Bila Berlusconi bertanya,
“Womenizer tak buleh jadi PM ka?”
Memang kita diam dan senyum-senyum sendiri
Tapi bila Ustaz, Wali, Brahmin, Budha, Jesus tanya soalan
yang sama,
Kita pening kepala
Darah pun mengalir kencang
Berdetap-detup rasa jantung
Menggigil lutut
Kecut rasa hati
Dan kami merintih
Ya Tuhan
Bala apakah yang bakal menimpa kami nanti
Apakah dosa-dosa kami
Kasihani dan Ampunilah kami
Sesungguhnya kami tidak mampu
Menahan amarah Mu ya Rab
Raja penguasa segala Alam.
…****
Orang kata kita hanya boleh lihat apa yang kita ingin lihat.
Saya ingin lihat apa? Apa cerita kali ini? Cerita pasal saya quite upset dengan
ada satu kawan FB yang memang saya tak kenal. Dia add saya. Dan memanglah
status update dia banyak yang menyakitkan hati saya. Tipikal budak militan maya PAS.
Saya sakit hati aje, namun nak menegur nak membetul memang
saya tak minat. Lantak kolah. Budak-budak macam ini, deme kalau tak habis
blajar pun tak apa bule jadi orang besar juga macam abang Mat depa, blajar
takat general degree pun buleh jadi Menteri Kewangan macam icon DSAI. Saya
memang tak boleh/tak mampu nak ikut budak-budak macam ini, dah tua. Dah tak
larat nak berlari kalu kena kejar dengan polis dengan FRU kalau mereka sms ajak
berdemo sana sini. Lagi baik saya duduk rumah jahit manik, buat bunga dip, buat
kek lapis Haw Flakes.
Pilihan masing-masinglahkan. Suka demo ka, suka hapa ka,
tapi ni nak cerita mulut budak-budak macam ini memang sakit ati kalu kita nak
simpan satu-persatu apa yang mereka hamburkan. Tapi tadi agaknya saya ntah,
mungkin kekurangan iodin, maka hati saya diletakkan di hujung jejari saya, maka
terjadilah bertikaman lidah yang tidaklah sehangat mana pun, cukup untuk
menyedarkan saya yang budak ini sanggup menyerang peribadi lawan dalam
gelanggang debat. Sesuatu yang cukup saya takuti? Itu cerita dululah. Sekarang
saya dah tak seterngilu dulu. Cuma saya bimbang kalu mak saya tau yang saya
masih “melayan” budak-budak sengal yang gian nak tawan Putrajaya jah. Dia pernah marah “kalu menang pun esok, dia orang
dah tentu dapat jadi YB, ko jadi apa? Kutu jalan? Orang gila dalam internet macam si Jamil Kucing tu,
ko ingat Anwar bila jadi PM, bule ka simpan orang macam tu, buat malu dia aje,
kalau dia nak pun orang tak nak, mak tak nak. Mak tak nak tengok orang macam tu
masuk TV pulak, buat malu mak aje”
Ok enuf cerita pasal takutkan Anwar & Mat Sabu wannabes tuh,
sambung balik, kita cerita sikit apa yang bikin sampai hati saya melorot ke
jari-jemari dan pantas menekan butang kekunci keyboard MSI net book saya ini.
Pasal Sultan vs Aziz Bari yang menyebabkan Aziz digantung
kerja. Pemikiran saya orang tak sekolah ini mudah. Sultan bertitah kerana isu
Murtad yang berlaku di negeri baginda. Aziz Bari lawan Sultan. Maka memang
betullah UIA hukum Aziz. Itulah yang saya nampak. Apa yang mereka tempik-tempik
pasal kebebasan bersuara, kebebasan berakademik memang kita tak nampak dah.
Yang kita nampak orang yang beriya-iya marah orang lain yang
bersuara sebab orang bukan Islam murtadkan orang Islam memang patut kita hukum.
Kemudian budak tu nak tunjuk gambar Sultan. Nak buat apa tunjuk gambar Sultan?
Tunjuklah gambar apa yang ko nak tunjuk pun saya tetap
pandang Sultan “care”, “champion” pasal isu murtad. Adakah pasal baginda “care” baginda
di’telanjang’kan sesuka hati kita. C’on la wei, so far kita tak pernah nampak
pembesar kita jalan telanjang. Kalau dia telanjang tempat private, dan kita ada
video dia telanjang silalah tunjuk. Kalu telanjang sorang-sorang tengah mandi,
atau telanjang sebab di urut di SPA-SPA, tak de maknanya. Kalu telanjang
ramai-ramai macam PM Italy pun tak de maknanya juga.
Yang penuh makna ialah video lucah orang yang cakap macam
ustaz, macam wali, macam Budha, macam Jesus, macam Brahmin.
No comments:
Post a Comment