Ni nak sambung sikit pasal tagline, "TEAM AKRUAN TAK KERUAN" tu----tu kita ngata orang. Sebelum kita mengata orang baik kita kata diri kita sendiri--- kalau mereka tak keruan, team aku pulak TEAM IKAN CELUP TEPUNG hah tak gaytew? he he he---
Apa yang tak keruan sampai nak celup-celup tepung tu? Ini lah cerita opis aku ni nak ngadap IR4.0. Bebenda IR IR ni dah lama pun, tapi bos-bos dulu tak de le pulak deme lorat nak menjelmakan IR dekat opis. Bukan tak nak jelma, kami ni Internal Audit, kami ada mentor besar di MoF bawah unit BKSK saaannnaaa. Hah kau ikut jelah template orang BKSK, kan? BKSK tu stand for Bahagian Kawalan Stratergi Korporat. Dah ada nama Stratergi dalam tu, hah tahulah think-thank depa memikio macam mana nak ngelon bebenda alah IR ni.
Tapi bos aku sekarang ni dia ambitious, dia nak lead, nak terjemahkan sendri-sendri. Perkasa sana-perkasa sini. First dia kacau team aku le. Ubahnya team tu dari ngodit prestasi kunun nak ngaudit sistem kunun. Haiii kat KPM ni kan berselirat sistem ada. So kije aku yang pertama aku listkan segala macam tok nenek sistem yang ada kat KPM ni, bukan di Sekolah, Jabatan, Pejabat Daerah je--- kat IAB pun aku gagau sama, aku mintak mereka senaraikan. Penyudahnya handau je. Kami ni terkakau-kakau nak cari tajuk sebab bab tajuk kunun nak audit sistem ni katanya macam tak jadi. Napa tak jadi, katanya tak de implikasi kewangan. Sebab sistem tu semua dibangunkan secara inhouse, zero cost. katanya. Dulu pernah balaci/penjilat tegar bos kata "you auditor, you tak de ilmu, tak de kepakaran untuk buat audit sistem"
Bila dia cakap gitu, kita bagi berkenalan kat orang audit luar yang memang tak de back-ground IT yang mengaudit sistem. Ada tu mula akaun lepas tu sambung belajar sampai ada doctorate dalam bidang IT. Hah kau, malu alah dia sampai bila dah malu, pencen awal dia. Tula bila dia dah pencen, bos aku karang pulak naratif tak perlu buat audit sistem sebab tak de keperluan sebab tak de implikasi kewangan, kata dia. Nasib baiklah dia tak senada macam macai dia. Aku rasa dia pun tak berani nak cakap gitu, sebab takut jadi macam macai dia terpaksa bersara awal sebab banyak dapat sakit, sakit itu, sakit ini. Itulah engkau sesuka hati cakap orang tak ilmu.
Lelepas tu aku terfikir jugak, wat if kalau aku bos, apa aku nak buat bagi nak nyahut/nak jelma kan IR 4.0 dekat kementerian aku kije? Kalau akulah kan, bila aku dah tetua gini, aku taklah ambitious sangat pun, kira aku akan tunggu pencen je. Kalau bos aku KSU aku lorat nak IR IR, aku tak larat, aku pencen jelah awal, pun. Apa masalah, kan? Ni, sini ni, KSU aku idak lelorat sangat. Adalah dia minta audit guna satu sistem tu macam JPM guna, itu ajelah. Benda dia sesimple je. Tak delah sampai nak ngaudit sistem bagai.
Benda IR IR ni kau kena ingat, kau ada KSU, dia tahulah macam mana, lagu mana dia nak jelmakan apa-apa. So berbalik pasal sistem yang KSU, Datuk Indera aku nak kami buat ni, langsung tak de kena mengena dengan team kami pun. Itu orang team kewangan dengan pegawai teknologi maklumat kami yang kena bikin. So kami ni jadi apa? Jadi Team IKAN CELUP TEPUNG lah ha ha ha-----
No comments:
Post a Comment