Hari ini aku puasa sunat. Nak kata aku pokai idak jugak, tapi sebab aku nak ejas sebab awal bulan lepas aku dah joli katak sopping sakan kat tik-tok. Jadinya bila aku pose Isnin Khamis, banyak jugak aku dapat jimat. Kalau tak pose aku makan kurang pun, RM10-20 hengget, ko bayangle sebulan campur pose hari putih berapa banyak aku boleh jimat dan boleh berjoli ria kat tik-tok? he he.
So sebab aku pose aku nak sambung pasal pagi tadi. Idakla aku nak royan pasal naik gaji. Ko gile ke hapa orang nak naikkan ko gaji ko meroyan tak mau? ha ha ha----lantak pi lah lepas naik gaji makin malas, makin naik lemak-lemau ke hapa, ka, tak de kemajuan ka hapa ka, macam memberi dedak ayam ka, kan? Yang penting gaji naik. Gaji naik ko kije takat tu gak hah besok menjawab le kau kat Padang Mahsyar sana? kan? Kalau bebetul ko orang fikir banyak dalam, macam imam Syafiee tu, tak mau dia terima naik gaji tu. Berat tanggug jawab dia.
Honestly, kalau tanya aku bebetul, aku pun takut naik gaji ni, takut apa, naik gaji produktiviti tahap tu jugak, bah kan makin belemak-lemak naik malas aku ni. Tapi sapalah aku, kan kekuli kekecik je. Kalau orang dah offer aku terima dengan gembira. Rezeki jangan tolak. Kita buat terhabis baik. Sebab nak terbaikla pagi tadi memang aku dapat cakap dengan kawan aku. Aku cakap pasal apa. Ini lah ni aku dengan IR4.0 aku. Sampai la ni aku stuck tak pandai-pandai lagi nak berIR4.0.
Aku dapat cakap dengan kawan aku, tapi dia tak boleh tolong, dia pun tak reti. Ceritanya gini, aku nak tarik ada satu data tu, tapi dia dah set tarik waktu malam je, 7 malam-7pagi. Betul boleh tarik waktu siang, tapi kawan aku tak reti apa coding nak bukak waktu siang. Dia cakap apa masalah bukak waktu malam? Bukak je. Memang tak de masalah tapi aku malaslah nak stayback malam. Aku bukan pegawai IT pun. Pegawai IT susah nak cakap. Bongkak dia nauzubillah. Langsung tak membantu.
Yang aku kontek tu pun pegawai IT lama kami, hah kalau dia ni senang cerita, kerja tak berkira sangat. Dia cakap sama aku, "apa masalah nak tarik data waktu malam? tarik je" Aku telan liur. Apa nak pening-pening coding-coding, dah orang bagi windo frame ikut aje lah. Ko rasa? Apalah sangatkan stay back barang sejam dua just nak down load data? Kita downloadlah dulu, kan. tengok apa binatang ada dalam sana. Ini tidak banyak betul alasan kita.
Yang sebenarnya apa? Kenapa tak mau? Sebab kita tak tahu. Takut kegelapan kita masuk dalam sana. Aku rasa minggu depan aku akan request BKP bukakkan aku lampu sampai jam 9 malam, aku pi godek jugak, nak tengok apa benda data yang tersimpan dalam sistem itu.
No comments:
Post a Comment