Tuesday, July 25, 2023

Mengarut Lagi---

Cerita mengarut pasal PMX ni tak terenti setakat itu je, semalam kami mengumpat lagi. Tapi mengumpat benda baik la----Walau baik pun kengkawan dan Pegawai kat opis macam dah mula skeptikal pasal dia. Apa ek derang skeptikal owh pasal gaji. Kan kami dan dapat pelarasan gaji ni, so kalau orang gomen naik gaji ramai non-Gomen akan sakit hati, sebab selalu yang lepas-lepas tu gaji gomen naik, rege barang pun naik dan dari pengalaman lalu gaji naik ciput rege barang naik berlipat ganda. Kawan yang lebih kritis pulak cakap, hutang gomen la ni dah makin banyak, kalau naik gaji apa machiem??? hah gitu-gitulah---

Saya cakap, apa susah collectlah GST balik he he---

Honestly saya tak berapa ghisau pun gaji nak naik ka, barang nak naik ka, bila tinggal lagi 10 tahun nak servis memang kami dah tak ada apa nak risau dah---segala ribut dalam jiwa semua dah tak ada dah---

Bagi orang memuda saya faham kalau mereka risau itu ini anak cucu besok, lusa. Saya pulak chill-chill aje. Dari kita risau-risau baik kita practise zaman Dajjal besok, walau saya macam optimis masa dajjal muncul, saya dah lama mati. Ustaz ustazah kata zaman tukan tak de makanan, so saya pratiselah selalu-selalu berpuasa. Lagi pun kan pose tu baik untuk kawal berat badan. Yang hat zikir tu, nantila azam awal Muharram ni nak kurangkan bercakap, banyakkan berzikir---- hah! settle masalah.

Benda akan datang jangan kita risau sangatlah. Ni risau pasal kije ni, kije kita yang dah banyak pakai AI dan kita yang tak pandai-pandai AI ini lagi patut kita risaukan. Saya senang je kalau otak saya jemmed sebab AI saya opt pencen awal je. 

owh semalam, saya ke pagi tadi ada satu poster pasal pelarasa elaun ni naik kat FYP saya. Katanya elaun ikut saya fahamlah, harap faham saya ni tak betul dan kalau betul poster tulah yang tak betulnya--- gini semua penjawat awam dapat elaun sama je, semua, minimu RM800. Dah tak de dah kau kat bandar ka, luar bandar ka, luar wilayah ka dalam wilayah. Ini fitna ni saya kira. Mana boleh macam gitu, karang melentinglah orang kat bandar-bandar ni hehe---tiktok ni kadang ada benda boleh caya, ada benda baik scroll aje. Apa pun kita tunggulah lagi 2 minggu lagi, kan tengok apa sebeno ea yang akan kita dapat.


No comments: