Yang lepas-lepas saya ada tulis macam mana saya berhadapan dengan Anxiety,kan? Ada satu ni, saya tak tulis. Yang saya tak tulis tu ialah benda yang saya tengah buat ni, leeerrr---memblog, menulis. Isnin lepas saya tengok kawan saya bersyarah kat dalam FB, pasal penulisan dan penulis. Kebetulan, dulu masa mental tak stabil yang ntah-apa-apa-tah-tu saya ada terberkenalan dengan penulis yang kawan saya syarahkan dalam rancangan tu.
Macam mana boleh kunun berguru dengan dia pun saya tak berapa mau ingat, cuma saya kata masa saya tak stabil tak tau apa cita-cita, apa nak dikejar, tu adalah berangan nak jadi penulis kreatif. Kelmarin bila saya dengar kawan saya bercerita pasal penulisan, tetiba saya terfikir pulak, apa kata saya kreatifkan bukan kisah saya yang teranxiety ni tapi kisah orang keturunan berketulahan. Saya idak le kata bos saya ada Keturah. Tidak ni kan penulisan kreatif, bukan betul pun---mana tau boleh jadi novel box office, dapat juga duit, kan? he he mengarut sungguh.
Kita nak keluar dari anxiety ni, kita jangan fikir sangat. Kita buat sesuatu yang menyeronokkan. Pasal KETURAH, ketulahan ni memang minat saya. Saya fikir begini, sapa yang ada KETURAH tu, dia janganlah marah, sebab kalau marah KETURAH menular, orang jadi sakit. Kau nak ke orang sakit? Saya fikir mana-mana orang pun tak nak orang lain sakit, kan?
Yang sibebal, pemalas, ala-bahai macam saya ni pulak, ko jangan le menyakitkan hati sesapa pun, kan. Cubele kau rajin sikit, dah le 100% LAZY, mulut pulak tu boleh tahan jugak, jahatnya. Kalau kena "gigit" dengan KETURAH memang padan muka aku leerrr---hah!
Ok la wats the plan?
Saya nak buat citer Bangsawan KETURAH yang struggle nak kawal KETURAH dia, amacam ngam tak? haha ini berangan jeeerrrr---mula-mula tu dia sukalah, kalau dia marah, dia benci, semua yang dia marah dan benci tu sakit, gagal dan sebagainya, until one day kemarahan dia menyebabkan kawan baik dia sendiri ka, atau anak dia sendiri mendapat kemalangan kerana amarahnya. abbbooodeeen? hah!
Ni ni ni ni---saya ada kawan baik tau. Lelaki, hensem, berjaya bla bla---peminat beratur nak kan dia, tapi sampai hari ni tak kawen-kawen. ko rasa? Aku rasa maybe one of his admirer ada KETURAH dan KETURAH nilah yang menyebabkan kawanku tu tak laku-laku sampai hari ini. Mamat tu bukan setakat mulutnya je yang longkang, perangai pun kadang tu, boleh tahan puaka jugak dia tu.
No comments:
Post a Comment