Kadang-kadang saya ada juga ambil keputusan ikut gerak hati. Kalu rasa gerak hati kuat saya tidak akan teragak-agak ikut saja hati, walau saya tau betapa gila outcome yang datang nanti. Itu kemudian punya ceritalah kan. Namun saya jarang buat keputusan ikut-ikut hati. Jarang sangat-sangat, setahun sekali pun payah. Saya ini jenis manusia ikut plan, ikut jadual.
Maknanya kalu anda ada barangan baru nak dijual pada saya, chances nak laku tu memang amat tipis sekali. Namun minggu ini sedang saya mau pulang dari membeli barang keperluan harian di Tesco Cheng, macam biasa adalah orang datang nak tawar itu dan ini. Kali ini saya ditawarkan dengan pinjaman untuk beli saham ASB. Punyalah dah lama ASB ni berada dipasaran, produk pinjam duit beli ASB pun dah melambak hada, ntah dengan tak semena-mena minggu lepas ntah apa mabuknya saya pun macam lembu kena cucuk hidung terus jah setuju meminjam sebanyak RM10,000 untuk menampung kos membeli saham ASB ini.
Saya pun pelik kenapa ntah tetiba jah saya nak melabur, walhal selama ini saya tak ambik port langsung pasal labur-melabur ini. Mungkin jugalah bila kita rasa financially secured, we feel like to invest gitu-gitu kut. Perasaan nak melabur tu memang natural kut. Tak kisahlah.
Bila balik-balik rumah jah, punyalah rasa macam menyesal pun ada sebab kos pinjaman tadi agak tinggi. 6% alamak, satu keputusan yang agak salah tapi tak pe, sebab saya sudah memikirkan sesuatu untuk meminimakan kos pinjaman ini. Tapi lagi sekali saya rasa agak senak perut, dan rasa nak pitam, rasa nak masuk hospital wad sakit jiwa balik pun ada bila saya tengok berita TV. Saya rasa begitu bila saya dapat tau bangunan warisan 100 tingkat itu projek PNB.
Honestly muthahir ini saya agak skeptical dengan kepandaian Rosmah Mansur mengemudi bahtera perbendaharaaan kita. Ntah honestly saya tak percaya sapa pun kecuali Tun Mahathir dan Lee Kwan Yue aje dalam bab-bab kewangan ini. Saya memang dilanda 1001 kerisauan kalu-kalu, projek mega warisan jadi projek gajah putih, dan seterusnya memberikan impak negetif pada PNB.
Tapi apa nak buat, den dah labur dah, den hanya punya satu aje option, iaitu doa dan terus doa PNB berjaya. He he he orang kata doa itu senjata orang lemah dan miskin macam saya.
No comments:
Post a Comment