Friday, October 14, 2011

Please do give them reason of doubt, before you decide to hate


Kalu Tunku Abdul Rahman tu kita memang tak berapa nampaklah sangat benda yang dia buat semasa hayat, tapi Tun Razak, ayahanda PM kita sekarang memang kita nampak bebenar, genius dia, kesan daya fikir dan intelektual dia. Saya tak pasti yang Petronas, MAS tu pun beliau ada saham juga bagi idea, tapi Felda memang genuinely his idealah.

Let say zaman-zaman itulah dah mula blue print impian kearah menyedia satu bursa alternatif kepada NYSE, Wallstreet, membikin satu bursa yang menawarkan syariah complience stock sebagai...wat to say in Malay(grrrr, I really hate it when I lost term in Malay bila idea tengah datang nihhh!!!) eh to cater the the investment need for Muslims. Kira menyedia kepelbagaian jenis stock untuk mengisi keperluan/spesifikasi pelanggan yang pelbagai. Penawaran syariah complience stock itu fardhu kifayah kepada kita umat Islam cuma sayangnya, kita yang  baik-baik ni taksub mencari jalan spritual. Lebih rasa tu lebih Islamiklah, lebih warak, Allah lebih redha kat kitalah kalu kita berjihad dengan pedang dan parang, combat-combat nak takluk pantagon dari berjihad menyediakan stock-stock syariah complience bagi diniagakan di bursa tempatan.

 Jadinya kalu kita tengok sekarang ini, yang banyak berskandal (skandal busniss eh, skandal saham, bukan skandal yang itu), lagi menjahanamkan harta rakyat  itu memang anak-anak pembesar UMNO. Terbaru Datuk Zarinah, kakaknya presiden Sister in Islam yang orang baik-baik macam kita tak suka, benci lagi meluat, nak muntah hijau kalau si Zainah tu buka mulut.

Kita didendangkan dengan cerita mengerikan yang berlegar diruang niaga-moden kita (baca korparat/ConSultan tempatan). Cerita pasal episod lagenda budak-budak Anwar, teruk kena blasah, kena inaya sokmo dengan budak Daim, lepas tu budak tingkat empat putrajaya dan yang terbaru cerita Omar Ong the Rasputin, ya senior saya tuh….Semua pasal kerakusan nafsu saja yang kita banyak dengar sehingga menakutkan kita yang baik-baik yang tak ada kabel politik ni untuk menyumbang bakat dan kebolehan  di sana.

Budak-budak bertuah ni semua ada connection, orang kata ada kabellah gitu, semua kalu tak ada bapa, ada kawan yang rapat dengan ahli politik yang memerintah. Buat kita terfikir ye kalau ada orang kata benda-benda itu dibikin untuk anak-anak dan kawan-kawan ahli politik kita bukan untuk kita, hah dah memang betul sangatlah tu. Kita pun angguk-angguk setuju. Tapi adakah ianya begitu keadaannya? Adakah masa mereka memikir itu mereka hanya fikir orang terdekat dengan mereka dan menggunakan topeng cop ruber “bumiputera” untuk mendapat mandat marhaen?  

Betulka  orang macam Allahyarham Tun Razak dan rakan-rakan itu langsung tak tak pernah belajar agama, asyik main majong, togok arak, main pakau. Memang tak tau langsung, tak ada cita-cita langsung pasal mau melepaskan kita dari tuntutan fardhu kifayah?

Kita bukan innercircle mereka, mana kita tau. Kalau kita masuk pun belum tentu kita “hidup” bukan pasai kena naya kat orang, ilmu tak cukup, kail panjang sejengkal mau diduga lautan dalam.  Jadi bila ilmu tak cukup tu, orang, singgung sikit aje kita dah terpelanting, dan masa itulah memang kita perlukan back-up dari orang-orang besar. Kalu tak terpelanting, pun, orang bagi arak, bagi perempuan, bagi ponen sikit, kita lebih gian menyondol  dan, menogok, sampai kita pula yang meminta-minta lagi dan lagi dan lagi, tak ada noktah, infiniti, sampai orang letih/fed-up nak layan, hah itu yang “kena” tuh.

Kemudian kita berfikir balik adakah dalam dunia business di Malaysia ini hanya ada orang macam Zaman dalam cerita jiwa lara tu? Kalu ada Jiwa, mesti ada Zaman yang datang membunuh? Dah macam Budak Anwar  yang didakwa-dakwi seringkali di”lanyak dan digasak” oleh budak Daim hingga kini tak habis-habis kesumat si Daim tu, sampai dicari/upah lelaki mirip Anwar(stengah orang kata orang tu pakai topeng Mission Impossible) dibogelkan agar orang percaya yang orang tua yang mati pucuk, tu boleh bertenaga, serupa macam orang muda-muda juga. Orang lelaki yang tengok video orang tua telanjang tulah yang kata, saya tak kata. Mana saya tau beza lelaki tua dan muda, sebab saya bukan lelaki.  Kalau betullah dakwaan Anwar yang dia diinaya, orang yang menginayakan Anwar  tu memang macam tulah macam watak Zaman yang dilakunkan oleh Aaron Aziz dalam Drama Jiwa-Lara tuh.

Benda-benda macam ini yang rasanya bikin kita bumiputera yang tak ada kabel takut nak join business.  Namun saya berharap proses IPO Felda Global berjalan lancar dan indeed satu hari nanti Felda boleh menawarkan bukan saja stock, tapi  produk-produk alternatif kepada umat Islam diperingkat global dan seterusnya dapat mengubah persepsi, sangka-sangka buruk yang pemikir, intelek terdahulu  telah dilatih-psiko, dipukau??? oleh penjajah dan untuk meneruskan agenda membiak  killing machine bagi tujuan  “membunuh” bumiputera.  

The truth is, kita menggalaskan satu amanah besar  buat generasi akan datang untuk menghalang kemungkinan pemikir-ulung Melayu  ditulis-ceritakan sebagai pengkhianat bangsa, agen bangsa penjajah. Tertanggungkah bahu kecil mereka dengan amanah sebesar ini, dengan keadaan mereka pun kalu kita tengok, memang bulehlah dikata agak tertinggal dalam banyak hal.

No comments: