Kalau mak bacalah tulisan ni mesti dia marah. Tapi dia tak tau saya ada blog, jadi saya beranilah tulis kat sini. Sambung pasal anxiety.
Emosi je, macam berdebar-debar, cemas,kan. Terutama bila berdepan dengan situasi yang kita tak pasti, atau berdepan individu yang kita seram, tak kisahlah seram sebab kita kagum, seram sebab kita takut. Kalau kerap, dah berdebar itulah anxiety namanya.
Macam saya ni dah kira jatuh anxiety sebab sampai dah berlaku kejang otot, berdebar-debar dan mengeletar. Paling teruk saya sampai dah fikir orang yang saya geruni tu ada saka. Napa saya fikir sampai begitu---ceritakan bermula 9 Julai 2021 dimana saya kena marah. Pada 8 Julai minah dah call tapi saya tak perasan. Dia call 4.37 petang. Masa tu saya dah keluar rumah pergi terapi. Masa terapi tu juru terapi kesan ada gumpalan otot di bahu---dia cuba pecahkan/lembutkan gumpalan tersebut. Pulang je malam tu macam ok je--ada baca yassin lagi dengan geng kolej secara maya.
Keesokan harinya saya pergi ofis macam biasa. Bila kena marah, macam saya cakap siap makan doyan lagi. Malam tu, Jumaat malam Sabtu tu dia dah mula berdenyut, peliknya dari bahu sakit tu menjalar ke leher dan belakang kepala sebelah kanan. Bunyi dalam telinga makin kerap dan kuat. Memang malam tu saya tidur-tidur ayam sahaja. Ahad makin sakit, tapi dalam sakit tu saya gagahkan diri hantar permohonan rentas negeri ke balai polis berdekatan pada jam 7 pagi. Alhamdulillah beberapa minit sebelum Asar, saya dapat berita gembira dari balai, permohonan rentas negeri untuk teman mak cek darah pada 13 Julai diluluskan. Sakit tu memanglah ada tapi dek kerana gembira segala sakit macam tak terasa. Terus teringat tuam bahagian sakit dengan ais. Alhamdulillah dapat tidur lena walau taklah sampai 8 jam, dalam 2,3 jam gitulah. Isnin baru klinik bukak---tapi saya tak dapat jumpa doktor sebab penuh. Rabu baru ada kosong. Tepat jam 12, 13 Julai tu saya dah ready kat petrol pump berdekatan tol Kajang nak masuk federal Highway. Sampai Melaka dalam jam 1 lebih. Sebab happy sakit ntah dah hilang ka hapa ka, tak pastilah saya, saya dapat tidur lena malam tu walau jam 3 tidur, 6 lebih dah bangkit dan siap-siap nak hantar mak ke pusat kesihatan berdekatan rumah.
Nak kata sakit sebab makan doyan, kat kampung melantak doyan bagai nak rak, sampai jam satu lebih saya dijamu doyan pemberian jiran bangsa cina baka D24. Besok tak cukup orang bagi, mintak belilah pulak. Melantak lagi IOI, dengan udang merah. Doyan kampung kawen mak pun saya belasah jugak. so Doyan I am positive doyan is not the culprit. Kat Putrajaya pun saya makan D24 dan IOI.
Rabu saya jumpa Doktor sakit kat leher dah memang tak de, cuma kat bahu ni biasalah sikit-sikit bila saya pegang mouse lama-lama memang ada rasa sikit sengal. Yang dalam telinga tu memang macam biasa, makin kerap berdesing, doktor pun cakap nak refer ENT, tapi dia suruh makan ubat dulu. Kalau ubat tak jalan baru dia setkan appoinment ENT. Macam biasalah Putrajaya ni semua klinik penuh---lepas raya, Rabu 21 Julai baru nak jumpa doktor. Appointment ENTnya ntah bila agaknya dapat.
Kita ni tajuknya saka iya dop? Apa yang SAKAnya? Saya nilah punyalah takut, cemas berdebar-debar, sampai otot tersimpul, dok berimaginasi bos saya ada bela SAKA. SAKA dia marah sebab saya buat kerja tak menepati ekspektasi dia, lepas tu berani pulak tak angkat call, pepandai buat keputusan sendiri (bukan keputusan saya, ya---tapi keputusan bos lain) terus SAKA tu serang otot-otot di bahu dah leher saya he he---cemerlang-gemilang tak imaginasi saya? Kan?
Macam manalah saya boleh segila ini? ntah... banyak baca buku mistik dan khayalan kut he he---
Well, mana tau memang dia ada keturunan Demang-demang dewa-dewa ketulah. Well nobody knows. Cara dia cakap, macam bagus je, macam lagak bangsawan je, kan? Kita ni semua macam kekampungan yang bodoh je pada mata dia. Tu yang saya terfobia, teranxiety yang bukan-bukan. Kalau betul dia ada SAKA apa nak buat, alah saya senang aje cabut angkat kaki leeerrrr---kalau tak boleh angkat kaki ntah tak tahulah. Kita doalah apa-apa yang patutkan? Senjata orang Islam ni doa. Idaklah doa yang buruk-buruk, SAKA, tak SAKA ka, doa agar tenang. eh saya tak nak sebut SAKA,lah saya sebut keturunan berketulahanlah eh or pendek dia KETURAH ajelah, kan?
Saya ada kawan yang mengaku Bangswan ni, kalau dia happy, KETURAH dia ok je. Kau jangan buat dia marah. sedih, tak happy je. Dia pun manusia macam kita juga ada emosi, terkadang marah, cemas, tak keruan dan sebagainya. Cuma kau jangan cari pasal buat dia marahlah,kan. Kalau dia marah, habislah kau di"gigit"KETURAHan dia. hadooiii---
As for the ending of this cerita, I still don't know lagi. Like I wrote before, doakan saya dapat bos, team leader yang boleh bimbing dan ajar saya apa-apa yang patut. Ada master, pun bukan bermakna kau tahu semua benda. I still need a good mentor to guide me, lah. Kamu yang baca tulisan ini, doakan saya dapat team leader yang baik ya. Terima kasih. Selamat malam.
No comments:
Post a Comment