Wednesday, July 7, 2021

KawanKu

Semalam kata nak cerita pasal kawan, tapi tercerita pasal diri sendiri pulak. Hari ni pun bukan nak cerita pasal dia sangat, nak cerita pasal saya juga. Saya nak cerita pasal dia pun saya bukan tahu sangat, boleh agak-agak ajelah kenapa begitu, beginii--

Kenapa dia tak suka ea ikut benda yang gitu-gitu tu, ala-ala dah nak masuk ambang menopause---ala-ala umur achik Marhaban-haban-tahlil tu---Kenapa? Heran pun ada. Apa dia pandang slack kat Kumpulan makcik Marhaban ni,kan? Apa sikap makcik yang annoying? Makcik modern, saya tak tahulah sebab bila masuk umur macam ini saya masih bekerja di Putrajaya. Lagi pun buat masa ni saya tengah struggle dengan masalah kesihatan, kolestrol, berat badan berlebihan. Dengan iyalah dah tua-tua bangka beralih bidang kerja, kan. Dari segi kerjaya saya ada banyak benda nak hadam. Banyak masa dihabiskan dengan study-study-study---hah gitu.

Kumpulan mengaji kat opis pun saya tak sempat nak join. Join geng-geng sesama opis, makan-makan ajelah kijenya saya kalau ada masa lapang. Sikit-sikit tu ada lah gi brisk walk bagai, walk-walk-walknya tak sampai beberapa minit pun. Dok tersadai makan nasi lemak, roti canainyalah yang lagi lama.

Pendek cerita adalah tukut perangai Acik ni yang bikin orang takut nak dekat. Tak kisahlah. Saya pun kalau ikut hati eish tak mau semak kepala dengan achik-achik ni---tapi kalau kau kat kampung itulah kau, ikut kumpulan Marhaban untuk mengisi masa tua,kau. Tak kisah walau macam mana teruk pun mereka, kalau kau tak join derang, besok kau mati, sapa nak bacakan yassin untuk kau? Sndri mau ingatlah kan? 

Derang tu pun bukannya teruk mana, pun. Kau tak mau join aktibiti yang kau rasa tak berpekdah tu (membawang dan bawak kuar produk mary-K, produk crochet, pinggan-mangkuk-segala tok nenek perhiasan dapur) kau dok dendiam sudah. Kau follow jak. Dalam kes Marhaban ni, Mak Nah saya adalah inspirasi saya. Mak Nah adik sepupu belah ayah. Dia tak pernah kawen pun. Tapi Mak Nah macam saya, pandai menggubah dan memasak. Mak Nah mulut tu kadang boleh tahan jugak. Tapi Mak Nah dia most of the time diam aje. Achik Marhaban suka Mak Nah sebab kretif dialah tu. Orang pung-pang-pung-pang membawang, Mak Nah buat gubahan itu ini. Cara dia menggembirakan hati dan mengisi masa lapang menunggu dijemput Tuhan.

Tak de pun soksek kata Achik Bawang jaja Mak Nah anak dara tua. Ok jak. Kalau kau dah jadi kawan derang, takkan derang nak "balun" kau sebab kau tak pernah kawen,kan? Inspirasi ke-2, Mak Itam saya. Adik Mak. Itu pun satu jugak tak kawen tu. Ok aje dia dengan Acik-achik tu semua. Masa tak Covid, banyak jugak tempat-tempat pelancungan Negara Islam derang pergi. Turki, apa tah yang kia-kia tu yang ada salji-salji tu semua derang pergi. 

Ya Mulut achik memang jahat, tapi ko join derang nak membawang ka? Sekadar nak isi masa lapang je, kan? Membawang tu selingan, kalau kau amati aktiviti mereka banyak juga yang berfaedah--kadang achik buat charaty Run, Kitar Semula, macam-macam yang mendekatkan diri dengan masyarakat. I believe no man is an Island. Kena campur masyarakat. Mak selalu pesan jangan jadi kera sumbang. Menyumbanglah untuk kera di hutan walau anak di rumah mati kelaparan. Itu saya yang tambah, nak bikin gaduh-gaduh dengan mak. Saya? Sehari tak gaduh dengan Mak, tak sah. he he

******

Ni ea antara benda yang kwan tak ble masuk dengan Achik

1. Aku boringlah asyik cerita pasal anak derang jak

2. Boringlah asyik cerita pasal laki dia

3. Boringlah asyik cerita pasal yang tegangkan muka yang dah berkedut

4. Boring

5. Boring

6. Boring

7. Boring

'

'

' Boring till the infiniti he he

HUrmmm sumernya yang boring----paling boring dapat acik yang baca marhaban paling meleweh-leweh,kan?---Saya fikir balik, life saya nak ke mana lagi. Apa kekuatan saya? Masak-masak,kan? So tempat mana yang masakan saya dapat perhatian kalau tak kumpulan acik-acik ni? Mungkin kawan ada kekuatan lain. Kekuatan dia tak ngam dengan perkumpulan achik, sebab tulah dia tak mau masuk geng achik. Saya ni pulak dari sekolah lagi kengkawan dah nampak watak achik in me. I bukan Pre Madona, I achik. Kesian, umur 15 dah dapat watak achik dalam drama sekolah. So, why susahkan otak nak main watak puteri kayangan, kan? We play the part which is easy for us to play. 

Shakespeare kata hidup ini pentas drama. Apa lagi dia cakap saya lupa. Saya cakap, bila dah pentas tu, amik watak yang senang-senang kita nak main jak. Hidup ini terlalu singkat untuk kita sesak-kan kepala otak dengan nak main wayang yang langsung tak ngam dengan diri kita. Puteri Langitlah, Puteri Bulanlah, semua kau nak pulun, puteri hajeee, tak padahal, nak dapat 10 like pun semput---macam-macam,kan?

No comments: