Ok cerita tadabbur Quran sattle kita citer pasal baca Yassin pulak. Ok cerita kreatip tak de kena mengena dengan yang idup dan mati, melainkan merupakan khayalan dan bayangan saya sahaja adalah seperti berikut:-
Nana_noni kerja audit di Cawangan Pantai Barat Pulau Sebulat Bulan. Dia terkejut dapat undangan baca yasin online dari kerajaan Tanah besar Bulan sempena pelancaran laporan audit tahunan Kerajaan Negara Lindungan Bulan bersatu. Dalam hati Nona berkata tak pernah dibuat dek orang lapor audit dilancar-lancar di baca-bacakan Yassin. Kegilaan apa kah ini?
Sebulan sebelumnya Nana ada entertain rakan sejawatnya dari Tanah Besar yang datang bercuti bersama keluarga ke Pulau. Cuti-cuti kunun nak healing-healing lepas berhempas pulas menulis laporang Audit. rakan Nana-- Yaya ada cerita Ketua Audit yang baharu ni gile glemer. Masuk-masuk opis aje kijenya keliling Cawangan buat penampilan diri instead of penampilan Audit. Kata dia. Lepas tu Timbalan Audit, Janda Lawa Mek Tok sudah naik angin sebab Laporan Audit tidak lagi dapat dibacakan sebab Ketua Audit(KA) sibuk keliling cawangan. Lepas tu satu benda yang Yaya bengkek dan meluat sangat dengan KA bila KA tukar logo audit. Bijak pandai semua tahu bahawa selama ini pun Jabatan Audit duduk bawah Pejabat Presiden. Bermaksud tiada pengasingan Kuasa antara Eksekutif, Legislatif disitu. Ini telah melanggar resam Perlembangan Negara Moden. KA yang lalu ada mengusul agar Pejabat audit ni diSuruhanjayakan untuk menjawab kritikan yang Pejabat dia, dan dia itu sendiri lembu yang dicucuk idungnya oleh Presiden.
Yang Yaya bengkek pasal logo tu, bila KA sedia ada bukan ubah logo, dia bubuh aje Nama pejabat dia lepas tu dia bubuh Nama pejabat Presiden kat bawah tu. KA ni dah kenapa, kan? Kenapa kau nak tunjuk kat satu dia yang kau ini bersekutu dengan Pejabat Presiden. Cukup-cukup aje lah sendiri yang tau kita semua ni lembu presiden, tak payahlah nyatakan pada dunia yang kita ni lembu. Tapi yang Yaya paling geram tu, kalau KA dah bangga jadi Lembu, punahlah harapan nak berlindung dibawah suruhanjaya yang dikata boleh membebaskan mereka. Umum pun tau Suruhanjaya tu politik je, tujuan utama tu, nak disuruh-suruh, kita bebaslah sikit nak tetap gaji sendiri, dan bila dah Suruhan tu biasa gaji, elaun memang ada lebih besar dari Gaji Penjawat awam yang lain. Nak bebas sebab nak gaji lebih je.
Bila KA dah bangga tak bebas musnah-punahlah harapa nak bergaji lebih dari rerakan GOmen yang lain. Itu je. Owh berbalik pasal majlis Yassin tu. Nana pun tipun Yaya. dia cakap macam gini "ni Nana ni baca-baca Yassin ni dah kenapa, nak dikapan dan ditanamkan ke laporan kome, macam nak masuk kubur je----Tawa Nana mengekeh-ngekeh sebab geli hati"
Yaya pun tergelak sama " iyalah memang patut masuk kubur pun sebab hari tu dia dah sibuk ronda satu Tanah tanam pokok sana sini, memang balik opis memang dia tak sempat pun baca laporan tu. Patut dia tukar jak Nama laporang tu jadi Laporan Timbalan KA aka Mek Tok Lawa" Gelak Yaya penuh ceria dan sambung lagi--- tapi aku rasa dia baca Yassin bukan sebab nak kuburkan laporang tu, tapi dia nak panggil semangat Gabrial jaga dia biar Presiden tambah sayang lagi dengannya dan Kumpulan pembangkan kat Rumah Rakyat sana tak kritik laporan tu, sangat"
"ala-kan Yaya, kan? Pujaan hati kau si Sarel Belcream dengan Jamal DJeeyyy tu pun dah kena tendang dari Rumah Rakyat, sapa ada dalam sana yang boleh memekak nak tanam-hidup-hidup si Presiden dengan Lembu dia tu? Aku rasa memasing besok bila bentang semua bizi makan Roti John Letops yang Papa John Menteri Tak Cukup Makan kau bikin"
"tulah penat je Mek Tok Lawa dan the team hempas pulas cari isu nak tegak keadilan Rakyat. Dapat kat KA, habis diYasinkan terus laporang kami" Jawab Yaya lemah.
No comments:
Post a Comment