Kalu kita tengok gelagat penyokong pembangkang memang depa
konfiden gilalah BN/UMNO akan tumbang juga sooner or latter. Nak sembur kata
depa ni koya, den memang tak brani. Sebab apa? Mak ajar agar kita jangan cakap lepas,
overconfident, sebab saya tengok pun kat opis ni yang baik-baik, warak-warak, efficient-efficient,
pandai buat kerja, rata-rata loya dengan gelagat pemimpin UMNO especially si
BIK MAMA tu. Memang they alls benci habislah dengan BIK MAMA.
Jadi tak mustahil harapan pembenci UMNO/BN yang mengindam
nak tengok UMNO tersungkur dek kerenah BIK Mama akan terlaksana jua akhirnya.
Lepas dah tersungkur tu, apa cerita? Adakah kita akan lebih baik dari semalam,
wallhuaalam.
Bagi orang yang biasa-biasa macam saya, apa yang
direncanakan kerajaan pada hari ini dah cukup baiklah tu. Lepas ni kita tak
tau. Mungkin lebih baiklah, sebab yang nyokong pembangkang ni rata-rata orang
bijak-bijak, pangkat tinggi-tinggi belaka. Mungkinlah kita lebih
sejahtera. Apapun selagi orang bodoh
baca B-O-D-O-H ni memerintah, ada peluang, kita ambik, jadi bila orang yang
benar-benar bijak esok dapat kuasa, kita idaklah B-O-D-O-H dan dibuang kerja gitu-gitu
aje dek K-E-B-O-D-O-H-A-N kita.
Yang menariknya pasal bajet orang BODOH pada kali ini ialah
orang BODOH, pak pandir nak bagi gaji naik dan peluang belajar pada penjawat
awam macam saya. Sebab kebodohan ini, orang pandai dah ramal, sebab nak bagi
macam-macam, nanti anak dia pula esok kena pikul beban hutang. Sebab nak kasi macam-macam, pemerintah bodoh baca UMNO, terpaksa meminjam.
Bajet defisitlah kiranya. Walhal, kutipan cukai tahun 2012 belum lagi pasti
entah dapat entah tidak orang-orang income tax kutip cukai sejumlah 200 billion
itu, buatnya swing ekonomi lembab dan banyak korparat lingkup dan individu yang
selama ni membayar cukai kena buang kerja, atau orang income tax boikot tak nak
kutip cukai, mana nak cekau RM200 billion tu? Alamat, kena meminjamlah baca pemimpin UMNO
yang bernama Najib Tun Razak itu.
Dia nak meminjam ka, dia nak jual cincin, baju kasut, buat
car boot sale barang BIK MAMA itu dia punya pandailahlahkan. Yang pastinya selama ni kalau kerajaan dah
kata nak bagi naik gaji, nak bagi bonus, kerajaan tak pernah tarik balik apa
yang mereka janji atas alasan bajet lari. Kalau 7 hari bulan yang lepas mereka
janji ada ntah berapa ribu ntah peluang bantuan kewangan untuk kami sambung belajar,
itulahlah dia yang akan ditunaikan. Sedia badan ajelah cari tempat belajar yang
bagus-bagus dan ada prestij lagi reputable, lepas tu belajar bersungguh-sungguh
agar dapat gred yang baik, distiction.
Jadi apa nak sibuk-sibukkan kepala hotak nak fikir kerajaan
cukup duit ka tidak nak kasi aku peluang belajar dan nak bagi gaji naik, nak
bagi bonus. Itu besok anak-anak korang terpaksa tanggung beban hutang kerajaan
semalam yang gila berbelanja itu memang kesian kat koranglah eh. Itu pasal saya
tak kawen. sebab kalu nak kawen, nak cari lelaki yang mampu tanggung anak
belajar sampai universiti, dapat kerja bagus-bagus, gaji besar, agar nanti
anak-anak idaklah terasa sangat mahalnya harga barang-barang dek kerana perbuatan jahat pemerintah terdahulu. Dan saya
dengan rasa penuh rendah hati faham dalam list calon lelaki yang ada dalam list
saya, hanya ada perempuan macam Neelofa, Lisa Surihani, dan yang secantik, sebijak,
sebaya, sewaktu lagi segelemer dengan mereka.
Kalu dah tau masa depan esok barang-barang naik, nak
sekolahkan anak pun tak mampu buat apa
nak menyusahkan anak-anak? Apapun saya
akan solat hajat selalu-selalu minta UMNO/BN, kalu nak tumbangpun, biar saya
habis belajar degree dulu. Lagi empat lima tahun lagilah tu. Amin.
No comments:
Post a Comment