Sunday, July 9, 2023

HAIDIR vs DAJJAL

Saya ni nak kata almost of the time merentan pasal Governance lah, Integritilah dan terbaru ni SDG. Rasanya akan datang-datang-datang dan datang akan banyak saya berwiridkan SDG ni, rasanyalah. So pendeknya apa yang direntan-rentankan itu bolehlah korang nak kata acuan Dajjal melalui mason dan iluminati dalam memulihara kepentingan mereka yang dimurnikan dengan tagline mensejahterakan bumi, memulihara bumi. 

Personally saya follow je jejak ni sebab dalam disiplin kerja/ilmu yang saya lalui, saya tak nampak apa masalah dengan bebenda green-green ini. Nanti kalau dah pencen pun saya akan sedaya-upaya amal gaya hidup green semampu boleh. Itu plan saya. Saya merancang. Cara saya mengadap hari depan dah serupa orang kafir, kan? 

Orang Islam macam mana pulak? Saya tak pastilah, sebab pada saya Islam ni agama membaca. Benda pertama turun dari langit ialah Iqraq---bacalah. So bila baca-baca-baca, the best way saya rasa Islam mau kita happy, jangan bergaduh, sama-sama jaga bumi ini. Itu my personal view. Saya nampak hijau. Kedamaian, berdamai dengan diri. Nanti ada ketika, jika benar Dajjal akan keluar di zaman saya ini, semua akan diuji dengan kesengsaraan, kebuluran yang maha dahsyat. Tika itu makanan kita adalah zikir. Walau saya percaya bebenda ni semua akan berlaku masa saya dah mati, tapi saya take note jugalah, adalah sesikit berzikir sana sini, kan? Itu pendekatan saya yang sangat cincai, simplistik aje-aje---santai-santai gitu. Saya ni bukan boleh seserius, pepikir bebanyak sangat, nanti mental jammed hah, kan susah? 

Itu saya, tapi saya ada macam nampak pendekatan orang-orang macam Abang Long Lipat Bumi, dan orang-orang yang buat kontent pasal Dajjal, pasal itu, pasal ini yang lalu dalam FYP saya yang saya tak delah nak kondem, tapi tetibeeer terfikir bila ada satu masa tu one of them ada buat kontent membandingkan Nabi Haidir dan Dajjal. Kalau nak compare, Nabi ini yang paling hampir dengan Dajjal. Not Muhammad, Not Jesus, neither Adam, Suleiman or Abraham. Kata dia apa beza Dajjal dan Haidir? Dajjal bina kekuatan/kehebatan melalui ilmu, teknologi, daya fikir, Haidir pula hebat dengan Zikir.

Saya rasa propaganda ini tidak bagus saya yang ada penyakit delusi/Schizo ini. Orang sakit begini dia boleh masuk dalam delusi jika dia keseorangan dan takut sangat. Iyalahkan, dalam kau baca quran, berzikir, setan boleh je menjelma dan pengaruh engkau buat benda-benda yang mengarut seperti mengajarkan engkau pasang bom diseluruh tubuh kau, letupkan diri kau di pusat-pusat maksiat. Kau fikir kau letupkan pusat maksiat, tapi rupanya kau pergi letupkan Kidzania sana. Disebabkan itu, ramai kanak-kanak dan pekerja mati. 

Bagi orang macam saya, kami kena santai-santai, healing-healing, jamblo happy dengan kawan-kawan. Untuk aktiviti ini kena ada duit, nak duit kenalah kerja. Hah bila kerja tu, saya kerja bidang kewangan. Dah sebut kewangan tu acuannya opkos leeerrr sekular berprisipkan separate entity Solomon vs Solomon, kan? Itu je subjek sekolah saya yang saya cemerlang dan senang nak follow. Nak jadi engineer, saintis, Fizik setakat kredit je, Kimia, cukup-cukup makan, biology almost fail langsung tak dapat kredit---

Itu pasal saya tak de nak komplen kenapa tuah bagi saya sakit yang sangat mengaibkan ini, sebab sakit ini bagi pengecualian mengaji ilmu Dajjal sebab demi kelangsungan hidup. Bayangkan kalau tak sakit. Apa option paling santai? Kawen dan lahirkan zuriat khalifah Allah. Mak aiii saya sorang ni pun rasa azab, tonggang terbalik rasanya itu, nak mendidik khalifah Allah? Phewww lagi la susah,kan. Nak ngajo anak-anak jadi Engineer, Saintis ko ingat senang ka? Aku tengok bebuku budak ini jaman, aku sendiri pun tak tau apalah derang belajar kat sekolah tu. Kalau buku matematik tu, ntah matematik level universiti agaknya deme dah belaja di sekolah rendah. Tak faham aku nak njawabnya.


No comments: