Friday, October 15, 2010

Amputation

Adoring God
Loving my friends
Not hating my enemies
Detesting superstition

Sepupu saya ini memang orang kata ntah apa eh, macam saya jugalah masa dulu-dulu masa belum kena sembur semasa kursus induksi. Orang kata apa antik, konservertif, tak suka berubah, old style, memang tak suka internet-internet dan moden-moden nih.

Satu hari saya terkejut juga bila dapat add dari hubby dia. So-so, and lebih terperanjat bila minah pun berFB sama. Saya PM dan tanya apa mimpi? Dia tak jawab, tapi bikin crita lainlah pula. Satu perkara yang saya lebih terkejut bila dia guna nama suami bukan nama bapa seperti kebanyakkan kita. Ironi? Mengada-ngada, dah nak jadi omputeh? Yup kalu ko pulang dari Britain memang biasa kalu ko dah kawen ko guna nama suami instead of nama bapa ko, especially kalu suami ko memang ada family name, tapi kalu ko pulang dari Al Azhar tak ka itu boleh jadi isu?

Is she facing the same problem like me? I dare not asked. Kebelakangan ini saya merasa yang saya kejangkitan sejenis penyakit yang saya namakan sebagai penyakit “Voltaire” petanda jelas yang saya sedang mengidap penyakit ini ialah saya menyerahkah bahagian harta pusaka Tok Siti yang saya warisi melalui ayah saya kepada Pak Long saya.

Sewaktu saya membuat mengakuan penyerah dihadapan pesuruh jaya sumpah, mamat tu banyak cekadak pula tanya itu dan ini. Dia kata adalah satu yang sangat pelik bagi orang menyerahkan bahagian harta pusakanya pada orang lain. Saya cuma cakap yang saya tidak akan pulang lagi ke kampung dan sangat susah untuk saya menguruskan harta peninggalan tersebut. Dia tanya lagi, “awak tak de nak kasi anak awak ka?” jawab saya mudah, saya tidak ada anak.

Setahun yang lalu sepupu saya yang menggunakan nama suami di FB, ada memujuk agar saya ubah fikiran tentang rancangan menyerahkan bahagian saya pada ayahnya, iyalahkan mana tau kemungkinan saya berumah tangga dan beranak, saya jawab mudah “kalau aku kawen, pandai-pandai bapak dialah” Kalau esok lusa dia tanya lagi saya ceritakan akan penyakit “Voltaire”.

No comments: