Wednesday, October 4, 2023

Memilih?

Aku dari dulu tu kepercayaannya kita ni tak de kuasa pun nak memilih sebab semua Tuhan dah tentukan itu ni. So, follow the flow ajelah, tapi yang hat-hat blok sana-sini tu he he--- itu rasa itu orang pun tak rasa terkilan kau blok so memang tak ada isu. Kau sorang buat hal engkau. Kau tak kacau orang pun. Tapi tah kenapa dah lagi dah nak 10 tahun nak pencen ni tetiber terduduk dengan orang-rang glemer opis ni. Tu lah tu bila dok opis tu dok berlaku tukau sana-sini, kan tu yang jadi gitu. Dulu kije kat kampung tukar sana sini pun kau buat kewangan akaun gomen bahagian kampung paling-paling ramai pun engkau 2, 3 4 ketul itu ajelah kawan engkau. Orang kije akaun, kewangan ni gitulah dia simple, simple aje. 

Bila dah duduk sini walau sama kewangan, dah ramai-ramai tu dan dalam ramai-ramai tu memang adelah group-group yang menonjol gitu. Opkos le aku tak termasuk dalam group tu. Tok seh deme nak kawe kito--. Tapi yang ni ntah macam mana boleh termasuk, terikut ntah aku pun tak perasan pun, aleh-aleh dah terikut dah. Tula sebab aku suka masak-masak dan suka plating makanan, kek, manisan, dan aku suka/berbakat buat doorgift dan cenderahati tu yang jadi termasuk group deme. So mengikutle aku ni macam lembu dah kena cucuk idung dah, sampai ada kawan sound kat aku gini "dulu akak tak macam gitu" dengan nada tak brapa best aku nak dengar la.

Dan tak sampai setahun duduk dengan orang glemer, tak sampai 2. 3 event bertema itu ini kami pulun spam kat soc-med, mainly watsap status aku dah rasa penatlah juga ni. Last upcoming tema kau tau apa? Back To School. Alah hai mak datin oooiiii----mana aku nak cekau baju skola mak ooooiiii--- yang jadi penat tu bukan nak cari baju sekolah, tapi sebab aku la ni sedang busy nak gi ngoudit, prepare data, deme dok tanya-tanya dah ada baju ke belum.

Macam nak naik angin jugalah rasanya, sampai aku rasa aku nak cuti aje hari derang buat even tu. kebetulan hari tu jadualnya aku akan baru pulan dari Terengganu, Ahad aku dah gerak keluar dari KL, jadi ok je kalau Jumaat tu aku ganti Ahad yang aku dah kije tu. Mujurla dah musim tengkujuh ni katanya Taman Laut sana dah tutup. Kalau tak tutup memang aku lajak berskuba, snokerl di sana.

So pasal tema back to school ni memula aku rasa sangat membazir je nak beli baju sekolah, rege paling murah pun RM50-RM70 hengget belum masuk tudung sekolah. Kalau yang sebelum-sebelum tu setakat pakai baju sama warna tu ok gakla. Kalau tak de warna boleh je beli baju RM14, RM15 hengget kat tik-tok tu. Baju-baju tu boleh je pakai gi opis ulang-ulang. Ni nak beli baju sekolah sampai nak cecah RM100 hengget, kau rasa. Aku rasa nak pengsan/bebulu jugaklah,kan.

Tapi tu tetibe petang semalam kawan aku pegawai pendidikan kat kampung ajak snorkel kat Pulau Besar. Tetibe je aku terfikir, why not beli aje baju tu lepas tu bungkus balik mintak tolong kawan aku kasi kat budak kampung yang susah. Dulu masa aku kekecik duduk kampung tak menyenat baju skolah aku mak sedekahkan kat bebudak kampung. Suka derang dapat baju aku. So semalam aku pun masuklah tik-tok beli baju sekolah. he he--- 

Besok ka lusa aku ingat nak buat name-tag sekolah. Itulah masa kengkawan sekolah aku buat name-tag hari tu aku terlepas pulak masukkan nama aku sekali. Tak pe, nanti aku nak watsap balik kawan aku tu boleh lagi tak nak buat name-tag sekolah. Rasa ok je kut tu. Kalau tak boleh pun, setakat lencana sekolah tu, rasa ada ready stok tu rasanya, so kalau dah ada ready stok lencana, tak payahlah aku buat name tagnya, pakai aje tag nama opis dengan lencana, kan?

Ko, rasa? Ruwet, kan berdampingan dengan kelompok begini. Ntah apa-apa tah. Ni ni aku nak cerita ni masa dinner tema Kesultanan Melayu, hat kawan-kawan yang betul-betul glemer tu, tentulah dema dah naik pentas bawa bunga pahar, sirih junjung bagai, mengiring "Sultan dan Pembesar Negara" aku ni duduk kat bawah ajelah negoknya, tetiber elok dan-dan deme masuk dewan nak naik pentas, adalah staff dari Cawangan, lelaki, aku tak kenal komen gini " ala, yang cantik-cantik ni harap muka je cantik, tapi kalau suruh buat laporan, hancur" 

Ooommmakkk gitu orang hasty generalisedkan bila dah cantik-betema-tema bagai, ni pulak. Hadoooiii kalau selekeh orang keji, kalau glemer pun gitu jugak le gamaknya, iya, bestie?

No comments: