Tuesday, September 26, 2023

Boundries

Ramai orang kata, especially orang pakar motivasi cinta Islam "lelaki dan pompuan tak boleh jadi bestie" Aku pun jadi peliklah sebab pada aku, aku lihat Isalm ni agama cinta, agama persaudaraan. Aku ada pernah baca mentera ni yang kat mana tah aku dapat tah, (dululah). Dulu aku hafal tapi la ni aku pun dah tak ingat dah mentera tu, tapi aku tulis sikit lebih kuranglah "tidak Islamlah engkau kalau kau tak kasihkan saudara kau seperti kau kasihkan diri kau sendiri. Setiap kita beragama Islam itu bersaudara"

Itu mentera aku dululah. Tapi aku dah tak pakai lagi dah sebab ialah aku ni, kan pengidap sakit mental, sapa nak bersaudara dengan aku, saudara ada tali darah daging pun bencikan aku. Kalau tak sakit mental pun, kalau deme tak tau aku mental pun, kat opis ni kije dengan gomen ni, bos manalah suka orang tua-tua. Especially kalau kau tua lepas tu sijil kau, resal peksa kau, CGPA kau lagi gempak dari dia. Memang dia anti sungguhla dengan kau, kan. Mana istilah tidak Islam kau kalau kau tak kasihkan sedara kau. Kau tak anggap pun aku ni sedara kau. Hidup berkelompok-kelompok, tak nak orang itu, tak nak orang ini, nak yang gini-gini aje.

Aku sebona ea bukan nak cerita pasal Islam tak Islam aku nak cerita pasal berbestie. Dah aku ni ramai orang tak suka, kan, bukan sebab aku mental ka, tapi sebab mulut aku ni ada leser sikit, kalau aku cakap ramai orang sentap, walau pada aku aku cakap tu benda "statement of fact" Orang anggap aku cakap besar bla bla bla bla, ala dia ginilah kita ni IQ level-level Chevening scholar, Fulbright scholar, duduk dengan orang IQ suam-suam, memang gitulahlah kita, tak boleh cakap lelebih sangat, deme sentap. Kita kena turunkan IQ tahap IQ mereka. Tapi kadang tu terlepas jugakkan?  Kita kena banyak kena senyap je. Cakap bebenda bodoh-bodoh je. Ok berbalik pasal bestie, kira aku, kalau ada orang/individu kenalkan aku  pada orang lain, rakan sekerja dia pulak tu, yang aku ni bestie dia, memang aku suka sangatlah dan aku anggap dia bestie aku sampai mati.

Problemnya bestie aku tu lelaki dan raaaammmmaiiii peminat ramai mengimpit ngaku bestie. Adalah sorang peminat dia tu, macam jenis peminat setengah masak, yang jenis apa barang tah, aku je bestie dia, kau bukan, kau jadi-jadian, kau perasan je. Siap kompare-compare lagi kau, dah kenal berapa lama? Berapa kerap kuar ngopi, berapa jam dalam setahun bersembang mesra. Berapa lama tidur sama bestie? Kau dah kenapa? Aku ni pempuan, bestie aku lelaki, apa barang aku nak ngopi berdua-dua selalu-selalu dengan dia.

Dia pempuan, aku lelaki, berbestie setakat setahun sekali ucap selamat hari raya, hari jadi, dan saling doa-mendoa, kan kejayaan, kebahagiaan cukuplah, kan? Yang nak gi camping sama, nak panjat gunung, hiking sesama, nak berpuisi berdua, bersama, tu bukan bestie lagi dah itu bini, tak gitu? Itulah tu nanti kalau aku jumpa bestie aku off line memang aku nak suruh bestie aku cakap "Mardhiah ni best fren saya" lepas tu aku nak rakam, dalam hp. Kalau orang tak percaya, iya ka bestie, brapa jam kopi sama, makan sama, baring sama, tidur sama, memang aku tayang video tu sama dia. he he---- Joking je. Idakle aku mengarutnya sampai gitu, kan. Tak perlu kita nak berdebat, dan membuktikan pada orang yang setengah masak tak pernah ikhlas berkawan bersaudara sesama kita. Kalau kawan tu nak pilih level-level Chevening/Fulbright, tapi tak sedar diri awak tu level-level KPM je. Naik level KPM pun sebab pandai kipas sana-sini. Bukan pandai kipas je, pandai pijak kawan, jantina pempuan ni hanyalah sekadar batu loncatan, landasan berpijak menuju tingkat lebih tinggi. Pempuan bukan untuk berkawan, tapi dikahweni, nak kawen dengan lawa-lawa level-level artis Negara, je. Apa dia ingat pempuan lawa tu tak de mata-tak de selera, tak reti nak set level-level juga ka, kan? 

So, berbalik pasal pempuan lelaki tak boleh berbestie, sapa kata tak boleh, cuma kena set boundaries. Itu je, kan? Lagi satu bila kau bersahabat dengan orang lain jantina, jangan pula kau jaja-jaja perempuan tu tak laku, tak tahu malu, gila tak sedarkan diri terhegeh-hegeh tergila-gilakan aku. Kau cerminlah sikit diri kau tu sebelum jaja kau tu hebat sangat, semua orang tergila-gilakan kau. Ambil sikit pengajaran dari bestie aku sendiri. Satu ketika bestie aku pernah maki hamun/meroyan dionline, pempuan gilalah pempuan bla-bla-bla. Iya betul bestie aku ni memang pempuan suka. Dia hensem kau, baik, dan tak macam lelaki tipikal yang suka dakwah kawan pempuan dia supaya buat itu ini, jangan buat begitu begini. Sampaikan ada sorang pempuan tu diceritakan kawan lain kepada ku kunun tetiap tahun buat umrah kat Mekah sana doa nak jadi bini dia, tapi sampai hari ni tak jadi-jadi. 

Aku rasa itu semua sebab ketulahan dia memaki/meroyan online ada pempuan gila tergila-gila kan dia. Bukan saja dia hingga kini sendirian tak bertemu jodoh, lebih parah lagi hidup dikelilingi macam-macam parasit sampai ada sekali tulah dia bersenandung, "Pine nan tua, atas gunung, banyak parasit" hah gitu. Napa sampai gitu sekali pedih perih rasa hatinya? Mana tak pedih, dah banyak kali duit dia kena "kapur"gitu-gitu aje dengan kawan-kawan dia jugak. Bila dia senandung begitu, dah mulalah orang bersepakulasi yang mengapur tu pempuan gila yang dia royan-royan kan online tu, tapi as his bestie aku tahulah 2 tiga orang kaki kapur tu sama jantina dia jugak, bukan skandal yang berlainan jantina, pun. Tak de pempuan gilanya, melainkan lelaki gila yang gila perasan nak ntahlah aku pun tak tahu apa perasannya, ada sorang tu perasan besok kalau bestie aku masuk politik, menang bertanding, jadi menteri, dia nak cop jawatan setia usaha sulit,lah setia usaha akhbarlah kepada bestieku.

No comments: