Si paku dulang ni, sapa lah lagi, sayalah---
Dulu saya pernah nasihat satu kawan tu--- "kau ni pindah tempat kerja sebab tak suka orang tu, orang ni, hah tengok, kau pigi tempat baru, kau tak suka yang lain plak, hah ni nak pindah mana lagi?"
Memang ramai pun bebudak muda ni, tak suka dengan bos, angkat kaki. Pelik betullah,kan? Kita dulu kije, kena maki hamun, tahan saja, tak de le nak pindah sana-sini,kan? Tula cakap tu besar sangat, tiba masa kena kat batang idung sendiri---hah barulah tersedar agaknya inilah yang mereka rasakan.
Ada sorang tu memang saya faham le kenapa dia nak tuko, sebab saya pun rasa ada macam-macam "goose-bump" gitu bila dekat dengan orang yang trigger dia nak bertuko, tu. Pendek citer, sampai dia keguguran dan masuk kije macam orang pantang beranaklah,kan. Dengan baju sejuk, berstokin bagai, tinggal dia masih waras dan tak pakai palis kat dahi, jak he he he---
Ada sorang tu pulak kata---"Tunggu sikit hari lagi, saya rasa boleh jadi masuk wad mental nanti."
Saya pun tak taulah apa yang orang tu dah buat sampai bebudak ni berstokin, sampai nak masuk wad mental bagai---adalah dia cerita, tapi tak berapa ingat sangatlah. Cerita dia lebih kurang sama je,kan. Bos dia marah-marah, tulis messagge panjang-panjang, itu tak betul, ini tak betul, jerit-jerit, beliak-beliakkan biji mata, hempas-hempas barang hah gitu---
Ni saya nak cerita pengalaman saya sendiri---
Kita cerita cara menyongsang---cerita dari bawah ke atas.
Cerita mula dari Jumaat lepas, 09. Julai 2021----- saya dapat anxiety attack yang teruk sampai berdebar-debar dan menggigil-- kenapa? Cerita dia gini, ada satu surat saya minta bos no 3 review sebelum nak dapat tandatangan bos no 1. Pendek cerita dia kuiri, bos kecik take over, 1 kepala jadi 2 and I follow bos kecik he he he---hapa lagi ngamukle pempuan tu dan call tak puas hati, tapi saya buat bodo je and let bos kecik explain apa-apa yang patutlah.
Memang hari Jumaat tu memang saya berada dalam ketakutan yang amat sangatlah. Badan menggigil, tangan mengeletar, dada berdebar-debar. Tapi tu sempat jugak makan durian he he hadoooiii---dia badan je gigil, mulut tak gigil he he
Kenapalah saya takut sangat dengan dia ni, ntahlah. Salah satu sebab mungkin sebab dia suka bersungut. Saya memang lemas dengan orang macam tu. Semua dia tak suka. Itu tak suka, ini tak suka--- lepas tu masa bulan puasa dah nak dekat-dekat raya dia ada listkan kelemahan-kelemahan kita. Itu saya boleh terima. No hallah, kan. Tapi saya sikit lemas bila dia ugut-ugut nak bagi markah kosong, sebab dia tak nampak saya tak ada ciri itu dan ini dalam itu ini. Aii takkan le kosong terus, aku ni, kan? Itu saya sikit kecik atilah, kan. 2020 aku APC, come 2021, kosong, terus? Mukadimah meeting tu pun dah cakap "kalau u tak minat sini, I boleh tolong u keluar" . Dan-dan tu jugak rasa nak cakap---"I memang dah minta tukar pun tapi bla bla"
Dia tak lah panggil I sorang, dia panggil in a group. Kalau sorang mestila saya cakap iya saya nak keluar, kalau boleh tolong, tolong, hari ni juga saya nak keluar. Tapi tulah dalam group. Lagi pun dah nak raya. Walau tak dapat balik kampung, bos no 2 ada suruh kita buat persiapan raya kat ofis, buatlah sudut hari raya gitu. So saya tak amik port pun ada pempuan ni cakap. Sibuk-sibuk raya, kita pun kena PKP3.0.----bila dah gini le jadi begitu, begini.
Saya pun nak cerita panjang malas, cuma nak tulis kat sini. Memang 09 Julai tu saya memang isi HRMIS minta tukar. Tinggal tak upload dokumen sokongan jak. Selain itu saya siap tempah sessi konsultasi dengan kaunselor lagi hah!--- solusinya adakah saya akan bertukar?
Saya dah bercakap dengan 2, 3 rakan, semua sokong saya tukar. Apa maksudnya tu? Tapi tu mereka mungkin dengar pihak saya je. 2 tu kenal saya je, langsung tak kenal orang yang kasi saya anxiety attack ni. Derang orang lain opis, Opis yang saya nak gi menyeberang tu, ler he he---Derang kata tempat derang ok je, "meh le tukau", Semalam saya tanya kawan yang lebih kurang sama umur dan agak fair jugalah pandangan dia dan dia kenal saya, dia kenal juga bos saya. Kawan ini pun sokong juga. Bukan saya nak cari aib orang tau. Dari percakapan dengan kawan yang ini, semalam, lagi bikin saya takut. Kau tau apa kawan saya cakap yang buat saya takut? Dia kata, satu hari tu dia ada terserempak bos yang saya takuti ini merungut seorang diri dalam tandas, marah-marahkan bos no 1. Hadooooiiii----lagilah kan?
Kompem ke nak tukar ni? Ko rasa? Dalam cerita ni 3, dari rakan sokong "tukar jeeerrr" Ada sorang je suggest saya bertahan. Siapakah dia? Offcoursela bukan kawan tapi orang yang sangat arif tentang tahap kesihatan mental saya. Sapalah lagi kalau tak Dr pakar mental sayalah. Komen dia, "You tak nak cuba ka?" He believe I can get along lah dengan minah. C'onla weh---kalau dah bersungut sensorang dlam bilik air, kau ingat, ini kes kicik ka? Baik aku lari laju-lajulah, kan. Tapi masa saya jumpa Dr, belum dapat cerita minah ni tumbuh sesungut dalam bilik air he he----
Tapi separuh rasa memang malas nak tukar-tukar ni. Tapi pada masa yang sama, saya risau jugak kalau terus mengadap minah sesungut ni, saya boleh dapat anxiety attack pulak. Tu je. Tukar ka tidak, cerita ni sambung minggu depan ya. Kalau tak sambung tak tukarla maknanya tu.
No comments:
Post a Comment