Wednesday, September 10, 2014

DIARI KAYA 1

Pagi-pagi lagi saya dah buka FB nak tengok apa yang dikicaukan oleh matahari saya. Matahari saya matahari kamu juga, kita janganlah berebutkan cahaya yang sama sebab matahari tak pernah marah pun kita nak berseronok di bawah pancar sinarnya…

Kicaunya menginspirasikan tulisan ini. Kicaunya bercampur aduk dengan perkara yang berlaku semalam, sebelum semalam, seminggu lepas dan bulan, tahun-tahun yang lepas, lepas, lepas…….perkara-perkara yang lepas lepas terutamanya semalam yang lepas menjadikan saya berasa yang sayalah orang paling kaya dalam pejabat ini, pada hari ini.

Kekayaan bukanlah terletak pada pendapatan yang tinggi, kayanya saya terjadi dari perbelanjaan saya yang minimal. Pun begitu saya berbelanja sakan juga dek kerana orang-orang yang saya “care”, tak ingin saya guris perasaan mereka-mereka ini. Dan kekayaan saya jadi sedikit menyusut kerana mereka. Bayangkanlah saya punya ramai orang yang perlu saya “care” hmmmmm….tentulah saya akan jadi bertambah-tambah kurang kaya.

Semalam ka nak cerita pasal sebulan yang lepas…. Elok cerita yang sebulan dulu eh…

Ok ceritanya begini, sebelum raya hari itu saya mengalami sedikit kemalangan yang menyebabkan kekayaan saya akan menyusut pada perkiraan saya barang RM400-RM500. Itu bajet awal saya. Pun begitu saya takut nak hantar kereta saya ke bengkel, dan minta sedara saya bikinkan untuk saya.  Pendekkan cerita dari ketuk dan spray bahagian tercedera dek kemalangan kecil itu, jadi spary satu body dan kosnya meningkat jadi RM1,400.00. Katanya kalau spray sikit-sikit warna cat tak sama kereta jadi capuk-capuk. Tak cantik.

Apa masalah kereta capuk-capuk? Naik kereta bercapuk  tak boleh sampai ke tempat kerja, ka? Ntahlah…mak pula menyampuk “ko tu sekarang dah jadi CC ada anak buah, dah ada mata memandang. Eh ko tak malu ka gi pejabat bawak kereta capuk-capuk dengan penampilan ko yang selekeh, Einstein kunun… kalau Einstein mana piala Nobel ko!, Einstein bukan setakat tak ada kereta, tak sikat rambut, tak mandi bertaun pun tak pe sebab ada Nobel….ko ada apa” soal mak garang.

Well,  saya tak ada Nobel tapi saya ada matahari, saya ada dia (mak saya,lah) jawab saya degil dalam hati. Seselekeh-selekeh saya, saya tetap anak mak jua,kan.

So here it goes my wealth….


 Cerita semalammm… tangguh esoklah saya banyak kerja nih, masa rehat pun dah nak habis…solat zohor tidak lagi, jumpa esok jika tak banyak kerja…atau anak buah tak heret saya ke lembah shopping-shopping break hari Jumaat. 

No comments: