Kita selalu dengan orang bersungut “ele, dia ni harap muka,
aje” Betul ka begitu? Saya memang tak berapa kritislah kalau orang yang ada
rupa dan mau mengekspoiltasikan kerupawanan mereka. Dalam tempat kerja, dalam
politik pejabat dah macam terjadi satu macam perlabelan. Kita tengok staff tu
cantik sikit aje, hah mulalah kita macam alamak, gitu.
Saya cuma ada 4 orang staff untuk diselia, so far teori staff cantik, hensem, tak pandai
buat kerja, nak kata betul, atau nak tolak mentah-mentah jadi null hypothesis
pun memang tak boleh, sebab sampling dia sikit/kecil sangat. Saya kena kerja
lebih lama lagi, apprise lebih banyak borang LNPT. Ini baru setakat sekali,
empat borang…memang tak boleh draw any conclusionlah,kan.
Now kita pergi pada satu keadaan yang lebih hanjeng lagi
dari eksploitasi kerupawanan. Daya tarikan seksual. Rupawan satu element
tarikan, aje….daya tarik ini bukan terletak kepada kerupawanan sahaja…ada
macam-macam, dan ini semua orang ada. Janganlah fikir kamu tak cantik, kamu tak
menarik, ya. Semua orang ada. Dan sejauh manakah ingin kita gunakan untuk
mendapatkan apa yang kita mahu.
Kalau ikut orang agama, orang yang mengeksploitasikan daya
tarikan ini dosa. Tapi hari ini kita
harus ingat, zaman dah berubah, kita jauh dari nabi, jadi memang perlu berdamai
dengan perkara-perkara ini. Saya melihatnya dalam zaman anak-anak generasi Y
nanti. Staff saya pada masa akan datang. Masa ini semua ok-ok….tak de orang eh
yang mengedik-gedik just to get what she or he wants. Itu dalam FB tu membohong
ajelah.
Bukan kata tak ada, ada. Memang ada pun, tapi, dia sorang
ajelah yang macam tu. Allahuakbar, apa masalah dia. Memang masalah dia
memanglah masalah itu tu yang kat dalam kain, celah_____________, sepanjang
saya serve dia selama 2 tahun, memang pernah terdengar dia menjerit “saya dah menopause,
dah menopause.” “Menopause, menopauselah, KY Jellykan ada.” Sambut kawan yang
nakal. Tapi berani ko masuk bilik dia, suruh dia promote KY Jelly kat suami dia?
So, I’m talking about the future, pentadbir yang tak
kompetent, yang taksub percaya wang boleh menyelesaikan segala masalah.
Contohlah Pegawai komplen kalau nak bikin mesyuarat luar pejabat mohon,
pastikan internet lebih laju dari yang ada kat pejabat. Pentadbir kena take
notelah perkara itu, bukan guna daya tarik seks pergi kat kewangan minta orang
kewangan cari peruntukan beli plan data portable wifi untuk pegawai sorang
satu,kan.Tapi kalau, nak nampak hips, bodek pegawai memang itulah solusinya.
Pegawai mesti suka punyer…4G ma…comel aje boleh simpan dalam poket pun boleh. Besok
4G dah lembab ambil 5, 6, 7G lagi. Kerajaan kaya macam Brunei Darussalam
bulehlah.
Ok berbalik cerita pasal daya tarikan seksual ni tadi,
berbaliklah pasal si kecut yang dah menopause ni tadi. Dia memang percaya “orang
tak akan sampai hati nak marahkan orang cantik” Pada dia mungkin dia nak
memuji, nak nampak cool, hips dan bijak, lelaki semua bodoh, dan mudah cair
dengan wajah cantik, memanglah dia hips cool kehadapan lagi bijak, tapi tak
semua orang boleh terima perkara itu.
Memang kita tak suka, tapi kena bersedia….not so (orang kata),
terlalu marah sangat akan hal ini. Tak terlalu ambil hati sangat. Not so nak
patah balik kepada standard zaman kegemilangan Daulah Islamiyah. Orang kata
demi kesejahteraan minda, kita perlu open akan hal ini dan menerima seadanya.
Kalau kita bertegas nak betulkan keadaan, nak mengheret orang macam itu ke neraka
jahanam, risikonya kita masuk sama, tak jumpa jalan keluar.
Orang, manusia ni selama manalah pun dia boleh sakiti kita,
sebagai rakan, habis kuat kita hanya terpaksa tolong dia buat paper work, buat
filing aje…tak ada hal sebenarnya benda ni, takkan lah tak kompetent langsung
tahap gaban. Semua kerja gomen ni, paling busuk pun SPM, tak lama lagi generasi
Y ni, kurang-kurang nak dapat kerani, pun kena ada diploma. Hah pasal plan data
portable wifi, kita boleh terang baik-baik, isunya bukan wifi, tapi isu logistic
pegawai yang melakukan kerja luar pejabat yang lebih ekonomik jika penginapanya
disediakan secara pakej, tak perlu mencarut, pun.
Cuma bila asyik aku aje duduk dalam store, buat filing tu, dah
asal nak beli barang je, nampak muka aku mulalah meleweh-leweh…. “puan, puan,
puan” hada aje benda yang nak dibelinya, setan tu datang mengoda,kan, dan kita
boleh hilang sabar. As for me, zaman buat filing, dah berlalu. As for orang
jaga bajet pula, memanglah kalau kita tengok aksi exploit daya tarik seksual tahap
gaban memang kita rasa nak muntah, tapi insyallah. Setakat ni, hanya buat dosa
kat kafe mengumpat tu adalah, nak letupkan dengan C4 tu memang tak pernahlah. Mengumpat
tu pun dah berdosa dah, jadi kena banyak berdamai, kita pun bukannya bagus,
sangat pun,kan.
Saya dah mula berdamai dengan mereka yang orang dok
umpat-umpat “dia ni harap muka jah lawa” dari zaman saya bikin filing lagi.
Memang peninglah, semua tak gheti. Eh manja bebona…. Tapi kita sabar, orang
macam ni like I said, memang tak ramai. Kes terpencil. Sepanjang perkhidmatan
saya dengan kerajaan adalah sorang tu ajelah yang saya jumpa. Kalau setakat
sorang, boleh bina hypothesis ka? Hypertension, hasty generalisation, bolehlah.