Wednesday, August 20, 2014

TEMPAT BARU II

Sudah nak masuk sebulan kerja tempat baru dengan tanggugjawab yang baru. Iya sekarang saya sudah jadi supervisor kepada 4 orang anak buah. How was it? Ntahlah. Adakah saya memiliki skil-skil yang saya baca dan kemudian sendiri pernah tulis? Hanya anak buah dan bos yang boleh menilainya, bukan saya.

Saya borak-borak dengan mereka, cakap pasal Wan Azizah, melalut ke Rosmah, dan bila sebut Rosmah, next sudah tentulah GST. Anak buah nyatakan kebimbangan dia, kata GST on, inflasi pun on. Dia nak kata something to do with landing ratelah…..monetory polici dalam mengekang inflasi. Bank Negara boleh mengambil langkah meninggikan interest rate sebagai satu kaedah untuk mengawal inflasi. Masa saya bikin A-level dulu saya guna combat. “increasing the rate in combating inflation” tulis saya dalam kertas jawab he he ….ntah tepat ntah tidaklah perkataan combat tu, tak taulah hamba he he main lenjan aje asal bunyinya garang gitu. Iya Mardhiah yang sangat garang.

Saya nyatakan kekesianan saya pada Gabenor Bank Negara, mampukah dia mengawal segalanya tanpa perlu menaikkan kadar faedah dan menyatakan kesetujuan saya dengan mengatakan yang di Singapura pun keadaan taklah manis sangat. Sebagai supporting argument, saya bercerita tentang  ibu saudara saya yang berkemungkinan besar akan berhijrah ke sini bila dia sudah tidak berupaya mengajar lagi…apalah yang nak dibangga sangat pun dengan kemewahan yang ada, kalau guru pencen pun dah tak mampu nak tinggal di sana. Orang muda-muda yang masih kuat kerja aja yang mampu…tak de maknanya kata saya.

Pun begitu saya memberikan rumusan yang agak tidak orang kata seolah saya lebih pandai dari Rosma yang sudah tentulah memang pandai itu dan pernah berkerja sebagai eksekutif di syarikat-syarikat besar sedangkan saya hanya seorang kerani kecil sahaja. Saya kata Rosmah orang pandai sekolah TKC, suaminya pula sekolah VI dan belajar ekonomi sampai ke England. Kita berbaik sangkalah mereka berdua ada kekuatan mengawal inflasi biar pun dengan kehadiran GST dan moga Malaysia ini tidak terlalu mahal untuk kita huni bila kita pencen nanti.

Saya jua memang meluah rasa skeptic yang Najib seolah tak bertaring dalam berdepan dengan dewan perniagaan cina yang saya yakini punya kuasa untuk meninggikan harga. Iya satu dewan yang sangat saya tak suka, saya eish tak suka…..opportunis. Tanpa saya sedari yang sahabat both Saidina Ali dan Abu Bakar kata solusi untuk pengawalan harga terletak di tangan pengguna. Kita semua,lah itu. Saidina Abu Bakar dengan idea boikot, manakala Saidina Ali dengan idea mencari yang serupa, mencari alternative yang lebih murah….

 Jadi adalah salah untuk saya letakkan beban kenaikkan harga pada pemimpin dan dewan perniagaan yang sikapnya memanglah opportunis lagi tamak itu. Semuanya terletak di tangan kita..adakah kita terdaya mengawal nafsu membeli, kita tunggulah nanti. Jika kita tak mampu, kemungkinan kesakitan akan kita rasai dengan adanya GST, kemungkinan yang lebih menakutkan lagi ialah kita berikan kuasa kepada pihak yang kita percaya akan membuang GST, tapi kepakaran mereka bukanlah pada percukaian dan ekonomi,  tapi pakar bunuh kerekter walau sebelum tu memang ada ambil periksa dan lulus sijil periksa perakaunan professional. Iya ada orang dia boleh bikin duit, jadi terkenal lagi kaya raya dengan sebagai pembunuh kerekter. Tak salah nak belajar apa pun, lepas tu bertindak kaji cara orang lain buat kerja, cari salahnya dan bunuh dia. Tak salah. Tapi Negara tak perlu terlalu ramai pembunuh, untuk jadi pembunuh kerekter anda perlu betul-betul hebat dan berbakat. Kalau setakat belajar first degree kat open U macam saya rentikanlah berangan nak jadi sehebat Rafizi tembun yang telah berjaya mengorban  Sharizat Jalil dan kini bakal merayakan kejayaan menumbangkan Tan Sri Khalid yang sangat bijak itu.


Kalau susah esok sama-samalah kita tanggung dan berhentilah menyalahkan pihak lain. Kesusahan dunia hanya sementara aje sifatnya. Kalau soal dunia kita sudah tersalah langkah, tersilap pilih itu tidak apa, janganlah terlalu berdukacita sehingga melupakan yang tuhan masih ada dan terlupa jalan untuk berjaya di abadi sana perlu diharungi dengan sabar dan istikomah.

No comments: