Thursday, July 27, 2023

Mahaldahni---

Kami sambung bawangkan PMX lagi, kali ini pasal PRN 6 buah negeri yang akan dijalankan pada Ogos nanti. Kita bawang + meramal apakah kita akan dapat PMXI lepas PRN nanti. Ada juga yang baru dapat pencerahan kenapalah orang dok kata nak dapat PM baru tak lama lagi. Kata mereka "owh patutlah orang dok cakap-cakap tak lama lagi dapat PM baru, saya ingat derang ni berangan aje, rupa-rupanya memang ada ruang untuk tak over gomen" Begitulah cakap-cakap kami.

Saya pun cakap begini "hah sebab tulah Noh Omar berani bikin poster PH dan UMNO akan hancur tak lama lagi"

Yang lain pulak menyampuk "eeiii bukan ka Noh Omar tu banyak kes. Korup jugak!? Eish tak naklah dia tu" 

"dah abeh tu korang semua pakat-pakat memokak Mahaldahni-Mahaldahni- Orang memuda macam si xo dengan siXOO derang ni Mahaldahni-Mahaldahni- emosi naik mencanak terus pangkah tolak geng PMX. Kita ni hat boleh fikir lagi, Mahal-Mahal tunggule jugak lagi, toleh-toleh le jugak, ku tolak yang ini ade ke yang gantinya besok senonoh orangnya. Orang muda, Noh Omar pun derang tak kenal tu. Asal pandai sebut Mahaldahni, betul le orang tu nak bela nasib aku yang kesusahan ni". Jawab saya panjang lebar.

"Hah, Akak tu, jaga-jaga kak. Ada jugak Residensi Prihatin Malaysia Madani yang akak apply tu lepas ni kesel lagi jadi residensi yang apa tah namanya nanti. Residensi Wilayah kensel jadi Residensi Madani. Silap hari bulan, ini kalilah kensel tak berganti, terus tak ada residensi" lalu derang gelak ramai-ramai---

Hamboiiii seronoknya korang dapat gelakkan hakak, ya ?



No comments: