Sunday, October 15, 2023

Back To School part 2

Berjaya jugak derang buat tema tu. The truth is ada yang cerita somi dia sendiri skeptikal yang semua akan participate pakai baju sekolah pada hari tersebut. Opkos le somi dia kata aik "kak Ma pun 2x5 jadi budak skola gak!" tekojut dio---

Derang ni saja suka-suka sronok-sronok. If you tanya Ai sronok tak, no commentlah sebab penat travel dari Kuala Terengganu pun tak hilang lagi. Ai layankan aje derang tu semua. So, idakla kuar perangai terkinja-kinja bebudak sekolah tu, kan? Tapi kengkawan opis mate Ai memang happy. Ada berangan anak PM lah, anak Menterilah kelakau dema gaduh-gaduh main tarik-tarik tudung pun ada.

Pendek cerita memang glemerlah kami hari tu, tak caya cer tengok video bawah ni, hah kan, ramai hesteria tu tengok kekita pakai baju skola--- kih kih kih kih---- 



Tapi tu ada gak ceritanya bila memansing dah mengupload gambar / bidio memasing kat soc Med, ada yang mengata-mengomen "tak membazir ka, bla bla bla----" ada yang komen "bergembira/seronoklah sementara boleh seronok tu---" bunyi ada nada-nada iri kat situ. Itu cerita orang memuda. Cerita saya tak de orang berani komen pun. Tak kisahlah orang nak komen dah tetua tak sedo diri pun lantaklahkan. Kita hanya memeriahkan suasana je. Wajar ke tak wajar tu terpulang. The truth is Ai memang penat sangat nak pikir pasal bebenda tu semua. 

Lepas program bebaju skola tu, saya dan kengkawan aqua-robic saya merayakan Hari Sukan Negara di Tanera Hotel sana. So, pendek cerita memang saya tak de masa dan kepenatan untuk fikir bebenda pasal apa orang nak kata, ada orang iri, ada orang sakit hati, ka kan? Kelompok saya hari ni jenis main sambut aje apa boleh sambut. Kita kije gomen, we go with a flow. Lumrahnya orang gomen gini. Nak wat macam mana, kan? Follow ajelah. Besok dah pencen bolehlah ikut apa saya suka, selaras dengan umur kita, tak gitu?

Meh saya belanja lagi gegmbo bebudak skola jadi-jadian dan bebenda yang derang makan hari Jumaat (13.10.2023) yang lalu.


I am too tired to enjoy all this junkie

The marsh mellow look tempting, but I choose nasi instead.




Sunday, October 8, 2023

CEREMONIAL Part2

Ok cerita tadabbur Quran sattle kita citer pasal baca Yassin pulak. Ok cerita kreatip tak de kena mengena dengan yang idup dan mati, melainkan merupakan khayalan dan bayangan saya sahaja adalah seperti berikut:-

Nana_noni kerja audit di Cawangan Pantai Barat Pulau Sebulat Bulan. Dia terkejut dapat undangan baca yasin online dari kerajaan Tanah besar Bulan sempena pelancaran laporan audit tahunan Kerajaan Negara Lindungan Bulan bersatu. Dalam hati Nona berkata tak pernah dibuat dek orang lapor audit dilancar-lancar di baca-bacakan Yassin. Kegilaan apa kah ini?

Sebulan sebelumnya Nana ada entertain rakan sejawatnya dari Tanah Besar yang datang bercuti bersama keluarga ke Pulau. Cuti-cuti kunun nak healing-healing lepas berhempas pulas menulis laporang Audit. rakan Nana-- Yaya ada cerita Ketua Audit yang baharu ni gile glemer. Masuk-masuk opis aje kijenya keliling Cawangan buat penampilan diri instead of penampilan Audit. Kata dia. Lepas tu Timbalan Audit, Janda Lawa Mek Tok sudah naik angin sebab Laporan Audit tidak lagi dapat dibacakan sebab Ketua Audit(KA) sibuk keliling cawangan. Lepas tu satu benda yang Yaya bengkek dan meluat sangat dengan KA bila KA tukar logo audit. Bijak pandai semua tahu bahawa selama ini pun Jabatan Audit duduk bawah Pejabat Presiden. Bermaksud tiada pengasingan Kuasa antara Eksekutif, Legislatif disitu. Ini telah melanggar resam Perlembangan Negara Moden. KA yang lalu ada mengusul agar Pejabat audit ni diSuruhanjayakan untuk menjawab kritikan yang Pejabat dia, dan dia itu sendiri lembu yang dicucuk idungnya oleh Presiden. 

Yang Yaya bengkek pasal logo tu, bila KA sedia ada bukan ubah logo, dia bubuh aje Nama pejabat dia lepas tu dia bubuh Nama pejabat Presiden kat bawah tu. KA ni dah kenapa, kan? Kenapa kau nak tunjuk kat satu dia yang kau ini bersekutu dengan Pejabat Presiden. Cukup-cukup aje lah sendiri yang tau kita semua ni lembu presiden, tak payahlah nyatakan pada dunia yang kita ni lembu. Tapi yang Yaya paling geram tu, kalau KA dah bangga jadi Lembu, punahlah harapan nak berlindung dibawah suruhanjaya yang dikata boleh membebaskan mereka. Umum pun tau Suruhanjaya tu politik je, tujuan utama tu, nak disuruh-suruh, kita bebaslah sikit nak tetap gaji sendiri, dan bila dah Suruhan tu biasa gaji, elaun memang ada lebih besar dari Gaji Penjawat awam yang lain. Nak bebas sebab nak gaji lebih je.

Bila KA dah bangga tak bebas musnah-punahlah harapa nak bergaji lebih dari rerakan GOmen yang lain. Itu je. Owh berbalik pasal majlis Yassin tu. Nana pun tipun Yaya. dia cakap macam gini "ni Nana ni baca-baca Yassin ni dah kenapa, nak dikapan dan ditanamkan ke laporan kome, macam nak masuk kubur je----Tawa Nana mengekeh-ngekeh sebab geli hati"

Yaya pun tergelak sama " iyalah memang patut masuk kubur pun sebab hari tu dia dah sibuk ronda satu Tanah tanam pokok sana sini, memang balik opis memang dia tak sempat pun baca laporan tu. Patut dia tukar jak Nama laporang tu jadi Laporan Timbalan KA aka Mek Tok Lawa" Gelak Yaya penuh ceria dan sambung lagi--- tapi aku rasa dia baca Yassin bukan sebab nak kuburkan laporang tu, tapi dia nak panggil semangat Gabrial jaga dia biar Presiden tambah sayang lagi dengannya dan Kumpulan pembangkan kat Rumah Rakyat sana tak kritik laporan tu, sangat"

"ala-kan Yaya, kan? Pujaan hati kau si Sarel Belcream dengan Jamal DJeeyyy tu pun dah kena tendang dari Rumah Rakyat, sapa ada dalam sana yang boleh memekak nak tanam-hidup-hidup si Presiden dengan Lembu dia tu? Aku rasa memasing besok bila bentang semua bizi makan Roti John Letops yang Papa John Menteri Tak Cukup Makan kau bikin"

"tulah penat je Mek Tok Lawa dan the team hempas pulas cari isu nak tegak keadilan Rakyat. Dapat kat KA, habis diYasinkan terus laporang kami" Jawab Yaya lemah.

 

Saturday, October 7, 2023

CEREMONIAL

Weekday lepas ada dua acara agama, baca Yasin dengan Tadabur Quran yang orang buat kat opis. Aku bebenda macam ni deep down inside my heart aku tak berapa gemo amat kalau bikin waktu pejabat. Kalau lepas pejabat buat kat luar pejabat aku ok je. Tapi dah budayanya gini,kan. Kat opis, ni gitule kita kalau opis orang Melayu kalau ada apa-apa tak enak jadi kita baca yasin. Tak enak tu macam ada benda berantak gitu, not nice kita pun baca Yassin reramai.

Dah jadi macam norm, aku pun onz sajalah, ikut kau lah. Tapi kalau ikut standard bapak aku, dia akan cakap masa lapan jam gomen bayar buat kije, beribadah menjalankan amanah rakyat gitu, bukan buat baca-baca acara agama yang luar itu boleh dibikin. Tapi orang akan argue balik itu cara kita kukuhkan ukhuwah, make staff, pekerja happy dan produktif. Kira oklah, kan. Lagi pun ini pejabat Melayu, kita buat semua tu untuk dapat restu ilahi. 

Benda ni aku sebenarnya tak de benda nak komplen sangat pun, cumanya ko baca yassin, ko tadabur quran dah baguslah tu. Wat if, kau buat tu semua so that apa program kau jalan smooth, tapi dalam masa yang sama, ada benda yang menyakitkan telah berlaku dalam pada kau nak smoothkan benda tu. Ada orang geram, ada orang sakit hati. Opkos le orang tu bukan aku. Contoh, kat tempat kijenya dalam satu program tu ada orang tu nak cakap ape ek, tak buat kije dia, tapi bila program nak jalan orang lain kena take over, lepas tu bebenda pun semua ok ikut jadual. Orang yang satu tu escape, dan orang sudah banyak sangat geram sama dia. Aku ok je, apa nak geram-geram besok adalah balasan dia tu.

Yang aku tak selesa wat if, kita ni macam rasa tte rite thing to get outta trouble ialah seremonikan apa-apa yang nak dilancar dengan acara keagamaan. Pada akulah Islam ni dalam hati, dalam perbuatan  Islam juga pasal keadilan. Macam tak adillah pulak kau buat acara tu, amik masa tu sebab program kau ada orang kena stayback sebab nak siapkan kerja dia. Kalau aku kena stay back aku oklah sebab single, kan, kalau orang yang dah berkeluarga? kan? itulah maksud aku, dia balik lambat sebab bertadabur 30 minit, kau utang 30 minit tu kat keluarga derang.

Lagi satu aku memang tak berapa setuju dengan acara gini sebabnya campur lelaki pempuan baca quran gitu. Kalau tak campur aku ok je. Sebab dalam kita rasa kita dekat diri dengan agama, nak bersihkan hati, hati jadi rosak pulak.

Ini bukanlah cerita aku, tapi cerita aku tengok kat FYP tiktok aku + cerita rekaan aku yang sangat mengarut. Opkosle ni cerita mengarut aku je---orang kat opis aku bebaik. cerita bangang dia gini ek

Hari tu Pak Somad anjur program tadabur Quran. Acara dimulai dengan Pak Andi baca surah Kahfi ayat 1-10, semua baca. Lepas tu Pak Andi keluarkan ceritra maksud Quran, bla bla bla, Pak Andi juga keluarkan beberapa hukun tajwid yang orang banyak buat mistakes masa baca surah tersebut.

Lepas itu ada sikit briefing dari Pak Somad pasal program dan jadual milestone pasal ada satu projek opis yang akan dilancarkan tahun hadapan. Usai beri taklimat ringkas, majlis pun bersurai. Ina-lina-Nona-dan Dida pun dengan sopannya berjalan keluar menuju ke lif untuk ke tingkat atas tempat workstation mereka. Mereka dibontoti rapat oleh Pak Mail Gendut. Pak Mail menegur Ina-Lina-Nona-Dida begini "wah, merdu sungguh suara 4 ustazah ni"

Dida yang sedikit skeptikal berkata dalam hati "ah sudah Pak Mail, hari Pak Somad gegar-gegar pintu bilik dia, lepas ni apa pulak? Balik rumah Dida cakap cerita bla bla bla dengan Ayah dia, Ayah pun isi sebesen air paip dan baca doa khusus untuk bikin air tolak bala. Lepas tu Dida mandi dalam tub boya yang beli di tik-tok dari Chainnaa sana. Usai mandi Air tersebut Dida takungkan air dalam baldi dan esoknya dia siram pokok dengan air mandian tersebut. Air mandian air tolak bala ini perlu diairkan direct ke bumi. Itu pasal airnya perlu dihimpunkan semula dengan cermat agar tidak mengalir ke sistem salur kumbanhan.

Melihat Dida yang terbongkok-bongkok menyiram air mandian tu, Mak Senah ibu Dida bercakap pada Ayah dia "eh ayah kau, asyik kau bikin air tolak bala je kat Dida ni, sebab itu kut tak de orang datang pinang dia, tak de lelaki nampak dia" Ayah dengan tenang berkata "awak nak ka anak awak orang label penyondol? eh kan Dida sendiri dah cakap dia lebih rela tak de laki dari amik laki orang? Pak Mail bini si Enab tu bukan ke kawan Marhaban awak jugak? Awak nak ke anak awak bermadu dengan bestie awak sendiri?"  

---ok done, cerita certor---

Nak bagi tajuk apa ek---ntah

Wednesday, October 4, 2023

Back to School---

Lepas saya dah beli baju, saya tanya pulak kawan lain udah beli belum bajunya? Eceh, macam kerek pula aku dah ada baju ye ye ye---idakla gitu, semalam masa saya beli baju kat tiktok saya perasan baju yang saya ambil tu ngam-ngam muat. Kalau naik 4, 5 kg harus sendat tu nanti. Pulak tu kami ni biasalah kalau pergi outstation suka makan-makan, dan my personal experience, saya dalam seminggu tu saya boleh naik lebih dari 5 kg. Hai memang baju sekolah tu nanti akan jadi serupa sarung nangkalah jawabnya. Mujur kawan saya/team member book kan hotel yang ada kolam renang. Okla tu, kenalah saya berenang setiap hari agar berat saya kekal sebagaimana sebelum saya meninggalkan Putrajaya awal Subuh Ahad nanti. Jadi lagi satu sebab saya beli gak baju tu sebab itu sebagai peringatan di Terengganu sana untuk tidak terlalu bersuka-ria makan-makan tak ingat dunia.

So kawan saya yang saya rasa dadanya lagi besar dari saya ntah macam mana itu.Tu yang saya tanya macam manakah dia? Satu hal lah pulakkan kalau baju tik-tok tak ada yang besar. Tapi tadi mereka sudah berlepas ke kedai cenderahati untuk beli barang cenderahati. Sama-sama berkumpul tu nanti adalah lobang tempatnya dema nak selesaikan masalah yang masih belum ada baju tu lagi. Semalam dia tanya tanya aku ada baju kat tidak, macam dia dah ada baju, rupanya dia belum ada lagi. Aku ni mati-mati le ingatkan aku sorang je  yang belum ada baju lagi. Berbalik pasal deme kuar nak beli bekas cenderahati, saya puasa hari ni. Mereka offer untuk tapau food untuk berbuka puasa tapi saya berseloroh saya tidak mau makan makanan luar, bimbang berat naik dan baju sekolah saya ndak muat.

Betullah orang tua omputeh ada kata "Beauty is pain"--- painla sebab kena jaga makan bagai. Tapi tu saya berjaga makan bukan pasal nak cantik, sebab memang dah tak cantik, nak cantik macam mana lagi? Ni dok jaga berat ni sebab tak mau kena marah dengan doktor. Appointment saya bulan 12 nanti. Perempuan ni bila sudah menopause lagi susah dia mau kawal berat, tau. Bukan tak boleh makan, tapi kena jaga portionlah.  

Berbalik dengan tema back to school tu, memanglah gempak, tapi pada saya well nampak simple tapi sebenarnya susah agak ambitious, dan memang nak tengok berapa ramai yang turn-up di ofis pada 13/10 besok pakai baju sekolah. Wow kalau semua pakat mai opis pakai baju sekolah, tak tahulah mak nak cakap apa. It is not to say I am not happy, tapi saya rasa gaya hidup begini macam complicated. Terfikir pulak orang yang compang-camping pakaiannya, kita mencemuh, tapi mungkin dia lebih bahagia sebab tak payah nak serabut otak fikir pasal pakaian apa yang nak dipakai. Ini baju kat umah tu dah tak muat-muat lemari dah, tapi gigih beli baju tetiap bulan. Lepas tu pening kepala pulak nak sumbat mana kain baju banyak-banyak ni.

 

Memilih?

Aku dari dulu tu kepercayaannya kita ni tak de kuasa pun nak memilih sebab semua Tuhan dah tentukan itu ni. So, follow the flow ajelah, tapi yang hat-hat blok sana-sini tu he he--- itu rasa itu orang pun tak rasa terkilan kau blok so memang tak ada isu. Kau sorang buat hal engkau. Kau tak kacau orang pun. Tapi tah kenapa dah lagi dah nak 10 tahun nak pencen ni tetiber terduduk dengan orang-rang glemer opis ni. Tu lah tu bila dok opis tu dok berlaku tukau sana-sini, kan tu yang jadi gitu. Dulu kije kat kampung tukar sana sini pun kau buat kewangan akaun gomen bahagian kampung paling-paling ramai pun engkau 2, 3 4 ketul itu ajelah kawan engkau. Orang kije akaun, kewangan ni gitulah dia simple, simple aje. 

Bila dah duduk sini walau sama kewangan, dah ramai-ramai tu dan dalam ramai-ramai tu memang adelah group-group yang menonjol gitu. Opkos le aku tak termasuk dalam group tu. Tok seh deme nak kawe kito--. Tapi yang ni ntah macam mana boleh termasuk, terikut ntah aku pun tak perasan pun, aleh-aleh dah terikut dah. Tula sebab aku suka masak-masak dan suka plating makanan, kek, manisan, dan aku suka/berbakat buat doorgift dan cenderahati tu yang jadi termasuk group deme. So mengikutle aku ni macam lembu dah kena cucuk idung dah, sampai ada kawan sound kat aku gini "dulu akak tak macam gitu" dengan nada tak brapa best aku nak dengar la.

Dan tak sampai setahun duduk dengan orang glemer, tak sampai 2. 3 event bertema itu ini kami pulun spam kat soc-med, mainly watsap status aku dah rasa penatlah juga ni. Last upcoming tema kau tau apa? Back To School. Alah hai mak datin oooiiii----mana aku nak cekau baju skola mak ooooiiii--- yang jadi penat tu bukan nak cari baju sekolah, tapi sebab aku la ni sedang busy nak gi ngoudit, prepare data, deme dok tanya-tanya dah ada baju ke belum.

Macam nak naik angin jugalah rasanya, sampai aku rasa aku nak cuti aje hari derang buat even tu. kebetulan hari tu jadualnya aku akan baru pulan dari Terengganu, Ahad aku dah gerak keluar dari KL, jadi ok je kalau Jumaat tu aku ganti Ahad yang aku dah kije tu. Mujurla dah musim tengkujuh ni katanya Taman Laut sana dah tutup. Kalau tak tutup memang aku lajak berskuba, snokerl di sana.

So pasal tema back to school ni memula aku rasa sangat membazir je nak beli baju sekolah, rege paling murah pun RM50-RM70 hengget belum masuk tudung sekolah. Kalau yang sebelum-sebelum tu setakat pakai baju sama warna tu ok gakla. Kalau tak de warna boleh je beli baju RM14, RM15 hengget kat tik-tok tu. Baju-baju tu boleh je pakai gi opis ulang-ulang. Ni nak beli baju sekolah sampai nak cecah RM100 hengget, kau rasa. Aku rasa nak pengsan/bebulu jugaklah,kan.

Tapi tu tetibe petang semalam kawan aku pegawai pendidikan kat kampung ajak snorkel kat Pulau Besar. Tetibe je aku terfikir, why not beli aje baju tu lepas tu bungkus balik mintak tolong kawan aku kasi kat budak kampung yang susah. Dulu masa aku kekecik duduk kampung tak menyenat baju skolah aku mak sedekahkan kat bebudak kampung. Suka derang dapat baju aku. So semalam aku pun masuklah tik-tok beli baju sekolah. he he--- 

Besok ka lusa aku ingat nak buat name-tag sekolah. Itulah masa kengkawan sekolah aku buat name-tag hari tu aku terlepas pulak masukkan nama aku sekali. Tak pe, nanti aku nak watsap balik kawan aku tu boleh lagi tak nak buat name-tag sekolah. Rasa ok je kut tu. Kalau tak boleh pun, setakat lencana sekolah tu, rasa ada ready stok tu rasanya, so kalau dah ada ready stok lencana, tak payahlah aku buat name tagnya, pakai aje tag nama opis dengan lencana, kan?

Ko, rasa? Ruwet, kan berdampingan dengan kelompok begini. Ntah apa-apa tah. Ni ni aku nak cerita ni masa dinner tema Kesultanan Melayu, hat kawan-kawan yang betul-betul glemer tu, tentulah dema dah naik pentas bawa bunga pahar, sirih junjung bagai, mengiring "Sultan dan Pembesar Negara" aku ni duduk kat bawah ajelah negoknya, tetiber elok dan-dan deme masuk dewan nak naik pentas, adalah staff dari Cawangan, lelaki, aku tak kenal komen gini " ala, yang cantik-cantik ni harap muka je cantik, tapi kalau suruh buat laporan, hancur" 

Ooommmakkk gitu orang hasty generalisedkan bila dah cantik-betema-tema bagai, ni pulak. Hadoooiii kalau selekeh orang keji, kalau glemer pun gitu jugak le gamaknya, iya, bestie?

Tuesday, October 3, 2023

Selective Part 2

Sambung cerita semalam. apa cerita benda, ketegori mana, orang macam mana yang aku blok. Ok before aku cerita lanjut aku ni ada terbalik sikit perangai aku. Aku kalau orang blok aku, rejek aku, aku ok je. Kadang tu bukan setakat lega tapi hah "alhamdullillah lega" bila direjek. Kalau time tak lega pun, contoh aku bebenar nak kan sesuatu tu tapi kena rejek, kecewa aku kejap aje lah. Tak delah berlama-lama sampai berdendam bagai.

Tapi aku ada sikit rasa tak siok kalau aku yang blok, rejek orang. Klau blok no orang meniaga tu, orang aku tak kenal langsung tu no hallah, ni kalau orang aku kenal, satu opis memang aku agak susah atilah sikit. Contoh macam bebudak batch baru ambilan baru yang gegediks ni alahai, meluat aku negok ea, pengalaman tak seberapa tapi kalau bercakap tu, mak tuan aiiii----sebolehnya ku nak cuba tak nak meluat-luat dengan deme.

So far so good alhamdullillah aku ok je dengan derang, derang je yang tak geng aku. Taklah rasa bersalah sangat, kan. Ok ni yang ketegori mana yang aku rejek ni, ada satu ketegori tu yang, yang nanti adalah orang komplen, gini "aku tengok soc med dia belanja sakan, tapi utang aku tak nak bayar" Jeneh, yang kita nampak luaran sangat bermewah, tapi sebenar ada masalah financial". Itu memang aku ngerilah kalau orang jeneh macam tu.

Mujurlah macam aku kan gitu macam aku sudah baca mendrem ku, dalam cerita terbaru, pengalaman terbaru ni tetibeeerrr lepas bermekap bagai hari tu, dia yang macam dah tak nak pandang muka aku dah, mcam dia pulak yang meluat dengan aku. "alhamdullillah" Meluat betul dia tengok aku. Kenapa dia meluat? Aku rasa aku tahu. Satu aku jenis yang hodoh tak menarik, gendud, malas nak "dress-up" ada satu kejadian kat opis aku, kawan aku cerita, di Surau Al-Furqan sana, selain bersurau, dema aktif cari jodoh untuk ahli yang baru kematian/kehilangan suami/isteri. Umum tahu surau Al-Furqan majoriti ahli T20 Putrajaya. So, aku pun cakap le kat kawan aku, kalau ada Datuk-Datuk duda nak cari bini, kenen le kat aku. Aku nak Datuk title yang Istana/gomen bagi. Bukan datuk yang bercucu. Itu aku punya standardlah. Bila dia dengo macam tu punyalah dia meluat tengok muka aku. Dia cakap gini, "kalau nak Datuk sangat, pegi le ngorat kawan akak tu. Aku pun jawable, oh itu dah lama dah aku ngorat, tapi dia rejek. Kalu tak dah lama aku kawen. Idaklah aku suruh dak Shark laki dak Ira ni ajas aku dengan Datuk Al-Furqan tu" Dalam hati dia mesti kata, "tak sedar diri, dah kawan sndri pun rejek, apa kau harap yang bukan kawan tu nanti akan accept?"--- Well apa aku kesah, belum cuba belum tahu, kan? Manalah tau rezeki aku memang berlaki kan Datuk, Hambek kau. Personally aku lagi suka hati diumpat keji anak dara tua tak sedar diri memilih, dari main tangkap muat je berlakikan jenih lelaki yang depan kawan nampak have-have, healing memancing kat laut dalam, sewa bot ribu-riban, ada four-wheel vehicle bagai, tapi dah tersadai kat umah tak de pitis nak maintain dan bini sndri komplen lakinya umpama 'kais pagi makan, pagi, kais petang, makan petang" when economic down-turn occours. Orang tetua kata, bila jeki rimau makan besau, bila tikus masuk roman, bini plak kena begolok begadai.

So,ceritanya dalam, 2,3 hari ni aku risaulah aku tertak suka termenyampah dengan dia pun jadi settle kini. Udah tak meluat lagi dah, dia pulak la ni meluat kat aku, kalau cakap tu pandang pun tak mahu. Aku lagilah lega rasa hati. Aku nak meluat dengan bebini yang sanggup begolok-gadai nak maintain laki dia, dah kenapa, rete dia yang digadainya bukan reta kau pun. Besok dapat jeki rimau, dia tebusle balik barang yang digadai atau beli jak barang baru yang lagi mahal, lagi lebat ropenya, tak gitu. Yang ko sesibuk nak mengecam-kecam, meluat-luat dah kenapa? Orang niaga memang gitule deme, kan? Ekonomi shulit gini memanglah perit, hah tunggu masa boom besok, kau yang mengeji pulak yang akan malu, gitu-gitu sahaja.

Jadinya aku lega.  Hah kalau dia dah meluat, idakle dia ajak-ajak aku, ke sana-ke mari. Nanti aku cerita pasal ada satu upcoming event yang bikin aku, terpikir je benda tu, napas aku jadi copot-copot, tetiba rasa capek, bestie .
 

Monday, October 2, 2023

Selective

Tak padan mental, mulut jahat, muka tak comel, debab tapi pemilih. Ko rasa? Maybe I was born introvert, lepas tu anak tunggal pulak. Jadi kalau berkawan-kawan ni no big deal sangatlah kalau tak de kawan pun. Ada satu period in my life memang tak ada kawan langsung pun. Latter on feed back yang Ai dapat memang derang komplen, they actually wanna be fren with me tapi derang takut. Ntah apa benda takut malas nak fikir.

Sekarang ni pun lepas bemeka-mekap bagai masa dinner balik opis ada orang komplen takut nak tegur Ai. Ai is busy nak goreng Ikan Celup Tepung. He he--- Ai is dah siap cakap kuat-kuat dekat my team leader cakap gini "Ai tapis data ni, kalau semua clean, I gi Gannu Cari Ikan Celup Tepung". Why Ai is so marah sangat tu? Adalah isu teknikal sikit pasal data-datanya Rahasia GOMEN yang akan memalukan orang GOMEN jua.

So, duduklah Ai sorang-sorang ngadap Data. Aman rasa hidup Ai. Memang 2, 3 hari ni rasa happy semacam je. Malam-malam bila penat Ai baca Quran. Itu Ai kena baca sebab dah janji dengan Ayah kena baca at least satu muka surat sehari, walau selalu tu tak baca pun. Dulu masa kecik Ayah selalu cerita, kat dunia ni ramai kawan, tak pasti kawan boleh tolong kita kat mahsyar nanti, tapi ada satu kawan yang sangat boleh bantu di sana. Dia adalah Quran. Masa di Sana, dah ramai-ramai bersesak-sesak sampah berpeluh-peluh dan peluh manusia melaut, membanjir, Qran datang bertukar jadi sampan, untuk halangi kita kelemasan dalam air peluh tadi. Sound so tak logik, kan? Tapi masa tu kau kecik, kan dan budak kecik, wat do you expect. Normallah tu budak kecik kan suka dengan cerita pepelik, kan?

Bila dah tetua ni bila kita rasa letih, lelah dengan kengkawan kita sendiri, bila kita bukak Quran rasa tenang. Rasa macam bebudak, orang tua ini jaman rasa macam healing gitu. Kalau kat opis tadi terkesanlah sikit bila ada kawan sampaikan si A kata dia takut nak tegur sebab Ai is nampak busy semacam, bila sampai umah relek-relek sikit baca Quran rasa lega. Kalau tadi siang bila kawan menyampai ada rasa-rasa "aku sebona ea memang nak ngelak dari kau yang berserabut tu, tetiber sampai umah dah relek relek ni, terfikir balik menter "tak Islam kau kalau kau tak sayang saudara kau macam kau sayangkan diri kau sendiri.

Hadooiii Ai is memang kalau boleh tak nak serabutkan kepala dengan fren yang satu ni, adalah masalah dia. Ai kalau orang macam gini memang Ai is blok habis. Tapi tu,lah kan, kau blok-blok penat menblokir, kau blok yang ni, ada yang lain, blok lagi, datang lagi yang lain, sampai hallamark kau fikir sesesia penat memblok aje, kan? Kalau asyik memblok aje, apa jadi pada mentera sedara Islam kau? Kau pun kepercayaan yang kunun Islam itu Agama Cinta, kasih dan Sayang, sedangkan kau as A Muslim asyik-asyik kijenya memblokir orang. Kau kata orang blok engkau, yang kau blok orang kau tak kira pula, kan?

So, life is sooo hard isn't it. Penat tau! Komplen? Why Ai rasa penat? Dah tua kut. Energy dah kurang. Dari Muda dulu pun Ai is lebih suka membuta dari berkawan, inikan pulak dah tetua ni, kan? Dulu memuda tak de kawan sebab insecure sebab gemuk, dan lebih mengerikan bila berkawan takut kecikkan ati orang kalau bercakap. Bila orang dah kecik ati mulalah orang/kawan sendiri kutuk Ai. Itu yang paling, amat menyedihkan, tak gitu?  Dah tetua ni tu yang jadi malas dah haku ni nak kawan sana sini. Kau nak kata apa katalah, tak de network, tak berjaya ke hapa ka. Kalau fikir balik pasal network, net-worth dan kejayaan, nak sedapkan hati, di Masyar sana ada satu orang boleh kompem can HELP you to connet with the highest Al Mighty. He is Muhammad PBUH. Dan nak connet dengan dia mudah je. Tak payah goreng ikan celup tepung bagai, beratur berbaris Alha-Alfa bagai, sebab nak amik ati dia, cuma kena selawat je bebanyak, So lets selawat banyak-banyak, kan? Ni selawat pun dahlah malas, macam mana tu?

So pasal kawan yang dah serabutkan kepala otak saya, Mau blok juga ka? Senang kau blok aje, tapi bertentangan pulak, kan dengan mentera kasih aku tu. Hah, macam mana nak deal ni, rasa serabut dah macam masuk pasal bengkek, cinta macam dah nak beralih ke hurmmm----janganlah sampai ada benci di hati. Tak gitu. Betul Selawat je bebanyak kalau nak selamat, tapi aku rasa sebagai orang Islam, aku juga ada ati yang tinjuk Islam versi aku. Versi Cinta. Macam manalah nak cinta, kan, Kau asyik blok orang aje kijenya.

Sunday, October 1, 2023

PAKU DULANG PAKU SERPIH

Ni nak sambung sikit pasal tagline, "TEAM AKRUAN TAK KERUAN" tu----tu kita ngata orang. Sebelum kita mengata orang baik kita kata diri kita sendiri--- kalau mereka tak keruan, team aku pulak TEAM IKAN CELUP TEPUNG hah tak gaytew? he he he---

Apa yang tak keruan sampai nak celup-celup tepung tu? Ini lah cerita opis aku ni nak ngadap IR4.0. Bebenda IR IR ni dah lama pun, tapi bos-bos dulu tak de le pulak deme lorat nak menjelmakan IR dekat opis. Bukan tak nak jelma, kami ni Internal Audit, kami ada mentor besar di MoF bawah unit BKSK saaannnaaa. Hah kau ikut jelah template orang BKSK, kan? BKSK tu stand for Bahagian Kawalan Stratergi Korporat. Dah ada nama Stratergi dalam tu, hah tahulah think-thank depa memikio macam mana nak ngelon bebenda alah IR ni.

Tapi bos aku sekarang ni dia ambitious, dia nak lead, nak terjemahkan sendri-sendri. Perkasa sana-perkasa sini. First dia kacau team aku le. Ubahnya team tu dari ngodit prestasi kunun nak ngaudit sistem kunun. Haiii kat KPM ni kan berselirat sistem ada. So kije aku yang pertama aku listkan segala macam tok nenek sistem yang ada kat KPM ni, bukan di Sekolah, Jabatan, Pejabat Daerah je--- kat IAB pun aku gagau sama, aku mintak mereka senaraikan. Penyudahnya handau je. Kami ni terkakau-kakau nak cari tajuk sebab bab tajuk kunun nak audit sistem ni katanya macam tak jadi. Napa tak jadi, katanya tak de implikasi kewangan. Sebab sistem tu semua dibangunkan secara inhouse, zero cost. katanya. Dulu pernah balaci/penjilat tegar bos kata "you auditor, you tak de ilmu, tak de kepakaran untuk buat audit sistem" 

Bila dia cakap gitu, kita bagi berkenalan kat orang audit luar yang memang tak de back-ground IT yang mengaudit sistem. Ada tu mula akaun lepas tu sambung belajar sampai ada doctorate dalam bidang IT. Hah kau, malu alah dia sampai bila dah malu, pencen awal dia. Tula bila dia dah pencen, bos aku karang pulak naratif tak perlu buat audit sistem sebab tak de keperluan sebab tak de implikasi kewangan, kata dia. Nasib baiklah dia tak senada macam macai dia. Aku rasa dia pun tak berani nak cakap gitu, sebab takut jadi macam macai dia terpaksa bersara awal sebab banyak dapat sakit, sakit itu, sakit ini. Itulah engkau sesuka hati cakap orang tak ilmu. 

Lelepas tu aku terfikir jugak, wat if kalau aku bos, apa aku nak buat bagi nak nyahut/nak jelma kan IR 4.0 dekat kementerian aku kije? Kalau akulah kan, bila aku dah tetua gini, aku taklah ambitious sangat pun, kira aku akan tunggu pencen je. Kalau bos aku KSU aku lorat nak IR IR, aku tak larat, aku pencen jelah awal, pun. Apa masalah, kan? Ni, sini ni, KSU aku idak lelorat sangat. Adalah dia minta audit guna satu sistem tu macam JPM guna, itu ajelah. Benda dia sesimple je. Tak delah sampai nak ngaudit sistem bagai.

Benda IR IR ni kau kena ingat, kau ada KSU, dia tahulah macam mana, lagu mana dia nak jelmakan apa-apa. So berbalik pasal sistem yang KSU, Datuk Indera aku nak kami buat ni, langsung tak de kena mengena dengan team kami pun. Itu orang team kewangan dengan pegawai teknologi maklumat kami yang kena bikin. So kami ni jadi apa? Jadi Team IKAN CELUP TEPUNG lah ha ha ha-----


Saturday, September 30, 2023

BERTEMAN ITU Lelah Bestie!

 Aku cakap pasal orang tak nak bersaudara/aka berkawan dengan dengan aku kunun aku mental lah, aku jahat mulutlah, pendeknya kunun orang tak sukakan aku. Iyalah tu orang tak sukakan aku, tapi aku rasalah aku yang tak sukakan orang. hah! gitu.

Sejak bila aku perasan aku tak sukakan orang? ntahlah agak sejak-sejak temanku ajak aku berabis ikut tema dinner opis baru-baru inilah rasanya. Sejak aku termasuk dalam kelompok pempuan-pempuan glemer opis he he he--- Macam mana aku boleh termasuk pun aku pun tak tahulah. Iyalahkan bila dapat bos baru kan kita kena tukar-tukar unit. Aku termasuk dalam unit ICT. Aku ni nak kata pandai sangat ICT ni idaklah jugak, tapi sebab dulu aku sekolah kat MMU,kan, lepas tu berbestie pulak dengan orang yang memang suka buat konten dalam soc-med, so kontent-content ni memang aku ada sikitlah up to the next level dari kawan-kawan kat opis ni.

Lagi satu pasal analisa-analisa data ni kan dulu aku amik master, so pasal analisa, soal-selidik ni pada aku ala apahallah sangat. Tapi pada bos-bos aku dia kata aku ni macam terror sangat. Itu baru aku cakap sikit pasal skala likert belum lagi bebenda tools statistic yang ntah-apa-apa tah tu lagi,kan. So, pendek cerita memang nampak idaklah bodoh sangat bila aku join team ICT tu. Lagi satu ICT tu kalau ko pegi balik-balik pantai timur sana ICT maksud dia Ikan Celup Tepung. Owhhhh kalau ICT yang itu lagilah aku pakar, tu kau jangan nak sanggah-sanggah, kau bagi aje aku kuali besar, dapur besar, api marak, minyak barang 4, 5 kilo, sea--food, ikan, udang, ketam, sotong, hah memang kau tengoklah nanti berkerinting-kerinting ICT aku boleh bikin. Tak yah kau pegi Pantai Timur sana, sini Putrajaya pun aku boleh bikin. Infact, kat opis ni pun aku boleh goreng ICT, Tak perlu kuali besar, dapur besar pun aku boleh buat, dapur letrik pun boleh bestie, as long as ikan, seafoodnya segar. Memang aku suka, memang hidup, cerah mata aku. Penat-penat pun boleh jadi bertenaga. Hah gitu.

Yang capeknya, yang lelahnya bila layan kengkawan pempuan glemer ni. Derang ni bukan asal Audit Dalam pun, derang Audit Luar, duduk bawah Datuk Salwani glemer, Fatimah Ramuji Janda bergaya Sabah, Wan Suraya gila publisiti tuu sana. Jadi kalau ada event dinner memang mereka berabis. Sewa baju bagai, last-last nak make-up-make-up. Aku ok je kalau nak make-up, tapi kalau make-up rege setakat bawah seratus ni aku macam skeptikal je. eh ok ka? tapi kalau pakai dalam 3, 4 jam ok kut.

Letih bestie layan derang pegi fitting baju sewa, pegi Alha-Alfa, cuba-cuba gincu, pemerah pipi, foundation, calit-calit kat tangan, tak kena, calit lagi, calit lagi, habis tangan aku warna-warni gitu. Lepas tu aku balik umah bukak tiktok, mak Nelopa iklan foundation dia ada teknologi boleh kesan warna kulit kau, dia ikut saja tona kulit kau, lepas tu ada SPF45 pulak. Nasib baik aku tak beli foundation Alha-Alfa. Tulah tu berejam duduk dalam sana satu barang tak beli. Balik kena racun dengna Mama Lopa, beli barang tik-tok. Bila barang tik-tok tak sempat sampai aku rembat/ mengendeng kat kawan aku kat kawan yang aku tahu pakai mekap mahal. Padahal tadi, dari hari aku beratur-bercalit-calit di Alha Alfa, kawan aku dah pujuk aku dia nak meka-up kan aku.

Bukan masa tu aje, dah sampai tempat dinner pun dia pujuk lagi, Dia tau aku tak beli Alha-alfa tapi dia dah agak aku ada beli foundation lain. Tapi macam mana dia nak mekap aku foundation Mama Lofa aku tak sampai lagi. Dan aku rasa dia mesti merajuk/terasa hati sebab aku mekaup dengan orang lain. Aku rasa dalam lepas dinner  hari tu dia memang aku rasa macam "jauh"lah. hurmmmmm----Dahlah dia ajak aku sewa baju aku tak mau, ajak make-up tak mau, lepas tu aku adalah terkritik something pasal team dia. Bukan aku nak kritik pun, tapi terkritik. Itu lain kali aku ceritalah, Atau aku tak cerita langsung. Sebab nak cerita pun payah sebab terlalu teknikal ceritanya dah cerita ala-ala aras fikir Wan Suraya Madam PUBLISITI tu, jadi tak payah aku cerita, tapi aku sort of like pendeknya aku mempersoal yang mereka/dia team tu tak kompetent enuf---temanya "team akruan, tak keruan" itu tag-line bukan dari aku eh itu dari ada pegawai lain. Bila dah terkeluar tag-line begitu hurm kau rasa. Eh kalau akulah aku rasa demotivated, jugaklah, kan. Nak reverse, nak erase tag-line TEAM AKRUAN, TAK KERUAN aish bukan benda mudah tu.

Dari situ kalau aku renggang dengan kawan aku tu aku rasa, kau rasa apa ek. Aku kata kata aku renggang dengan dia sebab dia tak suka aku ka? Tapi aku yang taknak serabutkan kepala otak aku? Kau komplen kau tak de kawan sebab orang tak suka kau, tapi ko rasa? Aku rasa aku yang malas nak berkawan/berteman, sebab berteman itu capek Bestie. 



Thursday, September 28, 2023

MERENYAM

Hah ni sambung gossip/mengumpat pasal hari kita sibuk bersidang berdinner kat KL tu, kan. Hah aku nak ngutuklah la, besidangnya ntah apa-apa tah, lebihnya malam dinner yang setoit tu. Ni kisah akule, orang lain aku tak tau. Bersidang aku bawak badan je, dengar ceramah dan lebih kepada orang di State, hala tuju mereka, macam mana nak sync kan mereka dengan ibu pejabat. Yang ada cawangan ni audit kewangan je, aku audit ICT memang stand alone, so bebende sync tak sync ni memang aku tak amik port pun. So aku fokus cari baju, buat sanggul untuk persidangan tu. Berabis aku menunggu shipping metal nak buat sanggul dari Chaina saaaana, sekejap sekejap aku bukak tiktok nak tengok barang aku dah sampai kat mana. he he he--- 

Bila barang dah sampai, infact masa belum sampai, pun berejam-jam aku tengok tutorial orang buat sanggul. Pendek cerita, baju dah ada, ala baju konvo aku je, aku sauk, lepas tu beli selendang yang matching dengan baju. Tudung tu aku memang tak kan pakai tudung rega atas RM10 hengget, dan memang tak plan nak beli tudung pun sebab dah kan aku kata aku pakai baju konvo, opkos le baju aku memang dah siap tudung dah. Cumanya bila memasing sibuk, aku pun buat-buat sibuk jugalah, maka belilah aku tudung bawal rege RM35 hengget. tapi aku batter tudung tu dengan sanggul kat orang jual tudung tu. Yang menjual tu kawan opis aku.

Ok dah sattle baju tudung, selendang sanggul bagai, masuk bab mekap pulak. Haddoooiii berabis aku berbaris di Alha-Alfa IOI sana melayan kawan opis aku. Last-last kau tahu pasal mekap ni aku ngendeng je mekap kawan aku yang memang aku tau dia pakai mekap mahal ha ha ha----aku tengok Alha-Alfa tu pun aku rasa tak berseleraaaaa jak.

Ok ni tiba bab mengumpat ni, dah memasing tepek Alha Alfa-Alfa-arabutin bagai, udah menjelma la masing-masing bagaikan puteri. Meh sini aku tunjuk sikit transformasi tu kat bidio ni.


Ok dah lawa-lawa ni memasing pakat post kat soc-med,lah kiranya. Ada sorang minah tu udah gulana, sebab post di FB dapat perhatian. Post FB kau, sapa tak risau kan sebab dalam FB sana rata-rata remaja purba sebaya aku je yang layan skodeng./lepak sana. Kalau insta ka, tiktok ka oklah jugak, Ni FB, wat do u expect? Udah risau dah dia. Hah tu lah sapa suruh mekap tetebal. Tapi memang mekap kawan aku tu pada malam tu memang tebal, kau.

Hambeklah memasing dok kata lelaki tua tak sedo diri, gatal-gatal-gatal. Itulah dia pempuan ni kalau tak mekap, insecure, dah mekap jadi cerita lainlah pulak. So, bila cerita pasal lelaki miang ni, kira aku dengan ada sorang pegawai tu memang terselamat, aku bilang sama pegawai tu, "Saya rasa kita terselamat sebab bila derang ni tengok muka kita je cik xxx terus terngiang-ngiang di telinga KULLUNAFSIN_ZA_IKATUL_MAUT" 


Wednesday, September 27, 2023

MERAPIK

Dalam memingu lepas, lepas, lepas, opis aku busy le buat annual event terlevel-level kayangan/event penting kami iaitu Persidangan UAD. Ni kira event besar bagi semua UAD dalam gomen ni. Dalam sesibuk kelam kelibut, busy bebenau ni, aku dok tetepi memerati---dalam dah ramai-ramai tu sesibuk jadi kuar memacam cerita---- cerita tak best le,kan yang kuar, cacat sana sini tu-

tetiber aku terperati satu benda dan tetibe aku rasa macam nak tuleh gini

---Kau dahlah tulis naratif songsang, lepas kau membunuh ( bunuh kerekter orang) just semata-mata nak menegakkan juga jalan cerita kau  yang tak betul tu--- #demisebuahnaratif 

eceh tiber

Ini sama sekali bukan pasal aku pun, tak de kene mengena dengan aku pun cumanya secebis cerita kawan aku yang datang mengadu--- cerita si A ni suka bagi buah pendapat pandangan ie sort of pakar rujuk kat opis sebab dia paling lama kat satu unit dalam opis ni. Tapi sebenarnya ada orang lagi lama dari dia, dalam unit, tu tapi dah tukar-tukar unit lain. Jadi tu dalam memberi pendapat, pandangan, buah fikiran, adalah buah fikiran dia yang mencurigakan/ tak boleh pakai. Orang yang mintak pendapat ni pun tak amik port sangat pun pasal buah tu, just proceed ajelah, idakla dia nak nyanggah apa-apa. Tiber dia yang suka berbuah ni macam perasan buah dia defect tau, dan semacam baru perasan dalam situ ada orang lagi lama diri dia. Kita namakan orang yang lebih lama tu sebagai si B. Ko tau, si B tu idak le dia nak mengacau sesapa, dia dok dendiam je tetiber ada orang sampaikan kat dia begini " A cakap, jangan tanya awak, sebab awak banyak hilang ingatan" Rupa dah dijajanya si B banyak hilang ingatan.

Sedihlah si B ni, lalu dia ngadulah kat saya---- saya pun cakap udahlah jangan peduli sangat dengan si A tu, biarlah dia sorang paling pandai, paling tahu di sini. Bagus tu orang tak datang tanya/rujuk kau apa-apa, senang sikit kerja kau. Ini, ni, bila dah jadi pakar rujuk besok salah bagi rujukan kau juga orang persalahkan. Lagi susah. 

Hah ni nak tanya ni laser tak ayat saya tadi--- tetiber nak buat satu himpunan kata-kata leser, orang tulis himpunan kata-kata hikmah, saya himpun kata-kata laser he he---kat mana nak himpun tu? kat sini ka? Idaklah saya himpun kat dalam buku tulis biasa yang selalu orang gomen dapat bila pigi ngodit kat skola-skola, bila dah banyak barulah saya update di sini. gitu.


Tuesday, September 26, 2023

Boundries

Ramai orang kata, especially orang pakar motivasi cinta Islam "lelaki dan pompuan tak boleh jadi bestie" Aku pun jadi peliklah sebab pada aku, aku lihat Isalm ni agama cinta, agama persaudaraan. Aku ada pernah baca mentera ni yang kat mana tah aku dapat tah, (dululah). Dulu aku hafal tapi la ni aku pun dah tak ingat dah mentera tu, tapi aku tulis sikit lebih kuranglah "tidak Islamlah engkau kalau kau tak kasihkan saudara kau seperti kau kasihkan diri kau sendiri. Setiap kita beragama Islam itu bersaudara"

Itu mentera aku dululah. Tapi aku dah tak pakai lagi dah sebab ialah aku ni, kan pengidap sakit mental, sapa nak bersaudara dengan aku, saudara ada tali darah daging pun bencikan aku. Kalau tak sakit mental pun, kalau deme tak tau aku mental pun, kat opis ni kije dengan gomen ni, bos manalah suka orang tua-tua. Especially kalau kau tua lepas tu sijil kau, resal peksa kau, CGPA kau lagi gempak dari dia. Memang dia anti sungguhla dengan kau, kan. Mana istilah tidak Islam kau kalau kau tak kasihkan sedara kau. Kau tak anggap pun aku ni sedara kau. Hidup berkelompok-kelompok, tak nak orang itu, tak nak orang ini, nak yang gini-gini aje.

Aku sebona ea bukan nak cerita pasal Islam tak Islam aku nak cerita pasal berbestie. Dah aku ni ramai orang tak suka, kan, bukan sebab aku mental ka, tapi sebab mulut aku ni ada leser sikit, kalau aku cakap ramai orang sentap, walau pada aku aku cakap tu benda "statement of fact" Orang anggap aku cakap besar bla bla bla bla, ala dia ginilah kita ni IQ level-level Chevening scholar, Fulbright scholar, duduk dengan orang IQ suam-suam, memang gitulahlah kita, tak boleh cakap lelebih sangat, deme sentap. Kita kena turunkan IQ tahap IQ mereka. Tapi kadang tu terlepas jugakkan?  Kita kena banyak kena senyap je. Cakap bebenda bodoh-bodoh je. Ok berbalik pasal bestie, kira aku, kalau ada orang/individu kenalkan aku  pada orang lain, rakan sekerja dia pulak tu, yang aku ni bestie dia, memang aku suka sangatlah dan aku anggap dia bestie aku sampai mati.

Problemnya bestie aku tu lelaki dan raaaammmmaiiii peminat ramai mengimpit ngaku bestie. Adalah sorang peminat dia tu, macam jenis peminat setengah masak, yang jenis apa barang tah, aku je bestie dia, kau bukan, kau jadi-jadian, kau perasan je. Siap kompare-compare lagi kau, dah kenal berapa lama? Berapa kerap kuar ngopi, berapa jam dalam setahun bersembang mesra. Berapa lama tidur sama bestie? Kau dah kenapa? Aku ni pempuan, bestie aku lelaki, apa barang aku nak ngopi berdua-dua selalu-selalu dengan dia.

Dia pempuan, aku lelaki, berbestie setakat setahun sekali ucap selamat hari raya, hari jadi, dan saling doa-mendoa, kan kejayaan, kebahagiaan cukuplah, kan? Yang nak gi camping sama, nak panjat gunung, hiking sesama, nak berpuisi berdua, bersama, tu bukan bestie lagi dah itu bini, tak gitu? Itulah tu nanti kalau aku jumpa bestie aku off line memang aku nak suruh bestie aku cakap "Mardhiah ni best fren saya" lepas tu aku nak rakam, dalam hp. Kalau orang tak percaya, iya ka bestie, brapa jam kopi sama, makan sama, baring sama, tidur sama, memang aku tayang video tu sama dia. he he---- Joking je. Idakle aku mengarutnya sampai gitu, kan. Tak perlu kita nak berdebat, dan membuktikan pada orang yang setengah masak tak pernah ikhlas berkawan bersaudara sesama kita. Kalau kawan tu nak pilih level-level Chevening/Fulbright, tapi tak sedar diri awak tu level-level KPM je. Naik level KPM pun sebab pandai kipas sana-sini. Bukan pandai kipas je, pandai pijak kawan, jantina pempuan ni hanyalah sekadar batu loncatan, landasan berpijak menuju tingkat lebih tinggi. Pempuan bukan untuk berkawan, tapi dikahweni, nak kawen dengan lawa-lawa level-level artis Negara, je. Apa dia ingat pempuan lawa tu tak de mata-tak de selera, tak reti nak set level-level juga ka, kan? 

So, berbalik pasal pempuan lelaki tak boleh berbestie, sapa kata tak boleh, cuma kena set boundaries. Itu je, kan? Lagi satu bila kau bersahabat dengan orang lain jantina, jangan pula kau jaja-jaja perempuan tu tak laku, tak tahu malu, gila tak sedarkan diri terhegeh-hegeh tergila-gilakan aku. Kau cerminlah sikit diri kau tu sebelum jaja kau tu hebat sangat, semua orang tergila-gilakan kau. Ambil sikit pengajaran dari bestie aku sendiri. Satu ketika bestie aku pernah maki hamun/meroyan dionline, pempuan gilalah pempuan bla-bla-bla. Iya betul bestie aku ni memang pempuan suka. Dia hensem kau, baik, dan tak macam lelaki tipikal yang suka dakwah kawan pempuan dia supaya buat itu ini, jangan buat begitu begini. Sampaikan ada sorang pempuan tu diceritakan kawan lain kepada ku kunun tetiap tahun buat umrah kat Mekah sana doa nak jadi bini dia, tapi sampai hari ni tak jadi-jadi. 

Aku rasa itu semua sebab ketulahan dia memaki/meroyan online ada pempuan gila tergila-gila kan dia. Bukan saja dia hingga kini sendirian tak bertemu jodoh, lebih parah lagi hidup dikelilingi macam-macam parasit sampai ada sekali tulah dia bersenandung, "Pine nan tua, atas gunung, banyak parasit" hah gitu. Napa sampai gitu sekali pedih perih rasa hatinya? Mana tak pedih, dah banyak kali duit dia kena "kapur"gitu-gitu aje dengan kawan-kawan dia jugak. Bila dia senandung begitu, dah mulalah orang bersepakulasi yang mengapur tu pempuan gila yang dia royan-royan kan online tu, tapi as his bestie aku tahulah 2 tiga orang kaki kapur tu sama jantina dia jugak, bukan skandal yang berlainan jantina, pun. Tak de pempuan gilanya, melainkan lelaki gila yang gila perasan nak ntahlah aku pun tak tahu apa perasannya, ada sorang tu perasan besok kalau bestie aku masuk politik, menang bertanding, jadi menteri, dia nak cop jawatan setia usaha sulit,lah setia usaha akhbarlah kepada bestieku.

Thursday, August 17, 2023

SENJATA

 


Aku tak sangka pulak kawan aku yang genius pegi Imperial Kolej dan dapat CGPA 3.98 tu boleh terkinja-kinja seronok dengan keputusan seperti gambar di atas. Katanya ini sikit lebih kuranglah terbukti kerja jahat Pudin dan Pizi, sudah Allah patah-patahkan dengan beri kemenangan pada TSMY. Abeh yang bertahun dia dengan cik BESAN YTL dia menyakau duit 1BestariNet tu hapa? Najib ka yang sakau? 

Aku frust ka TSMY lepas dari pertuduhan ini? Apa pasal pulak aku nak frust? Kan aku dah cakap awal-awal penulis report ni tak report pun kalau finding derang masuk bakul sampah. Pentaksub aje yang percaya kisah TSMY dengan YTL, dengan dana Darurat Kobid itu direkacipta oleh Piji dan Pudin. Aku rasa sengaja dilepas kan sebab lepas ni Bang Non ajak berciom-molot. Ko ingat Bang Non tu buduh, ka? Dan TSMY  berperinsip sangat ka? Kita tengokkan aje perkembangan seterusnya. 


  

Sunday, August 13, 2023

SENJATA TAK TERBILANG

Ada orang cakap politik sekarang ni dia dinamik, tak semistinya yang menang besar tu nanti boleh jadi besar dan yang dah nak nyanwa ikan kan terus melopkop mampus terus. Aku setuju jugak tu. Tapi macam aku nak meramal yang nyawa-nyawa ikan walau tak melokop, akn terus nyawa-nyawa gitulah pada masa akan datang. Aku ramalkan PMX akan kekal PM buat paling kurang pun untuk 2 penggal lagi. Lebih itu bonuslah. Kenapa aku cakap macam tu?

Aku ramal, dengan pengetahuan aku, PAS ni derang licik. Aku nampak gini, nanti PRU akan datang nanti, pattern dia still macam ginilah, PN akan kuasa undi Melayu, dan UMNO pasti akan langsung ditolak pengundi Melayu. Sebab kebiasaanya yang memerintah tu akan nampak teruk. Yang membangkang, walau sebelum ni memang Raja Sakau akan nampak macam Pejuang Rakyat. Nanti bila habis-habis undi, keadaan jadi macam hari itu jugak. Masa ni aku rasa PAS dan tak berapa nak herankan Tan Sri Muhyiddin Yassin, aku rasa Bang Non pun licik juga tu, dalam diam dia akan make the move "ciom molot dengan PAS" for the future.kan? PAS kena realistik mereka tak boleh kuasa Malaysia hanya dengan sokongan blok Sabah, Sarawak saja, mau tak mau PAS perlu akur, Malaysia ni ada Cina, ada India. Dan aku rasa, orang Cina India sini ramai macam aku jugak. Kami nak hidup aman damai je, tak suka gaduh-gaduh. 

Both Haji Hadi dengan Bang Non boleh berbaik dan berkawan, dan Haji Hadi memang dah biasa dengan DAP, alangkan Kit Siang yang agak extream pun PAS boleh kerjasama satu masa dulu, inikan pula Anthony Loke yang lebih lunak. Ini ramalan aku aje. Tak semistinya aku betul. Suka-suka meramal, kan Salah ke? Aku ada nampaklah dalam FYP aku naik ada sapa tah poster boy PN yang hensem. PAS pun ada naikkan poster boy dia kat Astro Awani hari tu. Budak Poster Boy PAS memang ramai yang terkujat-kujat naik pengsan memuji itu, ini. PAS dah ada KUDA baru. Apa pendapat aku dengan Poster-poster boy ini. Ntah. Malas nak kaji sebab aku rasa dua orang ni bukan lawan/level Bang Non. Bang Non still level-level Tan Sri Muhyidin dengan TUN atau Najib. Level-level poster boy ni nantilah dulu, paling cepat pun lepas PRU16. PRU 17 ke, kan? Itu pun kita tak pasti sangat pun. Poltik ni dia boleh macam-macam.

How about KJ dengan Saharil budak Alor Gajah tu? Kesian derang, kan? Kalau contoh PRU16 nanti PAS ciom molot dengan PH untuk bentuk gomen, dan tetibeer atas desakan PAS, Bang Non terpaksa sembeleh kawan sendiri dengan bukak Kertas LCS, Ada kemungkinan apa yang derang gelar geng Broker akan diampunkan dan diterima kembali pada UMNO.

Tapi macam aku cakaplah nama-nama yang aku sebut ni semua geng-sakau duit rakyat utnuk political milage. so nak dapat gomen bersih tu ada payahlah sikit. Gandingan PAS-Bang Non memang nampak bersih, tapi itulah derang ini pandai ke idak? Bijak, tapi macam tak berapa pandai. Thinker /architect/ MASON level-level TUN M dan TUN R tu, macam tak nampak bayang dia. Aku tak berani nak sebut nama Najib, sebab aku takut jadi macam TUN, dok rindu-rindu TUN M, bila TUN M naik, hadooiii, mak aii lagi bengong jadinya Malaysia ni satu ketika dulu.

Honestly, bila lagi dah 10 tahun nak pencen ni aku tak fikir sangat hal ni sangat pun. Aku rasa tak de bayang ka, ada bayang ka, semua ALLAH dan atur. So kita chill-chill aje. Jaga makan, jaga kesihatan be bappy dan jangan sampai hilang focus akan tujuan kita di sini. Fokus kita nak nyembah Tuhan, kan. Ni yang mengarut pasal politik pun aku dah tak tau dah kenapa tah ni.

Saturday, August 12, 2023

SENJATA TAK TERBANDING

Sambung cerita semalam pasal aku yang dulu ketakutan tu. Takut apa? Iyalah kan aku kata aku dah stalk blog anak murid bestie aku, dalam alam maya garang dia semacam, macam perwira yang rela mati demi mempertahankan hak dia. Aku takutlah dia betul-betul datang rumah aku naik kuda dan panah jantung aku he he ---- klako. Takut mati. Itu pasal aku cakap ketakutan aku ni mgarut je. So dalam takut tu aku buat-buat biasa aje. Takut hilang akal pun ada.

Macam aku cakap, aku sambung belajar, dan so far so goodla. Tak de orang datang naik kuda panah aku eehhh. Kuda pun sikit punya mahal apa. Bab berenang pulak, nasib baiklah aku ni sukakan air. dan aku bolehla berenang sesikit, kalau dia datang lemaskan aku dalam air pun aku ok je, sebab aku suka air. Mati lemas tak berapa menakutkan macam mati kena panah. 

So, pagi ni aku tengok le rezal PRN semalam, kira oklah PMX boleh bernafas lega, walau kerusi keseluruhan yang dimenangi lebih berpihak pada pepuak KUDA ni, tapi dari segi state, dia balancelah. 3 Negeri berbalas 3. Puak KUDA menang balik pantai timur, negeri yang majoritinya Melayu Islam. Puak Sekolar Mata Satu masih lagi bernafas di Negeri belah-belah dekat Putrajaya sini.

Tapi bolehlah juga atau kata lain tak salah aku nak cakap, Melayu undi KUDA. Deme tolak Sekular. Tak salah kalau aku nak cakap gomen hari ini tegak sebab ada orang kapir. Persoalannya sekarang adakah KUDA derang tu sudah cukup bagus, itu aku tak pastilah. 

Kalau ikut royan anak murid bestie aku, tu kan, kunun aku nak rampas KUDA dia, kalau si bestie tulah, KUDAnya dan yang menonggang KUDA tu, tak kisahlah sapa pun, rezal dia sama je. Ntah-ntah makin teruk. Makin kuat menyakau hasil bumi Negara. Yang menyakaunya lepas, siKUDA masuk penjara macamle cerita Najib Rosma. Kalau aku yang tunggang, lagilah teruk hah alamat jadi KUDA gila leeerrr---Belum sampai PUTRAJAYA  KUDA dengan yang tunggang KUDA kalau tak masuk gaung, mati lemas masuk tasik ka, atau lemas masa nak seberang laut Cina Selatan sana.

Honestly kalau aku dapat KUDA tu, aku hasut je, berenti kije, aku bukanya reti tunggang kuda pun, kan. Aku suruh aje dia ambil lesen lori, tukar kerjaya jadi pemandu lori sayur je. Ni nak nagambik-ambik alih gomen, nak tukar sistem ngarut ajelah. Sistem apa ko nak tukar, sistem berKUDA? Aku tak le mencabar, melekeh, aku tahu orang Kelantan, Terengganu sana hebat-hebat, tapi ntah aku rasa macam aku rasa ntah, aku kena check dulu, kalau tak cek, ikut semberono fitna mulut aku, yang ramai kat gomen ni orang Kelantan Terengganu, kalau tak Kelantan sana pun, yang ramai sini semua orang ISLAM. Dalam Islam pun ramai yang corrupt jugak.

Tiris, korup tak kira apa agama kau. Aku skeptikla, masa baru masuk kije dulu ada skandal yang orang nyudal dalam ladang kelapa sawit dedekat KLIA sana. Masa tu tengah nak buat KLIA. Ceritanya ntah sapa membuat KLIA (buruh KLIA tu) datang dari mana tak pastilah. Bangla kut. Bos kawan aku buat duit dengan bagi permit haram kat pendatang ni. Dah bagi benda haram, anggut lagi pekerja seks dari mana tah, buat kemah sundal dalam ladang. Buat duit berguni-guni betul deme. Siang diperasnya tenaga pendatang ni bina KLIA dengan upah yang minimal, malam dia amik balik upah tu bagi bayar amoi/nona ladang dengan bayaran mahal. Berapa dia bayar kat amoi/nona, ntah tak taulah. paranoid aku membayangkan langsung tak dibayar, pakai buang macam gitu saja, dibiar mati kering kawan tu kena lanyak dengan buruh KLIA yang ramai, itu. Bila benda ni tersebar, yang makan duit semua dah cabut. Bos kawan aku kena masuk masa tu ada ISA lagi. Duduk Kemunting sana. Bos besar dia bapak anggkat dia cuci tangan bersara awal. Orang kapir ke bapak angkat tu, eh orang Islam. Ejen Dajjal ke dia? Eh tidak Alim, kawen anak jemput budak tahfiz buat nesyid, marhaban. Aku pegi kawen anak dia. Siap aku berborak lagi dengan ketua Marhaban tu, Hah Adik ke kakaknya-- Almarhum Ustaz Harun Din- Al Hafiz. Eish memang Islamik,lah. Elit. Balik kampung itule Elit, tokey KUDA BERENANG MEMANAH. Mana ada ELIT ROsthchild rupa roman orangnya. tak de deeee----

Kau ingat senang nak jadi mandur Dajjal ni? Kau ingat idung pesek-pesek kembang macam kita ni Dajjal nak terima jadi Ahli dia? Kau belum dengo ceramah ustaz Auni, kut. Kreteria utama nak jadi Sundal Kapitalis ni, keturunan kau. Kau ada darah Keliopatra?, ada darah Namrud? Kalau tak de maknanya nak jadi mandur Dajjal, walau dalam gomen kau dah duduk cukup tinggi dah. Dan aku rasa real mandur dajjal kat Malaysia ni tak payah buat kije pun, cukuplah ELIT-ELIT Melayu KUDA ni buat kije derang menyakau hasil bumi, membina political war chest deme kunun demi nak lawan parti Sekular Dajjal. Tak payah nak rancang-rancangpun Pak-pak Imamn balik pantai timur sana beriya-iya hulur wang sana sini masa PRU lepas. PRN ni belum ada video tular lagi, Dia sendiri dah berbedak peruntukan untuk bela rakyat, jadi duit upah undi, so apa perlunya lagi mandur Dajjal nak pecah kepala nak pesongkan Puak KUDA ni, Dia sendiri dah terpesong dah. Tak payah kita pesongkan. Pesongan mereka lagi brutel sebab segalanya atas nama TUHAN.

Lagi satu aku nak cerita, aku ni kije kewangan, dulu tu dah dalam internet ada budak tu tuduh aku memacam, kadang aku berangan jugak yang aku ni mandur Dajjal, kan? Itu cerita dululah sekarang ni idaklah lagi aku berangannya. Barani kau berangan gitu, hadoooiii kalau bebetul jadi mandur Dajjal kang, tak cium bau syurga kau. Hah nak duduk neraka Jahanam, aish takut aku, tak mau. 

So balik semula cerita dulu---- masa aku kije jaga wang kicik peringkat dearah yang ciput-ciput je, bila aku nengok pesona-pesona yang peluk Quran bagai, komputer on ayat Quran tapi gigih pusing-pusing duit gomen nak buat itu ini, situ-sini, sikit ada masuk poket, hati aku sudah banyak kimbang----dia Islam yang gitu-gini dan buat kije lakukan pecah amanah dan berbuat korupsi, tanpa perlu aku ajar, jadi apa perlula aku nak memandur disini? Dia lagi hebat, ligat berbuat korupsi. Aku sendiri pun tak reti, dia lagi reti. he he---Makan tido ajelah kije aku, kan? Takyah susah-susah kije, dia pun dah lebih pandai dari aku dah. Benda yang aku tak fikir nak buat pun dia boleh dan sanggup buat. So aku banyak kimbang senyum riang gitu.

Itu berangan akulah, tapi real life aku ni muslim, kena kije bebetullah, apa termampu kita buat, kalau betul ada tiris, kita siasat, kita lapor. Lepas lapor dia buang laporan kita dalam tong sampah, no big deal, aku dah buat kije aku.  Atau lepas lapor dia kata aku fitna dia? Itu pasal kena lapor betul-betul. Kena tingkat ilmu bebetul. kumpul bukti sahih bukan sekadar here say here say. Jika tidak, memalukan pejabat aku je. Laporan aku kena orang kata "water tight" dia tak boleh konar kot mana dah. Salah tetap salah. Macam laporan-laporan yang dikemukakan di Parlimen tu, kan. Walau lepas masuk PAC bagai, Najib sorang je masuk penjara, nama-nama Lembu NFC, 1 Bestari Net dan banyak lagi lepas gitu aje, tak kisahlah. Aku rasa penulis-penulis laporan tu semua redha dan tak frust nonggeng sebab dalam banyak-banyak tu, Najib sorang je masuk penjara. Penulis-penulis tu mesti pernah baca dan percaya yakin bahawa "beyond all ideas of right and wrong, there is a field I'll meet you there"

So, tak de isu jika mau tuduh penulis laporan ni nak iri ka, nak dengki, hasad sakit hati atau nak risau/paranoid tak bertempat ka, kan? Sebab yang utama penulis dia sibuk nak tingkatkan ilmu dia agar laporannya mantap "water thight", manalah ada masa nak iri-iri dan berhasad dengki, ni kan? Selain ilmu baru, ada benda lagi penting. Yaitu nak jaga diri agar tidak hilang  fokus utama kita ada di muka bumi ini. Apa tujuan kita di sini? Tak lain dan tak bukan ialah dalam mencari redha Allah. Life is simple, jer. Tak perlu bertanding untuk tunjuk yang engkaulah penunggang kuda, pemanah, perenang handalan bagai untuk kelihatan kunun kau lah yang paling hebat dan benar di sisi ALLAH.  Jadi kenapalah nak susah-susahkan benda yang telah sedia simple? Chill Chill aje sudahlah. Tak de KUDA pun kita ada kaki untuk berjalan apa?  So, yang kau sibuk sangat rasa kita yang tak berkuda ni iri dan cemburukan engkau dah kenapa, kan? PARANOID la tuuuu.

Friday, August 11, 2023

Gelombang Hijau

Hari ni derang dok pakat pi ngundi, semalam aku mengumpat dengan Bos Baruku, level Timbalan Pejabat aku le. Lebih muda setahun dari aku. Aku dan dia memang seram ngenok gelombang ijau-ijau ni, kami seriau. Aku cakap dengan bos sikit lebih kurang gini "dema approach, memanah, menguda, berengan, kita sekular apa? SDG, Gender equality, tatakelola, mana nak terkelolanya dengan approach mereka" Bos aku jawab "scary" "yup, agree sesangat"---- sebelum tu biji buter percakapan kami 

Bos "Sapa balik kampung hari ni?"
Aku "xoxo, tadi lagi dah cuti. Semalam kut gerak balik tu. kempen PRN kali ni dahsyat, no?, Kelantan tak de masalah air, kita boleh gali perigi."
Bos "eeh, macam errmmm--hurmm, seramlah"

selain bos, ada lagi sorang kawan aku pun seram jugak dengan gelombang hijau ni. KJ je optimis kata sapa yang dah terseram-sejuk dengan gelombang hijau tu termakan hasutan LKS. Kat opis ni aku memang tak ramai kawan-kenalan, so far kompem seram hat 2 orang jelah, bos aku dengan KUPW32 aku. Dedua tu jeneh pempuan lelembut, alahai girlish-girlish. Aku jak brutal yang takutkan gelombang hijau. Aku tak tau hat dua tu takut sebab Kit Siang dah momok-momokkan dia, tapi aku yang brutel ni takut bukan pasal Kit Siang, tapi pasal apa! hah meh sini aku nak cerita----

Dulu aku asalnya sebelum aku ada blog ni aku melepak dekat satu blog tu. Pensyarahlah, pensyarah turn CEO Bestie aku sekarang ni. Tebeer kau anak murid dia mengamuk, aku sembang kat blog pensyarah dia. Kau ingat aku tak study ka sapa yang mengamuk tu? Aku studylah tapi idaklah  aku nyady sampai kat daftar rekod pelajar sana, tak perlu, aku stalk je blog dia. Dalam dia serang aku, dia nak juga up diri dia sendiri, so dia up blog dia.

Kat situ je aku dah boleh simpulkan yang minah ni minah-minah usrah yang obses takut Imam dia kena goda dengan sundal kapitalis sekular. Polos sangat minah tu. nampak sangat dia punya obsessi. Bestie aku tu pulak dulu kat sekolah Immam sekolah. Sekolah SBPI, Asrama Penuh, tempat bebudak Melayu/Bumiputera Sabah, Sarawak, gomen kumpulkan untuk jadi bakal pemimpin Melayu masa depan. Aku nampak sangatlah napa minah tu beriya-iya menyerang aku. Aku memang nampaklah roman bestie aku tu boleh jadi pemimpin besar pun kalau dia terjun politik. Tak terjun politik pun la ni dia CEO kat Sabah sana tu. Itu pasallah minah tu obsess tak bagi aku kawan dengan pensyarah dia, sebab aku dalam blog boleh aku cakap invisible hand. Kita invisible hands ni kita teori Adam Smith. Invisible hand tu kuasa Alami, Kuasa Ghaib yang lebih besar dari yang besar, Kalau kita Islam Invisible Hands tu Allah Taala, lah, kan? Kalau Pagan, kuasa roh nenek-moyang-leluhur, ka? Kalau Adam Smith sekular? Ntah orang sekular ni dia percaya apa ek---karma kut, "You reap what you sow" tabur tuai. Kau tabur benih baik, dapat benda baik, kalau jahar dapatlah jahat dan kerosakan gitu.

Tapi minah ni dia ingat aku cakap pasal Tangan Dajjal. Dia fikir aku nak ajak HERO dia join team Dajjal. So, meroyan-royanlah dia di situ, di dalam alam maya situ. Aku pun angkat kaki, tak brani aku nak tegur sangat bestie aku kat online. Off line kebetulan bila aku naik pangkat dapat posting kat Sabah, aku jenguk jugalah bestie aku tu. Kalau dia buat promosi buku kat KL aku pergilah support. Owh lupa nak bagi tau bestie aku ni selain kije makan gaji dengan gomen Sabah, dia jugak rajin tulis buku, lukis doodle sebagai hobi dan terapi minda. Mau tak terapinya kalau dapat pemuja tegar yand obsess macam anak murid dia, tu. Kalau aku pun pusing dan pening.

Pompuan gila? Bukan pompuan aje---aku bayang gini budak tu kekecik mak ayah dia dah latih to tak over the world. Memanah, menguda dan berenang---wow such a warrior. Nak cari kuda pun kenalah kuda yang bebetul world class, kan. Nak tak over the world nak bawa panji-ISLAM kenala all yang terbaik, kan. Jihad tu---Baik pempuan, baik lelaki sudah ditanam arahan sebegini, dan sudah tentulah mereka berani, dan menakutkan, tak gitu.

Tapi aku cakap balik, kenapa aku nak takut? Takutkan hanya pada Allah. dengan budak gelombang hijau pun aku takut. Honestly masa tu aku memang takut, kau! Aku lawan takut aku, aku pegi sambung belajar. Aku takut apa tah, aku pun tak tau. Lama jugak aku dapat penyakit takut ni. Penyakit ni beransur hilang pun, dalam kebelakang-belakang ini ajelah. 

Walau aku dah tamat study, dah naik pangkat, aku masik takut, yang aku sendiri pun tak tau kenapa aku takut. So each time aku takut aku ingatkan diri aku patut takut pada Tuhan saja. Berdosa aku kalau takut yang lain dari dia. Aku asyik baca doa Nabi Yunus, sebab kenapa aku baca doa tu. Sebab pasal aku pegi "usik" HERO dak Gelombang Hijaulah aku kena serang kaw-kaw punya, sampai aku ketakutan, hilang keyakinan diri dan sebagainya. Aku paranoid, aku cemas, anxiety, sesemua sakit jiwa kompleate package aku dapat, he he--- dengan sakit urat terkepit, dengan gerd lagi. Macam-macam aku dapat, sakit mental dan fizikal semua aku dapat.

How I come out of this kemelut? Tulah aku jaga makan, bersenam, healing/earthing, dekatkan diri dengan nature, pegi hutan simpam taman tugu kat KL, tu, kat belakang umah aku pun ada taman bunga yang viral kat Putrajaya ni. Macam itulah aku healing. Go back tu nature dan aku juga buat IF. Puasa. Lepas tu sikit-sikitlah aku healing.

La ni aku dah tak kisah dah pasal GELOMBANG HIJAU. Yurpt mereka sangat mengerikan, tapi aku tak takutpun dengan derang. Derang tu bukan pandai sangat, pun. I mean pemimpin-pemimpin mereka. Pemimpin mereka kalau bab sakau duit GOMEN pandailah dema. Pandai sakau duit, pandai propa, kunun pejuang rakyat. Tak caya cakap aku yang derang tu tak pandai. Tak percaya, bagilah derang takuover gomen lagi sekali. Bagi lama sikit memerintah. Barang 2, 3 penggal, kompem masalah air kat Kelantan tu tetap tak selesai. Lagi mau selesai masalah air kat Sabah? Hat nyakau air Kat Sabah tu masih jugak tak masuk-msauk jel. Najib sorang je berjaya mereka JEL, kan. Itu pun TUN yang pakar JEL, mengejel orang yang JEL, kan.  You tell me sapa orang lain lagi yang pakar selain TUN? Pakar sakau-menyakau, ada---lah. he he he

Wednesday, August 9, 2023

TEORI GAJI RAFIZI

Hari ini aku puasa sunat. Nak kata aku pokai idak jugak, tapi sebab aku nak ejas sebab awal bulan lepas aku dah joli katak sopping sakan kat tik-tok. Jadinya bila aku pose Isnin Khamis, banyak jugak aku dapat jimat. Kalau tak pose aku makan kurang pun, RM10-20 hengget, ko bayangle sebulan campur pose hari putih berapa banyak aku boleh jimat dan boleh berjoli ria kat tik-tok? he he.

So sebab aku pose aku nak sambung pasal pagi tadi. Idakla aku nak royan pasal naik gaji. Ko gile ke hapa orang nak naikkan ko gaji ko meroyan tak mau? ha ha ha----lantak pi lah lepas naik gaji makin malas, makin naik lemak-lemau ke hapa, ka, tak de kemajuan ka hapa ka, macam memberi dedak ayam ka, kan? Yang penting gaji naik. Gaji naik ko kije takat tu gak hah besok menjawab le kau kat Padang Mahsyar sana? kan? Kalau bebetul ko orang fikir banyak dalam, macam imam Syafiee tu, tak mau dia terima naik gaji tu. Berat tanggug jawab dia. 

Honestly, kalau tanya aku bebetul, aku pun takut naik gaji ni, takut apa, naik gaji produktiviti tahap tu jugak, bah kan makin belemak-lemak naik malas aku ni. Tapi sapalah aku, kan kekuli kekecik je. Kalau orang dah offer aku terima dengan gembira. Rezeki jangan tolak. Kita buat terhabis baik. Sebab nak terbaikla pagi tadi memang aku dapat cakap dengan kawan aku. Aku cakap pasal apa. Ini lah ni aku dengan IR4.0 aku. Sampai la ni aku stuck tak pandai-pandai lagi nak berIR4.0.

Aku dapat cakap dengan kawan aku, tapi dia tak boleh tolong, dia pun tak reti. Ceritanya gini, aku nak tarik ada satu data tu, tapi dia dah set tarik waktu malam je, 7 malam-7pagi. Betul boleh tarik waktu siang, tapi kawan aku tak reti apa coding nak bukak waktu siang. Dia cakap apa masalah bukak waktu malam? Bukak je. Memang tak de masalah tapi aku malaslah nak stayback malam. Aku bukan pegawai IT pun. Pegawai IT susah nak cakap. Bongkak dia nauzubillah. Langsung tak membantu.

Yang aku kontek tu pun pegawai IT lama kami, hah kalau dia ni senang cerita, kerja tak berkira sangat. Dia cakap sama aku, "apa masalah nak tarik data waktu malam? tarik je" Aku telan liur. Apa nak pening-pening coding-coding, dah orang bagi windo frame ikut aje lah. Ko rasa? Apalah sangatkan stay back barang sejam dua just nak down load data? Kita downloadlah dulu, kan. tengok apa binatang ada dalam sana. Ini tidak banyak betul alasan kita.

Yang sebenarnya apa? Kenapa tak mau? Sebab kita tak tahu. Takut kegelapan kita masuk dalam sana. Aku rasa minggu depan aku akan request BKP bukakkan aku lampu sampai jam 9 malam, aku pi godek jugak, nak tengok apa benda data yang tersimpan dalam sistem itu.


 

  

Ekonomi

Aku ni duduk kat Putrajaya ekonomi aku walau tak le mantap, tertinggi T20, tapi idaklah sendu. Aku rasa semua selesa. Aku bukan amik port sangat pasal orang sebelah-menyebelah yang mungkin susah. Bukan tak de susah, ada. Tapi susah yang boleh diajas-ejas. Susah sebab tersalah unjur, teramik loan rumah sampai 3, 4 biji, lepas tu tesado kalau nak disewa, tak kemana untungnya, maka terpaksalah dilet go umah-umah tersebut. Masa nak membeli rasa macam boleh bayo, bila dah beli masuk 2,3 tahun bayo rasa tak terbayo lah pulak.

Itu cete kawan-kawan aku, ceta aku, ok-ok aje. Makin ok, sebab tetiap tahun gaji naik, loan aku pun taklah banyak mana pun. OPR ka, lending based rate ka naik dan rugi, pun rugi gitu-gitu ajelah anggap, itu kifarah sebab amik loan kafir he he he----kira habis bulan habis gaji dok bayar kifarah.

Malas nak fikir pepanjang. Tapi klu kat luar aku memang tak tau. Bila adik sepupu aku amik scroll minggu lepas, patut dia dah kije la ni tapi tak de kije, buat master, kunun jadi RA, berangan kut lepas-lepas RA dapat jadi pensyarah agaknya, tapi la ni lepas buat defend proposal hari tu, dia dah cakap merapik-rapik dah pasal no future, gitu-gini, lepas tu SV janji nak bayar sebulan RMseribu lebih, dah 3 bulan sesen pun SV tak bagi, aku kesian jugak. Dah SV tak bagi elaun kenalah busu aku korek duit simpanan dulukan keperluan anak dia. Ko bayanglah kalau lepas belajar dapat kije, kalu jenis boros, habis bulan habis gaji macam aku, sekurang-kurangnya dan beribu jugak duit tertompok dalam akaun KWSP. Ini haram satu sen pun tak de dalam apa-apa akaun, ibu dia pulak kena top-up akaun dia, ko fikir umur berapalah budak tu boleh mampu sara anak dara orang nak dijadikan bini. sian.

Pastu aku bukak FB bestie aku tak setuju dengan Rafizi Ramli pulak. Tak setuju dia dengan Rafizi nak naikkan gaji untuk betulkan ekonomi. Naik gaji nak betulkan ekonomi tak semistinya men"jadi", tapi nak betulkan ekonomi dengan baiki tatakelola itu memang aku sokong. Apa jadah tatakelola aku pun bukan faham sangat pun. Ianya luas. Faham aku yang tak seberapanya gini. Aku rasa, teori Rafizi naik gaji, enjin tatakelola, termasuklah aku yang ciput kuli bawah-bawah ni akan bersemangat kije. Rafizi ni memang terkenal dengan teori-teori dia. Adakah materi memacu produktiviti insaniah tu ada teori support ka? Rasa macam ada. ntah aku tak study teori gaji menggaji ni. 

Tapi 100% support dan suka aje kalau gomen nak naikkan gaji, sapa tak suka naik, gajikan? Lepas naik gaji adakah aku akan lebih bersemangat kije tu cerita no 2. Aku boleh je cakap "ala aku ciput-ciput kuli, aku nak lelabih pun, kalau bos aku sesuam kuku je tak jadi jugak, nanti aku kena buli" he he he itu cakap malas aku le, cakap setan aku. Tapi pagi tadi jugak aku baru dengar ceramah ustaz Auni kata, nak mati ikut setan ka? Ikut Nabi? Sentap aku tebeerrr he he--- 

Itule tu, ekonomi tak betul, gaji kecik, bila gaji dah besau orang atas kau pulak lemau, itu bukan alasan untuk kau lemau sama, kan? tetiberr aku dah buat list nak call kengkawan aku yang tak de kena mengena dengan kije aku, yang lain bidang nak minta tolong apa-apa yang patut. Jam 7 lebih aku dah tecacak kat opis, tapi 7 lebih, orang yang aku nak contact tu sampai opis pun belum lagi, jadi aku meroyan dulu sekejap kat sini. ----

Aku nak royan panjang lagi tapi dah jam 8.20 ni aku rasa kawan yang aku nak tipun tu dah sampai opis dah ni, so aku pen-off dulu.

 

Tuesday, August 1, 2023

Demam Barbie---

Baru sebut pasal kata meluat kat peminat-peminat Barbie yang pink-pink, tibeerrr mok cik pun teracun sama pink-pink jugak. Itulah, kan ongputehkan dah kata "no man is an island" kita ni hidup berkelompok, berkawan-kawan, as long as tak lelebih, tidak menyalahi syarak kita ikut kan aje. Aik takkanle pakai baju tudung pink pun haram, kan. Cer layan gegambar di bawah ada orang pakai menyalah syarak dan etika berpakaian wanita timur ka? Rasa macam tak ada, jeerrr---









Thursday, July 27, 2023

Barbie--

La ni orang KL tengah gila Barbie, semua pakat pakai pink. Ikut trend katanya. Trend jahiliah. Aku tengok pun dah tetua bangka dok pink-pink, aku pun meluat. Aish tak sesuai langsung rope orang tua pakai pink. Tapi gasak demelah ek. Semeluat-meluat kita, kita scroll je lah laju-laju. Malas nak cara eh pasal deme. Tapi tu ada gak orang meluat yang boleh buat kontent pasal Barbie ni.

Hah apa kontentnya---- katanya Barbie ni nunjuk pasal patriaki, mempromosi feminisma yang melampau/agrasif. bla bla bla bla--- Pastu dia selit pulak Islam bagaimana-bagaimana. 

My personal feelinglah, kan. Barbie nak promote pasal dia itu gasak engkaulah. Yang engkau nak kondem memancam, kau kata Islam gitu gini, realitinya orang nampak Islam macam mana pulak? Kalau kat Malaysia ni ada ko nampak Islam itu begitu-begini macam yang kau canangkan itu ka? 

Tertiba aku teringat minah Cina dok slalu buat konten masak-masak, amik bahan sayur-sayuran, buah-buah dari kebun, aku ingat nak google minah tu, tapi nasib baiklah aku terpaksa bergerak ke Auditorium untuk dengar Cermah Hijrah: Pemangkin Karamah Insaniah. Asalnya aku nak menapak ke sana sebab aku nak fotobomb dengan penceramah Prof Dr Syarifah Hayaati, maka Allah tunaikan jugak hajat aku he he---


Kadang tu kalau bab Agama tu kita memang selektif untuk terima jurucakapnya. Kalau kau sekadar aku tak kenal kau sapa pun dok kondem-kondem orang memang aku tak layanlah. Kalau yang bercakap itu macam dalam gambor yang pakai tudung warna gray tu hah barulah aku nak layan.

Ko rasa aku ni double standard ka? Nak dengar cakap orang yang ada gelaran dan pangkat aje ka? Aku rasa idak juga, sebab aku dengar konten dia bukan gelaran yang dia bawa. hah contoh hari ni Prof cakap pasal Hijrah, dia tak sentuh pun pasal orang bla bla bla bertudung-berhijab tapi masih tergedik-gedik berbaris Barbie-Pink, dia sentuh pasal kami ni yang dah baguih dah berpakaian, tapi masih ada banyak ruang untuk diperbaiki. Dah kalau kami yang dah level-level leader Makcik Marhaban kampung pun masih banyak ruang untuk diperbaiki, ko rasa saya ada masa ka nak meluat kat geng-geng Barbie pink dan black hidden agenda mereka, ka?


Mahaldahni---

Kami sambung bawangkan PMX lagi, kali ini pasal PRN 6 buah negeri yang akan dijalankan pada Ogos nanti. Kita bawang + meramal apakah kita akan dapat PMXI lepas PRN nanti. Ada juga yang baru dapat pencerahan kenapalah orang dok kata nak dapat PM baru tak lama lagi. Kata mereka "owh patutlah orang dok cakap-cakap tak lama lagi dapat PM baru, saya ingat derang ni berangan aje, rupa-rupanya memang ada ruang untuk tak over gomen" Begitulah cakap-cakap kami.

Saya pun cakap begini "hah sebab tulah Noh Omar berani bikin poster PH dan UMNO akan hancur tak lama lagi"

Yang lain pulak menyampuk "eeiii bukan ka Noh Omar tu banyak kes. Korup jugak!? Eish tak naklah dia tu" 

"dah abeh tu korang semua pakat-pakat memokak Mahaldahni-Mahaldahni- Orang memuda macam si xo dengan siXOO derang ni Mahaldahni-Mahaldahni- emosi naik mencanak terus pangkah tolak geng PMX. Kita ni hat boleh fikir lagi, Mahal-Mahal tunggule jugak lagi, toleh-toleh le jugak, ku tolak yang ini ade ke yang gantinya besok senonoh orangnya. Orang muda, Noh Omar pun derang tak kenal tu. Asal pandai sebut Mahaldahni, betul le orang tu nak bela nasib aku yang kesusahan ni". Jawab saya panjang lebar.

"Hah, Akak tu, jaga-jaga kak. Ada jugak Residensi Prihatin Malaysia Madani yang akak apply tu lepas ni kesel lagi jadi residensi yang apa tah namanya nanti. Residensi Wilayah kensel jadi Residensi Madani. Silap hari bulan, ini kalilah kensel tak berganti, terus tak ada residensi" lalu derang gelak ramai-ramai---

Hamboiiii seronoknya korang dapat gelakkan hakak, ya ?



Tuesday, July 25, 2023

Mengarut Lagi---

Cerita mengarut pasal PMX ni tak terenti setakat itu je, semalam kami mengumpat lagi. Tapi mengumpat benda baik la----Walau baik pun kengkawan dan Pegawai kat opis macam dah mula skeptikal pasal dia. Apa ek derang skeptikal owh pasal gaji. Kan kami dan dapat pelarasan gaji ni, so kalau orang gomen naik gaji ramai non-Gomen akan sakit hati, sebab selalu yang lepas-lepas tu gaji gomen naik, rege barang pun naik dan dari pengalaman lalu gaji naik ciput rege barang naik berlipat ganda. Kawan yang lebih kritis pulak cakap, hutang gomen la ni dah makin banyak, kalau naik gaji apa machiem??? hah gitu-gitulah---

Saya cakap, apa susah collectlah GST balik he he---

Honestly saya tak berapa ghisau pun gaji nak naik ka, barang nak naik ka, bila tinggal lagi 10 tahun nak servis memang kami dah tak ada apa nak risau dah---segala ribut dalam jiwa semua dah tak ada dah---

Bagi orang memuda saya faham kalau mereka risau itu ini anak cucu besok, lusa. Saya pulak chill-chill aje. Dari kita risau-risau baik kita practise zaman Dajjal besok, walau saya macam optimis masa dajjal muncul, saya dah lama mati. Ustaz ustazah kata zaman tukan tak de makanan, so saya pratiselah selalu-selalu berpuasa. Lagi pun kan pose tu baik untuk kawal berat badan. Yang hat zikir tu, nantila azam awal Muharram ni nak kurangkan bercakap, banyakkan berzikir---- hah! settle masalah.

Benda akan datang jangan kita risau sangatlah. Ni risau pasal kije ni, kije kita yang dah banyak pakai AI dan kita yang tak pandai-pandai AI ini lagi patut kita risaukan. Saya senang je kalau otak saya jemmed sebab AI saya opt pencen awal je. 

owh semalam, saya ke pagi tadi ada satu poster pasal pelarasa elaun ni naik kat FYP saya. Katanya elaun ikut saya fahamlah, harap faham saya ni tak betul dan kalau betul poster tulah yang tak betulnya--- gini semua penjawat awam dapat elaun sama je, semua, minimu RM800. Dah tak de dah kau kat bandar ka, luar bandar ka, luar wilayah ka dalam wilayah. Ini fitna ni saya kira. Mana boleh macam gitu, karang melentinglah orang kat bandar-bandar ni hehe---tiktok ni kadang ada benda boleh caya, ada benda baik scroll aje. Apa pun kita tunggulah lagi 2 minggu lagi, kan tengok apa sebeno ea yang akan kita dapat.


Monday, July 24, 2023

Bawang Mengarut

Semalam ntah macam dah tak de kije, saya membawang dengan kawan opis. Membawangkan PMX beli starlink dari Elon Musk. Orang pandai membeli macam kami ni menganalogikan PMX seperti peminat tegar Starbuck yang terpedaya dengan jenama instead of the real value of starbuck. Starlink tu starbuck, PMX peminat Starbucks yang sebenarnya acah-acah je tau pasal kopi, tapi satu haram pasal kopi pun tak tau. Kopi rege puluh-puluh kupang bila dah dipakaikan logo pempuan dewi Pagan Zaman Kuno-kuno dijual dengan rege bebelas, berpuluh hengget pun derang sanggup beli. Itulah cemuha orang pandai membeli macam kita orang ni. Kami kan kije audit negara, opkoslah selayaknya kami ni pandai pasal beli-membeli, kaji-mengkaji pasaran ni. Kalu juruaudit tak reti tak tau nilai sesuatu barang, baik berenti jadi juruaudit, kan?

Gitulah, pun kami tidaklah kritikal sangat kalau kau masuk starbacks dan justifikasi kau spend berpuloh-polohan ringgit, demi nak buat konten, nak naikkan semangat kunun kau mampu. Kau beruang yang nak menunjuk kat ex engkau, walau engkau kena tinggal terkeciwa, ekonomi kau tak terjejas, kau tak heran nak bazir-bazir duit untuk bayat barang yang rega 20 kupangdengan harga RM20 hengget dalam kata lain "Aku bukan heran sangat kopi murah tu, tapi saja nak nunjuk kat kau yang aku mampu membazir" hah gitu.

As far as PMX is concern, kawan aku kata, Malaysia tak mampu nak nunjuk-nujuk lagu tu, hutang negara kian bertambah, PMX tak pandai. Saya cakap balik, kalau tak pandai lepas ni kasi Haji Hadilah pulak jadi PM. Dia kata eh "tak boleh itu lagi bahaya, lagi tak reti pasal ekonomi"--- saya saja menduga "kau tak takut ka orang kata kau jatuh fasik sebab tak percaya dengan orang alim?" Kawan saya terkedu. tettiba dia kata "Saya macam rasa je yang Elon Musk tu Dajjal". Saya jawab "mungkin jugakkan, mana tau dia pakai topeng dan disebalik topeng tu mata dia satu" lepas tu dia cakap "eh saya takutlah, kalau boleh saya tak nak jumpa zaman Dajjal, saya doa masa itu saya dah lama mati"

"Tapi sebelum kau mati, kau kena pastikan besok laki engkau beli tanah kat kampung buat rumah yang banyak tiang, senang besok anak-cucu kau tambat bini-bini derang dan anak-anak perempuan derang kat tiang tu. Kan ustaz-ustazah kita dulu ada cerita, zaman Dajjal besok, makanan kita hanya zikir, pempuan ramai tak tahan, maka mereka disarankan agar ditambat kat tian-tiang dalam rumah mereka, atau besok kalau kau nak lepaskan anak perempuan kau ke gerbang perkahwinan, pastikan rumah menantu kau ada banyak tiang, senang besok menantu kau nak tambat anak kau dan cucu-cucu pempuan kau kat tiang kalau Dajjal datang" saran saya.

-The End- 

 

Thursday, July 20, 2023

- SURI TELADAN (ROLE MODEL)

Kalau sebut suri teladan, rasa semua kita ada sorang sosok yang kita minat untuk kita jadikan contoh, ikutan/role model. Kalau kat Malaysia ni ko rasa acik Marhaban macam saya ini agak-agak sapa idola/role model kami ek? Mesti nama-nama macam Ustazah Asma, Bonda Dr Muhaya, dan geng-geng dia akan jadi idola kita orang, kan? Kalau reretis kami berkenankan Lisa Surihani, CT Nurhaliza dan yang seangkatan dengan mereka. Tapi idaklah kita nak menjadi fames macam derang, pun. Sekadar berkenan dan suka tengok cara mereka, tenang, cool dan bebas kontroversi.

Tapi saya ni, kan malas nak pandang jejauh sangat sapa nak saya jadikan contoh, kat opis ni pun ada sorang staff tu yang saya berkenan betul dengan dia, lah. Memang low-profile habis, suka tengok. Sibuk-sibuk orang mengumbar sana-sini, screen-screen shot sana sini dia tenang aje. Saya perasan dia ni status pun susah kita nak tengok dia upload. FB, eh jap saya tak fren dia lagi nanti saya fren, nak tengok status, story, feed FB dia.

Orang macam dia memanglah orang tak kenal pun, tapi saya tengok dia memang cool, tak de orang mengata dia, dia buat hal dia sendiri. Pergi kerja pun bawa bekal, dia tak denya macam saya dok belonggok-longgok dengan kengkawan membawang sana sini. Dia buat hal dia. Tapi idaklah dia langsung sombong, kera sumbang ka apa, Kalau waktu orang bergotong-royong, berpot-luck, dia tak lokek sumbangan baik makanan, duit atau tenaga. Kalau kita ada buat sikit masak-masak, makan-makan, dialah antara orang yang tekun membantu, dari mula sampai sudah. Bagusnya akhlak dia. Suaranya tak pernah meninggi, nak kata lembut patah riuk pun idak, dia biasa-biasa je. Low-profile lah orang kata. Saya sukalah macam dia tu.

Tapi tulah saya ni suka jugak tu jaga tepi kain orang, sibuk nak tau hal itu, hal ini. Kemudian, dah masuk tahun baru hijrah ni, saya fikir eii sampai bilalah aku ni nak jadi mak-bawang, kan? Buat sesak otak je begosip, mengumpat hal orang. Saya pun berazam, sikit-sikit nak berubah. La ni Isnin  Khamis saya puasa, so kalau puasa, tak ikut derang makan, kuranglah sikit berlonggok dan mengumpat. he he--- ini azam tahun baru ni, eceh----korang pulak apa azam korang? Takkan kubur dah kata maghi, rumah dah kata pergi tapi tak serik-serik membangga diri sebagai mak-cik, pak-cik bawang? Dah banyak pahala sangat ka nak sedekah-sedekah kat akhirat besok pada orang yang kita bawang-bawangkan masa kita hidup ni?

Wednesday, July 19, 2023

Haters part 2

Like Ai said before aku chill-chill aje, walau berkelompok dengan kawan aku kata kumpulan cantik kaya jelita ni. Aku ni like cerita-cerita kreatif kuat berangan aku sebelum ni aku tukang bancuh air je, melukut-lukut tepi gantang. Aish malas aku nak jadi teraju utama aih. Kalau dalam group pun most of the time aku diam je. Selama ni ada juga pernah dengan tak sengajanya terkelompok orang glems ni, tapi aku perati je. Nak naik "ateh pentas" berpancak silat sama, tak koselah aku. Aku makan pop corn je sudahlah. Penat memikir sapa-sapa dok pedajal aku ni. Lebih-lebih lagi zaman med soc ni, kan. Apa kita upload dia screen shot antar kat bos pulak tu.

Hah itulah terjadi kat kawan aku yang tukar nama group jadi perkumpulan wanita kaya cantik hebat bla-bla ni.Dalam kata aku tak nak campur tu, setengah petang jugalah aku dok melayan pertanyaan, persoalan dia siapa kah yang telah screen-shot status dia. Biasa kalau dalam soc-med ni kalau screen-shot-screen shot benda tak baik. Negetif, pengscreen-shot itu ada mala-fide terhadap kau.atau bersifat kepochi, jaga tepi kain orang, mengumbar orang  Jarang orang screen-shot dengan niat sesuci hati. So, kalau ada orang screen-shot status engkau lepas tu hantar kat bos, memang tak paranoidlah kalau kau nak tertanya-tanya, terisau-risau pun, cuma jangan overthingking sudahlah. Dunia soc-med ni bukan semua orang sejahtera, sihat dan gembira. Ada je orang yang mental, jiwa kacau, iri, dengki dan hasad. You reap what you sow, kalau kau dah post-sana-sini-pasal gemilang kau, ada jiwa terkacau lepas tu buat kacau, kau pandai-pandailah jaga diri.

Aku idaklah nak nasihat apa-apa. Nak suruh dia berhenti upload gambar bahagia, pun rasa tak patut. So aku diam-diam aje dan doa yang baik-baik aje. For the time being aku pun malas nak fikir sangat pasal kumpulan wanita hebat ni, so aku fokus je nak diet eat clean. Kumpulan aku dah bising memasing baju dah ketat dan kena bukak dart pun ada. Mana taknya asyik makan-makan-makan. It's time to start to jaga makan. Tak payahlah kita risau orang yang iri yang suka screen-shot sana sini tu. biarkan dia. Yang penting kita semua kekal sihat dan gembira. Nak sihat kena jaga makan tau! sekali-sekala nak melantak tu tak salah, tapi janganlah tetiap hari tak berenti melantak hah sudahlah ya! Kalau dah sakit besok sapa yang susah?

Sunday, July 16, 2023

HATERS

Haters Gonna Hates kata mereka--- hah gitu.

Dalam dunia med soc dunia sastera Negara yang marketnya ciput seluas kangkang semut tu  ni aku pegang watak haters---Aku hates derang sebab buat habeh boreh negara jak. Geram,kan dah berapa banyak duit gomen kuar, hasilnya tak seberapa, lepas tu penulis-penulis sastera ni dok menyalak jak kat gomen mintak itu, mintak ini. Eish gerammm akulah, walau bukan duit aku pun yang keluar tu. Compare dengan akauntan auditor ni kami ni bukannya anak mas gomen pun, kami ada kemelut kami, ada juga yang komplen tertindas bla bla bla---tapi tak dela menyalak sakan macam depa sebab apa sebab yang hat ateh-ateh tu deme ada persatuan deme dan bebudak law kata auditor ni dilindungi oleh akta. Kewujudan kita orang dalam akta, tak ada ancaman besok tak de lagi Juruaudit. Itu pasal kena buli macam mana pun kita tak pandai menyalak.

Lepas tu aku seek tu understand kalau aku jadi orang sastera yang tak ada akta jaga mereka. Kewujudan mereka atas dasar perjuangan dan suara mereka. Aku tak pernah pulak ngodit Kota Buku, Majlis Buku, ITBM atau DBP so aku tak pastilah bila derang bid bajet derang tulis apa sebagai justifikasi untuk mendapatkan sesuatu bajet. Kalau macam Juruaudit ni kita nak bid apa-apa, memang dah tertakluk pada akta itu ini, satu badan/organisasi kena ada yang mengoditnya, so bila dah ada dalam itu, itulah itulah dia. Mau tak mau kena spend untuk urusan auditan. Bila tak de akta yang sokong, kenalah menyalak lebih-lebih untuk dapat bajet, kan?

Lepas tu aku terfikir pulak yang aku tak patut eleh-aleh nak nyampah kat orang bila aku tak pernah tahu/ambil tahu pun apa program yang mereka jalankan apa objektif program tersebut. Sapa yang ngodit prestasi program yang derang jalankan. Rasanya tak de sapa yang datang ngodit pun sebab perbelanjaan depa ni ciput dan kebiasaanya kalau bebenda ciput, Audit tak datang audit. So, kalau ada komplen kata derang pergi pesta buku sana sini tapi keberhasilan dan impaknya sangat mengecewakan, itu sekadar kata-kata heresay yang tak boleh pun dibawa ke mana-mana. Maksudnya, bahasa ringkasnya, kalau kau dilantik jadi CEO Kota Buku ka, penyelaras pesta buku dalam dan luar negara, kau nak songlap berapa banyak pun tak de sapa akan amik port pun pasal kedurjanaan yang kau dah bikin. Kalau kau nak angkut anak bini, koncu-koncu kau sahaja pegi melancong lencong ke Pesta Buku Jerman ka, Jepun sana, kau tak payah risau pun. Tak de orang datang ngoudit pun. Buat la sesuka hati kamurang pun. Bajet dah lulus tak de sapa nak analisa, kuiri apa kau belanja ini itu sudah capai ka KPI, itu ini. Kau pergilah sana nak joli-joli, shopping katak pun. Tak de orang kesah pun. Kesian, kan mereka ni, dahlah tak de Akta jaga mereka, orang pulak tak kisahkan pun hal mereka.

Jadi tu, nak kata aku hate derang memang taklah, satu kesian, satu lagi buang karen je hate orang ni. Dari buang karen benci-benci dan jaga tepi kain orang, baik aku, sibukkan diri, suka-sukakan hati dengan kawan-kawan. Positifkan diri dengan buat bebenda yang menggembirakan spt makan-makan dan deco-deco. Hah kalau ada apa majlis ofis, kamilah yang sibuk buat itu buat ini, sumbang tenaga dan wang ringgit sekadar termampu---pendek cerita lepas, benda/aktiviti yang kami bikin (kengkawan akulerr- aku idakle rajin mengupload-uploads media social ni sangat) kami upload dalam media sosial. Main media yang derang suka main ialah watsap status leerrr---nak pendek cerita lagi sebab konten-konten yang diupload dalam sana memang berkualiti, ada yang puji dan dan teringin nak masuk UADKPM, sebab UADKPM ni ceria dan happening katanya. 

Bila dah level-level begini, yang jeles dan mengecam pun ada--- Selama ni aku kat opis memang low-profile, tapi bila dah bercampur-campur dengan kengkawan yang begini, tetiber pulak dengan haku-haku sekali dapat haters. Derang tu memanglah dah memang glemer dan dah ada yang iri dan dengki pun. Mana tak orang dengkinya. Kawan aku ni ada sorang tu, dia punya konfiden memang tahap dewa betul kita buat watsap group nak licinkan tugasan deco-deco Majlis opis, dia pi tukar nama group watsap jadi Pertubuhan Wanita Hebat Kaya Jelita (PWHKJ). Hadoooiiii aiii bila kau bersama dengan pesona yang begini, kau rasa?

Aku rasa macam ada satu perubahan, peralihan angin yang agak pelik jugalah berlaku kepada aku yang boleh aku analogikan sebagai macam kau dalam drama Hollywood cerita budak nerd, terperuk dalam library, tak de orang kenal kau, tetiba diterima masuk group cheerleader glemer yang menjadi perhatian pemain-pemain American football yang macho dan kacak-kacak itu. Tapi aku chill-chill ajelah. Buat kata orang tetua, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Giteww. 
 

Sunday, July 9, 2023

HAIDIR vs DAJJAL

Saya ni nak kata almost of the time merentan pasal Governance lah, Integritilah dan terbaru ni SDG. Rasanya akan datang-datang-datang dan datang akan banyak saya berwiridkan SDG ni, rasanyalah. So pendeknya apa yang direntan-rentankan itu bolehlah korang nak kata acuan Dajjal melalui mason dan iluminati dalam memulihara kepentingan mereka yang dimurnikan dengan tagline mensejahterakan bumi, memulihara bumi. 

Personally saya follow je jejak ni sebab dalam disiplin kerja/ilmu yang saya lalui, saya tak nampak apa masalah dengan bebenda green-green ini. Nanti kalau dah pencen pun saya akan sedaya-upaya amal gaya hidup green semampu boleh. Itu plan saya. Saya merancang. Cara saya mengadap hari depan dah serupa orang kafir, kan? 

Orang Islam macam mana pulak? Saya tak pastilah, sebab pada saya Islam ni agama membaca. Benda pertama turun dari langit ialah Iqraq---bacalah. So bila baca-baca-baca, the best way saya rasa Islam mau kita happy, jangan bergaduh, sama-sama jaga bumi ini. Itu my personal view. Saya nampak hijau. Kedamaian, berdamai dengan diri. Nanti ada ketika, jika benar Dajjal akan keluar di zaman saya ini, semua akan diuji dengan kesengsaraan, kebuluran yang maha dahsyat. Tika itu makanan kita adalah zikir. Walau saya percaya bebenda ni semua akan berlaku masa saya dah mati, tapi saya take note jugalah, adalah sesikit berzikir sana sini, kan? Itu pendekatan saya yang sangat cincai, simplistik aje-aje---santai-santai gitu. Saya ni bukan boleh seserius, pepikir bebanyak sangat, nanti mental jammed hah, kan susah? 

Itu saya, tapi saya ada macam nampak pendekatan orang-orang macam Abang Long Lipat Bumi, dan orang-orang yang buat kontent pasal Dajjal, pasal itu, pasal ini yang lalu dalam FYP saya yang saya tak delah nak kondem, tapi tetibeeer terfikir bila ada satu masa tu one of them ada buat kontent membandingkan Nabi Haidir dan Dajjal. Kalau nak compare, Nabi ini yang paling hampir dengan Dajjal. Not Muhammad, Not Jesus, neither Adam, Suleiman or Abraham. Kata dia apa beza Dajjal dan Haidir? Dajjal bina kekuatan/kehebatan melalui ilmu, teknologi, daya fikir, Haidir pula hebat dengan Zikir.

Saya rasa propaganda ini tidak bagus saya yang ada penyakit delusi/Schizo ini. Orang sakit begini dia boleh masuk dalam delusi jika dia keseorangan dan takut sangat. Iyalahkan, dalam kau baca quran, berzikir, setan boleh je menjelma dan pengaruh engkau buat benda-benda yang mengarut seperti mengajarkan engkau pasang bom diseluruh tubuh kau, letupkan diri kau di pusat-pusat maksiat. Kau fikir kau letupkan pusat maksiat, tapi rupanya kau pergi letupkan Kidzania sana. Disebabkan itu, ramai kanak-kanak dan pekerja mati. 

Bagi orang macam saya, kami kena santai-santai, healing-healing, jamblo happy dengan kawan-kawan. Untuk aktiviti ini kena ada duit, nak duit kenalah kerja. Hah bila kerja tu, saya kerja bidang kewangan. Dah sebut kewangan tu acuannya opkos leeerrr sekular berprisipkan separate entity Solomon vs Solomon, kan? Itu je subjek sekolah saya yang saya cemerlang dan senang nak follow. Nak jadi engineer, saintis, Fizik setakat kredit je, Kimia, cukup-cukup makan, biology almost fail langsung tak dapat kredit---

Itu pasal saya tak de nak komplen kenapa tuah bagi saya sakit yang sangat mengaibkan ini, sebab sakit ini bagi pengecualian mengaji ilmu Dajjal sebab demi kelangsungan hidup. Bayangkan kalau tak sakit. Apa option paling santai? Kawen dan lahirkan zuriat khalifah Allah. Mak aiii saya sorang ni pun rasa azab, tonggang terbalik rasanya itu, nak mendidik khalifah Allah? Phewww lagi la susah,kan. Nak ngajo anak-anak jadi Engineer, Saintis ko ingat senang ka? Aku tengok bebuku budak ini jaman, aku sendiri pun tak tau apalah derang belajar kat sekolah tu. Kalau buku matematik tu, ntah matematik level universiti agaknya deme dah belaja di sekolah rendah. Tak faham aku nak njawabnya.