan berlesen. Sedara kita yang paling banyak melabur adalah nenek Alang kita. Nenek ini menderita sakit ntah Pakinson, nyanyuk ka gitulah. Memang nyanyuk habis. Daif sungguh. Suka pegang kertas. Dia kata kertas tu duit dia. Dia ni memang banyak duit. ASB dia ntah ada orang kata lebih RM10,000. Masa mak labur RM10, nenek labur ribu-ribu, ASN beranak-ranak tak pernah keluar satu sen pun, banyangkanlah berapa banyaklah nenek ni punya ASN masa dia menghembuskan nafas terakhirnya..Maka makin takutlah kita-kita nak melabur dalam ASB/ASN sebab takut dapat sakit macam nenek Alang kita.

Itu cerita dulu, cerita zaman 80’an, 90’an. Hari ni zaman melania, tak labur ketika masih ada kuderat ni, tua nanti ketinggalan, kadang tu good offer come once and a while. Kenapa tak labur dalam saham radix yang ramai orang kata 100% syariah compliance tu. I suppose it’s more of promotionlahkan. Memang saya tau HPA marketing ada jual saham tapi nak mendapatkan saham HPA itu tidak semudah ASB/ASN.

Saya patut marahkan diri sendiri sebab suka ambil/pilih yang mudah dari pilih yang 100% tak ada unsur syubhah, tapi tu dalam bab kita menyimpan ni, memang kita pilih yang mudah cepat dan senang.HPA tu leceh, nak ada duit cash selepuk, at least RM250, nak isi boranglah, nak Photostat IC. Orang kata kalau memang dah dalam tangang ada cash RM250, bila kita ada duit lebih dan berhajat nak melabur tu, dengan muka frontline staff HPA yang poyo lagi semak mata saya memandang bikin hajat kita yang mengebu-gebu tu terbantut….on the way balik rumah ada promosi kain kat Jackel, Moda, hah, pi beli kain baju rayalah pula….RM250 pun lebur. Lepas-lepas tu datang pula produk lain, yang alahai bukan saja sedap mata memandang, tapi azam dan kesungguhan yang menawan tu bikin kita terpesona yang produk yang kunun dah buat ramai orang penasaran dan sengsara. Pulak tu tak yah pulak RM250, dia pula bagi pinjam kat kitalah pulak tuuuuhhh….

I feel like by taking such commitment, I already help at least budak promoter tu. Dia orang kerja cari rezki. Saya suka tengok budak-budak muda yang rajin berkerja cari duit, cari pelanggan buat sales. Saya cuma nak tolong dia aje, sebab saya tau bukan senang budak kita nak dapat sales, orang kata biar budak kita lebih bersemangat dalam bidang marketing ini.

No comments: