Monday, October 31, 2011

Kek Lapis Asam Manis

Kek dalam gambar ini hanya suku sahaja resipi asal.
Jadi macam mana saya dapat 2.5 biji telur?
Gunakanlah 3 biji telur yang bergred rendah




Bahan-bahan

  • 10 biji telur ( asingkan putih dan kuning )
  • 1 gelas Gula Halus
  • 450gm Mentega
  • 1 gelas Tepung Biskut Marie ( Biskut Marie yang bulat dikisar jadi serbuk )
  • 1 s/t baking powder
  • 1 s/t esen vanila
  • 1 tin susu pekat
  • Pewarna hijau atau kuning
  • Hawflakes secukupnya
  • 2 Gelas tepung Hong Kong

Cara-cara

  1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit
  2. Pukul mentega hingga kuning
  3. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga kembang
  4. Masukkan susu, baking powder dan vanila. Pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan kacau perlahan-lahan.
  6. Bahagi kpd 2 bahagian. 1 bahagian dimasukkan pewarna hijau dan satu lagi bahagian dimasukan pewarna kuning
  7. Lapis adunan warna hijau dulu bila separuh masak susun kan hawflakes di atasnya.
  8. Masukkan adunan warna kuning dan bila sudah separuh masak susunkan hawflakesdi atasnya.
  9. Buat hingga adunan habis.

(resipi ini saya ambil di sini)

Sunday, October 30, 2011

SORRYYYYYYY



Saya bercuti agak panjang pada minggu lepas....5 hari. Lepas Deepavali baru naik opis. Naik2 aje macam hamsap la lu. Team mate saya mengadu yang dia nak gila, sebenar tak akan ada orang gila pun pasal kerja. Kerja kalu kita tension kita tinggal. Lama-lama saya agak percaya orang jadi gila sebab cinta. Kalu dia terlalu cintakan kerjanya, kemudian kerja itu lenyap.

Oklah tak nak cerita pasal cinta, saya cuti panjang sebab itulah gambar kat atas itu. Itu juga sebab saya tidak menyertai peraduan menulis Esei hari Q yang lepas. Cinta saya terhadap kraft lebih dari menulis, sebenarnya. Dalam pada itu sempat "berperang" dengan adalah kawan FB saya sendiri. Saya bukan berperang, tapi tu apa nak cakap eh, saya menegur aje. Menegur dari sudut pandang orang kewangan. Bukanlah saya obseskan duit, tapi kita hidup zaman ini mau tak mau kena mempunyai pandangan yang realistik tentang wang dan kewangan. Kalu u tak boleh contribute, orang lain akan contribute. Tidakkah kamu malu kalau yang contribute menghidupkan program-program kamu ialah mereka-mereka yang kamu hina-hina dan kutuk-kutuk karya/hasil kerja mereka sebagai taik, pencemar, perosak dan racun ketamadunan yang kamu bina.



tapi mungkin saya "hot" giler like a mad DOG saya menulis sesuatu yang memang teruk dan saya memang menyesal, saya minta maaf. But u provoked me first! ceh ceh ceh saya paranoia? I dunno, tapi somehow saya percaya kami orang Melayu tak buat kerja-kerja canggih seperti stalking, phishing, dan yang sewaktu dengannya sebab kalu hok Melayu yang itulah, saya rasa diaorang tu semua dah tua-tua, mana pandai internet. Termasuklah saya sendiri, saya memang tak mahir komputer.

Thursday, October 27, 2011

Gossip sekerat jalan


Orang kata??? Persepsi orang??? Ntah. Persepsi orang, Kapitalis ini adalah golongan yang tak beretika. Yang penting duit. Memang banyak contohlah gitu. Kita ada Enron, kita apa eh…lupalah Exxon. Dalam kita ada Exxon, kita ada Johnson.  Exxon memang teruk. Perbuatan “top management” menyepi diri menyebabkan kerosakkan alam yang dahsyat di Alaska. Dan Exxon telah dihukum oleh orang-orang cinta alam. Sama ada Exxon telah pulih, tak tahulah saya.

Manakala Johnson, mereka bertindak bijak dan kita waima orang kata yahudi lahanatz, yahudi itu, ini, tetap ia kalau jenapa Johnson bergantayangan di kaca tv, langsung tidak terbayang di cepu minda imejan-imejan hodoh keganasan di Palestine walhal kita acapkali diberitahu, Johnson ada menyumbang dana kepada gerakan Zionisme ini. Yang bagi derma kat Zionist tu Encik dan Puan Johson, Johnson & Johnson dan kedua pasangan tadi bukan entity yang sama.

Kalau kita nak kata semua kapitalis tidak beretika, ada kapitalis yang memang menjaga hal-hal kebaikkan, atau mereka panggil good governance, social resposibility ini agar nampak di mata umum, diterima umum yang mereka ini caring dan gentle.

Ok berbalik pasal etika, katalah semua kapitalis ni jahat, opportunist, merosakkan alam lepas tu buat derk macam Exxon tadi, etika ni sebenarnya kata Pensyarah Management Accounting II saya, bermula dari rumah.

Well apa sibuk-sibuk pasal etika ini? He he he…kalu di rumah tak ada etika, sampai manapun tak akan beretika. Betulka macam itu wallualam. Tulisan saya seterusnya mungkin bias dan tak boleh pakai. Jahat lagi menghasut, ah tapi peduli apa haku. Mari kita tulis cerita kita. Kira sapa-sapa blajar journalism, akan kata saya ini tak beretikalah tuuuu...

Ini gossip/fitna/bohong/membunuh kerekter, pasal ada satu entity di Malaysia inilah. Ya entity yang kununlah mula-mula ianya muncul, kunun memperjuangkan hak kebebasan bersuara, mengimbangi dosa-dosa kewartawan yang dibikin oleh wartawan-wartawan Utusan Melayu dan yang sewaktu dengannya.

Mainstream media dulu-dulu masa UMNO kuat dulu, memang Meloyalah cara pelapuran mereka. Nama-mana seperti Astora Jabat memang geli kita nak baca dia tu. Membodek satu hal, melobi kita tak taulahlahkan, itu kerja balik tabir. Memang teruklah geng-geng bodek bos ini. Maka dek kerana agaknya doa-doa pembaca Utusan yang dah tak tahan dengan tulisan ampu-ampu ni, maka lahirlah penulis-penulis glemer seperti Jeff Oii yang skarang dah jadi YB, di media-media dalam internet yang lebih berani dan vocal sifat mereka lagi nampak bebas, tidak terikat  lagi mula tu nampak macam tidak ada kepentingan, tidak memperjuangkan kepentingan sesuatu pihak, hanya menceritakan sebuah cerita dengan berpaksikan kepada kejujuran yang tulus dan suci.

Cuma muthahir ini, orang kata ramai dah loya nak baca media bebas ini. Maka sebab orang dah loya, mungkin juga rating dah turun, dan ad aura-ura, cakap jahat kata UMNO/BN nak beli entity ini. Ntahlah mungkin saya kata ini fitna…yang saja diada-adakan oleh blogger-blogger pro-establishment. Tapi sejujurnya memang saya tak baca portal ini, walau kawan/ex-boyfriend wat ever you want to call itulahkan, kerja kat situ.  Saya tak sokong dia, sebab kawan ini bolehlah kata kalu dalam dunia sastera itu kawan saya ini seteru cikgu saya. Mestilah saya sokong cikgu sayakan. Sayakan penyokong no 1 cikgu saya! Sebab saya tak baca, saya tak taulah ada rasa loya ka tidak. Tak buleh nak komenlah.

Ok meh, kita gossip lagi pasal entity yang orang kata kununnya dah teruk keadaan kewangan dia… kira sekarang ini mereka dah turn to subscriber. Means dah tak ada artikel percuma lagi, kalau nak baca kena bayar. C’onla utusan Meloya korang boleh beli apa, kenapa kat internet nak freelah pula…

Oklah sampai sini dulu dah mengantuk. Rasa tak sampai hati, rasa berdosalah  pulak nak teruskan gossip ini. entah iya ntah tidaklah cerita blogger pro-establishment ini. Pepandai aje they alls nikan, bila nak masuk portal, kena bayar, mulalah buat cerita konon pendapatan pengiklanan Portal ini dah tak mampu nak sara operating cost mereka. kan kan kan... kesian pula kat kawan saya tu, karang ada tak dapat bayar gaji, so korang-korang tolonglah subscribe kat portal yang pernah mengelemerkan YB Oiii yang memang dah glemer lagi bertahap DIVA media baru ini eh, kesian kalau betul blogger Pro-UMNO tak tipu karang eish memang kesian. Korang ini fikirlah, Utusan, walau kamu kata loya, kamu beli juga, takkan nak baca berita di internet nak free juga ek..

Tuesday, October 25, 2011

Ayat-ayat Jampi- Mentera Perang Cyber


Memandang macam PRU macam dah nak dekat, yang akan jadi perhatian dan menarik ialah gladiator-gladiator di alam maya. Memang fitrahlah tu kita ni manusia suka tengok orang berlaga. Trooper pembangkang ini mereka memang agrasif dan memang suka tak suka mereka kena akui yang mereka ini memang ada sikit tidak beretika.

So fellow friends, budak-budak macam ini memang bangsat tahap gaban dan tidak berperikemanusiaan dia itu kalau menyerang orang. Jika mereka berjaya bikin kamu fikir  benda negetif, almaklumlah kita di alam blog ni bukan semua ada sijil, pengalaman dan kelayakan kewartawanan. Jadi ini saya kongsikan ayat-ayat counter attack yang pernah saya rakamkan di minda semasa saya berhadapan dengan seorang  budak blogger serikandi penerus pejuang ayahanda tercinta yang telah menuduh saya yang ntah-apa-apa-tah:-

If you feel the whole world says to you that you are not ok
 Tell yourself back indeed I am not ok, but I am managing fine.
(orang gila aje yang ok kalau di uwek-uwek, dikata-kata taik, dilemparkan kata-kata kesat)

You are stress, you need a rest
Stress is indeed beneficial in motivating us to keep on going and as long as I can perform solat, selawat, dzikir, tasbih & tahmid I guess my stress is insyaallah in a manageable range. If you ask me to recite Quran and I can recite it quite well, why should I rest?

You are a looser
Ok I admit it I don’t have anything as I am nobody, but that doesn’t mean I am a looser as I don’t have anything to lose.

C’on admit it you are a looser!
 Wat is it to loose, kan I dah bilang banyak kali I tak ada apa-apa! Bengap/ bodoh ke hapa korang ini semua, huh!

If, if korang rasa tertekan sangat dengan ayat-ayat bangsat trooper lawan ini, korang tukar baju sukan dan beriadahlah. Kalau rasa serangan itu berlaku pada waktu yang tak sepatutnya, tengah malam ka, takkan tetengah malam korang nak pergi joggingkan, ambik air sembahyang, bulelah baca quran. Tapi saya suggest korang lakukan senaman, on youtube ikutlah apa-apa semanrobik yang banyak bersepah dalam youtube itu. Menggerak-gerakkan badan itu lebih baik dan segar dan menceriakan. Lagi menjamin anda dapat tidur yang baik.

Last but no least, be humble, know your own access capacity before you go on blog. Don’t pretend to be some one that you are not. If you are kerani cabuk, admit it you are kerani, talk like a kerani’s talking. Don’t go out there and talk like professor atau bos bos.

Saturday, October 22, 2011

Double Standard


Bila Berlusconi bertanya,
“Womenizer tak buleh jadi PM ka?”
Memang kita diam dan senyum-senyum sendiri
Tapi bila Ustaz, Wali, Brahmin, Budha, Jesus tanya soalan yang sama,
Kita pening kepala
Darah pun mengalir kencang
Berdetap-detup rasa jantung
Menggigil lutut
Kecut rasa hati
Dan kami merintih

Ya  Tuhan
Bala apakah yang bakal menimpa kami nanti
Apakah dosa-dosa kami
Kasihani dan Ampunilah kami
Sesungguhnya kami tidak mampu
Menahan amarah Mu ya Rab
Raja penguasa segala Alam.

…****
Orang kata kita hanya boleh lihat apa yang kita ingin lihat. Saya ingin lihat apa? Apa cerita kali ini? Cerita pasal saya quite upset dengan ada satu kawan FB yang memang saya tak kenal. Dia add saya. Dan memanglah status update dia banyak yang menyakitkan hati saya. Tipikal budak militan maya PAS.

Saya sakit hati aje, namun nak menegur nak membetul memang saya tak minat. Lantak kolah. Budak-budak macam ini, deme kalau tak habis blajar pun tak apa bule jadi orang besar juga macam abang Mat depa, blajar takat general degree pun buleh jadi Menteri Kewangan macam icon DSAI. Saya memang tak boleh/tak mampu nak ikut budak-budak macam ini, dah tua. Dah tak larat nak berlari kalu kena kejar dengan polis dengan FRU kalau mereka sms ajak berdemo sana sini. Lagi baik saya duduk rumah jahit manik, buat bunga dip, buat kek lapis Haw Flakes.

Pilihan masing-masinglahkan. Suka demo ka, suka hapa ka, tapi ni nak cerita mulut budak-budak macam ini memang sakit ati kalu kita nak simpan satu-persatu apa yang mereka hamburkan. Tapi tadi agaknya saya ntah, mungkin kekurangan iodin, maka hati saya diletakkan di hujung jejari saya, maka terjadilah bertikaman lidah yang tidaklah sehangat mana pun, cukup untuk menyedarkan saya yang budak ini sanggup menyerang peribadi lawan dalam gelanggang debat. Sesuatu yang cukup saya takuti? Itu cerita dululah. Sekarang saya dah tak seterngilu dulu. Cuma saya bimbang kalu mak saya tau yang saya masih “melayan” budak-budak sengal yang gian nak tawan Putrajaya jah.  Dia pernah marah “kalu menang pun esok, dia orang dah tentu dapat jadi YB, ko jadi apa? Kutu jalan? Orang  gila dalam internet macam si Jamil Kucing tu, ko ingat Anwar bila jadi PM, bule ka simpan orang macam tu, buat malu dia aje, kalau dia nak pun orang tak nak, mak tak nak. Mak tak nak tengok orang macam tu masuk TV pulak, buat malu mak aje”

Ok enuf cerita pasal takutkan Anwar & Mat Sabu wannabes tuh, sambung balik, kita cerita sikit apa yang bikin sampai hati saya melorot ke jari-jemari dan pantas menekan butang kekunci keyboard MSI net book saya ini.

Pasal Sultan vs Aziz Bari yang menyebabkan Aziz digantung kerja. Pemikiran saya orang tak sekolah ini mudah. Sultan bertitah kerana isu Murtad yang berlaku di negeri baginda. Aziz Bari lawan Sultan. Maka memang betullah UIA hukum Aziz. Itulah yang saya nampak. Apa yang mereka tempik-tempik pasal kebebasan bersuara, kebebasan berakademik memang kita tak nampak dah.

Yang kita nampak orang yang beriya-iya marah orang lain yang bersuara sebab orang bukan Islam murtadkan orang Islam memang patut kita hukum. Kemudian budak tu nak tunjuk gambar Sultan. Nak buat apa tunjuk gambar Sultan?

Tunjuklah gambar apa yang ko nak tunjuk pun saya tetap pandang Sultan “care”, “champion” pasal isu murtad.  Adakah pasal baginda “care” baginda di’telanjang’kan sesuka hati kita. C’on la wei, so far kita tak pernah nampak pembesar kita jalan telanjang. Kalau dia telanjang tempat private, dan kita ada video dia telanjang silalah tunjuk. Kalu telanjang sorang-sorang tengah mandi, atau telanjang sebab di urut di SPA-SPA, tak de maknanya. Kalu telanjang ramai-ramai macam PM Italy pun tak de maknanya juga.

Yang penuh makna ialah video lucah orang yang cakap macam ustaz, macam wali, macam Budha, macam Jesus, macam Brahmin.

Friday, October 21, 2011

Jangan sampai orang kata kita ni "buek habeh boreh iyoooo"


Saya sangat tertarik dengan artikel yang saya baca siang tadi dalam utusan. Ntah siapa dia pengarang, siapa pula intelek yang disebut-sebut dalam artikel itu saya tidaklah mencatatnya agar saya boleh tulis di sini. Tak ingat tak kisahlah, saya tulis balik apa yang saya sangat suka tentang artikel itu di sini.

Ia pasal sains dan sainstis. Menurut artikel itu dalam awal-awal kecemerlangan Eropah, sains sudah jadi macam agama baru. Sains juga tanpa etika telah juga bawa banyak bencana. Di Eropah, saintis yang ‘jahat-jahat’ telah ditegur oleh ahli agama.  Di sini ntah. Menurut penulis belumlah lagi sampai orang tidak menghormati dan memandang serong akan kerja saintis ini. Kita tidak ambil peduli pun apa yang saintis buat. Kita berbaik sangka dengan saintis. Bahkan di sini kami sangat menghormati kepakaran yang ada pada seorang saintis. Sebab saintis diperlukan untuk menjawab dan menangani isu-isu terkini seperti bio teknologi dalam bidang pertanian dan penternakan, penentuan produk makan halal dan macam-macam lagilahkan masalah yang perlu diselesaikan oleh seorang saintis.

Ok kita tinggalkan pasal dunia sains, mari kita cerita pasal dunia kewangan, perakaunan dan perniagaan. Ya yang ini tak macam yang tadi, yang ini memang orang suka menegur. Aduh aduh aduh. Macam semua yang kami bikin semua tak betul. Memang depressinglahkan.  Yang menegur itu macam mak datuk ai macam dia lebih pandai dan lebih tahu saja lagaknya.

Contoh, kalau ada satu orang bisnessman Malaysia yang bikin business venture yang kita kata wah bagusnya alhamdullillah. Satu masalah umat manusia berjaya diselesaikan oleh orang Islam. Amin. Katakanlah perniagaan itu ada hubung kait dengan membekal makanan. Katalah beras atau kelapa sawit. Ahli perniagaan ini buka sawah ka, buka ladang ka di..., aha, katalah di Kemboja, atau Sumatera. Kita rasa seronok.

Ada orang yang sudah menanggapi yang ahli perniaggaan ini akan merampas tanah penduduk atau meneroka tanah secara haram. Dan mungkin juga dalam proses penerokaan tersebut, ahli perniagaan tadi mungkin telah membakar hutan, dan seterusnya menghasilkan jerubu yang menyusahkan kita seperti mana yang terjadi di Indonesia satu ketika dulu. Jerubunya terbang hingga ke mari. Alangkah sedihnya jika yang membuat kerja ini adalah ahli perniagaan beragama Islam.

Nah, disitulah letaknya teguran jika apa yang kita lakukan melanggar etika dan adab. Sepatutnya kita orang Islam tidak bersikap demikian.  Sepatutnya ahli perniagaan Islam perlu lebih beretika dan beradab. Ini mengingatkan saya untuk lebih berhati-hati dalam menekuni bidang  yang sangat saya suka ini. Mengira duit orang dan membelanjakan duit orang.

Iya saya sangat suka itu. Walau saya langsung satu sen pun tak dapat apa-apa. Tiap-tiap hari saya berbelanja. Bayar itu dan bayar ini. Wah seronoknya. Saya mengisafi diri, jika saya tidak beretika, hmmm satu hari mungkin orang lain akan tidak menghormati  dan memandang serong akan mereka yang terlibat dalam kerja kira-mengira, rekod-merekod duit orang ini.

Iya saya sangat sayangkan kerjaya ini dan saya tidak mau lihat satu ketika nanti orang akan mengejek-ejek kami “alahai korang nih, buek habish boreh iyooo, baik aku kira duit aku sendiri. Kalau tak undang-undang menetapkan yang korang ni mesti ada, korang ni memang patut balik kampung ya tanam jagung ya”

Saya memang tak boleh betulkan ahli-ahli perniagaan yang rakus dan suka merampas hak orang lain dan merosakkan alam, tapi saya boleh baiki diri sendiri agar saya pun tak jadi gila duit, sampai sanggup buat apa saja demi duit.

Tuesday, October 18, 2011

Emel perempuan Skizo


Kalu saya tau abang jadi penalist DOM Ahad lepas saya mai juga tengok, tapi tu saya tau pun dah petang. Weekend biasa saya kat rumah Mak, dan kat sana memang tak ada internet. Macam mana sambutan? Memalu gederang perang? Yaeh kat dalam blogsfera tu kadang tu abang memang ada nampak  macam pembunuh kerekter yang kejam dari seorang poet. Kadang-kadang aje.  Ada gak baca dan meletak komen dalam blog Lutfi. Kalu komen saya tu mengecikkan hati, saya minta maaf.

Ntahlah bang, bagi saya sastera ni entertainment aje.  Bagi sayalah. Saya baca naskah sastera untuk berhibur dan mengisi masa lapang, tak lebih dari itu.  Dari segi sudut kewangan, mana-mana akal waras pun kalau satu-satu bidang tu tak mendatangkan hasil memang kena gulung tikarlah. Tapi rasa walau macam mana tak produktif pun artis-artis DBP ni, jika nak banding artis luar, baik EMI, Polygram, KRU production, maupun artis PTS,  Alaf-21, Abang jangan risaulah kerajaan takkan lelong bangunan DBP tu untuk ditukarkan dengan hotel yang terindah, terstratergik lokasi lagi teramai pengunjungnya, i.e banyak buat RM masuk..

Saya acah aje sebenarnya tu, dia gini ya dalam formulate budget, ada priority ada justifikasi. Dan justifikasi ini tidaklah ia berlandaskan semata-mata kepada kuantitatif ringgit dan sen sahaja.  Priority utama ialah keselamatan Negara. Why ada ISA? Dari meng ISA penulis, baik “bunuh” aje mereka dengan aktiviti2 siok-siok sndri mereka tu. Joking, joking…. Tak kanlah Datuk Najib sejahat itu.

Maksud saya orang kewangan/kapitalis ni pun ada kerisauan dia. Let say mengikut perkiraan koprat kita kena close down DBPlahkan. Wat will going to happened? Protes rakyat. Kalu protes ganas-ganas tentulah harta akan rosak, itu tak bagus untuk pertumbuhan ekonomi. Dari sudut politik pula, Najib tentulah tak mau dia kelihatan seperti membunuh bahasa dan budayanya sendiri. So no matter ngabiesh boreh pun artis-artis DBP ini, takkan ada politician yang waras akan menutupnya…

Lagi pun selain dari bumi Malaya yang kaya-raya ini, duit “haram” royalti, bayaran cukai yang dikutip  dari artis-artis novel pop-sundal, pelakun wayang semi-prono (I bet yang klip 3GP akan box office kalu tak de guntingan dari KDN, 100% lulus)yang kaya-raya tu rasa bole top-up jugalah DBP’s operating cost. Tak de sebab kerajaan nak tutup DBP pun.

So wat is it to worry? Tulis aje novel ka, puisi banyak-banyak. Dalam banyak-banyak tu mana tau nanti ada bule satu menang anugerah NOBEL.

OK All the best.

Monday, October 17, 2011

Muhammad yang itu

Aku lebih merinduimu
Ya Rasul, ya rasul kekasih Allah
Muhammad yang biasa-biasa
Yang berkeluarga
yang pandai berjenaka
bergurau senda
yang siangnya gigih berniaga, mentadbir, mengongsi ilmu ie bersosial
tapi tak mis beribadat dimalam hari hingga bengkak jejari kaki baginda

dari

Muhammad yang magis
Yang terbang ke langit 7
dalam pekat malam israq mi'raj

Kecik besar tak kisah, janji selamat


One of the subjek yang saya suka tapi tak score ialah Management Accounting II, the only account paper yang saya dapat B. Salah saya juga tak serius dalam assingment dan tak banyak buat latih tubi. The only paper yang saya sampai hari ini saya rasa ralat sesangat sebab tak dapat A. A- pun tak sangkut. Eish…

But I learn something that I think worth to pen down in this blog. It about pricing, to increase production/ to make or to buy option. It is about analysing the access capacity in a decision making. Nampak simple aje stepnya, tapi pengetahuan yang simple ini sangat bernilai dan kalu tak dianalisa dengan betul, boleh menyebabkan satu-satu business itu gulung tikar.

Ada diselitkan cerita yang saya nak tulis dalam versi kefahaman saya…ia kisah Wallmart yang membunuh usahawan-usahawan kecil. Kisahnya begini. Wallmart akan iklan tender nak beli itu dan ini dalam dalam quatiti yang banyak dan bagi pembekal kecil yang menang tender, akan cakap wah bagus, aku tak payah cari pelanggan lain, cukup dengan wallmart satu ini. Malangnya mereka tidak membuat analisa “acess capacity” ini sebelum menandatangani apa-apa kontrak/perjanjian yang menyusul selepas itu.

Disebabkan itu mereka terperangkap sebab tidak dapat membekalkan barangan dengan quatiti yang dijanjikan, wallmart kata…ok selama sekian-sekian bulan ko tak dapat bekalkan barang itu sebanyak yang aku mau, aku tak akan bayar satu sen pun kat engkau. Wallmart kejam??? Memanglah tak berhati perut, sebab Wallmart ni dia bukan manusia, dia adalah satu entiti yang dilahirkan dari hasil kaedah-keadah perundangan yang tertentu. Dia mana ada hati dan perasaan dan maaf-maaf, aku bayar sparuh eh kat ko, kita pejam mata ajelah apa yang kita dah janji dulu.

Tak de separuh-separuh, nyawa-nyawa ikan pun tak de, jerut terus. Strick ikut apa dia janji. Ko tak dapat bekalkan barang dalam kuantiti yang ko janji, ko tanggunglah akibatnya…Nasib baikla benda ni deal kafir sama kafir dan berlaku di Amerika, kalau kafir sama Islam, berlaku di Malaysia pula, hai tak ka jadi isu hangat lagi boleh dipolitikkan. Sapa salah, salah usahawan itulah yang tak mengkaji kekuatan diri sebelum menerima apa-apa tawaran dari the big boys. Kita nak kata Wallmart ni pun satu tak ada perikemanusia ka, dah kena giliskan kemanusiaan Wallmart??? Kan saya dah kata Wallmart tu bukannya orang dia mana ada hati dan perasaan.

The moral of the story before u accept the offer from the big boys, analyse yourself first. Boleh tak aku ni. Aku masih ada access capacity tak? It is better to run small and safely reach the destination then to be big, but drop dead before you reach the finishing line.

Sunday, October 16, 2011

Paranioa tahap Gaban???


Yup, akhirnya saya pakai aje baju gi opis untuk kenduri kawen. Ramai kengkawang. Dah macam perjumpaan staff &  warga pendidik daerah Jasinlah pula.  Masa nak balik tembung dengan ex-timbalan yang kini menjadi ketua sektor di Jabatan. Dia pun pakai baju slebet, pakai baju macam baru balik kebun, singgah makan tengahari. Hmm musim orang pakai baju selebet??? Ntahlah…

Balik tu saya hantar adik sepupu yang merupakan pemimpin ntah hapa tah anugerah cikgu dia bagi kat skola tah ke rumah kawan dia. Aik rumah dari luar kita dah bule nampak gambar ahli EXCO Negeri Melaka, amboi mak kereknya mak ayah budak nih! Pencacai tegar UMNO agaknya nih…kalu EXCO, awat rumah  taman yeoh…dah zuhud ka mereka ni, atau bajet dah lari PM dah bagi memacam kat Rakyat.

I have to take him back around 5.30p.m, dah dah dah dah jadi supir dialah pulak haku nih. Betuah punya budak!  Hah masa balik nilah dia cakap yang kawan dia tu anak YB. Terus fikiran jahat saya kerasukan begini, “ntah2 anak dia ajak adik saya tengok video lucah ramai-ramai” Seriusly I do think as bad as like that. Teruknya haku, memang patutlah tak kawen dan tak beranak, kalu fikir macam ini slalu, anak saya bule psiko.

Neh neh neh neh, bukan pasal saya termakan dengan video orang tua telanjang dan topeng mission impposible tuh, sikit sikit tu hadalah campur cerita lama kat sekolah cerita pasal anak DO yang suka baca majalah Playboy lepas tu ajar kawan-kawan lain bikin dosa, maksiat sampaikan memang tahun tu memang kami di asrama memang menangung azab mengangkat air, sampai mandi kat tandas dewan peperiksaan, jadi… sebab musim kemarau. Ada gak orang kata kemarau tu sebab ada pensyarah dan anak muridnya mati beromen zina kat kawasan tadahan air di Gunung Ledang. Mayat melekat sampai doktor kat Hospital Muar kena operate kasi bercerai.

Memanglah saya cepat-cepat istigfar. Ni tengah drive nih, kalau fikir bukan2, tak fokus dalam kreta tu ada 3 nyawa tuh, kalau berlaku sesuatu pada nyawa-nyawa intan payung tu, apa den nak jawab kat ibu dia. So kami end-up pergi tapau Mc Donald dan cakap-cakap pasal kepelbagaian hidangan bugger Mc Donald, restaurant Mc Donald yang mana paling best kat Melaka ni. Saya memang tak mau berlaku/berlagak sampai dia merasa terdera as if saya interogating him, macam tak percaya dialah pulaknya, tapi dalam hati tertanya-tanyalah pulak, meronta-ronta nak tau sangat apa budak-budak ni buat kat rumah YB, game apa yang dia main. Apa program dia di rumah YB (YB UMNO kan, kalu YB PAS memang kita percaya budak-budak tu berkumpul baca quran, tazkirah dan sebagainya, APA??? hasut benci kerajaan??? Memang patut kerajaan yang ada ni dibenci pun…kroni, rahsuah, berkelas, berkasta. Itu tak payah hasut, tengok lagak pemimpin UMNO satu, satu pun bebudak kecik pun dah meluat dah, bukan kita yang ajar, benci ni tak payah diajar tak payah dihasut, kalu buat perangai tak semenggah orang bencilah) tu memang nak tau sangat.  So, nak lawan rasa yang melonjak-lonjak tu saya istigfar banyak-banyaklah…

Dan lepas tu fikiran jahat itu pun mati, namun, masa nak tidur pun fikiran jahat ini datang lagi. Apa budak-budak tu buat kat rumah YB. Dia kata main video game, eish ngeri haku kalu budak-budak tu main video game lucah. Nauzubillah. Istigfar banyak-banyak…dan dummm lelap mata.

Esok pagi waktu makan nasi lemak ibu dia orang annouce,

“padan muka Ijat, semalam kena sembahyang kat rumah YB on time, kalu kat sini jap…jap..jap..jap”
“abang, jadi Imam ka”

“Hmm, tak taulah clumsy macam itu cikgu bule lantik jadi ketua, buta apa mata cikgu tu”

“cikgu tu dah betullah lantik dia, tu, budak-budak SK xxxx yang sengal, kira dia ni yang terbaik dikalangan budak-budak sengallah tu”

“ah ah anak YB tu tu, busu tanya dapat brapa A, dapat 1A aje”

Alhamdulliah, rasa lega akhirnya. Muga adik-adikku dilindungi dari gejala yang tak baik. Eish bila dulu masa sekolah, kita sewaktu dengan anak DO macam tu, habis  lubang2 bantal tilam, dia alls kerjakan, memang kita rasa risau aje mengenangkan nasib anak-anak yang dah akhil baligh kalau dia sesama lelaki duduk berkumpul-kumpul tau.. Dan eish memang dia tengah berangan nak masuk Asrama Penuh tu. Pemimpin Pelajarlah katakan kan…malulah kalu kapten sekolah, esok form one masuk skola harian biasa aje.

Ibu pulak taksub fikir duduk asrama penuh tu bagus sangat. Saya nak cerita pasal lubang bantal tilam kat Asrama Putera, masa saya sekolah, ko ingat ibu dia percaya ka??? Mampus dia tak percaya silap hari bulan dia fikir aku pula berimaginasi liar yang indak-indak. Agaknya kalau dah hada anak memang macam tulah ek…kita kalu bule nak ngadap muka dia 24jam…skodeng??? Stalk semua profile kawan dia dan end-pun bersangka ntah apa-apa tah/paranioa  terhadap kawan-kawan dia, namun realitinya kita perlu bagi kebebasan dan kepercayaan padanya dalam memilih kawan. Kita tak boleh jadi kawan dia,. Maka kitapun dianugerahi dengan  risau yang extra. Extra berganda. Hanya doa dan keyakinan jitu pada Allah sahajalah peneman kita orang perempuan ini.

Friday, October 14, 2011

Please do give them reason of doubt, before you decide to hate


Kalu Tunku Abdul Rahman tu kita memang tak berapa nampaklah sangat benda yang dia buat semasa hayat, tapi Tun Razak, ayahanda PM kita sekarang memang kita nampak bebenar, genius dia, kesan daya fikir dan intelektual dia. Saya tak pasti yang Petronas, MAS tu pun beliau ada saham juga bagi idea, tapi Felda memang genuinely his idealah.

Let say zaman-zaman itulah dah mula blue print impian kearah menyedia satu bursa alternatif kepada NYSE, Wallstreet, membikin satu bursa yang menawarkan syariah complience stock sebagai...wat to say in Malay(grrrr, I really hate it when I lost term in Malay bila idea tengah datang nihhh!!!) eh to cater the the investment need for Muslims. Kira menyedia kepelbagaian jenis stock untuk mengisi keperluan/spesifikasi pelanggan yang pelbagai. Penawaran syariah complience stock itu fardhu kifayah kepada kita umat Islam cuma sayangnya, kita yang  baik-baik ni taksub mencari jalan spritual. Lebih rasa tu lebih Islamiklah, lebih warak, Allah lebih redha kat kitalah kalu kita berjihad dengan pedang dan parang, combat-combat nak takluk pantagon dari berjihad menyediakan stock-stock syariah complience bagi diniagakan di bursa tempatan.

 Jadinya kalu kita tengok sekarang ini, yang banyak berskandal (skandal busniss eh, skandal saham, bukan skandal yang itu), lagi menjahanamkan harta rakyat  itu memang anak-anak pembesar UMNO. Terbaru Datuk Zarinah, kakaknya presiden Sister in Islam yang orang baik-baik macam kita tak suka, benci lagi meluat, nak muntah hijau kalau si Zainah tu buka mulut.

Kita didendangkan dengan cerita mengerikan yang berlegar diruang niaga-moden kita (baca korparat/ConSultan tempatan). Cerita pasal episod lagenda budak-budak Anwar, teruk kena blasah, kena inaya sokmo dengan budak Daim, lepas tu budak tingkat empat putrajaya dan yang terbaru cerita Omar Ong the Rasputin, ya senior saya tuh….Semua pasal kerakusan nafsu saja yang kita banyak dengar sehingga menakutkan kita yang baik-baik yang tak ada kabel politik ni untuk menyumbang bakat dan kebolehan  di sana.

Budak-budak bertuah ni semua ada connection, orang kata ada kabellah gitu, semua kalu tak ada bapa, ada kawan yang rapat dengan ahli politik yang memerintah. Buat kita terfikir ye kalau ada orang kata benda-benda itu dibikin untuk anak-anak dan kawan-kawan ahli politik kita bukan untuk kita, hah dah memang betul sangatlah tu. Kita pun angguk-angguk setuju. Tapi adakah ianya begitu keadaannya? Adakah masa mereka memikir itu mereka hanya fikir orang terdekat dengan mereka dan menggunakan topeng cop ruber “bumiputera” untuk mendapat mandat marhaen?  

Betulka  orang macam Allahyarham Tun Razak dan rakan-rakan itu langsung tak tak pernah belajar agama, asyik main majong, togok arak, main pakau. Memang tak tau langsung, tak ada cita-cita langsung pasal mau melepaskan kita dari tuntutan fardhu kifayah?

Kita bukan innercircle mereka, mana kita tau. Kalau kita masuk pun belum tentu kita “hidup” bukan pasai kena naya kat orang, ilmu tak cukup, kail panjang sejengkal mau diduga lautan dalam.  Jadi bila ilmu tak cukup tu, orang, singgung sikit aje kita dah terpelanting, dan masa itulah memang kita perlukan back-up dari orang-orang besar. Kalu tak terpelanting, pun, orang bagi arak, bagi perempuan, bagi ponen sikit, kita lebih gian menyondol  dan, menogok, sampai kita pula yang meminta-minta lagi dan lagi dan lagi, tak ada noktah, infiniti, sampai orang letih/fed-up nak layan, hah itu yang “kena” tuh.

Kemudian kita berfikir balik adakah dalam dunia business di Malaysia ini hanya ada orang macam Zaman dalam cerita jiwa lara tu? Kalu ada Jiwa, mesti ada Zaman yang datang membunuh? Dah macam Budak Anwar  yang didakwa-dakwi seringkali di”lanyak dan digasak” oleh budak Daim hingga kini tak habis-habis kesumat si Daim tu, sampai dicari/upah lelaki mirip Anwar(stengah orang kata orang tu pakai topeng Mission Impossible) dibogelkan agar orang percaya yang orang tua yang mati pucuk, tu boleh bertenaga, serupa macam orang muda-muda juga. Orang lelaki yang tengok video orang tua telanjang tulah yang kata, saya tak kata. Mana saya tau beza lelaki tua dan muda, sebab saya bukan lelaki.  Kalau betullah dakwaan Anwar yang dia diinaya, orang yang menginayakan Anwar  tu memang macam tulah macam watak Zaman yang dilakunkan oleh Aaron Aziz dalam Drama Jiwa-Lara tuh.

Benda-benda macam ini yang rasanya bikin kita bumiputera yang tak ada kabel takut nak join business.  Namun saya berharap proses IPO Felda Global berjalan lancar dan indeed satu hari nanti Felda boleh menawarkan bukan saja stock, tapi  produk-produk alternatif kepada umat Islam diperingkat global dan seterusnya dapat mengubah persepsi, sangka-sangka buruk yang pemikir, intelek terdahulu  telah dilatih-psiko, dipukau??? oleh penjajah dan untuk meneruskan agenda membiak  killing machine bagi tujuan  “membunuh” bumiputera.  

The truth is, kita menggalaskan satu amanah besar  buat generasi akan datang untuk menghalang kemungkinan pemikir-ulung Melayu  ditulis-ceritakan sebagai pengkhianat bangsa, agen bangsa penjajah. Tertanggungkah bahu kecil mereka dengan amanah sebesar ini, dengan keadaan mereka pun kalu kita tengok, memang bulehlah dikata agak tertinggal dalam banyak hal.

Umm...How I wish


Kalau zaman nabi dulu, orang miskin tapi berilmu macam Saidina Ali memang ok, memang orang respek sebab di zaman itu yang orang tengok ialah ilmu. Masyarakat Islam ketika itu cintakan ilmu melebihi segalanya.

Tapi di Malaysia ini  tak ok kalau kita tak ada kelas, tak ada standard. Mau kelas, mau standard memang kena ada modallah. As if people really look at wat u have, wat you wear then wat you have inside your brain before digesting wat u say. Unless you duduk kat kewangan lepas tu u ugut macam ini “cikgu kena dengar apa saya cakap, kalu tak saya panggil audit, cikgu kena denda langsung tak dapat pencen, nanti macam mana?” No I tak pernah, I don’t need to say like that, muka saya aje dah bikin mereka kecut. 

Mantan tuan PPD sendiri kata macam ini

“awak ni, hantu pun takut kat awak” Alamak??? Iya ker? .

Apa saya merapik ni? Inilah pasal bajulah ni, esok nak pi kenduri kawen, tak de baju barulah pulak. Takkan nak pakai baju pi office yang slalu-slalu kita pakai tukan. Kenapalah saya dirisaukan dengan baju? Kenapa saya susah hati kalu orang kata saya tak ada baju baru? Apa yang saya takut sangat pasal tak ada baju baru, bukankah hantu pun takutkan saya???

When bila dah ramai perempuan, berfesyen2 pula mereka tu. Baju pergi kerja pun macam baju pergi rumah orang kawen, yeah sikit-sikit saya jadi macam ntah, rendah diri, eh tak, rasa macam bertanggungjawablah menjaga agar pahala rakan seofis, saya tak pergi ke akaun saya dek disebabkan apa yang saya pakai, sebab penampilan saya.

Itu hari saya tercuri dengar percakapan macam ini

“dia tu nama aje anak dara, tapi selekeh mengalahkan emak-emak orang”

Tak mereka tak mengumpat saya. Saya pun tak kecik hati pun kalau orang nak cakap saya macam itu, tapi bila la ni orang kata gomen dah nak kasi bonus, naik gaji, memang eish bencilah…. I really wish I kerja jadi Misi atau kerja kilang ada uniform. Or better still I really wish I macam Einstain, tak sikat rambut pun orang tak kata.

Or Einstain tu tinggi sangat, dulukan kat skola ada cikgu matematik tu yang anak murid dia sokmo skor A, cikgu sayalah tu. Memang dia slebet habis, but people can accept it. I wish I can be like him!

…*****

Sejak dua menjak ni saya malas sangat nak merawat muka, nak pergi facial pun, kawan2 saing pergi facial semua dah kawen.  Mak saya dah komplen yang muka saya dah tak macam dulu.

“hai, mak dah tua mestilah dah tak macam dulu”

“ai, ko juga cakap, kawan2 ko dah tua muka cantik lagi. Muka ko tu dah macam dah lama tak kena sental”

“Mak, kawan pergi facial semua dah kawen mak, kawan2 yang tua tapi cantik tu kat KL. Kawan tua kat kampung ni asyik nak memasak, nak menjahit aje”

“ facial, facial juga tapi aku tengok ko punya srub dalam bilik air tu mak tengok tak luak pun”

“How many times do I have to tell you that I wanna be like Einstain yang tak sikat rambut tuh!”

“iya Einstain tu lelaki, kalu berkutu pun kepala dia ada anak dara nak tolong carikan kutu dia, ko tu perempuan, ada jantan nak sental muka ko?, tengok pun tak hingin!”
…*** mohlah tidur esok bangun pagi nak buat facial.

Wednesday, October 12, 2011

If only you can make us see


Semasa bikin diploma itu hari topik hok last-last tu pasai share, KLSE, bursa tu, lecturer bagi kebebasan kami explore sendiri  “to see apa itu bursa, wats make our bursa is a bursa, and indeed bukan satu platform gajah putih yang ditubuhkan saja-saja/cosmetic, kalu Amerika ada, kita mesti ada gak untuk Boost ego pemimpin2 UMNO/BN yang kerdil itu yang dulu masa skolah bukan nak blajar, berfoya, berkepit dengan perempuan aje, tapi masuk politik sebab atas tiket bapa. KLSE, SSM, GLC tu semua bapa dialah yang cipta agar bila habis blaja walau tak lulus buleh jadi juga orang besar.

That is to say, if our leader have a dream to make Malaysia global financial Hub, it is not “angan-angan Mat Jenin” . Based on my exploration and reading, I conclude that yeah, we can make it if we are serious about it. This is indeed our jihad as muslim.  No such thing as this place dah “fully booked or wat so ever”  But if we choose to ignored it,  or think it is not for us, it is haram for us to even come near to it, then all the facilicities and the opportunity will be taken by others.

If we choose to ignore, it is still ok, yang lagi teruk kita menghasut-hasut, menakut-nakutkan, memomok-momokkan orang dari datang dekat apatahlagi mau memesrai satu bentuk perdagangan perniagaan yang baru ini.

Kita momok-momokkan orang lain dengan nas-nas, ayat-ayat Quran yang cair di mulut kita dengan harapan ntah apa harapan tak taulah. Mungkin kita takut sebenarnya. Takut terpesong bila dah kaya. Maka ayat-ayat, kisah-kisah pasal kemusnahan, kemurkaan Allah terhadap orang kaya pun kita uar-uarkan. Kita sibukkan minda  dengan cerita mencapai  idealistik dengan perang berdarah-darah, bersabung nyawa.

Kita patut, wajib suka berperang, anak jantan harus berdarah dan lebam-lebam bergasak, barulah jantan.  Dan kita tengoklah di Syria sana, apa dah jadi?

Saya teringat perjumpaan terakhir dengan Tuan PPD kami, antara kata-kata Tuan, dia jadi relex dan tak marah-marah ie cool, sebab dalam bertugas dia cari orang yang “ahli”. Contoh kalau mau jalankan sukan dia cari pengawai sukan sebab kalau cari ustaz, ustaz keluar nas, memang tak jalanlah sukan itu. As if Nabi tak pernah bersukan, sukan bukan untuk umat Islam, Melayu yang Islamic tak main sukan, main sukan  blakang unta aje.  Sikit lebih kuranglah tu.  Dia cakap macam ini sebenarnya “kalau saya nak sukan, saya jumpa XXX, kalau saya jumpa ustaz, hah ustaz keluar nas dia” gelak-gelak kecil…titik

Di sini bolehlah saya anologikan, kalau kita mau jadi No 1 dalam stail perniagaan baru ini, kita pergi cari “wahyu” dari seorang yang berfahaman sosialis totok, memang banyak hujah dan contoh yang dia boleh keluarkan untuk membantutkan anganan kamu mau jadi player dalam dunia perniagaan baru ini (nak kata baru taklah, British masa datang sini dulu, itulah modal, kaedah mereka).  Bolehkah intelek sosialis a.k.a “A Rustam Sani wannabe” ini nampak “peace through trade?”  Trade yang zaman nabi dan Siti Khadijah tak ada orang buat lagi, trade yang zaman British Hindia Company baru ada.

If you can make him or her see it, memang magicallah tu.