Monday, October 10, 2011

Sebut aje apa, Semua dia tau


Hari semalam kira ada sorang Pegawai berijazah tu tinggi suara lagi, bagi potong stim si tukang cerita. Semalam dengan sayalah. Sejak minggu lepas dia menyakitkan hati (potong stim, potong heiraki kerja orang, kerja orang dia sibuk nak masuk campur nak mengarah-arah, tak cukup ka dia mengarah AJK dia saja, kenapa nak sibuk hal AJK lain. Tak cukup satu AJK ka?)  AJK jamuan hari persaraan bos kami tuan Pegawai Pelajaran Daerah. Pompuan ni saya fikir memang sengal ka, hapa ka ntah…

Sepanjang hari persaraan 3 kali saya dengar cerita professor dan pendayung sampan. Malaslah nak cerita . kalu nak tau mailah Melaka, tanya sama Pengarah Pelajaran kami.  Mantan Pengarah, Cik Hajjah Julia dan mantan PPD yang baru pencen minggu lepas pun buleh. So far yang saya tau yang tau cerita tu 3 orang inilah. Pendek cerita, professor yang kerek itu mati, sebab tak tau berenang he he he…

Cerita professor dengan pendayung sampan ni memang sedap kalu didendangkan dekat pegawai perempuan yang kerek nih, tapi kalu dia dengar pun dia faham ka, yang kita menyindir dia? Biasalah cerita macam itu hanya orang yang dah nak pencen, dah pencen aje yang bule aprreciate.

Berbalik pasal cerita saya dan si kerek ni tadi. Ceritanya apa lagi pasal bajetlah, pasal kenaikkan gaji kami. Lepas dengar bajet memang saya sudah bajet, yang saya akan dapat kenaikkan RM80 ringgit, dan kalu saya opt for new system, saya akan dapat 7% kenaikkan lagi dari RM80 tersebut. Namun bila dapat info di Facebook, alangkah gembiranya, sebab gred saya dapat RM120.

Hah yang RM120 nilah saya dok gembira dan share dengan adalah sorang pegawai tu. Kira kamcheng, tak juga kira saya banyak deal dengan dialah. Sebab dia ni “towkey LADP” banyak duit he he he. Ya peruntukan untuk cerita, perihal Latihan dalam perkhidmatan  guru-guru daerah ini, dialah orangnya yang mengurus dan merencanakannya. Kita tunggu arahan bayar aje. Pendek kata kami banyak deal dengan dialah, bila dah banyak berdealing, tu kami bertukar-tukar info itu perkara biasa.

Aleh-aleh aje di KEREK ni menyampuk dan cuba menafikan apa yang saya cerita.  Eh aku tak cakap dengan ko pun, yang ko sibuk tu apahal. Potong stim betullah. Dia ni tak serik ka minggu lepas dah kena “bom” kaw punya “bom”.  Ko tak dengar ka cerita professor dengan pendayung sampan tu? Kadang-kadang peragai si KEREK ni macam dia  pula Pegawai Pelajaran Daerah pun ada. Lebih sudu dari kuah. Tak padahal dia tu pegawai sangkut, yang gajinya  sekolah yang bayar. Dia bukan pegawai hakiki pejabat kami. Kira belum rasmi pegawai PPDlah, kira masih cikgu sekolah lagilah tuh…

Mungkin masa dia nak pencen besok dia akan faham juga intipati cerita professor dan pendayung sampan, itu. Kita ni macam itulah kita, selagi tengah kuat, tengah muda, akal tengah ligat berfikir, memang kita rasa kita ajelah yang paling pandai, orang lain semua bodoh dan tak guna, lagi tak pandai buat kerja.

(…nanti bila SPA punya kaki bikin cuaraya, kita sambung lagi cerita ini. Stalker??? Sorrylah I memang suka perati orang he he he. Perati dengan tujuan nak memahami, bukan nak gaduh)

No comments: