Monday, September 29, 2014

SADISM 1

Cerita-cerita perempuan dalam n3 yang lalu bikin saya cuba berempati, memasukkan diri saya ke dalam diri mereka. Penyudahnya saya menangis-nangis, nangis dan nangis, lagi lagi nangis. Eh apa sudah jadi dengan Mardhiah Serigala yang brutel itu? Eeeeeiiii malunya dengan budak-budak lelaki Skola Sains terutama budak 5 Tegas SPM ’90 SMS Muar. Mardhiah dah kena sawan  tangis??? Huhuhu.

Cukuplah pasal tangis-menangis, sebab hari ini saya ingin menyelami  teori/pemerhatian yang kununnya perempuan jika dia terlarut dalam emosi jiwa luka dia akan resort to sadism to break free. Sorilah bahasa sekerat ular sekerat belut. I just couldn’t help it as I fear if I don’t get it out of my head instantly, I will lose it forever. Please forgive and bear with me yeah. Ok berbalik pasal seeking into sadism to break-free, dari   4+1 dari subjek saya dalam n3 yang lalu, hanya seorang sahaja yang “kahau” bahasa budi bicaranya…loud and insolent??? Yeah you can say that, but never ever say it in front of her, if don’t want to get into trouble.

Selebihnya boleh diberi anugerah Wanita Melayu Terakhir. Mereka memang dilahirkan begitu, walau dihimpit 1001 permasalahan tutur-bicara mereka tetap indah dan mempesona, terjaga rapi, tertib sekali tingkah lakunya. Jika diberi anugerah bakat menulis, pun, tak mungkin mereka akan jadi Minahleter yang sebelah tangan ada pen, sebelahnya lagi ada parang. Jika berbakatpun  yang  akan terhasil pun mungkin sesuatu macam “Flower in the Attics”??? Any trace of sadism in it? Well I don’t see any, as all I see penulis petit cantik yang penuh santun dan tinggi nilai budinya sedang melarikan pen di muka surat kosong yang kemudiannya menjadi adikarya yang mencengkam jiwa dan perasaan pembacanya.  Kalaulah dia Melayu, bolehlah kita bagi dia anugerah Wanita Melayu Terakhir. Oklah Flower in the attics is too much la kut, ok we go for Badai Semalam, Ombak Rindu yang menggulung-gulung menghepas-hempas kuat yang bikin kalau kita ini pantai,lah dah lama kita mati kena hempas. Yeah now I see it…sadism dalam jalan ceritanya, ka?

Memandangkan mereka tak ada bakat menulis, bagaimana mereka break-free dari kesakitan jiwa luka? Well melalui penceritaan, bercerita dengan yang sudi mendengar, menagis dan merintih di hadapan Khalik yang pengasih lagi penyanyang. ….

Alamak tetiba minda saya dirasuki seorang lagi Wanita Melayu terakhir yang bercita-cita nak tubuh sort of like old folk homes, katanya dia tak mau jadi wanita biasa. Selalunya bila pencen, jaga cucu. Dia tak mau makan hati dengan kerenah anak menantu…katanya dia bimbang anak dapat susah kerana airmatanya. Dia tak mengulas lanjut tapi saya menebak citanya itu timbul bila anaknya ditimpa kemalangan jalan raya. Saya berimaginasi, mungkin anaknya eksiden lepas gaduh dengannya dan dia menangis hiba terasa dirinya Mak Si Tanggang dan berbuat sesuatu macam yang telah dibuat oleh Mak Si Tanggang.

Well orang kata doa orang terinaya itu mustajab….dan sudah tentulah kawan-kawan saya mau fikirannya kekal jernih agar terhindar dari menginginkan sesuatu yang buruk terhadap dia yang menghancurkan hati mereka, sebab yang menghancurkan itu adalah insan tersayang, buah hati bonda. Dalam cerita kawan yang termamai sesat dari PJ ke Sentral Melaka, yang menghimpit hati perasaannya adalah ibunya sendiri dan jua wanita yang telah bersusah payah melahirkan belahan jiwa, the better half of her.

If you asked Mak Si Tanggang kalau dia tau rintih sedu-sedannya itu telah mengakibatkan anaknya jadi batu, pasti dia tak mau ia jadi begitu. Saya fikir jika diberi pilihan dia akan pilih untuk berundur pergi secara aman dan mati kesedihan dalam rindu.

Well setakat ini sahaja yang dapat saya selami dan hayati… Kawan saya semua perempuan baik-baik, saya tak ada kawan pelacur, pembunuh, penjenayah atau mereka-mereka yang jahat, jadi saya hanya boleh ikuti jiwa luka perempuan jahanam ini melalui karya-karya penulis luar… Next kita bicara buku pasal perempuan Pelacur yang jahat iyee.

Friday, September 26, 2014

APA KHABAR

Saya dah lama tak update blog ini bukanlah pasal saya sudah terjebak jauh dalam dunia shopping, tapi sibuk mendengar. Bila kita mendengar kita diam, Saya sibuk mendengar, memaham, cuba berempati dengan emosi luka wanita, bukan sorang, tapi 4 orang. Siapalah boleh melukakan hati wanita melainkan orang yang rapat dengan mereka. 2 terluka pasal rakan sepejabat, kira is politik pejabat tikam menikamlah ni, 2 lagi pasal kerenah anak-anak.

Menagis-nangislah kawan ni tadi cerita itu ini, gitu gini, tapi lepas nangis mereka ok balik. Idaklah tersesat jauh, pun. Nak suruh saya masuk ke dalam menyelam luka hati wanita ini memang saya tak mampu, dan saya pun naik heranlah...aik pasal anak upload gambar dalam watsap tunjuk cucu dah panda ABC, pun dia tak boleh marah meluat menyampah, bukankah nenek patut bangga. Tapi rupanya nenek menyampah. hmmm

Nak jadi penyelesai masalah idaklah saya mampu, saya hanya mampu mendengar sahaja. Saya seram juga takutlah, ntah tetiba aje jadi takut. Tak tau apa yang saya takutkan. Tapi ini semua 4 orang wanita brutel, lepas nagis boleh gelak, selera tak terencat sikit pun. Mujurlah mereka tak endermorph. makanlah banyak mana pun tubuh tetap macam itu juga.

Ada satu orang wanita lain, bukan kenalan saya tapi kenalan kawan saya...kawan berceritalah dia kesian kat kawan dia.... terlukanya wanita ini sehingga dia merayau-rayau naik bas aleh-aleh dah sampai Melaka aje. Call kawannya tanya boleh tak nak tumpang tidur, duit dalam dompet dah tak ada. Cerita perempuan ni memang uina...tak taulah apa nak komen, melainkan bersyukur saya tak diuji tuhan dengan ujian seberat itu. Sapa yang bikin dia jadi macam itu? ha mesti ko nak kata suami dia,kan. Tak salah bukan suami dia, bukan lelaki, bukan juga orang ketiga, tapi mak dia dan mentua dia... cer cite...cer cita.... ahhh tak nak cite...cuma nak khabor...walau perempuan ni riwayat hidup dia mak aaiiiii....dari sekolah sampailah dah nak bermenantu dah ni memang sama macam drama senetreon Indonesia, Dia tetap tabah....dia cuma mamai tak tau macam mana dari rumah dia di PJ aleh-aleh aje dia dah berada di Stesen bus Sentral Melaka....tapi dia boleh ingat nak solat dan nak cari tempat sembahyang. Masa dia nak cari tempat solat itulah dia sedar dia bukan lagi berada di rumahnya.

Saya rasa bertuah walau saya tak ramai kawan, tapi saya di kelilingi oleh wanita-wanita yang sentiasa dikepung emosi luka, tapi masih tabah berdiri, duduk, bercerita, menangis kemudian ketawa bersama-sama. Moga Allah beri kekuatan pada mereka-mereka ini. Amin.

Wednesday, September 10, 2014

DIARI KAYA 1

Pagi-pagi lagi saya dah buka FB nak tengok apa yang dikicaukan oleh matahari saya. Matahari saya matahari kamu juga, kita janganlah berebutkan cahaya yang sama sebab matahari tak pernah marah pun kita nak berseronok di bawah pancar sinarnya…

Kicaunya menginspirasikan tulisan ini. Kicaunya bercampur aduk dengan perkara yang berlaku semalam, sebelum semalam, seminggu lepas dan bulan, tahun-tahun yang lepas, lepas, lepas…….perkara-perkara yang lepas lepas terutamanya semalam yang lepas menjadikan saya berasa yang sayalah orang paling kaya dalam pejabat ini, pada hari ini.

Kekayaan bukanlah terletak pada pendapatan yang tinggi, kayanya saya terjadi dari perbelanjaan saya yang minimal. Pun begitu saya berbelanja sakan juga dek kerana orang-orang yang saya “care”, tak ingin saya guris perasaan mereka-mereka ini. Dan kekayaan saya jadi sedikit menyusut kerana mereka. Bayangkanlah saya punya ramai orang yang perlu saya “care” hmmmmm….tentulah saya akan jadi bertambah-tambah kurang kaya.

Semalam ka nak cerita pasal sebulan yang lepas…. Elok cerita yang sebulan dulu eh…

Ok ceritanya begini, sebelum raya hari itu saya mengalami sedikit kemalangan yang menyebabkan kekayaan saya akan menyusut pada perkiraan saya barang RM400-RM500. Itu bajet awal saya. Pun begitu saya takut nak hantar kereta saya ke bengkel, dan minta sedara saya bikinkan untuk saya.  Pendekkan cerita dari ketuk dan spray bahagian tercedera dek kemalangan kecil itu, jadi spary satu body dan kosnya meningkat jadi RM1,400.00. Katanya kalau spray sikit-sikit warna cat tak sama kereta jadi capuk-capuk. Tak cantik.

Apa masalah kereta capuk-capuk? Naik kereta bercapuk  tak boleh sampai ke tempat kerja, ka? Ntahlah…mak pula menyampuk “ko tu sekarang dah jadi CC ada anak buah, dah ada mata memandang. Eh ko tak malu ka gi pejabat bawak kereta capuk-capuk dengan penampilan ko yang selekeh, Einstein kunun… kalau Einstein mana piala Nobel ko!, Einstein bukan setakat tak ada kereta, tak sikat rambut, tak mandi bertaun pun tak pe sebab ada Nobel….ko ada apa” soal mak garang.

Well,  saya tak ada Nobel tapi saya ada matahari, saya ada dia (mak saya,lah) jawab saya degil dalam hati. Seselekeh-selekeh saya, saya tetap anak mak jua,kan.

So here it goes my wealth….


 Cerita semalammm… tangguh esoklah saya banyak kerja nih, masa rehat pun dah nak habis…solat zohor tidak lagi, jumpa esok jika tak banyak kerja…atau anak buah tak heret saya ke lembah shopping-shopping break hari Jumaat. 

Sunday, August 31, 2014

SOOOOOOUNDERCOVER

Kerusi dan meja telah pun disusun rapi, siap ditanda dengan kumpulan bagi memudahkan jemaah ahli penilai untuk mencari tempat mereka. Setelah saya menunggu sebentar, ahli kumpulan saya pun sudah cukup berserta dengan tuan pengerusinya sekali. Kami beramah mesra dan berkenalan antara satu sama lain. Ada diantara kami memang dah saling kenal pun, contoh saya dan pengerusi memang sepejabat.

Ada yang bermuka kelat, ada yang selamba beruk bahkan bermegah-mengah yang ini bukanlah kali pertama mereka dilantik sebagai penilai pun ada. Yang muka kelat dan tension tu ialah orang yang pertama kali menerima watikah pelantikan. Tuan Pengerusi cuba mengawal keadaan dan member kata-kata semangat walau saya fikir dia sendiri pun senak perut. Dia memujuk kami, dengan mengatakan tugas ini tidaklah seberat mana sebab nama pemenang sudah ada, dan kita-kita ini propa cover-up aje….biasalahkah kontrak kerajaan semua sudah ada pemenangnya.

Selepas satu hari pengerusi yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Linguistik mula cuak sikit walau lega bila urusetia tidak seperti urusetia mesyuarat yang sebelumnya. Pengerusi beritahu saya sebelum ini urusetia akan pergi hilang entah ke mana usai mereka memberi ucap aluan. Tinggal ahli yang dilantik meneliti dan menilai kertas-kertas bidaan yang melambak-lambak itu.

Saya mendamaikan hati pengerusi dengan mengata yang mungkin tuan-tuan ini sudah mula insaf dan cuba memberi contoh terbaik untuk kami. Entahlah memang pelik perangai tuan-tuan besar dari Putrajaya itu. Saya diam. Apa harus saya laporkan, betulkah mereka sudah insaf…. Atau kaki mereka sudah tahu ada spy dalam lembaga untuk menilai mereka, untuk mengesahkan betulkah aduan, surat layang yang mengatakan bahawa mereka para urusetia kerja main-main dan pemenang bidaan sudah mereka tentukan awal-awal. Semua-semua ini hanya propa-propa nak melengkapkan check-list aje…

Hmmmm…. Lepas tu macam sikit punya baik pula dengan kami. Siapa ajak kami jalan-jalan gitu. Saya dan pengerusi tak kuasa nak layan. Dia layan FOX movie aje dalam bilik, saya pula bomm layan buat taik mata, apa lagi. Urusetia Nampak ok, tak ada yang mencurigakan, andaian yang mereka sudah ada pemenang bagi kontrak macam tak betul, kami tak dijamu makan besar…makan pun biasa-biasa, kadar makan pegawai ketika bertugas rasmi. Tak ada apa yang mencurigakan pun dengan makanan, tempat tinggal kami sepanjang mesyuarat berjalan.

Atau…..mereka memang dah tau ada spy yang datang bukan untuk menilai petender, tapi menilai urusetia yang mengelolakan mesyuarat…he he he…


Ha ha ha ini paranoia  lagi…saya terparanoid yang saya ini menjalankan penyelidikan khas untuk mengesahkan cerita-cerita yang ntah apa-apa tah yang saban hari bertimbun tiba di pejabat SPRM mau pun di warung-warung kopi.

Saturday, August 30, 2014

ANTARA SENI DAN PORNO

Minggu lepas saya mengalami paranoia seolah saya seorang scholar hebat yang diwawancara oleh akhbar the star tentang…. Apa bezanya antara porno dan seni. Jika dua orang pengantin yang berpakaian sangat minima berjalan di tengah Bandar Perak didenda sebanyak RM400, pada masa yang sama kita meraikan lukisan charcoal imej perempuan bogel di galeri seni. Soal wartawan the star pada saya.

Saya tak menjawab. Saya tak mau jawaban saya jadi kontroversi. Saya tak mau meraka kata saya menghina mereka macam kawan saya yang telah mereka tuduh sebagai menghina kawan mereka yang berkulit gelap dan berambut keringting itu. Saya tak mau mereka putar belit kenyataan saya untuk menguatkan hujah yang kununnya saya ini scholar rasis yang mengancam keselamatan Negara. Saya diam, mereka geram.  Lepas itu mereka kata saya sudah gila dan hantar saya ke mental asylum. Dari sana saya menulis diari ini.


Sekianlah catatan untuk kali ini.

Wednesday, August 20, 2014

TEMPAT BARU II

Sudah nak masuk sebulan kerja tempat baru dengan tanggugjawab yang baru. Iya sekarang saya sudah jadi supervisor kepada 4 orang anak buah. How was it? Ntahlah. Adakah saya memiliki skil-skil yang saya baca dan kemudian sendiri pernah tulis? Hanya anak buah dan bos yang boleh menilainya, bukan saya.

Saya borak-borak dengan mereka, cakap pasal Wan Azizah, melalut ke Rosmah, dan bila sebut Rosmah, next sudah tentulah GST. Anak buah nyatakan kebimbangan dia, kata GST on, inflasi pun on. Dia nak kata something to do with landing ratelah…..monetory polici dalam mengekang inflasi. Bank Negara boleh mengambil langkah meninggikan interest rate sebagai satu kaedah untuk mengawal inflasi. Masa saya bikin A-level dulu saya guna combat. “increasing the rate in combating inflation” tulis saya dalam kertas jawab he he ….ntah tepat ntah tidaklah perkataan combat tu, tak taulah hamba he he main lenjan aje asal bunyinya garang gitu. Iya Mardhiah yang sangat garang.

Saya nyatakan kekesianan saya pada Gabenor Bank Negara, mampukah dia mengawal segalanya tanpa perlu menaikkan kadar faedah dan menyatakan kesetujuan saya dengan mengatakan yang di Singapura pun keadaan taklah manis sangat. Sebagai supporting argument, saya bercerita tentang  ibu saudara saya yang berkemungkinan besar akan berhijrah ke sini bila dia sudah tidak berupaya mengajar lagi…apalah yang nak dibangga sangat pun dengan kemewahan yang ada, kalau guru pencen pun dah tak mampu nak tinggal di sana. Orang muda-muda yang masih kuat kerja aja yang mampu…tak de maknanya kata saya.

Pun begitu saya memberikan rumusan yang agak tidak orang kata seolah saya lebih pandai dari Rosma yang sudah tentulah memang pandai itu dan pernah berkerja sebagai eksekutif di syarikat-syarikat besar sedangkan saya hanya seorang kerani kecil sahaja. Saya kata Rosmah orang pandai sekolah TKC, suaminya pula sekolah VI dan belajar ekonomi sampai ke England. Kita berbaik sangkalah mereka berdua ada kekuatan mengawal inflasi biar pun dengan kehadiran GST dan moga Malaysia ini tidak terlalu mahal untuk kita huni bila kita pencen nanti.

Saya jua memang meluah rasa skeptic yang Najib seolah tak bertaring dalam berdepan dengan dewan perniagaan cina yang saya yakini punya kuasa untuk meninggikan harga. Iya satu dewan yang sangat saya tak suka, saya eish tak suka…..opportunis. Tanpa saya sedari yang sahabat both Saidina Ali dan Abu Bakar kata solusi untuk pengawalan harga terletak di tangan pengguna. Kita semua,lah itu. Saidina Abu Bakar dengan idea boikot, manakala Saidina Ali dengan idea mencari yang serupa, mencari alternative yang lebih murah….

 Jadi adalah salah untuk saya letakkan beban kenaikkan harga pada pemimpin dan dewan perniagaan yang sikapnya memanglah opportunis lagi tamak itu. Semuanya terletak di tangan kita..adakah kita terdaya mengawal nafsu membeli, kita tunggulah nanti. Jika kita tak mampu, kemungkinan kesakitan akan kita rasai dengan adanya GST, kemungkinan yang lebih menakutkan lagi ialah kita berikan kuasa kepada pihak yang kita percaya akan membuang GST, tapi kepakaran mereka bukanlah pada percukaian dan ekonomi,  tapi pakar bunuh kerekter walau sebelum tu memang ada ambil periksa dan lulus sijil periksa perakaunan professional. Iya ada orang dia boleh bikin duit, jadi terkenal lagi kaya raya dengan sebagai pembunuh kerekter. Tak salah nak belajar apa pun, lepas tu bertindak kaji cara orang lain buat kerja, cari salahnya dan bunuh dia. Tak salah. Tapi Negara tak perlu terlalu ramai pembunuh, untuk jadi pembunuh kerekter anda perlu betul-betul hebat dan berbakat. Kalau setakat belajar first degree kat open U macam saya rentikanlah berangan nak jadi sehebat Rafizi tembun yang telah berjaya mengorban  Sharizat Jalil dan kini bakal merayakan kejayaan menumbangkan Tan Sri Khalid yang sangat bijak itu.


Kalau susah esok sama-samalah kita tanggung dan berhentilah menyalahkan pihak lain. Kesusahan dunia hanya sementara aje sifatnya. Kalau soal dunia kita sudah tersalah langkah, tersilap pilih itu tidak apa, janganlah terlalu berdukacita sehingga melupakan yang tuhan masih ada dan terlupa jalan untuk berjaya di abadi sana perlu diharungi dengan sabar dan istikomah.

Monday, August 11, 2014

TEMPAT BARU

Alhamdulillah saya sudah 2 minggu saya bertugas di tempat baru. Ya. Mak masih bebel tapi syukur busu sokong saya. Minggu lepas semua saya kira ok bila mak suruh saya sewa lori dan pindahkan barang-barang dan saya beritahu dia yang saya tidak bercadang untuk berbuat demikian. Saya minta dia doa agar saya berjaya dalam temuduga W27 akan datang dan moga di tempatkan di bandar.

Mak bukan tidak suka saya bertukar angin, tapi pada dia bila saya di tempatkan jauh dari pusat bandar, mak jadi risau. Itu sahaja.Apa pun saya jadi sedikit lega. Dia juga sudah setuju untuk mengikut saya pada minggu hadapan. Bila dia sudah tengok Bandar Seri Jempol ini, saya kira dia akan tidak banyak susah-susah hati lagi.

 II)

 Saya tonton drama hantu selfie cerita pasal orang gila bunuh kawannya. Si gila itu sakit skitzo... kawannya itu pakar sakit jiwa. Saya tidak rasa apa-apa pun pasal cerita tu. Pengkarya bebas untuk mencerita, menberitahu perasaannya terhadap pesakit seperti saya. Dari mata skrip pengkarya, pesakit seperti saya terdiri dari golongan orang kaya, suka hidup berfoya-foya dan digambarkan sessi pesakit/ perawat... pesakit baring di sofa mahal, perawat pula mencatat apa yang diluah pesakit. well kita ada pesakit bangsawan yang bernama Nash Forbes yang selalu jadi penguat semangat saya....dalam movie pasal Forbes, tak ada sofa kulit mewah, tak ada itu semua. Pengkarya beri gambaran positif terhadap pesakit. Ia beri saya harapan untuk berjaya.

No. Idaklah saya berangan mau rangkul hadiah nobel. Tidak. Saya tidak pernah berangan sejauh itu. Graduat dalam ijazah pertama pun saya sudah cukup suka, dah. Dapat naik pangkat 27 itu bonus, walau setelah 4 kali pergi temuduga dan gagal, sejujurnya saya kata saya agak putus asa untuk mencuba untuk kali ke 5. Tapi Insyaallah come 2015, saya percaya berdoa mak, saya akan bersemangat kembali. Insyaallah.. oh yeah... saya bercadang untuk selfie bersama doktor "on my next appoinment" pada Disember nanti. Itu pun kalau doktor izinkan.

Saya juga mau tangkap gambar banyak-banyak hospital saya dan upload di blog ini, jika diizin doktor/pihak hospital. Percayalah, ia langsung tak macam yang digambarkan dalam cerita hantu selfie. Selamat hari raya.