Sunday, August 31, 2014

SOOOOOOUNDERCOVER

Kerusi dan meja telah pun disusun rapi, siap ditanda dengan kumpulan bagi memudahkan jemaah ahli penilai untuk mencari tempat mereka. Setelah saya menunggu sebentar, ahli kumpulan saya pun sudah cukup berserta dengan tuan pengerusinya sekali. Kami beramah mesra dan berkenalan antara satu sama lain. Ada diantara kami memang dah saling kenal pun, contoh saya dan pengerusi memang sepejabat.

Ada yang bermuka kelat, ada yang selamba beruk bahkan bermegah-mengah yang ini bukanlah kali pertama mereka dilantik sebagai penilai pun ada. Yang muka kelat dan tension tu ialah orang yang pertama kali menerima watikah pelantikan. Tuan Pengerusi cuba mengawal keadaan dan member kata-kata semangat walau saya fikir dia sendiri pun senak perut. Dia memujuk kami, dengan mengatakan tugas ini tidaklah seberat mana sebab nama pemenang sudah ada, dan kita-kita ini propa cover-up aje….biasalahkah kontrak kerajaan semua sudah ada pemenangnya.

Selepas satu hari pengerusi yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Linguistik mula cuak sikit walau lega bila urusetia tidak seperti urusetia mesyuarat yang sebelumnya. Pengerusi beritahu saya sebelum ini urusetia akan pergi hilang entah ke mana usai mereka memberi ucap aluan. Tinggal ahli yang dilantik meneliti dan menilai kertas-kertas bidaan yang melambak-lambak itu.

Saya mendamaikan hati pengerusi dengan mengata yang mungkin tuan-tuan ini sudah mula insaf dan cuba memberi contoh terbaik untuk kami. Entahlah memang pelik perangai tuan-tuan besar dari Putrajaya itu. Saya diam. Apa harus saya laporkan, betulkah mereka sudah insaf…. Atau kaki mereka sudah tahu ada spy dalam lembaga untuk menilai mereka, untuk mengesahkan betulkah aduan, surat layang yang mengatakan bahawa mereka para urusetia kerja main-main dan pemenang bidaan sudah mereka tentukan awal-awal. Semua-semua ini hanya propa-propa nak melengkapkan check-list aje…

Hmmmm…. Lepas tu macam sikit punya baik pula dengan kami. Siapa ajak kami jalan-jalan gitu. Saya dan pengerusi tak kuasa nak layan. Dia layan FOX movie aje dalam bilik, saya pula bomm layan buat taik mata, apa lagi. Urusetia Nampak ok, tak ada yang mencurigakan, andaian yang mereka sudah ada pemenang bagi kontrak macam tak betul, kami tak dijamu makan besar…makan pun biasa-biasa, kadar makan pegawai ketika bertugas rasmi. Tak ada apa yang mencurigakan pun dengan makanan, tempat tinggal kami sepanjang mesyuarat berjalan.

Atau…..mereka memang dah tau ada spy yang datang bukan untuk menilai petender, tapi menilai urusetia yang mengelolakan mesyuarat…he he he…


Ha ha ha ini paranoia  lagi…saya terparanoid yang saya ini menjalankan penyelidikan khas untuk mengesahkan cerita-cerita yang ntah apa-apa tah yang saban hari bertimbun tiba di pejabat SPRM mau pun di warung-warung kopi.

No comments: