Monday, December 31, 2012

Mak oiii bercintanya akuhhhh


Tugas paling mencabar dalam kewangan ini ialah ko terbayar lebih/ dah bayarkan dulu…emmm baiknya dia. Orang dah hutang kat kita. Bila dah macam itu, apala lagi, kutip baliklah. Bagi sesetengah orang akan mencebik dan mengata-ngata, dah tau susah apa pasal salah bayar. Well orang yang cakap macam itu ialah orang yang ntah…prasan bagus, dan tak tau apa yang dia cakapkan..or budak-budak/ orang tua tapi perasan budak-budak yang ilmu teori jah penuh di dada, tapi prakital is almost zero… ya ya ya….cikgulah tu, pensyarah yang mengajar, mendevelop/memikirkan teknik variencelah, zero defectlah, macam-macam teknik dan teori dia tulis… tu tu tu hah pemikir kesempurnaan tegar. Dia ngajar jah pandai, buatnya belum tentu pandai lagi.  But don’t get me wrong,kita semua tak pernah benci cikgu. Kita sayangkan cikgu dan sentiasa setia ambil port akan teknik baru/inovasi dari cikgu-cikgu buat betul kali pertama (kalau rasa nak betul tu susah, baik tak payah buat langsung) ini.

Ok enuf membebel pasal orang yang dalam kamus-hidupnya ada ada perkataan error ini.  Kita cerita balik pasal benda yang dah salah ni. Buat tak betul kali pertama, ini. Saya sedang terperangkap dalam situasi ini. Bukan berpunca dari saya pun. Saya memang tak ada pilihan. Benda dah salah….orang yang duduk di hujung satu “production” dapatlah hadiahnya. Nak bertoya-toya kata eh I tak nak buat, ini bukan salah I, orang yang bersalah tulah patut buat….memang membuang masa, sebab orang yang tak buat betul kali pertama tu pun, pada perkiraan saya kalau kita suruh juga memang tak berjalan, penghabisannya incase audit terhidu, (kalau tak terhidu, tak apalah) benda ni, engkau juga yang susah.  

So, cerita orang nak mengutip balik satu hal, satu hal lain pula “aku kata aku dah bayarkan dulu sekian-sekian-sekian-sekian, dia pula kata eh mana ada, rekod aku kata banyak ni aje”….aduh-aduh-aduh…..rasa macam nak terbalik, nak termuntahlah bila fikirkan hal ini. Iya tak itulah yang bakal menunggu saya 2/1 nanti.

Ada orang suka jadi mengutip hutang aka along ni…saya ini pula, alamak kalau setakat 10sen 20 sen tu bulelah aku tolong bayar,kan. Pun sebab dah tugas, saya layan juga….2012 dulu saya dah keluarkan satu remainder. Memang lepas tulis surat tu rasa macam nak demam jah, walau bos kata “bagus-bagus-bagus” Bila tulis reminder tulah dijawabnya macam kat atas tu…. “mana ada banyak tuh…ko salah kira kut…” Budak akauntan nak lawan engineer daerah hmmm. Tapi sapa yang lebih pandai mengira duit? Sungguh pun aku budak, dalam bab duit akulah yang ahli!  Hah! J

Tapi, kan yang menandatangan surat tu bos saya. Seorang Hakim, orang law…aha, mungkin si Engineer tu rasa dia tengah berlawan dengan Hakim yang bebal matematik. Almaklumlah zaman orang semacam taksub yang hakim Malaya ni hakim sengal, tak pandai. Mahkamah Malaya kandang sarkas, tu yang engineer tu kerek, kut. Dalam mesyurat dia dah setuju, balik mesyurat dia kata ohhh bukan-bukan-bukan, awak tersalah kira. Mana buleh macam itu. Kita ikut  apa yang telah dipersetujui dalam mesyuaratlah kan.  

Kalau sayalah yang tandatangan, surat tu, dah lama saya surrender dah. Janji ko bayar, jangan tak bayar terus. Tapi sebab tuan saya yang tandatangan…boleh ka saya kasi impression kepada  engineer daerah itu yang hakim kita dah kalah matematik? Di sekolah dulu, masa lepas SPM, masa nak pilih course mungkinlah budak engin lebih menang matematik dari seorang budak law, tapi dalam kerjaya, kan masing-masing ada budak tukang kira. Mana bule budak tukang kira Negeri kalah dengan budak tukang kira daerah. Adoiiii kenapa hari tu aku tak bubuh EO aje yang tandatangan…kenapala yang aku main print aje tamplet tanpa diubah-suai pada tempat tandatangan tu….aduih aduih.  Sakit kepala aku.

Well, life ini ialah sebuah perjalanan yang penuh dengan pengajaran yang mematangkan kita, jika kita sanggup menerimanya dengan dada yang lapang, tak gitu? .

Friday, December 28, 2012

Eish, ini ada yang kena saman ni, juga.

DISCLAIMER: All statements denoted with 'question mark' (?) are meant to be rhetorical questions; not accusations. Think before you sue.
 (disclaimer ini saya jumpa dalam facebook....cute, kan)

Dalam tulis-menulis, di dunia maya satu aspek yang orang lupa fikir ialah perundangan. Betul di Malaysia ini, undang-undang sibernya memang kita tak tau duduknya di mana. Namun tak satu perkara yang boleh dijangka, jika terus-terusan ada rungutan dari rakyat, orang awam, tak mustahil satu hari nanti kita boleh ada  Mahkamah Khas untuk membicarakan kes-kes "kerosakan/kehancuran/kebinasaan" atau omputeh kata damage & loss, juga jenayah yang berlaku di alam maya. Membicarakannya dan memutuskan akan apakah denda yang patut dikenakan kepada sipelaku kerosakan atau jenayah siber tersebut.

Dulu, orang sibuk-sibuk pasal pencemaran Alam. Hari ini kita sudah ada Mahkamah Khas untuk itu. Memang mengambil masa, tapi lama-kelamaan ia menjadi. Hari ini kalau kita melanggar peraturan, membikin kecoh, membikin suasana jadi haru-biru di dalam internet, di ruang blog dan sebagainya, kita mungkin tak akan dikenakan apa-apa tindakan. Itu bukanlah bererti kita bebas berbuat apa sahaja dalam dunia maya.Cuma  dari segi perundangan (rasa macam dah ada), penguatkuasaannya, belum nampak lagi. Oh ya tak ya itu suruhanjaya siber malaysia tu, ntah apa tah kerjanya ya? agaknya lebih kepada isu-perdaganganlah-penipuan perbankan,  isu/demi kepentingan pelanggan korperat yang besar-besar...isu-isu ko gaduh dengan jiran ko, ko cyber-stalk jiran ko, jiran ko cyber-stalk ko balik, itu isu kecik deme tak mainla isu-isu macam tu. Buang karen aje layan cerita ko tuh.

Itu yang membikin seolah kita rasa kita boleh berbuat sesuka hati di ruang maya ini. Kita rasa di Malaysia ini tak ada undang-undang. Kita boleh sesuka hati nak tepek gambar kita telanjang, beromen dalam blog kita, walhal kalau kita buat macam tu di tempat awam kita boleh dikenakan undang-undang oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Kita juga boleh sesuka hati mengintip/mengendap orang lain, walhal kalau kita mengendap/mengintip orang di tempat biasa, dalam kampung, dalam kawasan kejiranan,...walau paling kuat pun polis, rukun tetangga buat rondaan aje tak adanya  kena masuk jel, pun. tapi insyaallah kalu tak kena pukul kasi lebam satu badan, kena marah, kena maki, polis tak jelkan orang yang pukul atau maki kita itu .

Dan, satu isu yang bikin PANAS di internet ini ialah fitna-memfitna. Cara kita mengelak dari dikenakan tindakan undang-undang yang sedemikian ialah meletakkan tanda soal (?). Itu pasallah la agaknya hari ini surat khabar meletakkan tanda soal selepas satu tajuk besar. Tanda soal bermaksud macam ini, kita tanya eh iye keee? Aku tak kata ko lembu, aku tanya betul ka ko lembu? Jadi boleh ka, orang yang terasa dirinya terhina-fitna sebagai lembu, menyaman orang yang difikirnya telah membuat dirinya merana, sehingga mungkin menyebabkan dia tidak boleh fokus dalam kerjaya dan  hilang mata pencarian atau sebagainya? Maksud sini sebab ko, aku dah rugi, jadi ko kena bayar balik rugi itu pada aku, boleh macam itu? i.e. kes saman sivil... so & so vs so & so. Bukan denda  jenayah ya dimana so&so vs the people of Malaysia. Boleh, kita pakat nak saman penanya itu? ko jawab sendirilah, kan. Kalu ko rasa ko Lembu memang ko Lembulah, kalau tak, tak,lah. Aku tak kata. Aku tanya aje.

Iya, benar, undang-undang adalah satu bentuk hmmm hukuman yang berbentuk pencegahan, pengawalan??? ntah benda keras? menakutkan? demi sebuah keamanan dan kesentosaan dalam sebuah negara.  Namun begitu berundang-undangan dengan orang seni adalah sesuatu yang memeningkan lagi menyakitkan hati, tak gitu?

Thursday, December 27, 2012

Ops kekasih ku LEMBU???


(ini hanya cerita kreatif.Tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau mati)

Che Dee amat teruja masuk pertandingan musabaqoh. Che Dee bukan pandai sangat mengaji pun, tapi seronok bukan main dia bila dapat membaca Quran bertaranum. Lagi bertambah seronok bila ayah Che Dee yang bimbing bacaan Qurannya.

Di hari pertandingan dia masuk ke dewan dengan rasa gembira dan dia sangat terkejut bila ada seorang lelaki yang kemudiannya diberitahu, itulah juara bertahan musabaqoh tahun lalu bertempik kepadanya. Namun dia tenang sahaja dan berkata dalam hati “kawan oastad yang pueh hati chek pancungg pakej payung emaslah  tu agaknya tu”

Menyedari dirinya yang kuat pancung-memancung itu memang  bahan bencian oastad-oastad, Che Dee buat muka sardine dan muka sposen aje dan dapatlah dia menghabiskan hari-hari pertandingan dengan tenang, walau tak menang. Dapat no 2 tercorot dari belakang. Dia tak kisah.

Dalam hati dia berkata “ ai ai oastad-oastad, tak dapat emas, macam tu skali korang berdendam ek. Bukannya emas betul, pun, jenama emas aje”

Makin lama-perangai oastad-oastad makin menjadi-jadi marah pada CheDee, walau Che Dee dah tobat tak moh pancung-pancung lagi dan Bos Che Dee pun dah tugaskan Che Dee bancuh kopi aje. Tapi oastad-oastad tetap mencebik-cebik marahkan Che Dee. Iyalah betullah oastad marah, mana tak marah, kerja bancuh kopi, tapi dapat gaji kerja tukang pancung, marahlah gitu. Tak setimpal tugas dan gaji kata mereka.

Che Dee pun mengambil keputusan untuk cuti lama.  Bertapa di gurun lembab, satu amalan biasa bagi orang-orang  Pulau untuk membuktikan otak mereka sebenarnya belum lagi  jatuh ke julat otak lembu yang hanya boleh meragut rumput ladang sahaja. Che Dee takut juga jika kemarahan oastad tak surut, silap haribulan nanti dari pembancuh kopi boleh jatuh jadi penebas rumpat di ofislah pula. Sapa tak takut doa mustajab oastad, semua orang takut ooohhh. Lama-lama lagi oastad marah, oastad bule doa ko bukan sahaja berotak lembu, tapi betul-betul lembu. Itulah ketakutan utama Che Dee yang bukan oastad itu.

Hanya setelah dia membuktikan yang otaknya idaklah selembab lembu, dan layak bertugas sebagai pemancung, barulah oastad kendur sikit dan semua nampak macam ok. Pun Begitu, Che Dee fikir baik dia jadi pengutip dari memancung….tok seh dia memancung lagi, takut terpancung pisang dua kali.

Walau Che Dee lahir sebelum peristiwa berdarah jihad-syahid oastad-bukan oastad, dan dia yang minat politik, tahu akan kepercayaan yang  geng lembu haram masuk syurga, Che Dee kurang periksa, kurang ambil port akan hal Amanat Keramat. Hari ini bila orang MEDIA kecoh-kecoh pasal Amanat Keramat, barulah Che Dee tau, rupanya marahnya oastad pada Che Dee bukan sangat pasal emas, tapi pasal Amanat Keramat.

Apa kena-mengena Che Dee dengan lembu, pula ni eh?  Che Dee waktu break, tak kira kopi, the, dia gian bersembang dengan Cikgu Lembu. Jadi lembu memang tak boleh. Bersembang dengan Lembu pun boleh jatuh jadi sama taraf macam lembu dan dikhuatiri bau lembu akan menyebabkan bukan Che Dee sorang nanti tak boleh masuk syurga, kawan-kawan Che Dee yang lain pun dapat bau lembu,  pun walau kuat sembahyang, baca Quran, puasa, masih tak dapat masuk syurga juga. Dan tanda kawan lembu tak dapat masuk syurga ialah dia kumpul-kumpul duit nak naik haji, duit dia habis-habis-habis, sampai mati tak dapat naik haji macam seorang Munsyi yang matinya tak sempat naik haji sebab berkawan dengan gembala lembu aje. Bukan lembu, pun. Gembala aje.

Pun begitu idaklah Che Dee tau mau sakit-sakit hati pada oastad. Che Dee Cuma mau berdoa agar penduduk Pulau semua ramai-ramai dapat lupakan Amanat Keramat dan memberhentikan aktiviti melembu ini. Yang lembu itu pun bukan orang lain, pun. Pakcik-pakcik, makcik-makcik, adik-adik sedara, cikgu, buah hati pengarang jantung  Che Dee juga. 

Wednesday, December 26, 2012

Satu Petang yang gila

Masa saya belajar di MMU, saya cuti dan sebab belajar ni kita memang ada banyak masa pun, jadi saya kerja part-time di sebuah tempat apa ek, macam real estatelah gitu. Tapi yang bermasalah. Dah melalui liqudation, dan benda-benda legal memang dah lepas, tapi projek tak jalan-jalan. Bukan tak jalan, dalam proses. My job is to help the marketing part to keep orang2 yang dah bayar ribu-ribu tu inform apa yang akan jadi nanti, the proposal, the option, macam-macamlah kisah titik-bengek sektor hartanah ini.


Satu hari tengah musim durian. Projek manager datang mau ambil durian untuk keluarganya. Dia singgah dan sembang-sembang dengan saya. Dia bercakap pasal macam-macam. Agama dan pilihan. Bercakap juga pasal Melayu dan luahan rasa bencinya terhadap golongan agama(Islam) ini. Saya cuma angguk-angguk sebab memang apa yang dia cakap itu betul, pun.

Saya sama sekali tidak menganggap cakap-cakapnya itu adalah usaha dakwah ke arah agamanya. Lebih kepada luahan tak puas hati terhadap Islam yang dia pandang sebagai satu agama yang mengamalkan keganasan. Yang tertegak/tersebar atas mata pedang. Saya pula bukanlah seorang yang berseni-seni, lembut-lembut dan karekter saya memang brutel, memang tak layak/tak sesuai jadi pendakwah. Saya perit telinga dengan dia menceceh,  walau apa dia cakap itu betul, (orang kata lagi betul, lagilah perit,kan) saya pun cakap begini "what if all your life you've been told, your job is to kill someone or group of people"

hahaha...

Me, scary? yup saya memang menakutkan. Do I really believe that we have to kill some one, if we don't kill him/her we'll becoming less muslim, God love us less? Honestly I don't.

And, what all this jihad, syahid is all about? If you're born bio like me, you don't have the gut to kill. trust me. But that is not the reason to be upset actually. There is no reason, also to argue with those who are born necro. Life is good, we're suppose to make friend. Terlalu memaksa kepercayaan kita terhadap orang lain akan membuatkan life jadi sedih dan sayu.

Back to school

Saya dah dapat tawaran dari OPEN U. tau pernah merapik di FB kunun nak belajar kat UKM, tapi last-last open U aje. Tak pe master nanti masih ada. Orang selalulah puji-puji kunun respek orang yang macam saya dah tua-tua, sibuk dengan kerja masih mau belajar. Kunun menunjukkan yang orang macam saya ini betul-betul cintakan ilmu.

Janganlah terlalu memuji. The truth is belajar ni nak mengisi kekosongan, disamping yang sebenarnya lebihkan nak escape dari terlibat dengan satu relationship yang berbentuk simbiosis semata, tanpa perasaan. Jangan terasa hati pula ya. Ini bukan ditujukan kepada my virtual friend, tapi kepada kenalan di alam nyata, kat tempat kerja dan sebagainya.

Orang pandai ni macamlah juga macam orang cantik, orang kaya agaknya. Orang pandai ni dia ada kebolehan menyelesaikan masalah. Mostly, dalam kewangan ni, menjawab audit querylah. Kadang tu bukan tepat sangat pun, sekadar ayat-ayat, sekadar menjawab, kan.

Sebetulnya perhubungan berbentuk simbiosis ni menuntut benda-benda yang meletihkan. Saya pula tak pandai bersimbiosis. Saya dibayar untuk buat kerja hakiki dan membantu kamu sekadar termampu.Saya rasa bersalahlah pula kenapa ada benda (goodies) saya dapat, kawan-kawan saya yang lain tak dapat. Saya rasa kalau saya rapat lebih, saya akan dapat lagi banyak "favor" dari kamu. Tika kamu suka saya, tika kamu ada kepentingan terhadap saya. Tika saya tak ok. on bad shape, sakit, screw-up kamu tidak teragak-agak meny"embelih" saya.

Jadi dengan menyibukkan diri dengan kuliah, ada alasan untuk menolak ajakan puan-puan simbiosis untuk kesana-kemari. Selfish? tak juga. Takut dan berhati-hati aje.

Orang bijak pandai kata, berkawanlah dengan ilmu, pasti tak mengecewakan. Berkawan dengan manusia, ada masa diuji, kawan tak ada untuk menemani kita. Kawan ketawa ramai, kawan menagis susah nak cari.

Tuesday, December 25, 2012

Kursus-kursus-kursus


Saya dengan ini dengan riaknya nak bercerita yang sepanjang 2 minggu ini saya langsung tak cuti, hujung minggu berkursus dan hari natal inila baru bercuti dan rehat-rehatkan badan, sat lagi nak gosok baju. Iya kain-baju saya dah termuntah-muntah dari bakulnya. Tak sempat digosok dan digantung kemas dalam almari baju.

Kursus no 1, yang fail meja tuh dah cerita, kan. Ini giliran saya membebel pasal kursus yang kedua ini. Pergh kursus yang ini lebihnya kepada aktiviti fizikal. Pengukuhan kerja berkumpulan. Memang trend kalu teamwork aje laa kena bikin aktiviti sikit. Memang seronokla. Orang kata dalam aircond pun saya boleh berpeluh-peluh.

Saya memang bawa baju lebih, siap bawa penyangkut pakaian extra dari rumah.  Memang saya jenis yang kuat berpeluh.  Naik kerja hari semalam ramai yang tumbang dan lagi sekali dengan rasa riak, ingin saya berteriak, hanya saya dan ada satu teman seofis lelaki berpangkat adik jah yang masih steady. Lain tu semua urusetia, tak boleh diambil kira,lah kan. (ops Ni, I'm talking about my unitla unit PTJ... Unit lain I tak taula, mungkin ramai yang masih steady-steady blaka, mahkamah mana bule tutup, tak jalanlah kes...)

Saya masuk ofis pukul 7.30 pagi dan sudah semistinya seawall  7.15 selalunya saya sudah berada di tempat kerja. Namun pada hari semalam, bukan ofis sahaja yang lengang, jalan-raya pun lengang. Tempat letak kereta lengang, kantin lengang segalanya lengangan. Alangkah bagusnya jika semalam itu merupakan tiap-tiap hari berkerja di Melaka ini.

Monday, December 17, 2012

Tikam Lidah I


Semua suka kursus kali ni. Kata mereka rileks dan santai. Sambil buat kerja, kami borak-borak, cakap-cakap dan juga ada gak bertikam lidah. Bertikam lidah depan Yang Arif Majistret pula tu. Yang-yang Arif tak kata apa-apa. Tak komen, tak mencelah pun. Tapi saya rasa ka, terparanoia yang Majistret tembam (perempuan) macam tak suka/tak puas hati aje dengan saya. atau sebab saya ini yang membawa aura tak suka/fearkan undang-undang  maka, aura itu berbalik kepada saya balik. Orang kata what come around will come around/ you get what you give.

Last bertikam, bertikam punyalah bertikam (tak banyak bertikam pun, 2, 3 kali aje) memanglah power, memang kecoh. Pertikaman berbunyi sikit lebih kurang diringkaskan seperti begini:-

Anak buah Majistret Mahkamah Daerah 1 tak puas hati kenapa bonus harus dibayar berkali-kali, sedangkan anak buah Majistret  Mahkamah Daerah 2, sangat suka dengan cara yang itu sebab dia bantu dia kawal diri dalam berbelanja. Tertikaman jadi hangat sehingga  anak buah EO minta saya pandangan saya yang merupakan anak buah guna-sama Akauntan yang ditugaskan ke Mahkamah.   

Kalu ikut protocol, patutnya dipanggil pada pandangan Yang Arief, tapi kawan memilih saya. Sepatutnyalah saya memanjangkan permintaan kawan kepada yang Arif Majistret, jika saya mau mengaku sayalah Melayu sejati dan kuat-jati dirinya. Pun begitu sedikit sebanyak menyedarkan saya yang orang pandang atas kapasiti bidang kerja, bukan pangkat dan ilmu. Ini isu kewangan, so biar orang kewangan yang jawab.  Dan saya (Melayu yang sudah sikit sebanyak agak luntur sifat kemelayuannya less Malay) pun, apalagi dengan gelojoh dan sarkastiknya memberikan respond.

Saya cakap macam ini. “Belajawan kita deficit 4%. Ko suruhlah hakim-hakim ni denda orang banyak-banyak sikit.” Kawan kata “kenapa deficit bla  bla bla.” Beremosinya dia bila dengar perkataan defisit itu.  Jawap saya “kalu ko tak nak defisit, PRU nanti ko undilah Tony Phua agar jadi Menteri Sumber Manusia. Akauntan memang suka kalu tak de defisit-defisit nih. Ko nak mana satu, ko nak defisit ka, ko nak berkemungkinan Tony Puah pilih ko untuk dibayar pencen dan duduk rumah macam kat Negara China itu”

Masing-masing takut mula mereka merapik meraban, nak  kerja tanam sayur-sayurlah. Kenapa sayur tak taula eh, takut jadi macam Singapura, dah sudah kencing tak ada paip air nak cucuh macam kat sini dan bermacam-macam lagi. . Dan kedua-dua yang Arif angkat punggung tinggalkan kami.

Tuesday, December 11, 2012

Cynicism


Hari ini saya belajar falsafah cynicism dari wikiepedia he he he. Orang kata belajar tanpa guru macam belajar dengan setan, nanti sesat. Whatever….bila perempuan cakap whatever, dalam hati dia kata “pegi mampos sama lo”

Sebenarnya konsep, falsafah cynicism ini kita, kalu kita tergolong dalam pencinta asyik,  memang kita biasa, kita memang terkaren benda-benda ini semua. Cynicism ini macam Sidratha Guathama Buddha yang meninggalkan istana dalam mencari penyucian jiwa.

Namun Cynicism barat yang saya baca dalam wikie, memang asalnya begitu, mencari suci, tapi bertukar jadi jelik, sehingga mereka tidak kisah berperangai seperti anjing. Dalam Islam kita ada kawan Rumi yang bernama Syam.  kita ada juga Khawarij??? (lantang bersuara, sedangkan kebersihan diri sendiri tidak berapa diambil peduli) 

Offcourse tak ada sapa nak jadi si pengotor yang penuh benci terhadap musuh, tapi idea Syam yang gila memang mengujakan. Itu cerita dulu masa zaman-zaman sekolah, zaman naïf, zaman idealistic itu memanglah kut. Saya semakin dewasa, dan berada dalam dunia yang mementingkan perkara-perkara yang realistik. Saya sudah menjadi semakin selesa dengan keadaan sekarang.

I just cannot imagine myself jadi pengemis. Kalau saya jadi macam itu, pun mak saya akan cari, bawa pulang, belasah cukup-cukup sebelum bawa pergi jumpa pegawai Kesihata mental.

Wednesday, December 5, 2012

Antara Dua Jalan


Saya ini bernasib baik sebab tak pernah, rasanya…tak pernah terlibat untuk berada di dua persimpangan jalan. Jalan saya satu aje, tak payah pening-pening. Saya tak pernah duduk termenung lihat jalan tu, lepas tu lihat jalan lain atau 2, 3, 4, 5, 6 jalan yang lain.

Orang kecil macam saya memang tak ada pilihan. Jadinya saya idakla pernah dok *sigh* sigh* mengenang jalan yang lain. Cuma di satu ketika, saya dapat offer kerja di JANM. Masa tu saya tengah mengajar di PASTI. Memang rasa hati tika itu lebih noble serve PAS, instead of ke Pusat. Tapi semua orang kata join kerajaan Pusat lebih menjamin walau gaji yang ditawarkan lebih berapa sen aje.

Bayangkanlah kalu mengajar PASTI, saya duduk kampung, dah tentu sewa rumah tak perlu bayar, ini terpaksa ke KL. Namun, Kak Rose saya meyakinkan emak bahawa, gaji yang tertulis dalam surat tawaran itu hanyalah gaji pokok sahaja, belum dicampur elaun-elaun. Dan saya pun meninggalkan kampung menuju ke KL, walau pada masa itu berat juga hati nak tinggalkan anak-anak murid saya yang comel dan nakal. Tak ada orang tahan saya, pun.  Sebab semua orang rasa antara guru PASTI dan kerani cabuk kerajaan, kerani cabuk lebih menjamin.

Cuma kini saya rasa gatal nak memikir apa akan kalu saya terus kat PASTI. Ntah-ntah jadi YB kut. Hik hik hik, apa ko ingat aku tak leh jadi YB ka? Hey, Zuraidah ketiak masa penjual buah tu pun boleh jadi YB, kenapa tidak saya. Joking…Tak adalah sampai ke situ, kemungkinan besar saya sudah kawen dengan mana-mana “ustaz” PAS dan beranak-pinak.

Dari sekarang ni, orang ramai kata anak dara tua ni jahat. Pernah juga kena tuduh ntah-apa-apa tah. So far, so good tak ada apa-apa yang tak baik berlaku, pun. Takut juga kita, kan. Tapi apa nak takut, apa jahatnya kerja perakaunan ini? Kawan-kawan saya, bos-bos saya ok aje.  Kerja perakaunan boleh bawa masuk neraka ka? Boleh bikin kita end up mati nanti kena panah petir, kena timpa hujan batu, ka?

Mungkinlah boleh, to play safe, infact dalam Akauntan Negara ni, ada satu pilihan selamat…apa lagi duduk bawa ketiak latihan, lah. Apa jahatnya mengajar dan melatih orang? Apa, amik komisen ho
tel he he he….klakar, klakar, klakar….Alah dah berbelas tahun dah kerja ini, so far idak pernah bersemuka dengan aktiviti tak baik. Claim lebih, tak pernahlah rasanya lagi kita buat…cilok-cilok masa offis, mengulau? Hmm, dah ko juga kata aku gila dah tak boleh buat kerja satu pun…itu cerita dulu. Sekarang, dah ok dah. Tak tak gila dah. Geniuslah pulak he he he… Life is good. Saya baru lepas isi borang prestasi. Dan saya gembira.

Pasal anak dara tua jahat….Allah temukan saya dengan Kak Esah. Dah lama lost contact. Mungkin dah pencen agaknya. Kak Esah tak jahat. Dia sumber inspirasi saya. Memang saya ni tak macam kak Esah, pun. Tapi orang kata kita pandai-pandai control dirilah,kan. Cakap orang aje. Ah, sebeno eh, senior staff di mata staff junior semua jahat. Mana ada senior staff yang baik, 100% semua orang suka? Sebab, kita tak boleh nak sukakan hati semua orang.  

Tuesday, December 4, 2012

Politik serang BINI

Walau saya pernah duduk di Johor dan sebagai orang yang menetap di sana amat kenal dengan Osman Saad yang banyak reta dan banyak bini, lepas tu sapa tak kenal TPM kita, kan. Tapi memang saya kurang kenal dengan MB Johor yang ada sekarang. Biasala masa saya kat Johor, masa tu kecik lagi, mengaji sekolah agama kat Johor. Memang ada antara ustaz, (ustazah zaman-zaman tu memang idakle mereka berani cakap pasal politik) selain ngajar mengaji agama deme ada selit-selitlah harapan agar bukan saja kami jadi orang pandai, tapi pandai juga tolak UMNO satu hari nanti. Oh ya kat Johor, masa tu kami tak panggil mereka ustaz atau ustazah kami panggil cikgu aje, sebab mereka kata mereka tak berani terima gelaran setinggi itu, kemudian jadi fitna kunun cikgu agama Johor geli nak pakai gelaran ustaz/ustazah sebab low-classlah pula.

Dan, masa saya mengaji di kelas Khas, saya terkejut badakla bila ustaz,eh cikgu saya idakla dia berkempen sokmo, tapi beliau ini pro-establishment. Sebenarnya selain dari itu, kami ada 2 lagi orang cikgu, 1 pro-PAS, 1 cikgu perempuan, berkecuali. Dan cikgu pro-establishment ini idakla dia tiap-tiap kali menghasut kami agar menyetujui dia…seingat saya sekali itulah aje dia bercakap pasal politik. Dia cakap pun seingat sayalah sikit lebih kuranglah… “tak salah tolak kerajaan yang ada, tapi pastikan yang mengganti itu lebih baik lagi” Sikit lebih kurang….”jangan dengar guruh di langit ayer tempayan habis di curah” Idakla cikgu saya berbahasa macam orang bahasa, cikgu saya cikgu aje…beliau memang tak pandai berbahasa canggih. Bahasa-bahasa canggih ni ntah mana tah saya kutip tah. Ramai sangat cikgu, saya tak ingat.

Bila fikir balik kalau nak kata UMNO ni jahat, antara 2 mudharat, mudharat UMNOlah lagi besar dan patut ditolak segera,  dah lama dah sekolah Agama Negeri Johor dah tutup dah, tapi kalau kita balik Johor, ianya tidak begitu, bahkan makin maju dan dari menumpang di sekolah kebangsaan, kini sudah ada bangunan sendiri. Administration wise, memang sekolah ini memang ada struktur oraganisasinya yang  tersusun rapi.

Eh apa plak yang merapik panjang ni?....sebenarnya saya nak tulis sikit jah ni ini benda yang nak saya tulis nih…alamak dah melalut-lalut cerita lain lah pulak heh… Itu pasal makcik tak bule jadi penulis professional, sokmo tekeluaq tajuk…

Ini dia den nak tuleh

“Even if the term Bangsa Malaysia is to be used, it must only be applied in the context of all the people of Malaysia with the Malays as the pivotal race” Ghani Othman

Kesimpulannya:-

 Bangsa Malaysia is a Nebulous concept

Saya nak tulis lagi…. Saya wonder kalu Tuan Haji ni dikompang-kompangkan macam DAPster mengompang YB Hannah Yeoh…., agaknya apa bentuk kutukan yang bakal diterima oleh isteri tuan Haji. Kita dah bosan dengan kutukan-kutukan wanita/isteri orang UMNO tak sekolah tinggi, bodoh, sebab tu kuat makan, kuat cemburu sampai sanggup berbomoh-bomohkan suami sendiri, kuat berjoli…kita nak dengar pula apa yang mereka berani kutuk pasal Datin Paduka Prof he he he…

Sunday, December 2, 2012

Jodoh tak datang bergolek

Nenek kata orang dulu-dulu pergi mandi-safar-pergi joget lambak bukan sahaja untuk suka-suka tapi bagi yang masih belum berteman, mereka ambil peluang untuk cari teman hidup. Ntah lepas tu tak taulah kita apakah macam dalam felem cerita orang dulu-dulu…pantun-pantun, dating nyorok-nyorok tak taulah nenek. Nenek tak melalui itu semua. Nenek beruntung sebab nenek anak orang kaya dan cantik molek, putih gebu. Nenek belum cukup umur lagi dah ada orang datang menempah.

Yang menepahnya walau bukan orang asal penduduk kampung, tapi sangat pandai bersilat.  Nenek sangat beruntung, walau jodoh mereka tak panjang. Anak kecil-kecil lagi nenek dah menjanda.  Dah janda pun masih ramai lagi yang berminat, tapi nenek tak layan. Samalah macam mak saya. Cantik, sekali pandang ramai yang dah angau.

 Bagi perempuan-perempuan gilaan ramai dan popular, bolehlah mereka letak syarat nak bercinta kena nikah dulu. Kalu biasa-biasa, tak popular, malaslah pula nak berhias, tak berjoget lambak….itulah agaknya ada juga anak dara kampung yang membujang sampai tua.

Ustaz ada cakap, jodoh ini kena usaha. Saya kata pula tak ada orang yang jodohnya datang bergolek. Macam mak dan nenek, jodoh mereka pun tak datang begitu sahaja. Kedua-dua wanita tersebut sangat menjaga kecantikan, kebersihan dan kesihatan diri. Itu pasal mak saya tetap langsing hingga kini, dan nenek (walau kini sudah tiada) tetap gebu, melepak dan comel waima pada hari-hari nenek sudah mau pergi buat selamanya. Rahsia mereka??? Apa lagi jaga makan, rajin berkerja keluar peluh. Omputeh kata NEAT (non-exercise activity thermogenesis). Deme  belum come out dengan NEAT, nenek dan emak saya dah amal semua tu dulu-dulu lagi dah.

Saturday, December 1, 2012

BOOT CAMP

Teman-teman aerobik kite


Saya ini jenis passive, couch potatoes, yang kuat berangan??? No, to be precise mak saya kata saya lebihkan tidur dari bersosial, make friend. Dan dari kecil lagi saya tak suka sukan. Sukan bikin saya rasa macam nak mati he he he….

Sampai masa saya di KDN saya rasa macam boring sangat dan saya pun gatal tangan isi borang pembantu protocol, sukan SEA Kuala Lumpur 2002 dan tak sangka pula permohonan tersebut berjaya. Tak sikit juga yang mencebik, namun tugas tersebut dapat saya jalankan dengan jayanya bahkan, tak sikit juga yang memuji bahawa saya ini seorang yang rajin. Kembang semangkuk.

Lepas tu saya join pula JPA3, sempat jugalah dapat elaun sebab bertugas jaga KDN buat sambutan hari raya yang dihadiri oleh orang-orang besar, termasuklah TUN M dan TUN Siti yang merupakan Perdana Menteri kita pada masa itu. Lepas-lepas tu bila balik kampung, saya kamcheng dengan wife ada sorang staff tempat saya berkerja dan si isteri ni tadi bertugas sebagai kerani di Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Masa itula saya kenal aerobic-aerobik dan fitness ini, sampaikan bukan aerobic jah, berenang pun saya dah boleh.

Terbaru ni saya join BOOT CAMP. Memula tu memang hati risau semacam, ditambah pula tetiba jah lutut kaki kiri saya sakit semacam, rasa macam nak tercabut. Saya dah tawakal, kalau sakit tak berkurang, terpaksalah saya withdraw. Alhamdullillah setelah diberi doctor ubat sakit urat, rasa-rasa sakit pun beransur hilang dan dapatlah saya menyempurnakan sessi BOOT-CAMP saya yang pertama.

Ok jah, idaklah bermandi lumpur macam dalam TV tu. Cuma saya rasa agak mengah bila berlari mengiring, ditambah dengan rasa ngilu pada lutut menyebabkan saya rasa tidak selesa.

Pernah juga saya kena sound, beriadah sikit punya tekun, tapi badan macam itu juga. Mereka mau saya jaga makan, jaga makan. Itu memang agak susahlah. Tapi dalam 3 bulan kebelakangan ini (ntah apa sakitnya, tah… well nanti saya cerita eh)  memang saya jaga makan sikit dan so far, bila saya timbang petang tadi berat saya sudah berkurang sebanyak 6kg.

Selama ni saya beriadah pun bukanlah aim sangat nak kurus, tapi lebih sebab nak penatkan badan agar dapat tidur lena dari memikirkan benda-benda yang boleh bikin saya murung dan sedih. Hopefully iltizam saya menjaga makan ini tidak hanya setakat hangat-hangat tahi ayam aje. Doakan saya berjaya dalam perjalanan mendapatkan berat badan  ideal. Ta ta

adoiii ai mengah juga nak buek 20 reps nih he he he

ni kalu amik pakai kemere DSLR barula cun hik hik hik