Saturday, March 30, 2013

Gading dah Kembali...Siap ko (Pre-Monday Blues)


Bos saya memang garang, semua orang tak suka. Yang bikin orang tak suka ialah dia pandai bikin staff biasa-biasa rasa rendah dan lekeh, orang kata. Saya tak dapat menyaksikan semua itu, sebab bila saya sampai-sampai aje dia dah baik he he he…rezeki sayalah tu.

Kawan kata bukannya dia dah baik, tapi dia mengalami episode post-murung bila dia bergaduh sakan dengan orang yang sangat dia sayangi dan percayai.  Lama jugalah. Dah nak dekat setahun dah. Tapi tu buat kata pemuisi terkenal yang say abaca, pun. Hati jika tak berganti, walau remuk macam mana pun pastikan pulih jika tak ada berganti, lama-lama mereka akan berbaik juga. Itu ramalan saya.

Takkan ada orang dapat mengganti staff tersebut, sebab dialah yang terbaik. Dan jumaat lalu ramalan saya semacam sudah mau jadi kenyataan. Kawan sudah mencucuk-cucuk ku. Cucuk betullah. Cucuk pinggang saya dengan pen sambil sok-sek-sok-sek. Dia orang dah berdamai , habisla kita lepas ni. Ini kes kucing depress tikus menari-narilah nih.

True semua kita suka kalau mereka terus berperang dingin, dan bos berada dalam keadaan depressi yang berterusan, sampai dia pencen pun kita suka. Pun begitu, kan dalam quran ada tulis, menyarankan agar menjadi agen pendamai, walau lepas berdamai, kita yang teruk. Saya harap lepas berdamai, bos biarlah sikit mellow dan pandanglah kami yang tak seberapa ini seadanya.

Selama ko berperang dingin, orang  yang kata-kata  bodoh, yang ko pandang sebelah mata inilah yang tunggang-langgan siapkan kerja. Janganlah bila gading bertuah, sudah kembali, tanduk bukan sahaja tak diguna, malah dipijak-pijak pula.

Saya yakin jika kita berpegang pada saranan dalam Quran Allah akan bantu kita. Moga di Mellowkan sikit sikap eksyen bos saya itu. 

Buat Donno sudah


Dua tiga menjak ni saya semacam dicucuk-cucuk untuk bertindak, dan hari ini saya sudah bulat membuat ketetapan untuk buat donno.

Ceritanya begini, kadang-kadang dalam pentadbiran ada sikit-sikit perubahan yang tidak menyenangkan kita. Maksud saya kita kena give-up rakan kita untuk ditarik ke tempat lain, lepas tu kita kena buffer kerja dia. Kita akur. Tapi bila ada benda tak sedap berlaku, kawan kena marah, kawan dibikin macam kambing hitam, mulalah kita rasa sakit hati.

Ditambah pula tempat kita sendiri agak kucar-kacir, macam ada “back-log” namun, “back log” yang boleh diselesaikan andai kita bersatu. Tapi hati yang sakit berkata-kata, “bak sini balik kawan kami, jadi back-log ini akan cepat selesai. Kita seperti dicucuk-cucuk untuk berkata “hey, kalau kawan aku tak reti buat kerja, bak sini balik!”

Kita kesiankan kawan, kita sedih. Kita rasa kalau kita push benda ni kuat sikit, kita akan dapat semula kawan kita, namun, kita akan mencipta suasana tegang. Dari kita dilihat mangsa keadaan, orang yang licik akan pandai pusing-pusing, buat cerita, kita pula memangsakan dia. Jadi kita diam. Kita cakap blakang-blakang yang kita geram, kita sakit hati, kita meluat.

Lepas beberapa ketika, kita ajar diri untuk alihkan perhatian kita, dan kita pun dah tak kisah lagi. Kawan kita yang kena marah tu…ah lama-lama pandailah dia buat kerja. Kalau dia tak pandai-pandai juga, pandailah orang yang memandai-mandai mengambil kawan kita itu memulangkannya ke tempat asal dia. Nama kita nak jadi pemangkin, campur tangan tidak sama-sekali. Mereka yang kena buffer kerja dia…sabo ajelah nanti adalah balasan dan ganjarannya nanti, mereka pun tak pernah berbunyi pasal lebihan tersebut.

Sebenarnya, apa yang perlu ialah mengajar diri macam mana jadi krew national geography, bukannya masuk campur akan hal orang lain. Belajar bagaimana mereka menahan naluri tak menolong mangsa, walau mereka boleh tolong. Kejam? Semua yang terjadi atas rencana Allah, dia yang mengatur segala. Dia juga akan mengaturkan keadaan untuk jadi pulih seperti sediakala.  All is well.

Thursday, March 21, 2013

Perkongsian Ilmu malam-malam Jumaat nih




Hari tu, dah lama dah, 21.01.2013 hari saya, pinjam sebuah buku dari perpustakaan berjudul “Law for Journalists” karya Frances Quinn.  Ada tajuk defamation.  

Saya tertarik dengan section Defamation and Malicious Falsehood. Yang saya faham, kalau seseorang mengada-adakan cerita buruk tentang kamu, kamu belum tentu boleh menang jika kamu saman dia. Kerana undang2 defamation ni bukan pasal sangat dengan perasaan orang yang difitna, tapi lebih kepada reaksi, respond orang lain terhadap fitna tersebut.

Contoh:-
A kata B pondan yang suka berzina dengan lelaki macho yang lain.  B ada business spa dan saloon. Dek kerana cerita A, business B tetap macam biasa juga, pelanggan tak pernah ambil pusing, B tidur dengan jantan ka, betina.  Bahkan tak kurang  pelanggan perempuan B yang menaruh hati sama B dan ada juga yang berani mengorat-ngorat B. B’s Life sokmo happening. B sangat popular dan disukai ramai. Kehidupan B tak pernah terjejas dek cerita-cerita A. Cuma B sahaja yang selalu menangis seorang diri bila dikata-kata mengamalkan zina.

Seperti yang saya faham dalam buku karangan Frances Qiunn ini, B tak boleh masuk court mengadu-ngadu yang dia sedih dan minta A ganti-rugi sebab bikin dia sedih, sebab yang diambil kira, bukan perasaan B, tapi perasaan dan penerimaan pelanggan dan kawan-kawan B. Lainlah kalau sebab cerita si A, business B lingkup, pelanggan habis lari.

Dan, jika A ada bukti yang melangkaui “reasonable doubt” ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah, sekali lagi B tak boleh saman A, sebab A bukan memfitna, tapi A menyatakan perkara yang benar dan hak kebebasan bersuara, melindungi A dari disaman oleh B.

Sekian ajelah ceramah undang-undang kita kali ini. 

Sunday, March 17, 2013

Feeling


Hari Jumaat adalah hari yang panjang. Kawan pun ketik-ketik baca site hiburan dan tetiba baca kuat-kuat “zain kata Rozitalah nyawanya” Sikit lebih kuranglah, makcik ni bukannya ada ingatan umpama audio-visual pun. Saya pun berespond, yang ujungnya saya kata, rugilah ko kalau abang tak cakap macam tu. Kawan yang lain menyampuk, “dia nak nak cakap kat mana”
 ,
“aiii Facebook kan ada! Tulislah, babylah nyawa dinda”

“hah ni kak ni mesti ada pengalaman nih”

“tapi kalau ko tulis macam gitu orang agama tak suka”

“ala, kak kalau artis, semua dia tulis orang meluat”

“bukan, maksud saya begini, orang agama tak suka kita tulis-tulis macam tu, sebab yang patut kita agung-agungkan ialah tuhan, dosa tulis macam tu, sedangkan kita hanya meluah perasaan kita aje”

Lalu saya teringat cerita dulu-dulu. Dulu kita panggil pujaan hati itu sebagai “nyawa”. Apsal depa kata nyawa ya? Disebut dengan perkataan baku habis. Kat Melaka pun orang sebut serupa dengan orang Kedah sebut.  Dan di satu ketika juga bila sampai masanya kita faham kenapa ia dipanggil nyawa.

Dan… masa itulah kita rasa “I have died to myself and live for you” iya, sungguh, iya memang sesuatu yang real, bukan imaginasi mau pun ilusi…walau kita hanya bertepuk sebelah tangan, atau yang dipuja tu sudah lama meninggalkan kita.

Dan… ketika itu juga kita akan diserang rasa bersalah, bukankah yang sepatutnya disembah, dipuja hanya Allah?

Kita boleh berhujah, mencari hujah untuk membenarkan rasa hati kita, atau kita boleh sahaja terus meminta ampun sama tuhan atas rasa-rasa yang sebegitu. Kita ini manusia biasa, bila rasa hati datang kita tak upaya untuk menolaknya. Rasa-rasa macam tu, Allah gak yang bagi, takkanlah datang dari Iblis pula,kan.
Sekian ramai ahli agama yang mencela rasa cinta sebegini, berkahwen, beranak-pinak, takkan tak sedetik, pun tak pernah ada rasa, apa-apa pada pasangan masing-masing,kan. Mungkin juga tak pernah wujud, cinta mereka solid 100% untuk Allah. Dan, kalau kita perhati, mereka senang dapat pengganti, lepas tu mereka tak kisah share-share…cinta mereka adalah untuk Allah dan pasangan hanyalah simbiosis, untuk menjaga kemaluan, status  maruah, dan keturunan.

Dan bukanlah tugas saya untuk mengata apa-apa. Manusia berbeza-beza. Ada manusia yang mengutamakan “feel” semua nak ada “feel” ada manusia tak ada “feel” kemaluan dia tetap ada selera mau makan. Asal kita tak melanggar undang-undang berusaha untuk tak sakitkan hati orang dan sedar untuk tak nak sakitkan hati orang, lebih baik tinggal dalam hutan sorang-sorang, oklah tu.

Dan harus jua kita ingat pesan Iman Ghazali, mesti mau lihat orang lain adalah lebih baik dari kita. Sekurang-kurangnya mereka beranak pinak dan anak-anak merekalah itu harapan kita di masa hadapan. Ko Mardhiah, jangan banyak nak mereceh sangat, mana tau besok ko duduk rumah orang tua-tua, anak-anak ini gak yang akan jaga ko nanti.

Wednesday, March 13, 2013

Amalan Tradisi





Cerita pasal Aisha dari Qabul ni memang dah lama saya dengar tapi idaklah meneliti sampai habis betul-betul. Dan bila si Aisha tu dah terlepas ke US, di selamatkan pula oleh tentara Amerika, ko nak kata apapun katalah…Drama, sandiwara, Amerika? Pun begitu yang pasti, jika ianya bukan sebuah sandiwara, dalam tanggapan orang yang melakukan kezaliman pada Aisha tentulah ada justifikasinya yang tersendiri.

Aisha menghantar saya ke zaman susah saya. Masa tu saya sakit, mak bawa balik kampung, berubat cara kampung. Tapi disebabkan saya ni masa tu JPA’s scholar, laporan perubatan adalah perlu. Dan dua pupu ayah kebetulan, masa dia  degree di UKM Bangi, rakan serumahnya ambil Medic, lepas tu mengkhusus dalam bidang psikologi, dan jadi Pakar di Hospital Sultanah Aminah Johor.

Masa tu saya memang tak sedar apa-apa, tapi emak cerita ramai jugalah orang yang menyanggah emak untuk menghantar saya ke hospital. Antara kata-katanya ialah “budak tu nak sekolah lagi, kalu pergi ke hospital dikarennya otak budak tu…”

Over the years, saya dah tak ingat dah yang berlaku. Adakah otak saya pernah kena karen wallhualam. Cuma saya nak cerita bila kamu sakit, some traditional treatment kadang tu memang pelik. So, berbalik pada Aisha… kenapa seorang suami sanggup mencacatkan isterinya sendiri? Could be pada mereka dia percaya agaknya cara tu nak membaikkan isterinya, membaikkan, memulihkan isi rumahnya.

Dan kadang tu kepercayaan tradisi memang pelik. Betapa pelik, dan betapa tak berperi-kemanusiaan pun sesuatu amalan tradisi itu, mencela-menghina amalan lama bukanlah sesuatu perbuatan yang boleh menampakkan yang kita ini lebih terkehadapan atau lebih cerdik dari mereka yang telah mengamalkannya dulu.

Apatah lagi, nak menyalah-nyalahkan orang yang telah berbuat sebuah kezaliman itu. Yang terbaik ialah 'forgive & forget, walau memang susah. Itu cabarannya.

Monday, March 11, 2013

Nyanyuk


Baca-baca dalam wall-FB ada kawan update status dengan mengatakan bila kita dah umur 40, keupayaan otak mula merosot, dikuatkan pula dengan ayat Quran. Ntahlah kita 40 baru nak terkedek-kedek masuk sekolah. Kita baca gak ayat quran tu tapi kita faham lain, atau kita sengaja buat fahaman lain, wallhualam.

Kalau dia baca dia kata ayat itu support penyelidikan sains dan fakta saintifik yang mengatakan otak 40 dah mula berhenti tumbah dan mula mereput, kita yang masih perlukan otak untuk menghabiskan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda, kata ayat tu, umur 40, minta sama Allah, ilham. Doa minta ilham, dengan izin Allah, diperkenankan doa kita, dapat ilham mula menulis he he he….

Itu kata orang yang tengah struggle dengan buku dan nota kuliah. Sama ada otak mula mereput dan kemudiannya kita jadi nyanyuk, itu kita pun tak tau. Yang kita tau kawan-kawan, saudara terdekat semua suruh kita membaca-membaca-membaca terutamanya membaca Al-Quran selalu, secara istiqamah, sebab mereka percaya membaca ibarat macam kita exercise.

Sungguh, kita makin menua dan tak akan jadi muda kembali, tapi sekurang-kurangnya dengan latihan yang dibikin secara consistent kita akan aging gracefully, minta dijauh tuhan dari penyakit nyanyuk hendaknya. Kawan-kawan saya bukanlah sainstis atau pakar penterjemah Al-Quran, tapi mereka bertaklid aje yang membaca terutama membaca Al-quran boleh mengelakkan mereka mendapat penyakit nyanyuk. Saya pun macam itu jugalah. Minta dijauh Allah dari penyakit itu. Amin.

Friday, March 8, 2013

Teori Konspirasi III


Macam-macam. Orang yang nak menghalau hantu setan ni memang macam-macam kaedahnya. Di pihak saya, nak kata tak percaya Raja-raja, bangsawan, pembesar kita tak ada connection langsung dengan Iblis pun tak bule juga. Al maklum orang kaya. Dulu kita tak ada system alarm. Tak ada security gurd, bila harta dan melimpah ruah, mereka guna khidmat hantu raya. Katanyalah…tu

Sebagai muslim biasa, patik pacal yang hina, kami tak perlukan hantu raya, saka dan yang sewaktu dengannyanya.. Apake beban, apa ke ufti, pengeras yang perlu dibayar, kami tak ada nak masuk port akan hal itu.

Bila Islam datang, Islam tak memerlu itu semua, hanya perlu mengesakan Ilahi, berkasih-sayang, rajin berusaha, berbaik sangka dan 1001 macam sifat-sifat terpuji terkandung didalam ajaran Islam. Amal aje itu. Untuk mendapat redha Allah tak susah, tapi tak juga senang. Manusia ni ada nafsu. Nak mendisplinkan nafsu itulah yang susah.

Apabila kita sendiri pun terkial-kial melawan nafsu dalam diri sendiri, harapnya kita tak dibebankan untuk menghalau segala hantu, setan, iblis yang didakwa, dipercayai, masih ada dalam simpanan warisan Nenek Moyang-Raja-Raja, bangsawan, pembesar kita. Baik sangaka saya hanya satu, Raja-raja, pembesar dan bangsawan, hartawan kita sedar, tika, menerima Islam, sebarang hubungan-komunikasi dengan dunia “halus” telah dihentikan.

Saya menaruh sangka-baik yang sangat tinggi kerana sudah lama Islam bertapak di bumi bertuah ini, semua sudah dapat menghayati kecintaan terhadap Ilahi dengan sepenuh hati tanpa ragu dan berharap kepada yang lain. Dan saya pilih berbaik sangka dari jahat sangka sebab dalam keadaan saya, persekitaran saya, baik sangka itu lebih mudah.

Keadaan persekitaran anda mungkin sama sekali tidak sama dengan saya.  Sebab itulah pendekataan kita berbeda. Dan segala pahala yang tidak terkira, darjat yang tidak terhingga tinggi makamnya adalah semuanya untuk kamu jua jika barisan kamu dapat membuktikan baik-sangka saya ini hanyalah sebuah ilusi. Saya hanya boleh berdoa jika baik-sangka saya hanyalah sebuah ilusi, Allah cepat kejutkan saya dan Allah tidak mengapa-apakan diri ini, dek kerana baik-sangka yang telah saya pasak dan pahatkan dalam diri.