Tuesday, October 3, 2023

Selective Part 2

Sambung cerita semalam. apa cerita benda, ketegori mana, orang macam mana yang aku blok. Ok before aku cerita lanjut aku ni ada terbalik sikit perangai aku. Aku kalau orang blok aku, rejek aku, aku ok je. Kadang tu bukan setakat lega tapi hah "alhamdullillah lega" bila direjek. Kalau time tak lega pun, contoh aku bebenar nak kan sesuatu tu tapi kena rejek, kecewa aku kejap aje lah. Tak delah berlama-lama sampai berdendam bagai.

Tapi aku ada sikit rasa tak siok kalau aku yang blok, rejek orang. Klau blok no orang meniaga tu, orang aku tak kenal langsung tu no hallah, ni kalau orang aku kenal, satu opis memang aku agak susah atilah sikit. Contoh macam bebudak batch baru ambilan baru yang gegediks ni alahai, meluat aku negok ea, pengalaman tak seberapa tapi kalau bercakap tu, mak tuan aiiii----sebolehnya ku nak cuba tak nak meluat-luat dengan deme.

So far so good alhamdullillah aku ok je dengan derang, derang je yang tak geng aku. Taklah rasa bersalah sangat, kan. Ok ni yang ketegori mana yang aku rejek ni, ada satu ketegori tu yang, yang nanti adalah orang komplen, gini "aku tengok soc med dia belanja sakan, tapi utang aku tak nak bayar" Jeneh, yang kita nampak luaran sangat bermewah, tapi sebenar ada masalah financial". Itu memang aku ngerilah kalau orang jeneh macam tu.

Mujurlah macam aku kan gitu macam aku sudah baca mendrem ku, dalam cerita terbaru, pengalaman terbaru ni tetibeeerrr lepas bermekap bagai hari tu, dia yang macam dah tak nak pandang muka aku dah, mcam dia pulak yang meluat dengan aku. "alhamdullillah" Meluat betul dia tengok aku. Kenapa dia meluat? Aku rasa aku tahu. Satu aku jenis yang hodoh tak menarik, gendud, malas nak "dress-up" ada satu kejadian kat opis aku, kawan aku cerita, di Surau Al-Furqan sana, selain bersurau, dema aktif cari jodoh untuk ahli yang baru kematian/kehilangan suami/isteri. Umum tahu surau Al-Furqan majoriti ahli T20 Putrajaya. So, aku pun cakap le kat kawan aku, kalau ada Datuk-Datuk duda nak cari bini, kenen le kat aku. Aku nak Datuk title yang Istana/gomen bagi. Bukan datuk yang bercucu. Itu aku punya standardlah. Bila dia dengo macam tu punyalah dia meluat tengok muka aku. Dia cakap gini, "kalau nak Datuk sangat, pegi le ngorat kawan akak tu. Aku pun jawable, oh itu dah lama dah aku ngorat, tapi dia rejek. Kalu tak dah lama aku kawen. Idaklah aku suruh dak Shark laki dak Ira ni ajas aku dengan Datuk Al-Furqan tu" Dalam hati dia mesti kata, "tak sedar diri, dah kawan sndri pun rejek, apa kau harap yang bukan kawan tu nanti akan accept?"--- Well apa aku kesah, belum cuba belum tahu, kan? Manalah tau rezeki aku memang berlaki kan Datuk, Hambek kau. Personally aku lagi suka hati diumpat keji anak dara tua tak sedar diri memilih, dari main tangkap muat je berlakikan jenih lelaki yang depan kawan nampak have-have, healing memancing kat laut dalam, sewa bot ribu-riban, ada four-wheel vehicle bagai, tapi dah tersadai kat umah tak de pitis nak maintain dan bini sndri komplen lakinya umpama 'kais pagi makan, pagi, kais petang, makan petang" when economic down-turn occours. Orang tetua kata, bila jeki rimau makan besau, bila tikus masuk roman, bini plak kena begolok begadai.

So,ceritanya dalam, 2,3 hari ni aku risaulah aku tertak suka termenyampah dengan dia pun jadi settle kini. Udah tak meluat lagi dah, dia pulak la ni meluat kat aku, kalau cakap tu pandang pun tak mahu. Aku lagilah lega rasa hati. Aku nak meluat dengan bebini yang sanggup begolok-gadai nak maintain laki dia, dah kenapa, rete dia yang digadainya bukan reta kau pun. Besok dapat jeki rimau, dia tebusle balik barang yang digadai atau beli jak barang baru yang lagi mahal, lagi lebat ropenya, tak gitu. Yang ko sesibuk nak mengecam-kecam, meluat-luat dah kenapa? Orang niaga memang gitule deme, kan? Ekonomi shulit gini memanglah perit, hah tunggu masa boom besok, kau yang mengeji pulak yang akan malu, gitu-gitu sahaja.

Jadinya aku lega.  Hah kalau dia dah meluat, idakle dia ajak-ajak aku, ke sana-ke mari. Nanti aku cerita pasal ada satu upcoming event yang bikin aku, terpikir je benda tu, napas aku jadi copot-copot, tetiba rasa capek, bestie .
 

No comments: