Kau ada pernah rasa kau lost the sense of purpose in life tak? Kau tak tau apa nak jadi, begitu-begini,kan? Well I tell you what, saya tak pernahlah rasa macam itu. I single, I tak de anak, I tak de itu, I tak de ini, tapi I ada sakit. That sickness give me purpose in life. I nak sembuh dan hidup sihat dan happy.
Apa sakit saya? Masa kecik remaja, ada penyakit kuat makan and thus, badan saya jadi sangat comel. Sebab kecomelan ini saya sukar dapat boyfriend. Sebab tak de boyfriend tu kut saya dapat sakit mental. Orang Melayu percaya kalau tak kawen memang boleh jadi gila. Some how saya rasa ada betulnya dari segi sains, hasil dari pengamatan saya terhadap kekucing yang pernah menempek kat rumah mak. Masa umur kita memuda, hormon mengawan tengah tinggi, kita tak dapat lempiaskan keinginan mengawan tu, buat kita suka marah-marah, bergaduh, gila, ka hapa, kan? Macam kucing mak, namanya baby, Baby ini gemuk. Dua pusingan musim mengawan bukanlah kata tak de kucing betina nakkan dia. Bahkan kucing betina tu siap datang rumah lagi, tapi Baby gagal mengawan. Last-last Baby dapat sakit tak boleh kencing, tak sempat bawa vet, Baby pun mati. Memang kita orang nak kembirikan je Baby ni sebab susah benau dia nak mengawan, tapi masa tu PKP, kan---so dia hanyala seekor kucing, kita ni tak le rasa urgent sangat nak kembirikan dia. Ala, besok dah dah habis PKP, kita bawak le---tak sempat habis, dia dapat sakit tak ble kencing, masa tu hari raya, klinik haiwan semua tutup, elok je bukak, sampai kat kat klinik dia pun mati depan vet.
So berbalik pasal cerita saya yang gemuk dan gila ni, bagi saya the purpose in life. Memula tu saya tak rasalah nak ubat masalah suka makan, ni. Sebab saya fikir begini, ala cantik-cantik pun bukan ada orang nak kawen dengan aku pun, kan. Baik aku layan je tekak ni selagi tekak suka. Dari umur 20 ke awal 40 saya fokus nak baikkan mental. Dah masuk 40, bila gemuk sangat, iya gemuk, Obes type III kau. Badan macam tak larat nak gerak banyak, dapat pulak tawaran kije Penolong Juruaudit yang memerlukan kau jalan banyak-banyak, nak tak nak saya terpaksa juga rawat kegemukan yang saya alami.
Ok seems like gemuk dan susut, la ni dari obes dah jadi overweight je. InsyaAllah lagi 10 kg, dah normal. Mental pun dah ok. Bukan ok 100 persent, ada juga ketika saya dapat anxiety, panik dan macam-macam, tapi saya dah boleh kawal dan tau apa nak buat. Kira oklah tu, kan? Dapat lagi satu penyakit. Saya tak tau apa sakitnya ni. Saya google-google dia kata tinnitus. Bunyi macam angin dalam telinga. Mula-mula saya tak berapa peduli, sebab ia berlaku kadang-kadang sahaja. Jadi saya macam tak ingat benda itu ada. Bila lupa, tak de le terfikir nak jumpa doktor. PKP 3.0 ni jadi sangat kerap dah macam tak tau nak kata apa,lah kan. So saya pun pergi klinik, bulan 9 nanti baru dapat jumpa pakar.
Nanti kita cerita lagi pasal ni ya---So kau nak tengok aku tuleh novel? Ha ha kirim salamlah ya.
Macam mana boleh timbul cerita tulis novel ni pulak? Tula masa boring-boring tu kan, merayap ke mana-mana tah dalam alam maya ni, terjumpalah ada minah kije Dewan Bahasa ni. Dia ni le sibuk suruh saya tuleh novel. Saya kalau nak buat benda selain dari yang saya dah buat, kena kerja tu mendatangkan hasil yang lebih lumayan dari yang saya kerjakan.
Masa tu saya kije kerani, gaji adalah dalam sebulan tu dah tolak hutang keliling pinggang, adalah kut dalam RM1,000 gitu. Kau nak aku tuleh novel? Boleh laku ka? Masa tu, masa ni, novel yang laku kat Malaysia ni novel pop cinta, je. Aku mana le ada pengalaman bercinta, Nak tuleh lagu mana? So saya kije kerani je. Ada duit sesikit, sambung blajar, dapat le kije sekarang ni. Oklah tukan? Ramai orang menuleh jadi kaya raya dah pun la ni, jadi influencer bagai. Saya macam ni aje. Tak de peningkatan langsung, pun dalam dunia penulisan ni.
Tapi tu, my purpose in life is to be healthy and happy. You don't have to be rich, to have tons of followers to be happy. Benda-benda tu semua bonus je. Kadang tu benda-benda tu plak yang jadikan kau tak happy. pun ada.
No comments:
Post a Comment