Well, sapa tak suka orang pandai? Saya ni bukan sahaja dikata pandai, ada yang kata saya ini genius fuhhh---terangkat langit weh, bila dengar pujian begini. Datang dari bos-pulak tu. Tapi biasalah orang bijak pandai lain kata---orang pandai penuh dengan keraguan, sedangkan sibodoh penuh dengan keyakinan. Dalam kes saya bukanlah sangat ragu, tapi 100% LAZY. he he he--
Ni memang dah level kemalasan yang 100% ni. Saya cakap pun saya dah minta tukau. Jadi saya malas nak layan benda-benda design-design ni. Lagi sekali aku nak nyebut ni--kita Audit Negara antar KPM ni ngodit, bukan mendesign cover buku Majalah Tahunan!!!! marah ni.
Saya malas tau benda macam ni--aku dah buat sikit, bos kecik bawah si pempuan kekwat ni kondem le pulak nak tema---katanya tema Covid dan jaringan internet, macam hawauuuu je! Orang tak pernah masuk kelas grafik ni,kan dia main cakap sedap muluuuuttttt je pandai. Mengarah memang le sedap. Arah kuli-kuli ni gitu-gini---selera, arahan memamasing mengalahkan creative director kat Oglivy and Mather. Heyyy, tak kose nak bukak balik buku fundamental graphic design deeerrrrr---Tapi tu le kita pun tak nak gaduh-gaduh, iyakan ajele cakap dia ya, sementara nak nunggu permohonan tukau tu diluluskan. Nanti dalam borang laporan BDR aku, haku nak tulis Latihan Kendiri ---baca buku Introduction to Graphic Design. gitu.
Kita mintak tukau ni pun ko pikir le kita dah belanja ribu-ribu ringgit, puluh ribu, campur diploma, boleh jadi ratus ribu---iya aku kata ratus sebab ikat janji dengan JPA pun JPA letak rege RM114,000 or lima tahun ikat kije dengan deme tau. Itu cuti separuh gaji 2 tahun jak---nak ikut aku belajo ni nak dekat 10 tahun hah!!! Teteber sesuka hati nak suruh kita design graphic kulit Majalah, lah pulak---
Apa cer ni pasal design ni. Nak citer ka--citer sikitla--patutnya kije ni kije pegawai IT. Tak taulah aku nape pegawai IT baru ni semua sengap, perasan bagus. Kije dia, kije dia jak. So, Minah kekwat yang merupakan ketua, segala ketua Pegawai IT, ni submit le design untuk majalah yang lepas yang dia buat sendiri--pendek cite dia sentap, bos no 2 kata "tak cantik". Tapi tidaklah kena rejek pun. Tak cantik pun yang tak cantik tu le dah anto pegi printing pun.-- Mula dia kata dia tak suka bos no 2, merungut-rungut nak tukau, bila dia donga Bos no 2 tak lama kat KPM ni sebab nak naik pangkat, dia tak jadile tukau, so kalau dia stress, dia seranglah pulak kami yang pangkat paling bawah-bawah ni, kan? Penghabisannya, tahun ni, dia suruh kami plak yang buat. Masa dia ngarah tu, siap dia kata "tahun ni you all(fellow auditors, the assisstant which is me&d'gang) buat, tapi I tau level you kat kat mana" Fuuuhhh, belagak nak mampus tuuuuhhhh, dengan nada suara dia, dengan memek muka dia, uish macam kita bodoh, tak berguna, sengap sangat, kan? Yang ada sekor Minah IT ni siap cakap "I masa kije swasta dulu, benda-benda ni semua ai buat tapi semua pakai bla bla bla, benda tu semua ada. Gomen ni Unit Koprat pun bla bla tu semua tak ada"----Itulah permulaannya, buat kata ada bekas menteri tu pun "elephant, elephant fight, mouse deer die" le ni. Tak dapat tanduk, telinga dia pulas.
Meh achik belanja gambo sikit -(Work in Progress), pakai microsoft word je you allssss---kita mana ada apple, abdobe bagai tu. Ko kije Dewan Bahasa bahagian Majalah ka? btw korang tengok sndri level hachik dan perisian cikai kampung ni kat mana, kan?
Berbalik pada "I think she like me--- dia sukale kalau saya dengar masalah dia. Dia ada tanya jugak "how do you deal dengan bos no2" ---I got no answers--- "we auditors are like that---honestly Hajjah (bos no2) just like my mother, I got no problem with her". I should have said it aloud, but due to laziness yeah, not keraguan, I said, "I go to kursus/seminar pengurusan stress, I go to the gym, to the pool" I even said, "do you wanna to join us,?"Yang hat gym le--sebab gym tu tingkat 7 je, kita tingkat 4, dan 5. Tak nak pulak. Us la sebab I memang ada geng pi gym. Kalau sorangpun dah nama Gym takkan le I, Gym KPM tau, ada le instructor dia. Gila apa KPM nak benarkan ko main gym sorang-sorang, rosak alatan, kau tergedang sensorang dlm gym tu, ah sudah, jadi berita sensasi Negara jadi,nya, kan?
Pikir ke belakang ke belakang balik, semuanya kalu kita muhasabah bebetul, semua berpunca dari diri, kita jugak---I should have said like this "I got no issue with Hajjah, but if you have, may be you should sit down and talk to her about expectation, setting up common interest and goal bla bla bla---, buuutttt if you think you still cannot get along with her, mungkin bertukar itu salah satu jalan penyelesaiannya" Itulah sebabnya saya suka doa nabi Yunus sangat-sangat. --- hat part yang "sesungguhnya aku dari orang-orang yang zalim" tu memang deep dan sajak, kan? Orang suka kau, tapi kau malas nak layan, kan. Sekarang ni padan muka siapa? GAYTUUUU
Melayan orang yang kita tak suka itu cinta yang terpaksa--terpakse beb---kalau tak pakse diri ni bangun pagi buat kije, bukak dan baca message wats-up dia yang betela-tele tu, sapa nak bayar gaji kau bulan-bulan? Tak pelah ya---introduction to graphic design, graphic design leee ye?
No comments:
Post a Comment