Berangan memang le sedap, free pulak tu---Bayangkan saya ni penuleh novel pop box office yang ada fan dia sendiri yang sanggup tu, kuar duit berapa aje demi novel yang eksklusif untuk mereka aje, sure kaya, kan?
Tapi tula saya ni tak reti nak buat begitu, berangan reti, lah---hari tu berangan nak tuleh pasal KETURAH pun tak kemana pergi plot cerita ni, hancur jadi debu. Sel-sel otak saya langsung tak ble berhubung. Hah hari ni sibuk orang bergaduh kat Palestine nak tulis pasal ekonomi bawah tanah,lah, konspirasi politik- espionage ala-ala ntah apa-apa,kan? Berapa banyak novellah saya nak tuleh? Fuhh sure kaya,kan?
Hah--- apakata saya tuleh pasal ada satu mamat ni dia so so aje bakat dia dalam ilmu ekonomi. Dia ada cousin yang genius ekonomi. Dia cemburu dengan cousin dia. Kedua-dua masuk politik. Si Cousin ni genius juga, genius berpakat sana-sini, bertalam-bermuka-muka dan bercita-cita nak jadi PM jugak, sampai dia sanggup buat naya kat cousin dia. Dia berpakat sana- dia berpakat sini. Dia terjebak berpakat dengan politikus dua alam yang ada agenda mengibar bendera pelangi di Negaranya sendiri, dan musuh politik cousin dia sendiri. Dia tergamak menikam cousinnya dari belakang. Cousin dia pun tersungkur dari kerusi PM dan disumbat dalam penjara.
Lepas tu dia berebut nak jadi PM dengan mamat Pelangi ni. Ni tak boleh jadi. Aku mesti jatuhkan dia. Dia pun berpakat dengan anak Raja Lanun yang sangat kaya-raya. Raja Lanun ni ada bela saka KATURAH dan ada connection dengan ekonomi bawah tanah. Dah Lanun, kan? Adakah dia berjaya jadi PM. Adakah Mamat Pelangi akan berdiam diri sahaja? Amacam boleh box office tak cerita saya ni. Berangan memang le pandai. Besok aku bangun pagi, ntah apa plot cerita pula yang aku nak karang.
Saya kalau menulis ni tak boleh sensorang. Jika sendirian tak fokus. Nak tuleh cerita macam ni kena banyak jumpa orang, tanya sana-sini. Cerita Lanun bela Saka senang sikit nak karang, memang ada, lah 2, 3 orang kawan macam itu. Ekonomi bawah tanah tu, bolehlah sikit-sikit,kan? Masa buat master dulu ada belajar pasal ni. Nak cerita mamat gay yang ada black hidden agenda ni, memang aku tak reti, sebab tak de kawan Gay.
Lagi pun, kerja saya kan tuleh laporan audit? So, aktiviti penulisan saya memang bukan duduk sorang-sorang menulis. Saya menulis secara berkumpulan. Waima tuleh tesis master pun, kalau tak de SV sure tak jadi.---so begitulah kesudahan angan-angan saya.
For the time being saya mau fokus kerjaya mengaudit. Tak banyak sumbangan pun. Tapi itulah punca rezeki, tak payah fikir besar-besar sangat. Yang penting syukur selalu dan happy. Masa lapang, boring nak buat apa ek?
Mungkin saya [1] berangan feefeling penuleh bermukjizat yang meramal itu, ini he he-- [2] tuleh pasal my weight loss journey.---baru sekejap tadi PA bos tanya macam mana dia nak kurus.---kita tuleh pasal PA ni nak?---TAJUK dia Saya Nak Kurus, TAPIIIIII--he he.
Yang hat pasal feefeling mukjizat pula, pagi tadi bos saya kata bla bla bla---saya cakap gini "ala, puan bukan tak tau akhir zaman ni derang akan menang sebelum kita menang balik. Nak tunggu menang balik tu, kita ni, macam mana kita nak beradaptasi dengan derang tu?"
How to deal with kekalahan demi kekalahan---hah tu dia dah macam pakar motivasilah pulak, kan? Besok kita fefeeling Dr Fadhilah Kamsah, pulak ya?
No comments:
Post a Comment